Anda di halaman 1dari 45

BAB 1 : PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUN

Bahasa Arab : tamaddun, Bahasa Inggeris: civilization


A.

Pengertian tamaddun

Maddana
1.
Memperhaluskan budi bahasa dan memperelokan tingkah laku (mengenai
manusia)
2.
Membuka atau membuat Bandar (menetap, tidak lagi berhijrah)
Madinah: bandar/kota
Madani:
1. peradaban dan kemakmuran hidup
2. Bersifat sopan dan halus dalam tingkah laku
3. Mempunyai pencapaian material yang tinggi
Maddana, madani berasal dari perkataan al-din. (al-din bermaksud agama)
B.

Pengertian civilization

Civitas: bandar atau kota


1. Kehidupan di bandar atau kota
2. Bandar tanda ketamadunan
3. Pencapaian material lambang ketamadunan sesuatu masyarakat
4. Kehidupan civil atau sopan bertentangan dengan barbaric atau tidak bersopan atau
beradab
C.
Takrifan lain:
Ibn Khaldun
Kehidupan beradab, berbudi bahasa dan bersifat halus serta maju dan makmur dalam
pencapaian material dan kebendaan
Albert Schweitzer:
Keseluruhan kemajuan manusia dalam semua aspek pemikiran dan tindakan yang
membawa kepada kesempurnaan

Ciri-ciri Utama Tamadun


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Penempatan kekal.
Sistem pertanian atau pengeluaran makanan
Sistem organisasi dan institusi sosial, politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan
lain-lain
Sistem tulisan dan pengiraan (untuk mewarisi pengetahuan dan pembinaan bandar)
Sistem perundangan teratur
Sistem nilai dan moral berwibawa
Kehidupan beragama
Perkembangan daya kreativiti, falsafah, kesenian dan kesusasteraan
Pengkhususan kerja dan pengurusan teknologi

Hubungan Tamadun dengan Agama


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Berkaitan rapat
Kehidupan bertamadun: beradab atau bersopan dengan bermoral tinggi (nilai agama)
Agama membentuk pandangan semesta dan nilai-nilai kehidupan terpuji individu dan
masyarakat
Kemunculan tamadun manusia adalah manifestasi kehidupan beragama
Semua tamadun tradisional manusia berasaskan pandangan hidup, prinsip dan nilai
ajaran agama
Tamadun moden mengetepikan ajaran agama dan menurkaganti asasnya dengan
pemikiran dan penilaian manusia atau humanisma (berbeza dengan tradisional)

Hubungan Tamadun dengan Budaya


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran


fizikal, dan sosialnya atau pengurusan kehidupan secara kolektif
Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji
menandakan kehidupan bertamadun
Sesetengah budaya dianggap tidak bertamadun, kerana tamadun menekankan budi
bahasa yang baik
Tamadun berbeza daripada budaya kerana bukan semua unsur budaya boleh dianggap
sebagai tamadun
Kriteria tamadun:
Bernilai tinggi dan terpuji
Kekal dan bertahan lama
Tidak terbatas kepada kawasan-kawasan, melampaui batasan kenegaraan
Dibina dalam masa panjang

Hubungan Tamadun dengan Bangsa


Bangsa mempuyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi, budaya, dan kawasan
geografi.
Tamadun merentasi batasan budaya dan geografi. Contoh: tamadun islam dan tamadun
barat moden (melalui penaklukan)
Tamadun jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan Negara jepun
Tamadun jepun tidak dipengaruh oleh bangsa lain, dan tidak mempengaruhi kawasan
lain

Kelahiran dan Perkembangan Tamadun


Faktor geografi
i. Kedudukan strategik untuk penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber
semulajadi untuk kelangsungan kehidupan. Contoh: tamadun Mesopotamia di sungai
Tigris dan Euphrates
Faktor agama
i. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk
membangunkan kehidupan yang menuju kepada kasempurnaan kemanusiaan dan
ketinggian budaya
Faktor politik
i. Politik yang kukuh dan stabil adalah tulang belakang bagi perkembangan sesuatu
tamadun dan penentu jangka hayatnya
ii. Kestabilan politik membawa kepada kestabilan kehidupan, kelangsungan
pemerintahan dan pentadbiran
Faktor ekonomi
i. Aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan membawa kepada penempatan kekal
dan perkembangan sesebuah masyarakat akan menarik aktiviti ekonomi lain seperti
perdagangan, pengangkutan dan pertikangan dan lain-lain.
ii. Penciptaan kekayaan membolehkan pembinaan dan perkembangan tamadun manusia
Faktor sosial
i. Nilai-nilai murni seperti kecintaan kepada ilmu kerajinan, ketekunan dan kreativiti
dan cinta kepada keindahan memain peranan penting dalam perkembangan dan
kemajuan sesuatu tamadun
ii. Contoh: perkembangan dalam ilmu matematik, geografi, perubatan, astronomi,
falsafah, persuratan, seni bina dan lain-lain membawa kepada pencapaian cermelang
dalam semua aspek kehidupan manusia

Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Keruntuhan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat khususnya di


kalangan pemimpin. Contoh: tamadun yunani dan tamadun romawi
Ketidakadilan dan jurang perbezaan besar antara golongan kaya dan miskin. Contoh:
tamadun romawi
Penindasan dan kezaliman yang mengenetepikan hak-hak kemanusiaan. Contoh:
tamadun barat di asia (Negara yang dijajah mencapai kemerdekaan)
Sikap yang tertutup dan tidak mahu menerima perubahan yang membawa kepada
keadaan beku dan jumud. Contoh: tamadun islam uthmaniyyah
Malapetaka seperti wabak penyakit yang dasyat atau bencana alam yang
menyebabkan kematian penduduk atau kerosakan secara besar-besaran

Interaksi antara Tamadun


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Tamadun tidak tertutup, dan boleh menerima pengaruh luar yang membuka peluang
untuk percambahan pemikiran, budaya, dan pengkayaan tamadun
Sifat terbuka, toleransi dan saling menghormati amat penting untuk perhubungan baik
antara tamadun (khususnya antara pemimpin)
Interaksi antara tamadun boleh berlaku pada peringkat nilai, idea, institusi dan insan,
kerana percampuran budaya berlaku apabila individu dari tamadun berlainan bertemu
Faktor utama yang boleh mempengaruhi hubungan antara tamadun ialah sikap serta
cara yang diambil semasa dua tamadun bertembung
Interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara:
Hidup bersama
Berjiran
Penyebaran agama
Perdagangan
Penjelajahan dan penerokaan
Pendidikan
Media
Penjajahan
Peperangan

Kesan Interaksi antara Tamadun


Terdapat perubahan yang baik atau buruk hasil dari interaksi
i. Asimilasi atau penyerapan yang membawa kepada kehilangan identiti asal. Contoh:
orang afrika yang dibawa ke amerika
ii. Akultrasi atau pembudayaan yang tidak menghapuskan identiti satu kumpulan etnik
itu. Contoh: orang cina dan India di Malaysia
iii. Akomodasi atau bertolak-ansur. Menerima perbezaaan dan mengekalkan identiti
masing-masing (hidup bersama dan mempengaruhi satu sama lain
iv. Amalgamasi atau bercampur atau bercantum sehingga menghasilkan suatu yang baru
seperti dalam perkahwinan campur atau cultural melting pot
v. Pertentangan yang cuba untuk menghapuskan lawan secara maksimun yang mungkin
vi. Konflik atau pertentangan atau perbalahan secara langsung dan sedar sering berlaku
tetapi tidak semestinya sampai kemusnahan

Interaksi antara Tamadun India dan China di Asia


Tenggara
i.
ii.
iii.
iv.

Penyebaran dan perkembangan agama hindu dan budhis di masyarakat Asia


Tenggara.Contoh: penubuhan kerajaan di funan, Angkor,majapahit dan kedah
Penggunaan sistem devaraja di Asia Tenggara
Penggunaan bahasa Sanskrit dan pengaruh kesusasteraan Sanskrit dalam bahasa dan
kesusasteraan tempatan, contoh: bahasa dan kesusasteraan melayu
Hubungan diplomatik antara china dan kesultanan melaka dan perkahwinan antara
sultan mansur syah dan puteri china hang li po

v.

Melalui perdagangan sutera, porselin, tembikar dan makanan telah diperkenalkan di


Asia Tenggara

Interaksi Negatif
i.
ii.
iii.
iv.

Pembunuhan
Peperangan
Penaklukan
Konflik dan ketegangan

Contoh-contoh Sejarah
i.
ii.

Pemerintah Kristian di Eropah telah berperang dengan orang Islam dalam siri
Peperangan Salib di mana ramai orang Kristian, Islam dan Yahudi terkorban
Ketegangan dan pembunuhan di antara orang Hindu dan Islam di India

Contoh-contoh Semasa
i.
ii.

Pembunuhan orang-orang islam bosnia di Yugoslavia oleh pemerintahan Serbia


Pembunuhan rakyat palestin oleh pemerintahan Israel

Dialog antara Tamadun (mengelakkan kesan negatif)


i.
ii.
iii.
iv.

Mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun islam dan
asia
Mengadakan dialog pada semua peringkat dan lapisan masyarakat individu,
masyarakat, institusi, nagara dan antarabangsa
Pengajian mengenai tamadun dimasukkan ke dalam kurikulum di peringkat sekolah
dan institusi pengajian tinggi
Media massa memainkan peranan penting dalam menggalakkan dan menghidupkan
dialog antara tamadun pada peringkat kehidupan harian individu melalui sikap saling
menghormati, toleransi, pergaulan dan memahami perbezaan dan persamaan antara
budaya dan agama manusia

Penilaian Terhadap Tamadun


Unsur-unsur Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Persamaan dan perbezaan terdapat pada kedua-dua aspek tamadun material dan
spiritual
Agama (agama yang berlainan mempunyai konsep kesamaan)
Etika dan nilai
Pemikiran
Kebudayaan
Kesenian
Pencapaian tamadun

Yang lebih asas adalah kesamaan, iaitu kemanusiaan


17.07.200
7

BAB 2
: MASYARAKAT MELAYU
KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU

DAN

1. Konsep Tamadun Melayu


Sesebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia di suatu wilayah Asia
Tenggara yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau
Gugusan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi
2. Latar Belakang
2 faktor yang mejadikan wilayah ini Melayu adalah:
Bahasa Melayu mejadi bahasa lingua franca atau bahasa perantara
Agama islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di kepulauan melayu ini.
Peranan menyebarkan agama islam telah dijalankan oleh beberapa golongan iaitu
pedagang yang pada masa yang sama menjadi pendakwah, golongan bangsawan
tempatan yang memeluk islam dan menyebar kepada rakyat jelata, dan juga para
mubaligh, pendakwah, ulama, dan ahli sufi.
Mereka menyampaikan ajaran islam secara hikmah rasional dan bijaksana. Mereka
sendiri memiliki akhlak yang mulia yang berupaya memikat hati orang lain.
Melalui penyebaran ini, maka lahirlah kerajaan melayu islam seperti:
Samundara-Pasai (1289-1400)
Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)
Aceh (1511-1650)
Johor-Riau-Lingga (1650-1800)
Antara faktor yang menyumbang kepada kemunculan kerajaan Melayu Islam ini ialah
peranan yang dimainkan oleh kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang tergolong dari
raja dan pemerintah
Selain itu, cirri yang ada pada agama islam telah memudahkan orang ramai
menerimanya, antaranya:
Mudah difahami
Menekan kesamarataan antara lapisan masyarakat
Bersifat rasional dan logical
Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi perkerti
3. Pandangan semesta masyarakat melayu: sebelum dan selepas kedatangan islam
Sebelum kedatangan islam, sistem kepercayaan masyarakat berasaskan Animismekepercayaan bahawa setiap benda- objek ada jiwa, roh dan semangat yang mempunyai
perwatakan sendiri. Dari kepercayaan ini lahirlah peraturan dan pantang larang
tertentu dalam sistem kepercayaan.
Dinamisme pula kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan
semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan, benda yang boleh
mengakibatkan kesan baik dan kesan buruk kepada manusia.
Dinamisme ini melahirkan magis iaitu penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan
perbuatan atau upacara tertentu yang dilakukan oleh bomoh dan pawang, sehingga

tenaga ghaib itu dapat dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau kerugian orang
lain.
Juga wujud kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dikenali sebagai hyang.
Roh ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat
dan boleh mempengaruhi kehidupan mereka.
Kedatangan agama Hindu Buddha, upacara dan penyembahan menjadi lebih
tersusun dan berbentuk rasmi. Dalam aspek politik dan pentadbiran, kedudukan rajaraja dari aspek spiritual dan peranan fizikal diperkukuhkan
Kesan dari ajaran Hindu seperti sistem penglapisan masyarakat (sistem kasta) yang
memisahkan para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah
menular ke dalam sistem sosial kelompok melayu.
Dengan kedatangan islam, pandangan semesta telah berubah kepada Tuhan sebagai
segalanya (God-Centred) yang menjadikan Tawhid sebagai paksi atau asasnya
Kedatangan Islam juga meletakkan ilmu sebagai faktor utama kbaikan dunia dan
akhirat.

4. Kemunculan Tamadun Melayu


Bermakna hasil pencapaian bangsa melayu dalam pelbagai bidang utama kehidupan
kemanusiaan dan kebendaan.
Telah dibangunkan oleh semua suku bangsa di kepulauan Melayu yang kebanyakan
beragama Islam dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca)
Dibina melalui ilmu persuratan (kesusasteraan)
Apa sumbangan ilmu persuratan (kesusasteraan) ini?
Kerana di dalamnya terkandung minda peribumi dan minda asli melayu yang cuba
menetakrifkan identity dan budaya bangsanya melalui proses pemikikran kreatif,
imaginative, empirical dan rasional demi membentuk pandangan hidup melayu
tentang alam, adat dan budi bahasa, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu,
konsep kewujudan atau ontology, undang-undang, hubungan diplomasi dengan
kerajaan atau raja asing dan wira budaya melayu.
Mengenai wira budaya melayu misalnya, peranan budaya manusia melayu seperti
yang dilambangkan oleh watak hang tuah dalam Hikayat Hang Tuah
Pengarang cuba untuk memperlihatkan keperkasaan, kebangkitan semula dan
ketahanan Negara-bangsa atau empayar Melayu. Untuk mencapai tujuan ini, perlu
ada seorang Melayu jati diri yang mempunyai segala sifat, kebolehan dan kehandalan
yang luar biasa untuk membantu rajanya atau negerinya membina atau
mengembangkan semangat dan kesedaran jati diri bangsa melalui sebuah empayar
melayu yang besar, gagah perkasa dan dihormati dunia luar. Dan dalam Hikayat
Hang Tuah, watak Hang Tuah diberikan sifat seperti:
beradat (berbudi pekerti luhur, bersopan santun, amanah, jujur), berilmu (mengaji
dan khatam al-Quran pada sejak kecil dan menguasai 12 bahasa. Mesej pengarang
di sini menguasai banyak bahasa perlu untuk membolehkan wira budaya melayu
menjadi diplomat melayu yang berjaya dan berkesan di luar negeri. Tutur
bahasanya fasih, manis, memikat dan sedap didengar, taat (pada raja dan Negara)

Zaman Kesultanan Melaka (1400- 1511)


Golongan pemerintah memainkan peranan penting kepentingan ilmu pengetahuan.
Maka lahirlah karya agung iaitu Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri
Lanang dan Hikayat Hang Tuah.
Sejarah Melayu- hasil tulisan berbentuk sejarah dan sastera kenegaraan.
Karya sejarah yang ditulis dengan ciri-ciri kesusasteraan.
Isinya berkaitan dengan sejarah sebuah Negara Kota dan susr galur keturunan raja
Hikayat Hang Tuah (epik Melayu) tentang keperwiraan pahlawan Melayu.
Meskipun dalam kedua-dua karya ini ada unsur lagenda dan mitos, namun terdapat
jua fakta sejarah yang benar.
Melalui buku ini diceritakan tentang sistem pemerintahan (politik), undangundang yang dilaksanakan (perundangan), sistem ekonomi (ekonomi) dan
pelbagai sistem hidup (sosial).
Dalam Hikayat Hang Tuah, walaupun dipenuhi unsur mitos dalam format
penceritaannya, yang penting watak Hang Tuah yang ditonjolkan bukan sahaja
sebagai tokoh diplomat yang diutuskan untk menjalinkan hubungan dengan dunia
luar.
Di dalam karya ini Hang Tuah dihantar ke majapahit dan china dan hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat melayu memahami kepentingan hubungan
diplomatik dengan Negara luar sejak dahulu lagi.
Falsafah yang ditekankan di sini, manusia tidak boleh hidup sendirian.
Sebagai sebuah Negara kota, perlu mempunyai rakan dari Negara lain untuk
membantu membangunkan pemerintahannya.
Melalui 2 buah buku yng dianggp canon ini, masyarakat melayu mula dibentuk
dengan sistem nilai, ekonomi, diplomatik.
Di era 1800-1957 pula:
Banyak tulisan yang bertujuan untuk membuka minda melayu agar menerima
kemajuan dan pembangunan dihasilkan. Tulisan-tulisan agar wujud perasaan cinta
kepada pembangunan.
Antaranya ialah tulisan Abdullah Munsyi iaituHikayat Abdullah dan Kisah
Pelayaran Abdullah.
Dalam kisah Pelayaran Abdullah isu pembangunan telah dibicarakan oleh
Abdullah dan terus dibicarakan hingga ke hari ini.
Bagi Abdullah sekiranya masyarakat melayu ingin maju, pemikiran mereka perlu
lebih terbuka dan perlu meninggalkan pelbagai kepercayaan dan adat resam yang
sering dikatakan bodoh. Baginya sesetengah adat resam dan kepercayaan karut
yang menjadi pegangan orang Melayu akan mengongkong mereka daripada
melihat kehidupan masa hadapan.
Pada zaman Munsyi Abdullah ini kerangka keilmuan Islam ini tidak berpecah,
walaupun tidak berkembang. Ini dapat dilihat daripada kritikan Abdullah terhadap
fahaman tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan Islam danakal yang sihat

