Anda di halaman 1dari 6

TEKS PEMBANGKANG KEDUA

KANAK-KANAK MENGUASAI BAHASA BERASASKAN


PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Perkara
Huraian Isi
Kata Aluan Tuan Yang DiPertua, Assalamualaikum dan salam satu
Malaysia saya ucapkan kepada para hakim yang menjadi
tunggak keadilan, penjaga masa yang setia dengan
masanya, rakan-rakan pihak pembangkang yang banyak
membantu, barisan pencadang yang amat sy geruni,
seterusnya hadirin hadirat sidang parlimen sekalian. Tuan
Yang DiPertua, memegang mandat selaku Pembangkang
Kedua pada
hari ini, saya tetap berdiri teguh di belakang Y.B Ketua
Pembangkang dalam membangkang gagasan usul,
Kanak-Kanak Menguasai Bahasa Berasaskan
Pemerolehan Bahasa Pertama berasaskan Teori
Behaviorisme
Saya dari tonggak dari barisan pembangkang bangkit bagi
meneruskan perjuangan kami, bahawa kami meminda usul
perdebatan hari ini dengan menyatakan bahawa
Kanak-Kanak Menguasai Bahasa Berasaskan
Pemerolehan Bahasa Pertama berasaskan Teori
Kognitif

Bidasan
Hujah 1

(Menteri 2)

Bidasan
Hujah 2

Sebelum hujah saya utarakan, molek kiranya jika saya


mulakan dengan bidasan terhadap hujah pencadang.
Menteri ke-2 sebentar tadi telah mengemukakn hujah
dengan petah bicaranya bahawa

Selain itu, Menteri ke-2 juga ada menyatakan

(Menteri 2)

Nampaknya, hujah saja panjang namun sayang 1000 kali


sayang hujah yang dibentangkan semuanya ibarat gigi yang
tidak berkalsium sekali ku jentik bersepai semuanya.

Hujah 1

Warga dewan sekalian,Meniti hujah saya yang pertama,


saya membuka kata kunci yang berbunyi,
Kanak-Kanak Menguasai Bahasa Berasaskan
Pemerolehan Bahasa Pertama berasaskan fonetik
Kanak-kanak dalam lingkungan umur setahun
menguasai pemerolehan dalam sistem fonologi berdasarkan
perkataan yang pertama semasa berkomunikasi. Perkataan
yang yang cuba diungkapkan oleh kanak-kanak mempunyai
konteks yang khusus dan hanya boleh difahami oleh orang
yang rapat sahaja. Bunyi-bunyi bahasa bermula daripada
bentuk yang mudah kepada rencam. Apa-apa sahaja yang
dikuasai oleh kanak-kanak bukanlah bunyi secara utuh,
tetapi fitur-fitur yang memberikan ciri bagi sesuatu bunyi,
selain membezakannya daripada bunyi-bunyi bahasa yang
lain.
Menurut Jacobson (1968) dalam Zukifley Hamid
(2006), di peringkat penguasaan bunyi-bunyi bahasa
terdapat urutan perkembangan yang teratur dan tidak
berubah. Contohnya bayi akan mengenal pasti pemisah
bunyi antara hentian bibir /p/ dengan hentian gigi /t/
terlebih dahulu berbanding pemisah antara hentian
bibir /p/ dengan hentian lelangit /k/. Kanak-kanak akan
terlebih dahulu mengenalpasti pemisah antara sengauan
gusi lidah /n/ berbanding pemisah antara sengauan dua
bibir /m/ dan segauan lelangit lembut
/ /
Kajian U-Shaped Curve yang dilakukan oleh
Karmiloff-Smith (1979) dalam Zulkifley Hamid (2006)

