Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal

:2/4

Minggu Praktikum

: Kedua

Tarikh

: 19 April 2015 (Ahad) hingga 23 April 2015 (Khamis)

Tajuk Jurnal

: Tumpuan Murid Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Masalah
Setelah seminggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi
mata pelajaran Sains, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi
tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan
tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan
rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada
kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan
dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal.
Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya
menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan
teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan
dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid
terhadap proses pengajaran.

Analisis Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising,
perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif,
kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau
bilik

darjah

contohnya

akan

menyebabkan

guru

menghadapi

kesukaran

dalam

mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang


jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya
komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk
belajar. Menurut Mok Soon Sang, Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan

komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan
menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi
dengan cara yang baik dan mengikut kesesuaian. Saya akan mencuba mengaplikasikan
contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melakukan corak
kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan
guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang
berlangsung. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan membantu murid
merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai
semangat kekitaan atau kepunyaan.
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
Kemahiran berkomunikasi yang berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik. Menurut Mok Soon Sang (2003), bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada suara
yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian
sejenak yang efektif, serta nada yang penuh dengan perasaan dapat menarik perhatian orang
yang berkomunikasi. Guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bercorak permainan bagi menarik minat dan perhatian muridmurid terhadap pelajaran yang diajar. Pengaplikasian teknik menyoal dapat menggalakkan
murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif secara langsung membantu murid
memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik.

Tempoh Penyelesaian
19 April 2015 (Ahad) hingga 23 April 2015 (Khamis)

Tindakan Susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam
mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Menurut Reed dan
Kirkpatrick (1998) menyatakan bahawa seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah
pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Murid-murid mudah tertarik dengan isi
pengajaran yang baru jika kaedah pengajaran yang digunapakai oleh guru sesuai dengan
tahap pembelajaran murid-murid serta menarik dan tidak membosankan.
Selain itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau
hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif berfungsi sebagai
ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan ini
lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Penggunaan peneguhan positif
sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah
laku yang diingini. Peneguhan positif (ganjaran) perlu diberi dalam jangka masa yang sesuai
tetapi bukan dengan selalunya supaya dapat memastikan murid-murid berasa teruja apabila
mendapat ganjaran daripada guru.

Kesimpulan
Dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya
kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi menarik minat murid dalam belajar. Muridmurid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan
pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Murid-murid akan berasa seronok
dan tidak membosankan dalam mempelajari ilmu yang baru. Oleh itu, kita sebagai guru
adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Anda mungkin juga menyukai