seperti amalan menjual anak, menggunakan jin untuk menangkap gajah, percaya
pada juasa hantu, ifrit, mambang, pelesit, polong dan sebagainya.
Beliau juga mengkritik golongan yang suka menjual manuskrip kepada Tuan
Raffles, katanya dalam hikayat Abdullah, halaman 225-228 Tiada disadarkan
orang-orang yang di belakang kelak menjadi bodoh. Satu suratpun tiada hendak
baca dalam bahasa sendiri, kerana kitab-kitab itu semuanya tulisan tangan. Jikalau
kitab dicap, tiadamengapa. Maka tiadalah lagi benih-benihnya sampai sekarang.
Adapun sebabnya fikiran itu datang kerana tiada mereka itu mahu menurut adat
orang, lagipun tiada ia mempunyai ilmu, menjadi semakin hari semakin bodohnya
bertambah, seperti katak di bawah tempurung, adanya pada sangka katak itu
tempurung itulah langit (kisah pelayaran Abdullah, 15)
Beliau juga mengkritik sifat dan tabiat beberapa orang sultan dan pembesar
melayu yang antara lain kerana enggan menggalakkan putera mereka belajar
bidang seperti bahasa inggeris, ilmu kira-kira dan sebagainya di luar Negara
seperti India.
Sepanjang sejarah islam di Alam Melayu, jelas kelihatan setiap kali seseorang
pemimpin mencapai keagungan sebagai pemimpin melayu yang besar, dia juga
mempunyai hubungan yang akrab dengan ulama besar di negeri berkenan.
Contoh-contohnya:
Syeikh Abdullah al-Ymani dengan sultan muzaffar di kedah
Syeikh Ismail dan sultan Malikul adil di Pasai
Syed abdul aziz dan sultan Muhammad shah di melaka.

5. Bahasa Melayu sebagai wahana kepada pertumbuhan tamadun melayu


Tanpa bahasa baik tulisan ataupun lisan, manusia tidak mungkin dapat merakamkan
tamadun atau peradaban dan menurunkan tamadun itu dari satu keturunan ke
keturunan yang berikutnya.
Peradaban sering dikaitkan dengan kemajuan. Apabila kita mengatakan mengatakan
bahasa sebagai alat peradaban, ini tidak bererti bahawa peradaban sesuatu bangsa
dapat dibentuk oleh apa-apa bahasa sahaja kerana ini ada kaitan dengan jati diri dan
maruah bangsa yang membentuk tamadun tersebut. Perlu diingatkan bahawa
mengetahui bahasa asing (bahasa Inggeris) penting untuk penguasaan ilmu tetapi
bukan untuk mengungkap hati dan jiwa, akal budi,nilai dan adat resam yang
membentuk atau mewakili pandangan hidup (worldview) bangsa kita, iaitu
pandangan hidup yang mencirikan peradaban dalaman, bahkan ciri-ciri luarannya.
Pertembungan dua tamadun berlaku apabila orang luar ingin memahami minda dan
tamadun bangsa kita, maka mareka perlu memahami bahasa kita, kalau tidak mereka
terpaksa mempelajari melalui terjemahan.
Perkembagan bahasa berlaku apabila ada kemajuan akal fikiran dan daya budaya
bangsa yang menggunakan bahasa itu.
Sejak abad ke-7, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa yang utama atau dominant
di pusat-pusat kerajaan, sebagai alat pengembangan agama, bahasa perdagangan dan
bahasa kesusasteraan serta ilmu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan-kerajaan awal di rantau Alam
melayu.
Bukti-bukti yang ditemui tentang penggunaan bahasa melayu:

Di zaman empayar Srivijaya daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kejayaan


yang gilang gemilang ditemui batu-batu bersurat atau prasasti di sekitar Palembang
(ibu kota empayar melayu agung ini)
Batu bersurat talang tuwo (684 masihi) di Palembang
Batu bersurat kota kapur (686 masihi) di pulau Bangka
Batu bersurat karang berahi (692 masihi) di Jambi
Kandungan inskripsi pada batu-batu ini dengan jelas menunjukkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara mudah bahasa
wahana pembentukan sebuah tamadun melayu.
Srivijaya yang mengadakan dasar peluasan kuasa (imperialisme) dengan
menguasai keseluruhan Kepulauan Sumatera, kawasan segmenting Kra dan
Semenanjung Tanah Melayu, Barat Pulau Jawa
Sebagai bahasa pemerintahan Srivijaya, bahasa ini telah berkembang dari segi
kosa kata, istilah dan daya pengungkapannya dengan penyerapan daripada bahasa
Sanskrit sehingga menjadi bahasa agama, budaya, sastera, seni, pentadbiran
perundangan dan lain-lain kegiatan yang dikaitkan denan urusan rasmi
Contoh kata pinjaman dari bahasa Sanskrit ialah :kunci, emas, tembaga, permata,
purnama, sutera, kurnia,penjara,merdeka, pujangga dan lain-lain
Dalam abad ke-17 Aceh menjadi pusat perkembangan persuratan dan kegiatan
ilmu berbahasa Melayu yang sangat gemilang
Tradisi ini bersambung dan kekal sampai ke zaman Eropah hinggalah kuasa
Eropah meninggalkan Indonesia pada 1945 dan tanah Melayu pada 1957
Perlu diingatkan bahawa sewaktu Barat menguasai di rantau ini, mereka tidak
meninggalkan tamadun ilmu mereka dalam Bahasa Melayu sebagaimana yang
dilakukan oleh mubaligh dan pedagang Islam sebelum itu
Orang Eropah datang atas nama Syarikat Hindia Timur semata-mata bertujuan
untuk menguasai pelabuhan-pelabuhan perdagangan daripada kerajaan MelayuIndonesia dari persisir Selat Melaka sampailah ke Pulau Jawa dan Kepulauan
Muluku.
Bangsa Portugis pula datang untuk memerangi Islam
Sebagai contoh bangsa Inggeris dan Belanda memang telah memperkenalkan
sistem pendidikan mereka di rantau ini, tetapi ini tidak bererti mereka membawa
tamadun ilmu ke dunia berbahasa Melayu
Di England, standard Inggeris itu dituturkan oleh orang lulusan universiti dari
Cambridge dan Oxford, di Malaysia belum ada kelas atasan yang menggunakan
satu jenis bahasa Melayu kelas atasan
Malaysia juga tidak ada universiti yang menghasilkan siswazah yang menuturkan
bahasa Melayu kelas terpelajar . Kita tidak ada apa yang dalam istilah ilmu bahasa
dipanggil lead group. Di England, Perancis lead group inilah merupakan mereka
yang terdiri dari kelas atasan dan orang terpelajar menuturkannya
Belajarlah bahasa inggeris untuk dunia global dan belajarlah bahasa melayu untuk
jati diri dan maruah bangsa (win-win situation)
Dalam zaman kuasa Inggeris dan Belanda, lahir tamadun persuratan dan kegiatan
intelektual dalam Bahasa Melayu, di Melaka yang diwakili oleh Abdullah Munshi
dan di Riau diwakili oleh Raja Ali Haji.

Sastera Inggeris dan kegiatan intelektual dalam bahasa Inggeris tidak wujud di
rantau ini. Buku-buku ilmu tinggi atau ilmu moden Barat dalam bidang sains
tidak ada yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau dipelajari oleh orang
Melayu
Dasar Inggeris tidak mahu orang Melayu pandai do not overeducate the natives,
kerana takut nanti mereka akan memberontak terhadap pemerintah Inggeris
Pemahaman dan penghayatan kerangka keilmuan dan pandangan Islam berjaya
mengangkat orang Melaayu dan bahasanya sebagai bahasa dan bangsa yang
dihormati walaupun terpaksa menghadapi tentangan langsung daripada kuasa
ketenteraan dan pentadbiran Barat
Kejatuhan umat Melayu di rantau ini bukanlah kerana kelemahan dalaman
kerangka keilmuan dan agama Islam, tetapi kerana kelemahan untuk memahami
dan lalai melaksanakan kerangka keilmuan dan akidah di kalangan, bermula
dengan pemimpin, yang menyebabkan akhlak mereka rapuh, tidak bersedia
mendengar naihat dan terlalu mementingkan tututan duniawi. Faktor inilah yang
banyak menyumbang kepada perpecahan dikalangan orang Melayu dan
memudahkan golongan penjajah.
6. Tradisi Keintelektualan Melayu
Apa itu keintelektualan?
Keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu
jawapan atau penyelesaian yang menuju kearah kesempurnaan, melalui proses
berfikir yang bertahap-tahap, teratur dan tersusun.
Bagaimana ciri keintelektualan itu dapat dilihat?
Pada proses berfikir secara kreatif
Kerasionalan idea
Hujah yang dapat dipertanggungjwab alasan dalam mencari sesuatu jawapan atau
menyelesaikan masalah
Bagaimana melihat tradisi keintelektualan Melayu?
Pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan.
Apa yang berbentuk lisan?
cerita penglipur lara
cerita jenaka
cerita nasihat
cerita binatang
mitos
lagenda
pantun
peribahasa
simpulan bahasa
pepatah petitih
seloka
Perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu bermula
dengan:

Srivijaya (650-1200)
Pusat kebudayaan Melayu tertua
Karya ditulis dalam bahasa Sanskrit
Pasai (1250-1524)
Kegiatan dikaitkan dengan kegiatan kerajaan Melayu yang pertama menerima
dan memeluk agama Islam di Alam Melayu
Di sinilah muncul bahasa Melayu persuratan yang merupakan wahana atau alat
untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam
Tulisan Jawi digunakan
Karya yang dihasilkan : Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiyah
(tentang ketokohan pahlawan Islam)
Melaka (1400-1511)
Lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai
Kisah menegani nabi dan pahlawan Islam diMelayukan
Lahirlah sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang
Melaka)
Undang-undang laut Melaka (peraturan mentadbir negeri dan menegakkan
keadilan masyarakat umum
Aceh
Kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan kebudayaan
Melayu terpenting
Tumpuan alim ulama
Menjadi pusat keagungan tamadun Melayu tradisional untuk empat kurun
Perkebangan pesat untuk sama dan penulisan Sejarah
Mencapai zaman kemuncak paa kurun ke-17 dengan kemunculan nama-nama
seperti: Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra
Johor (1528-1779)
Setalah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis
Terhasilnya:
Hikayat Hang Tuah
Adat Raja-raja Melayu
Sejarah Melayu
Sulalat la-salatin
Undang-undang Johor (dari Hukum Kanun Melaka)
29.7.2007

BAB 3 :TAMADUN ISLAM: ISTILAH DAN DEFINISI


Terdapat 4 istilah :
Hadharah
Umran
Thaqafah
Tamaddun
Istilah popular yang digunakan untuk menjelaskan pegertian tamadun ialah
HADHARAH kerana istilah ini memberikan petunjuk yang jelas tentang sifat-sifat
hidup bertamadun
Istilah HADHARAH
1. Pengertian objektif (penjelasan ingredient kehidupan)
Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti
bidang ILMU, budaya, seni, falsafah, ekonomi, teknikal, undang-undang dan lain-lain
yang mempengaruhi kehidupan dari generasi ke generais
2. Pengertian subjektif (lebih menunjukkan perubahan kehidupan)
Menggambarkan suatu perubahan perkembangan dan peningkatan kehidupan kepada
taraf yang lebih tinggi, maju dan makmur
Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN ISLAM (pandangan dari ILMUAN)
1. Ibnu Khaldun
Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan peningkatan kemewahan, keindahan
suasana dan minat atau pencapaian dalam bidang industri yang meningkatkan kualiti
kehidupan
2. Sayyid Qutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat dalam bidang sosial, pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan
ilmu pengetahuan yang berasakan nilai-nilai ajaran Islam
3. Dr. Muhammad al-Bahiy

Keseluruhan penghasilan atau produktiviti kehidupan yang menggambarkan nilai


kemajuan dalam keperibadian manusia, dari sudut falsafah, pengetahuan , kesenian,
politik, ekonomi, sosial dan lain-lain
Tamadun Islam: Perspektif dan Pandangan Semesta
Perspektif Tamadun Islam:
Keyataan bukti-bukti dan rekod, sumbangan-sumbangan, kejayaan-kejayaan dan
pencapaian yang berasaskan ajaran Islam yang menggabungkan unsur-unsur asas yang
sepadu, meliputi:
Asas keyakinan ketuhanan, kerasulan, dan ketulenan sumber (wahyu)
Kemuliaan norma atau nilai diri manusia (kekuatan Rohaniah)
Keutuhan institusi-institusi dalam jaringan kehidupan manusia seperti institusi
keluarga, masjid, institusi pendidikan dan lain-lain
Keunggulan ILMU dan kecermelangan sistem pendidikan
Identiti Tamadun Islam:
Berasaskan kepada sifat islam sebagai al-Din, iaitu sistem kehidupan yang
membentuk, membina, keseluruhan cara hidup dalam semua bidang kehidupan Islam
sebagai al-din, berasaskan kepada asas-asas berikut:
Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai, norma, akhlak dan adab, untuk
membina manusia mulia supaya manusia dapat membina dan melindungi
kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan kehidupan dalam semua aspek kehidupan
Al-Din membentuk hubungan atau interaksi yang positif, berterusan, supaya
jalinan hubungan sesama manusia, mewujudkan asas-asas kemuliaan kehidupan
Empat Aspek Utama Interaksi Dalam Islam:
Hubungan antara manusia dengan Allah (worship, loyalthy, obedient)
Hubungan tanggungjawap manusia terhadap DIRI SENDIRI (ROH, JASAD dan
AKAL)
Hubungan sesama manusia (suami isteri, keluarga, kawan, masyarakat, kepimpinan
dan lain-lain)
Hubungan manusia dengan persekitaran (binatang, tumbuhan, udar, air, tanah dan lainlain)
Sasaran atau matlamat sistem hidup Islam (al-Din) adalah bahawa semua manusia
sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan setiap manusia mendapat peluang kehidupan
berdasarkan keperluan dan keupayaan
Semua manusia wajib menunaikan hak dan tanggungjawab secara maksima, berterusan
dan bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan, kemajuan dan kebahagian di DUNIA
dan AKHIRAT (al-Din diggunakan, bukan agama)
Matlamat Tamadun Islam
Mengukuhkan sistem hubungan manusia dengan Allah (tuhan) Pencipta, Pemilik
dan Penguasa ke atas manusia dan Alam (sentiasa diletakkan pertama)
Memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia
Kesempurnaan keyakinan Aqidah ketuhanan
Kesejahteraan nyawa dan tubuh badan (mewujudkan undang-undang)
Kesejahteraan Fakulti Akal
Kemuliaan kelahiran zuriat atau insan

Kesucian milikan kebendaan


Mewujudkan sistem kehidupan yang lengkap, sempurna dan universal
Menyediakan sistem kawalan dan perlindungan terhadap kesejahteraan manusia dan
Alam
Meyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral dan etika) yang mulia untuk pembinaan
sumber manusia yang berkualiti

Tamadun Islam: Pembentukan-pembentukan Asas


Manusia

Teknologi

Aqidah Tauhid
(Allah)

Sumber Alam

Wahyu(al-Quran)

Ilmu
Dikuasai dan dipengaruhi
oleh TAUHID

Teras Pembinaan Tamadun Islam

Sumber
manusia

AQIDAH
(Tauhid / keimanan)

Sumber Wahyu (alQuran/Sunnah)

AKHLAK
SYARAT

Teras Tamadun
Islam

Syariat

Sumber
Kebendaan

IBADAH-pengabadian
penyembahan
(Worldship sistem)

Ilmu

Rumusan Definisi Tamadun Islam


Berasaskan Ajaran Islam
Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan
Kehidupan bertamadun bermula di kawasan kota atau perbandaran
Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan teknologi
Menikmati atau mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian dan kebendaan
beraasaskan Iman, Syariat dan Akhlak
03.08.2007

BAB 4 : ISLAM HADHARI


1. Pengenalan
Zaman kegemilangan pemerintahan Islam
Rasulullah s.a.w
Khulafa al-Rashidin
Bani Umayyah
Bani Abbasiyyah
Benua Eropah-Andalusia
Zaman kejatuhan pemerintahan Islam (faktor negatif)
Militan
Huru-hara
Kemiskinan dan kemunduran
Faktor-faktor kejatuhan
Kelemahan iman
Pemikiran Jumud
Penghyatan Islam yang lemah
Cintakan dunia
Kedangkalan ilmu

Ciri-ciri yang hilang


Syumul/sempurna
Progresif
Dinamik
Kesembangan hidup
Untuk megembalikan kecermelangan masyarakat islam, diperkenalkan ISLAM
HADHARI, iaitu satu pendekatan berdasarkan Siasah Syariyyah
Siasah Syariyyah:
Apa-apa tindakan yang diambil pemerintah yang bawa kebaikan dan jauhkan
keburukan demi menjaga kepentingan umun biarpun tiada dalam al-Quran dan alSunnah
2. Islam Hadhari
Melayu : Islam hadhari
Arab : al-Islam al-Hadhari
Inggeris : civilizational Islam
Konsep:
Bukan satu ajaran baru
Bukan Mazhab baru
Bukan agama baru
Sebaliknya, ia satu pendekatan baru berasaskan Siasah Syariyyah bertujuan
mengembalikan umat Islam kepada asas-asas yang terkandung dalam al-Quran dan
al-Hadis yang merupakan teras kepada pembinaan tamadun Islam
3. Definisi istilah:
Hadhari: yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun
4. Takrif lengkap:
satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat, dan Negara Malaysia yang
bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam
5. Pendekatan
Menyeluruh dan lengkap (syumul)
Tidak terpisah-pisah (juzie)
Pembangunan hidup yang seimbang
Peningkatan kualiti hidup dan peradaban yang unggul dalam menghadapi cabaran
alaf baru:
Ledakan maklumat
Globalisasi
Budaya materialisme
Krisis identiti / jati diri
Penjajahan pemikiran
Selari dengan prinsip-prinsip syariah (maqasid al-syariah):
Agama
Akal
Nyawa
Harta
Keturunan

Maruah
Institusi keluarga
Alam sekitar
6. Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam, contoh iaitu sebuah Negara maju
mengikut acuan sendiri
Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu,
berkemahiran, berketrampilan, tergambar sebagai golongan berakhlak, berbudi
dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.
7. Misi
Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan
pendekatan Islam yang universal, maya, bertamadun, bertoleransi dan berimbang
8. Objektif
Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempuyai kekuatan rohani,
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,
praktikal dan damai
9. Sumber Islam Hadhari
Al-Quran
Al-Sunnah
Akal

