Anda di halaman 1dari 6

SURAT KIRIMAN RASMI

Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya memberitahu


masalah kerosakan jalan raya yang menuju ke kampung kamu.
D47A, Blok 11,
Jalan Melati,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
_________________________________________________
Pegawai Operasi,
Jabatan Kerja Raya,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.
3 MEI 2005.
Tuan,
Aduan Kerosakan Jalan Raya di Jalan Melati
Saya mewakili penduduk Kampung Melati, ingin membuat aduan
tentang kerosakan yang berlaku di sepanjang jalan masuk ke
kampung ini.
2.
Keadaan
jalan
yang
berlopak-lopak
membahayakan
keselamatan pengguna. Kemalangan juga banyak berlaku
terutamanya di kalangan penunggang motosikal.
3.
Di samping itu, jalan terbabit menjadi semakin sempit
disebabkan kerja-kerja menanam kabel yang terbengkalai. Hal ini
menyulitkan lagi keadaan lalu lintas. Keadaan menjadi lebih teruk
apabila hujan turun.
4.
Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan
yang sewajarnya supaya kami turut dapat menikmati pembangunan
yang diusahakan oleh kerajaan selama ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
-------------( SURAYA MAT ISA )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Kamu mendapat tahu bahawa rakan kamu mengalami keracunan
makanan. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menyatakan rasa
simpati kamu atas kejadian itu.
Kampung Golok,
33300 Grik,
Perak.
1 Mei 2005.
Menemui saudara Rahman yang kini berada di Hospital Ipoh,
semoga beroleh kesejahteraan.
Saudara,

Apa khabar saudara sekarang ? Saya berharap saudara


akan beransur pulih.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan
rasa simpati saya terhadap saudara kerana telah mengalami
keracunan makanan selepas bersarapan di kantin tempoh hari.
Untuk pengetahuan saudara, pengusaha kantin sekolah
kini sedang disoal siasat oleh pihak Jabatan Kesihatan. Pada masa
ini, pihak kantin sekolah telah diarahkan supaya berhenti
beroperasi selama seminggu. Sekiranya didapati mereka benarbenar menjual makanan yang telah tercemar, tindakan mungkin
akan dikenakan.
Harapan saya semoga saudara cepat sembuh dan rajinrajinlah makan ubat dan mendengar nasihat doktor.
Sekian, semoga berjumpa lagi.
Sahabatmu,
-----------------( ABDUL RAZAK )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Kamu mendapat khabar gembira tentang kakak kamu yang telah
selamat melahirkan bayi kembar. Tulis sepucuk surat kepadanya
untuk mengucapkan tahniah.
Asrama Puteri,
Sekolah Menengah
Sains Selangor,
Jalan Tenteram,
56000 Kuala Lumpur.
3 April 2005.
Menemui kakanda sekeluarga di Kemaman Indah, semoga
berada dalam keadaan sihat. Adinda di sini sihat walafiat, semoga
kakanda juga sihat dan gembira selalu.
Kakanda,

Baru tiga hari lalu, bonda menelefon adinda untuk


menyampaikan berita tentang kelahiran bayi kakanda itu. Tahniah
diucapkan kerana mendapat bayi lelaki kembar. Alangkah
beruntungnya kakanda kerana memperoleh dua cahaya mata dalam
satu masa.
Bagaimana dengan kesihatan kakanda ? Kesihatan
perlulah dijaga dengan baik. Kakanda ikutlah peraturan dan
pantang larang selepas bersalin terutamanya dari segi pemakanan.
Adinda tidak dapat pulang ke kampung kerana akan
menghadapi peperiksaan akhir tahun. Adinda tetap mendoakan
kesejahteraan kakanda sekeluarga. Sesungguhnya, adinda tidak
sabar-sabar lagi untuk menatap wajah kedua-dua anak saudara
adinda.
Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra
daripada adinda.
Adindamu,
----------(RAHAYU TAHUDIN )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Musim cuti persekolahan telah bermula. Tulis sepucuk surat
kepada rakan baik kamu di Bandar untuk mempelawanya
berkunjung ke kampung untuk menikmati musim buah-buahan di
dusun kamu.
14, Kampung Bendang,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
29 Julai 2005.
Menemui sahabatku Sohailawati yang berada di Kuala
Lumpur, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Kami
sekeluarga sihat walafiat.
Saudari,

Bagaimana dengan cuti persekolahan pada kali ini ?