mendapati bahawa pada peringkat awal wujud kesamaan


sebutan (homonimi) bagi perkataan side dan light kerana
kedua-duanya disebut dait. Kemudian sampai ke peringkat
kedua-dua sebutan dibezakan, side disebut sebagai dait
dan light disebut sebagai lait
Kajian Karmiloff-Smith dalam kalangan kanak-kanak
Perancis juga memperlihatkan wujud cirri-ciri lengkok U
bagi penguasaan system fonologi. Ahli-ahlimentalis
menjadikannya hujah untuk membuktikan system fonologi
melibatkan factor-faktor dalaman. Golongan mentalis
berpendapat bahawa kanak-kanak yang membina rumusrumus fonologi semasa menguasai system fonologi bahasa.
Rumus-rumus tidak dibentuk melalui proses peniruan atau
latih tubi tetapi melibatkan peranan alat pemerolehan
bahasa yang sememangnya wujud dalam akal budi sejak
lahir.
Hujah 2

Warga dewan sekalian,Meniti hujah saya seterusnya, saya


membuka kata kunci yang berbunyi,
Kanak-Kanak Menguasai Bahasa Berasaskan
Pemerolehan Bahasa Pertama berasaskan sintaksis
Barisan kerajaaan, ingin saya tegaskan dan naytakan
di sini bahawa pemerolehan sintaksis kanak-kanak bermula
semasa kanak-kanak dapat menggbungkan dua atau lebih
kata. Peringkat holo frasa bukanlah titik permulaan
penguasaan system sintaksis. Pemerolehan sintaksis hanya
berlaku apabila kanak-kanak dapat mengembangkan dua
atau lebih kata. Steinberg membahagikan perkembangan
penguasaan kepada tiga tahap iaitu tahap telegraf,
morfem dan transformasi.

Pada tahap telegraf, kanak-kanak menggungkapkann


gabungan kata-kata yang agak ringkas kerana berlaku
penjimatan yang keterlaluan. Kanak-kanak kurang
mengunggkapkan kata-kata tugas. Ayat yang dibina dengan
kata-kata inti dikenali ayat minimal. Contonya mak akan,
kak aju, dek eleh dan sebagainya.
Pada tahap morfem, kanak-kanak mula menggunakan
kata-kata dengan lebih rencam. Kata-kata tugas seperti
ialah, adalah, tidak, bukan dan tetapi mula wujud dalam
ayat. Kanak-kanak menggunakan imbuhan dalam bahasa
melayu atau morfem terikat. Contohnya Ayah belikan pen.
Pada tahap transformasi pula, kanak-kanak
menguasai kebolehan untuk menukarkan bentuk-bentuk
ayat mudah dengan bentuk-bentuk ayat rencam. Kanakkanak sudah menguasai pembentukan ayat naf dan ayat
tanya walaupun tidak gramatis. Contoh-contoh ayat bahasa
Melayu yang dihasilkan oleh kanak-kanak semasa berada di
peringkat ini adalah seperti Nek kat mana? dan Tak mau
makan
Nah sudah terang lagi bersuluh, Kanak-Kanak Menguasai
Bahasa Berasaskan Pemerolehan Bahasa Pertama
berasaskan fonetik
.Warga dewan yang saya muliakan sekalian,wahai pihak
kerajaan apa ditunggu lagi? Angkat kerusi duduk dibarisan
kami kerana saya telah mengutarakn bahan bukti yg
terpaksa dipikul oleh pihak kerajaan iaitu pihak kerajaan
haruslah mengemukakan bukti yang kukuh jangan hanya
ombak kedengaran pasirnya tidak kelihatan. Oleh itu, saya

selaku pembangkang ke-2 dipihak pembangkang ingin saya


tegaskan skali lagi pendirian kmi bhw kami sebulat suara
dan tidak akan berganjak seinci pun daripada bumbung
premis yang kami dirikn hari ini atas dasar
Kanak-Kanak Menguasai Bahasa Berasaskan
Pemerolehan Bahasa Pertama berasaskan fonetik dan
sintaksis
Sekian Salam, mohon
membangkang.

Anda mungkin juga menyukai