Prinsip prinsip Islam Hadhari

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah


Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembagunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan buduya dan moral
Pemuliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan

1. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah


Keimanan dan ketaqwaan sebagai teras utama

Al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan


Gabungan akidah,syariah,akhlak,moral dan nilai-nilai murni, teras perancangan
pembangunan diri dan sistem
Luar islam/bukan islam:
Tiada paksaan dalam agama
Kebebasan menganuti agama lain
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
Adil memberi hak kepada yang berhak mengikut kadar masing-masing
Perlaksaanaan keadilan tidak melihat berturunan,warna kulit, bangsa,
kedudukan dan perbezaan agama.
Agama tunai segala tanggungjawap dan kewajiban yang dipikul
Penekanan kepada amalan tadbir (good government) dan adil serta amanah kepada
rakyat
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
Berfikiran kreatif dan inovatif
Jiwa merdeka-fikiran dinamik dan positif
Berani menghadapi cabaran atau bersikap terbuka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pengatahuan ilmu bersepadu- kekuatan pengetahuan yang pelbagai
Ilmu Fardu Ain (wajib) dan ilmu Fardu Kifayah (ilmu khas)
Menghasilkan kecermelangan ilmu
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Amalan ekonomi berakhlak
Kerjasama antara kerajaan dan swasta
Pembasmian kemiskinan, gunatenaga penuh, kestabilan paras harga, pertumbuhan
ekonomi mapan
Penekan seimbang sector pertanian, pembautan dan perkhidmatan
Peningkatan mutu, sistem pendidikan dan institusi latihan Negara
6. Kehidupan Berkualiti
Pencapaian seimbang di dunia dan akhirat
Tercapai melalui
Pelihara amalan beragama
Memajukan taraf pendidikan
Hidup aman
Hak miliki harta
Institusi keluarga
Persekitaran
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Tiada diskriminasi
Hak asasi dijamin meliputi Maqasid al-syariah
Berhak meyertai arus perdana pembangunan Negara

SUHAKAM
UNDHR-deklarasi hak asassi manusia Bangsa-bangsa bersatu
8. Keutuhan Budaya dan Moral
Mempertahankan budaya berasaskan sistem nilai dan akhlak
Menjiwai budaya akhlak dan etika yang luhur
9. Pemuliharaan alam semula jadi
Pembanguan Negara secara lestari (cekap)
Pembangunan insan secara bistari (bijak)
Pembanguanan sains dan teknologi berteraskan agama dan nilai budaya
Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii secara berterusan
10. Kekuatan Pertahanan
Kekuatan pertahanan ketenteraan dan persenjataan
Kekuatan diri, fizikal dan spiritual

Isu-isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Ledakan maklumat
Globalisasi
Budaya maerialisme
Krisis identiti atau jati diri
Penjajahan pemikiran
Jihad
Militan
Islamphobia

JIHAD
Ialah berusaha atau bersungguh-sungguh
Tidak memberi maksud peperangan semata-mata
Maknanya lebih luas mecakupi semua aspek kehidupan masyarakat
Apa sahaja usaha atau perjuangan dilakukan untuk menegakkan islam dalam
kehidupan dan mencari keredhaan Allah s.w.t
Pembahagian Jihad
Jihad melawan nafsu
Jihad bersenjata
Perlaksanaan Jihad
Berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t
Sentiasa meyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran
Berjuang untuk mencapai kemajuan nama, bangsa dan Negara
Pertahankan Negara dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari
luar

Worldview-pandangan Hidup Islam


1. **Kehidupan berpaksi kepada Tauhid, iaitu mengiktiraf bahawa Tuhan Yang Esa
ialah ALLAH yang berkuasa mencipta dan menentukan segalanya. Dialah zat yang
abadi dan Yang Maha Tinggi
2. *Manusia status pertamanya ialah ABD iaitu HAMBA ALLAH, ia tunduk
meyembah dan meyerah kepada Allah.Status keduanya ialah KKHALIFAH yang
bermaksud wakil yang menerima amanah ALLAH untuk mengurus dan
membangunkan kehidupan manusia dan alam semesta
3. Manusia mestilah mempunyai ikatan kesetiaan dengan ALLAH dan kemesraan
hubungan sesama manusia dan makhluk
4. Sumber pegangan kehidupan ialah wahyu yang terkandung di dalam al-Quran.
( sumber kebenaran dan ilmu). Sumber kedua ialah Hadith atau Sunnah (segala yang
berkaitan Rasullulah)
5. Kehidupan mempunyai kaitan yang kukuh dengan kematian, kebahagiaan selepas
kematian bergantung kepada jumlah kebaikan yang bernilai PAHALA yang mendapat
gajaran SYURGA. Kehinaan, kesengsaraan adaalah akibat dari perbuatan jahat atau
HINA yang bernilai DOSA ynang mengakibatkan dibalas AZAB NERAKA.
Pegangan ini menjadi asas keyakinan konsep peranan.
6. Mengajak KEBAIKAN, mencegah KEJAHATAN
7. Ilmu mesti disepadukan dengan IMAN (TAUHID) untuk membentuk INSAN
8. Hubungan manusia dengan ALLAH melalui IBADAT, dan hubungan sesama manusia
dan makhluk melalui perlindungan, pemeliharaan
9. Ukuran mulia/hina manusia diukur dari DARJAH KETAQWAAN, KEPATUHAN
dan KEBAIKAN yang dilakukan oleh manusia secara IKHLAS
10.
Kehidupan merupakan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang mesti
ditunaikan dengan sebaiknya
11.
Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada KEMULIAAN MANUSIA dari
segi ILMU, IMAN dan ADAT SUSULA
12.
ANUGERAH kekayaan alam mesti dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA,
secara HALAL dan MULIA
13.
Manusia mestilah bertanggungjawap terhadap kehidupannya. Seluruh kehidupan
manusia dalam PENGLIHATAN, PENGETAHUAN dan PENDENGARAN
ALLAH. Di akhirat akan diadili dengan TELITI dan ADIL.
Ciri-ciri Utama TAMADUN ISLAM
Rabbaniyah (Bersumberkan ketuhanan)

Akhlak murni (NILAI susila yang murni)


Nilai akhlak mulia dibahagikan dengan matlamat dan kaedah dalam kehidupan
Insaniah: ciri Nilai Kemanusiaan
Premis kemanusiaan (nilai mulia) tetap sama selama-lamanya
Alamiyah (Bersifat universal/antarabangsa)
Ajaran Islam memenuhi citarasa semua manusia
Nilai islam menepati Fitrah atau Nature manusia
Tasamuh (Saling menghormati/keterbukaan)
Wasatiyah (Pertangahan/keserderhanaan)
Adalah: Keadialan /kesaksamaan
Salam (keamanan/kedamaian)
Jamalah (keindahan/kehalusan alam sekitar)
***ingat bahasa Arab***

PRINSIP ILMU
MASYARAKAT

DALAM

TAMADUN

ISLAM

dan

PEMBANGUNAN

Ilmu sebagai sumber pembinaan Tamadun Islam


Konsep dan falsafah ILMU:
Konsep ilmu
Sifat atau nilai kebenaran yang membolehkan manusia mengenal dan mengetahui
sesuatu secara pasti dan yakin
Falsafah ilmu

Jalan mencapai kebenaran, kepastian, keyakinan


Ilmu juga jalan kehidupan yang meningkatkan darjat pengetahuan dan kebijaksanaan
manusia
Ilmu merupakan asas utama yang menghuraikan sesuatu dari definasi kepada
matlamat secara pasti dan yakin
Sumber Ilmu dalam Islam
Daripada ALLAH dan dicipta ALLAH. Ilmu dilimpahkan kepada hidupan oleh
ALLAH
Ilmu boleh diterokai melalui dua sumber:
Sumber primer (Utama): wahyu
Terkandung dalam al-Quran, yang bersifat MATLU atau NAQLI (diperoleh
dengan membaca, memahami dan mengkaji)
Sumber Am- Alam sebagai ilmu
Diperolehi secara mempelajari dan meneroka. Sumber ini disebut AQLI dan
LOGIK atau saintifik
Kombinasi dua sumber membentuk ILMU yang meningkatkan darjat manusia dan
keyakinan terhadap kebesaran ALLAH
Klasifikasi Ilmu
Menurut Dr Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:
Berasaskan konsep Rabbaniyah (ketuhanan)

Teras kepada semua Ilmu, merangkumi Akidah (keimanan) dan ibadah


Berasaskan konsep kemuliaan dan kehormatan manusia

Disebut ilmu al-AKHLAQ, yang bermatlamat membentuk manusia


memiliki keperibadian yang unggul sebagai asas utama pembangunan modal
insan
Berasaskan konsep Amalan/Perlaksanaan kehidupan

Ilmu ini membina kemudahan kehidupan dan memenuhi keperluan


kehidupan, dan menjelaskan undang-undang
Berasaskan konsep Sains Ddan teknologi (kemahiran)

Diterokai oleh akal manusia dan terdapat dalam seluruh kejadian alam.
Manusia meneroka, mengkaji dan menganalisis untuk mencipta sesuatu. Ilmu ini
dikenali sains dan teknologi.