Pastinya saudari mempunyai rancangan yang menyeronokkan.
Baguslah kalau begitu kerana masa yang terluang tidak elok
dibazirkan begitu sahaja.
Sebenarnya, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
mempelawa saudari berkunjung ke kampung saya untuk menikmati
buah-buahan tempatan.
Sekiranya saudari sudi untuk berkunjung ke sini, jangan
lupa mengajak rakan-rakan yang lain. Tentu lebih seronok jika
dapat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati buah-buahan.
Saya berharap agar saudari tidak akan menghampakan
pelawaan saya ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada
saya.
Terima kasih.
Sahabatmu,
------------( IZMALYZA BT. ISMAIL )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Pada musim cuti yang lalu, kamu berpeluang menyertai suatu
perkhemahan pengakap. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu
untuk menceritakan pengalaman kamu semasa perkhemahan itu.
No. 442, Taman Weng,
09100 Baling,
Kedah.
7 September 2005.
Menemui saudara Karim yang diingati selalu. Semoga saudara
dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,

Apa khabar saudara sekarang ? Saya di sini sihat


seperti biasa. Sudah lama saya tidak menulis surat kepada
saudara. Saya begitu sibuk mengulang kaji pelajaran. Maklumlah
peperiksaan UPSR semakin menjelang.
Pada musim cuti yang lalu, saya berpeluang mengikuti
perkhemahan pengakap di Gunung Jerai. Banyak acara yang
disediakan untuk kami di situ. Antaranya ialah mencari harta
karun, mengadakan latihan kecemasan dan mendaki gunung.
Walaupun terasa penat, banyak pengalaman yang saya
peroleh. Pengalaman-pengalaman ini membuatkan para peserta
berasa seronok. Kami juga dibawa meredah hutan dan diajar
mengenai pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di situ.
Dalam surat yang akan datang nanti, saya akan
sertakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang
perkhemahan. Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra
daripada saya.
Yang benar,
------------( LUQMAN AZIZ )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Kamu tinggal bersama-sama kakak kamu di Bandar. Kamu ingin
menyertai satu rombongan melancong ke Cameron Highlands. Tulis
sepucuk surat kepada bapa kamu di kampung untuk meminta
kebenaran dan meminta sedikit wang daripadanya.
No. 9999 Lorong Ba,
Taman Lintuk Pau,
25300 Kuantan,
Pahang.
10 Jun 2005.
Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera.
Ayahanda,

Apa khabar keluarga di kampung? Anakanda berharap


agar semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda dan
Kakanda Rokiah di sini sihat-sihat sahaja.
Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk
meminta kebenaran daripada ayahanda bagi menyertai rombongan
yang dianjurkan oleh sekolah anakanda pada bulan Julai nanti.
Rombongan ini akan melawat beberapa tempat menarik di Cameron
Highlands, seperti ladang teh, ladang ternakan lebah, dan ladang
kaktus.
Oleh yang demikian, anakanda memerlukan wang
tambahan sebanyak RM 50.00 sebagai bayaran tambang, wang
saku, penginapan dan juga makan minum selama berada di sana.
Anakanda amat berharap agar ayahanda dapat memberi
kebenaran serta mengirimkan wang yang anakanda perlukan.
Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada anakanda
dan kakanda di sini untuk ayahanda sekeluarga di kampung.
Sekian.
Yang benar,
-------------( JAMILAH )

Anda mungkin juga menyukai