HIERAKI ILMU

Kekayaan

Ilmu ibadat
dan Ilmu
akhlak
(Ilmu
sepanjang
hidup)

Ilmu sains dan


teknologi
Ilmu Syariatmuamalat,jinayat
dan daulah
(Teras Ilmu)

Ilmu ibadat
dan Ilmu
akhlak
(Ilmu
sepanjang
hidup)

ILMU TAUHID, KEIMANAN (foundation)

Era Perkembangan Ilmu Ketuhanan


1. Zaman Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w)
Tumpuan kepada pengumpulan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
Perkembangan ilmu-ilmu akidah, keimanan dan ilmu-ilmu ibadat
Fokus kepada ilmu-ilmu perundangan, ilmu akhlak dan ilmu-ilmu kemanusiaan
Sumber perkembangan ilmu al-Quran dan Hadith
2. Zaman Khalifah:
4 fokus perkembangan ilmu:
i. Pengkhususan dalam bidang perundangan islam
ii. Ilmu pentadbiran, pengurusan dan kenegaraan
iii. Ilmu perekonomian seperti perniagaan
iv. Ilmu-ilmu bidang kemasyarakatan
3. Zaman Umaniyah dan Abbasiyah (Zaman keemasan perkembangan)
Fokus perkembangan ilmu
i. Ilmu sains dan teknologi
ii. Ilmu perakatan
iii. Ilmu falsafah
iv. Ilmu matematik
v. Ilmu penterjemahan
vi. Ilmu astronomi
vii. Ilmu kesusasteraan
viii. Ilmu geografi
****Pada zaman Abbasiyah, Khalifah al-Makmun membina sebuah Institusi Ilmu,
dinamakan dengan Baitul-Hikmah, yang merupakan faktor pemangkin perkembangan

ilmu pengetahuan. Institusi ini merupakan Pusat kajian Sains yang mengandungi
Perpustakaan, Pusat Akademik dan Pusat Penterjemahan
Tokoh-tokoh ILMUAN ISLAM
1. Jabir bin Hayyan (Gabber)
Pakar kimia, digelar Father of Arabian Alchemy
Antara buku yang dikarang:
i. Book of the Saventy (Disertasi)***
ii. Book of the Composition of Alchemy***
iii. Book of Sum of Perfection***
iv. Book of Eastern Mercury***
v. Kitab al-Rahimah***
vi. Kitab al-Tajmik***
2. Ibu SIna Avicenna (980-1037M)
Ahli perubatan dan falsafah Oslam dalam dunia perubatan Eropah
Karya agungnya ialah al-Quran Fi al-Tibb
Digelar sebagai Bapa Doktor
Memperkenalkan Ilmu Psikologi Perubatan
Menemui penyakit peru-paru (Pulmonary tuboulosis) sebagai penyakit berjangkit
116 daropada 250 karya beliau adalah buku perubatan
3. Al-Razi (RHAZES), 865-925M
Fokus dalam bidang perubatan klinikal
Karya beliau:
i. Kitab al-Hawi (Liber Continents)
ii. Ensiklopedia Perubatan Islam
iii. Kitab al-Mansur
iv. Kitab al-Asrar
4. Al-Kindi (194-260H/809-837M)
Ahli falsafah yang masyur

24.8.2007

Peranan Tamadun Melayu


Kebangsaan Malaysia

dalam

Pembinaan

Budaya

Tamadun Melayu sebagai asas budaya kebangsaan Malaysia


Apa itu kebudayaan?
Keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi akal fikiran (budi) serta daya
ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi, kemasyarakatan serta alam sekeliling
yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani
Dapat dilihat daripada segala hasil pemikiran atau perkara yang berbentuk bukan
kebendaan atau berbentuk kebendaan (fizikal)
Fikiran atau idea (seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, mitos,
lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita lisan). Kebendaan (seni bina,
bangunan, alat mesin, objek dan pakaian), ubat-ubatan, perabot.
Kesenian (seperti seni lakon, tarian, teater, muzik dan nyanian)
Seni tampak (ukuran, lukisan, tenun, anyaman)
Nilai dan norma (peraturan, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai
keagamaan)
***Paling mudah orang akan mengaitkan kebudayaan dengan persembahan tarian
dan kesenian, adat istiadat seperti malam kebudayaan
Inilah satu takrifan yang salah atau sempit. Perkembangan pengetahuan seseorang
bergantung kepada perkembangan masyarakat tersebut
Hubungan yang rapat dengan masyarakat (tiada kebudayaan, sekiranya tiada
masyarakat)
Pembanguanan kebudayaan kebangsaan bagi Negara yang baru 50 tahun merdeka
seperti Malaysia amatlah perlu kerana dasar pembinaan Negara dan bangsa tidak
pernah menjadi dasar utama sewaktu penjajahan, apalah dasar yang berkaitan
dengan kebudayaan
Apakah tujuan disebalik perancangan dan kewujudan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan?
Mengalakkan atau memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan dorongan
pemupukan bakat dan pemikiran budaya atau individu (seperti meningkatkan taraf
dan mutu seni muzik, lakon dan tarian)
Mengetengahkan ciri-ciri dan nilai yang terbaik adalah sesuatu bidang (etika
kerja, disiplin, hormat pada ibu bapa, budaya penyayang, nilai yang boleh dikongsi
bersama)
Dalam masyarakat yang berbilang kaum, menonjolkan ciri-ciri keperibadian
nasional perlu diperkenalkan dan harus menjadi salah satu matlamat utama supaya
Negara dikenali melalui identiti bangsanya bukan sesuatu kaum
Di sinilah peranan tamadun Melayu menjadi asas kepada kebudayaan kebangsaan
Malaysia
Prinsip utama yang mendasari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)

Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal


rantau ini
Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan
Islam sebagai unsur penting berasaskan rasional kedudukannya yang diiktiraf
sebagai agama rasmi menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan
(sebagaimana yang telah digubal dan diperlakukan melalui kongres kebudayaan
kebangsaan 1971, Tun Abdul Razak Hussen PM ke-2 merasmikan congress tersebut ada
menyebut:
Nenek moyang bangsa kita yang mendiami pulau nusantara ini meninggalkan
Maka, sudah wajarnya kita menerima gagasan bahawa kebudayaan kebangsan yang
sedang dibentuk dan dicorakan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau
ini, bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsure kebudayaan yang datanag ke
rantau ini dan membawa pengaruh ke atasnya semenjak beberapa lama supaya pengruh
yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayaan mesra di masa
hadapan
Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat Melayu
Pengertian seni:
Aristotle
Peniruan bentuk alam di mana penciptaannya turut menceritakan ideanya dalam
peniruan tentang alam itu
Herbert Read
Keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk sebagai hasil ekspresi yang
mengutamakan 2 proses aktiviti, iaitu proses fizikal dan psikologi
Rumusannya: seni adalah buatan mansia yang berkemampuan untuk menimbulkan
kesan atau effect psikologikal (seperti tanggapan melalui pengamatan, imaginasi yang
rasional dan emotional) ke atas manusia lain yang melihat dan menikmatinya
Ungkapan tentang seni
kehidupan kawalannya agama dan tatacara
tatacara isinya membentukan wajah seni
Seni Persuratan
hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu dengan manusia lain. Hubungan
manusia dengan alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan agamanya
kerbau di pegang talinya, manusia dipegang katanya
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
bawa rasmi padi, makin berisi makin tunduk, jangan bawa rasmi jagung, makin
berisi makin tegak
ada padi ada batas, ada budi ada balas
alam semula jadi sumber utama kreativiti orang melayu
i. seni ukir

ii. seni lukis


iii. seni muzik
iv. seni tarian
v. seni drama
seni mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang melayu dangan
menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan tarian, upacara dan
adapt istiadat
Proses sosialisasi
proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi
membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarkat tersebut
pembudayaan proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan
seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya)
masyarakat yang dianggotai
proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertuujuan mengekalkan kesinambungan
budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun
pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan
berbudi
menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan
kerjasama dan gotong-royong dalam masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi
mereka khususnya melalui penyertaan dalam kegiatan serupa itu bagi kepentingan
komuniti
keluarga menjadi agen sosialisasi utama dan islam menjadi teras dalam hal ini
proses sosialisasi formal dijalankan di institusi sosial pendidikan seperti sekolah atau
universiti
sekolah pula mesti diikuti dengan agama kerana kedua-dua ilmu ke ilmu dunia dan
akhirat perlu diperoleh secara seimbang
kalau dulu hal ehwal agama dikawal oleh pihak istana..
tamadun melayu telah dimantapkan oleh Islam. Islam dan adat Melayu secara
khusus telah menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dan saling lengkap
melengkapi dan berintergrasi ke dalam waday kemelayuan Islam
juga menjadi faktor definitive melayu (iaitu Melayu:mengawalkan adat resam
melayu, berbahasa melayu, beragama Islam)
Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu
Dalam fasal 3 perlembagaan Malaysia, islam adalah agama Persekutuan dan setiap
raja atau sultan adalah ketau agama bagi negeri di persekutuan Melayu
Cabaran
Mengamalkan ajaran Islam
Pentingnya ilmu
Menggunakan dunia demi kebaikan di sini dan di akhirat nanti
Mengawalkan budaya hidup melayu
Penggunaan bahasa melayu
Abad sopan dan budi bahasa

7.9.2007

BAB 5 : TAMADUN CINA


Asal-Usul Tamadun China
Dinasti Terawal: Dinasti Chia/Xia @ Dinasti Shang (1766-1122 SM)
Masyarakat terawal China bergantung kepada Sungai Kuning @ Sungai Huanghe
Sekitar 3950-1700 SM muncul kebudayaan Neolitik China iaitu Kebudayaan
Yangshao
3000 SM muncul kebudayaan Longshan
Tahap Perkembangan Tamadun China
Tahap Permulaan/Pembinaan
Tahap Kegemilangan/Keagungan
Tahap Peralihan
Tahap Permulaan
Dinasti Hsia/Xia (2200/2210-1600/1700 SM) dan Shang (1700-1027 SM)
Diikuti dengan Dinasti Chou dan Chin/Qin
Tahap Kegemilangan
Dinasti Han, Sui, Tang
Kemuncak dinasti ini ialah di bawah pemerintahan Han Wu Ti.
Keunggulan dinasti Anak cucu Han
Dinasti Sui (581-618 M)
Dinasti Tang (618-907 M)
Tahap Peralihan
Dinasti Song, Yuan, Ming, Ching dan Komunis
Terbahagi kepada dua tahap:
Tahap pencerobohan orang luar atau gasar dan tahap kemasukan kuasa Barat
Hubungan Dinasti Ching dengan Barat
Inggeris dan Belanda memperkenal perdagangan candu yang membawa kepada
peperangan Candu Perang Candu I berlaku pada 1839 M
Dr. Sun Yat Sen menerapkan ideologi demokrasi dan komunisme dan akhirnya terdiri
sistem republik

Unsur-unsur Asas Tamadun Cina**

Unsur Pertama: Alam Sekitar


Unsur Kedua : Sistem Pertanian Purba
Unsur Ketiga : Bahasa dan Sistem Tulisan Cina
Unsur Keempat : Pembentukan Bangsa Tionghua
Unsur Kelima : Pandangan Semesta dalam Tamadun China
Unsur Keenam: Falsafah dan Agama

Unsur Ketujuh: Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan


Unsur Kelapan : Keluarga dan Masyarakat Cina
Unsur Kesembilan : Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun China

Pandangan Semesta, Pemikiran Cina, dan Nilai-nilai Penting


Individu dalam Masyarakat
Individu unit asas yang membentuk masyarakat
Pertubuhan sosial iaitu keluarga diiktiraf
Nilai Kekeluargaan
Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan
He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga
Jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan)
Sistem Organisasi & Institusi Sosial
Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki tangga teratas
dalam susun lapis masyarakat Cina
Raja / maharaja diangaap sebagai wakil tuhan
Susun lapis masyarakat:*****

Raja
Aristokrat
Petani dan Artisan
Hamba, Askar dan Pedang
Sistem Masyarakat
Golongan cerdik pandai
Golongan petani
Golongan tukang
Golongan peniaga
Konsep Ren
Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina
Konsep Junzi
Junzi (Chun Tzu) adalah personaliti yang ideal dalam mazhab Konfusianisme

Konsep Lima Hubungan


Antara suami dan isteri
Antara bapa dan anak
Antara adik beradik
Antara pemerintah serta rakyat
Antara kawan serta sahabat

SASTERA DAN SAINS DALAM TAMADUN CINA &


TAMADUN CINA DI MALAYSIA
Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik
Puisi
Prosa
Drama
Fiksyen
Kesenian Cina
Muzik klasik
Kaligrafi
Seni Lukis
Seni pembinaan
Seni Cina yang lain
Sains & Teknologi Cina
Bukti arkeologi Sains & Teknologi Cina wujud kurun ke-15 11 SM
Teknologi kejuruteraan hidraulik diutamakan mengawal banjir Sungai Kuning
Teknologi lain melebur & menuang besi ke dalam acuan, porselin, pembuatan
kertas & loyang.
Bidang Astronomi
Zaman awal dinasti Chou (11-3 SM), orang Cina telah cipta catalog bintang,
mencatat rekod gerhana dan komet
Bidang Matematik
Perkembangan pesat sekitar abad 14 sebelum Eropah
Abad ke-2 M penggunaan sempoa, kajian kuantiti negatif, nilai pai, sistem
perpecahan, sistem perpuluhan telah dihasilkan oleh pakar matematik Cina
Bidang Perubatan
Mula 10,000 tahun dahulu
Contoh: perubatan akupuntur Cina mengguna serpihan tulang yang ditajamkan
sebelum peralatan dicipta
Huang-ti Nei-Jing adalah dokumen terawal mengenai perubatan tradisional Cina
Konsep asas perubatan Cina yang dinyatakan dalam dokumen terawal adalah konsep
Yin dan Yang
Yin adalah konsep pasif dan Yang adalah konsep aktif

Mengikut teori mikrokosmos, tubuh manusia mempuyai dua sistem peredaran iaitu
sistem peredaran darah dan sistem peredaran angin
Bagi membetulkan peredaran angin, mereka menggunakan kaedah akupuntur
Empat Penciptaan Agung
Teknik membuat kertas
Pencetakan
Bahan Letupan
Kompas
Sejarah Kedatangan Islam ke China
Hui-hui (gelaran kepada orang Islam)
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan melalui dua jalan pada kurun ke-8 M:
Pertama melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di
selatan China (mereka mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou & Quanzhou
Kedua melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui
kawasan Parsi & Afghanistan
Dampak Barat & Respons China
Kurun ke-13, dinasti Monggol ramai penggembara & mubaligh datang ke China
Sejak pertengahan hingga akhir kurun ke-19 M, China alami kekalahan dalam
empat peperangan dengan kuasa asing:
i. Perang Candu (1839-1842)
ii. Perang Anglo-China (1856-1860)
iii. Perang China-Perancis (1884-1885)
iv. Perang China-Jepun (1894-1895)
Antara langkah diambil:
Pelancaran Gerakan menguatkan Kendiri (Self-Strengthening Movement)
Liang Qichao (1873-1929) melancar Gerakan Reformasi 100 Hari (Hundred
Days Reform) pada 1898
Penilaian Terhadap Tamadun
Globalisasi ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan (borderless world),
perkampungan dunia (global village) dan langit terbuka (open sky)
Kesan Globalisasi
Menguntungkan Barat
Menggugat keselamatan masyarakat dan Negara (fitnah di internet)
Agenda Barat kekuatan ekonomi, ketenteraan Barat mendominasi dunia
Penjajahan pemikiran Barat memindahkan nilai falsafah, pemikiran, ekonomi
kapitalis & budaya hedonisme
Dilema dunia ketiga (menolak globalisasi: terpinggir / menerima: dijajah
neokolonialisme)
Barat kuasai pasaran dunia
Eksplotasi ke atas Negara membangun
Kegawatan ekonomi

Cabaran Tamadun Dunia


Runtuhnya peradaban dunia akibat Imperialisme & kolonialisme
Masyarakat terumbang ambing & hilang pedoman
Barat cuba halang masyarakat supaya tidak kembali mempercayai agama
Cipta budaya negatif dan aliran yang menguntungkan mereka
Kapitalis
Menjadikan manusia bersifat individualistic
Secular
Menjuzukkan agama suku & politik suku
Athies
Buang terus agama dari kehidupan
Masa Depan Tamadun Islam & Asia
Asia menerima pengaruh Barat membuta tuli perlu saringan aspek baik sahaja
Kesimpulan
Masyarakat dunia perlu:
i. Kembali kepada nilai dan etiktet dalam agama
ii. Ada penyatuaan & perkongsian ilmu
iii. Hapus sikap iri hati & permusuhan ethnic

BAB 6 : TAMADUN INDIA


Pengenalan
Tamadun India : Satu-satunya tamadun silam terawal yang masih wujud.
Muncul di sekitar 3000 SM di lembah Sungai Indus.
Tamadun Sumer dan Mesir yang wujud lebih awal sedikit telah lenyap sama sekali
Tamadun India bersifat dinamik. Ia telah menerima idea-idea baru dari luar dan
menerap yang mempunyai kelebihan.
Di samping itu golongan yang menguasai dan memerintah India juga telah
mengkagumi kekayaan ilmu dan sastera India dan mengasimilasikan diri dalam
tamadun India.
Sejarah Tamadun India
Sejarah tamadun India boleh dibahagi kepada tahap-tahap:
1. Zaman Lembah Indus (3000 SM-1500 SM)
2. Zaman Vedik (1500SM-1000 SM)
3. Zaman serangan Iskandarr Zulkarnain
Zaman Lembah Indus (3000 SM-1500SM)
Tidak mengetahui banyak kerana simbol-simbol masih tidak dapat ditafsir. Wujud
dekat 3000 simbol. Rekod-rekod menceritakan soal agama dan metafizika dan bukan
sejarah sosial dan kehidupan seharian.
Ciri-ciri utama Tamadun Lembah Indus:
Tamadun terawal di India
Perancangan bandar yang tersusun
Antara bandar-bandar terancang ialah Mohenjo Daro, Harappa dan
Kalibangan
Pembinaan rumah yang baik dan tersusun
Perdagangan luar dengan Mesopotamia
Penggunaan alat buatan besi dan gangsa
Kegiatan utama pertanian dan penternakan
Penyembahan dewa Siva

Menjelang 1500 SM Tamadun Lembah Indus mengalami kemerosotan. Masyarakat


di situ telah berpindah ke sebelah timur ke Lembah Ganges dan ke India Selatan.
Teori serangan puak Aryan. Tetapi Lembah Indus telah mula mengalami
kemerosotan sebelum datangnya Aryan.
Teori kekurangan air dan tanah subur.

Zaman Vedik (1500SM-1000SM)


Puak Aryan memasuki India dari Asia Tengah (kawsan di antara Rusia dan Iran
Utara) menjelang 1800 SM. Ciri-ciri mereka adalah:
belum bertamadun
kehidupan nomad-berpindah randah
bahasa Sanskrit yang belum maju
memburu
membela binatang
menanam barley dan gandum
Mereka berasimilasi dengan pribumi dan mewujudkan kebudayaan Indo-Aryan.
Sanskrit maju menjadi bahasa yang tinggi nilai kesusasteraan. Tatabahasa yang
saintifik dapat diwujudkan.
Epik Ramayana dan Mahabaratha ditulis pada zaman ini dalam Sanskrit.
Banyak ilmu berkaitan metafizika dan agama muncul.
Veda-veda muncul. Semuanya empat veda. Rig, Sama, Yajur, Atharva Veda. Yang
paling tua sekali Rig.
Tamadun India mencapai tahap yang paling gemilang.
Bandar-bandar canggih dibina.
Teknik pertanian yang tinggi diguna.
Menjelang 1000 SM Aryan dapat menyatupadukan keseluruhan India Utara.
Menjelang 500 SM banyak bandar-bandar muncul, jumlah penduduk bertambah.
Kerajaan-kerajaan kecil muncul.
Menjelang pertengahan kurun ke-4 Iskandar Zulkarnain menyerang India.

Iskandar telah berusaha untuk memupuk penyatuan antara kebudayaan barat dan
timur.
Berkahwin dengan anak-anak raja India. Telah meminta askarnya yang berjumlah 10
000 berkahwin dengan wanita India.
Telah mengasaskan kerajaan Yunani di India Barat-laut mewujudkan sekutusekutu di India Utara. Ini telah mengeratkan hubungan dengan Yunani. Perdagangan
dan penukaran idea dan ilmu dengan Yunani telah bermula.
Beliau sendiri telah mempelajari ilmu falsafah India, telah adakan perdebatan dengan
sarjana-sarjana falsafah dan agama di India
Chandragupta Maurya adalah antara sekutu Iskandar.
Dinasti Maurya (326-185 SM)
Pengasas: Chandragupta Maurya.
Berjaya menyatukan keseluruhan India utara di bawah empayarnya dan
memerintah dari Pataliputra.
Politik kuasa (power politik) mula memainkan peranan penting.
Buku panduan politik dan pentadbiran Aethashastera dihasilkan oleh Kautilya,
menteri Chandragupta.
Buku ini memberi nasihat kepada pemerintah tentang cara merampas, mengekal dan
memanipulasikan kuasa.
Ia juga menggariskan cara-cara menguruskan sistem kehakiman yang adil dan
saksama.
Megasthenes, seorang Yunani, yang bertugas di Istana Chandragupta mencatat
kebesaran empayar itu.
Pataliputra merupakan Bandar yang paling besar dan canggih sekali dan tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana bandar mahupun di Yunani sendiri.
Wujud sebuah universiti dan perpustakaan yang dikunjungi oleh sarjana-sarjana
dari seluruh dunia yang bertamadun.
Wujud taman-taman bunga dan tempat-tempat menarik yang lain.
Wujud kuil-kuil dengan seni bina yang canggih.
Pentadbiran Negara yang kemas dan efisien.
Soal ekonomi, sosial dan politik diuruskan dengan baik.
Wujud pasukan perisik yang mengawasi musuh Negara, pihak penentang
kerajaan dan pegawai-pegawai yang korap.
Perdagangan aktif dengan Asia Tenggara
Pelabuhan di Benal
Jalan-jalan raya yang kemas yang menghubungi semua Bandar di empayar itu.

Cucu Chandragupta, Asoka memperluaskan lagi empayar ke India Selatan melewati


Andhra.
Perang Kalinga telah mengubah kehidupan Asoka.
Memeluk agama Buddha
Membenci peperangan
Masih meneruskan pemerintahan sebagai maharaja, tetapi mentadbir dengan adil
dan saksama.
Menghantar rombongan ke Negara-negara luar untuk menyebar ajaran Buddha.
Membina jalan-jalan raya dan tempat-tempat rehat di seluruh jalan raya.

Zaman Kushan
Namun selepas Asoka Empayar Maurya menjadi lemah dan kerajaan-kerajaan kecil
muncul.
Menjelang 100 SM puak Kushan dari Asia Tengah berjaya menyatukan India Utara
sekali lagi.
Kushan memerintah dari Pataliputra dan berjaya mengembalikan beberapa
keistimewan Maurya untuk seketika waktu.
Pada kurun ke-3 M ia pun menjadi lemah dan lenyap.
Dinasti gupta (320 -550 M)
Gupta berjaya menyatupadukan India utara dan memerintah dari Pataliputra.
Hubungan dengan barat berkurang tetapi dengan Asia Tenggara meluas.
Menurut pengembara China, Fa Hsien, di Pataliputra terdapat:
rawatan percuma di hospital
hospital diuruskan oleh sumbangan dari penderma
tidak berlaku sebarang jenayah
boleh menggembara dari satu pelusuk empayar ke yang lain tanpa sebarang
gangguan atau bahaya
pemerintahan yang adil
golongan atas memakan makanan sayuran sahaja
golongan bawahan yang makan daging dianggap sebagai pencemar

Pada Zaman Gupta kesusasteraan Sanskrit mencapai kegemilangan. Puisi, drama,


seni ukir dan seni bina berkembang maju. Pujangga terkenal Kalidasa hidup pada
zaman ini.
Menjelang 550 M Empayar Gupta telah mengalami kemerosotan.
Harsha (608-648) cuba selamatkan tapi gagal

Zaman Pertengahan (1200-1750)


Tiga abad selepas kejatuhan Gupta puak-puak Islam dari Asia Tengah menyerang
India Utara.
Walaupun dapat menubuh kerajaan-krajaan kecil, gagal menyatukan India.
Pada 1526 Babur mengasaskan Empayar Moghul.
Cucunya Akhbar telah memperluaskan empayar.
Akhbar merupakan pemerintah yang adil dan saksama. Telah berusaha untuk
menawan hati golongan majoriti, iaitu orang Hindu. Mengahapuskan Jizya.
Memberi jawatan tinggi kepada orang Hindu yang layak.
Pengganti Akhbar tidak meneruskan dasar adil ini.
Mereka adalah lemah dan lebih suka beperang dan bersuka ria.
Ini telah melemahkan Empayar Moghul.
Kerajaan Hindu muncul dan mula mengancam Moghul.
Maratha telah menjadi kuat menjelang pertengahan kurun ke 18, ia berjaya
mengasaskan empayar yang besar.
Menjelang waktu ini Moghul telah berada diambang kehancuran.

British menyerang dan menakluki Bengal pada 1756.


Maratha telah menentang British sehingga pertengahan kurun ke-19.
British berjaya menawan dan menyatukan sebahagian besar India dari Utara ke
Selatan dan dari Barat ke Timur di bawah Empayar British.

AGAMA DAN FALSAFAH HINDU


Agama Hindu juga dikenali sebagai senatana dharma. Falsafah Vedik menekankan
lima konsep yang saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain, iaitu:
Brahman, Atman, Karma, Moksha dan Samsara.
Brahman Tuhan yang menyelubungi segalanya (roh duniawi).
Atman Roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserap ke
dalam roh duniawi, iaitu Brahman.
Karma Jumlah tindakan yang dilakukan oleh individu dalam suatu kehidupan
dan akibatnya yang akan dialami dalam kehidupan yang akan datang selepas
kematian.
Samsara Lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman bergantung
pada Karmanya.
Moksha-Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman.
Tujuan tiap-tiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan
mencapai moksha.
Pada asalnya, Brahman dan Atman adalah sama seperti yang dilihat daripada nama
Paramatman bagi Brahman dan Jivatman bagi roh indivvidu. Tetapi perbuatan
seseorang akan mengumpulkan karma. Karma ini akan menjauhkan Atman

daripada Brahman. Maksudnya, Atman mestilah menjauhi semua karma untuk


mendekati Brahman.
Samhita-Samhita (1500-1000 S.M.)
Rig veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda dikenali sebagai sastera
samhita, iaitu karya puisi berbentuk mantera atau mazmur.
Rig Veda (1500 S.M.): Veda yang tertua. 10 buah buku. Mengandungi mazmur dan
puji tentang dewa-dewi, makhluk halus dan soma.
Yajur Veda (1500-1000S.M): Mengandungi mazmur untuk digunakan dalam upacara
Sama veda (1500-1000 S.M.): Merupakan antologi mazmur rig veda untuk
digunakan dalam upacara soma.
Atharva veda (1200 S.M): Merupakan koleksi mazmur untuk makhluk halus supaya
mengelakkan keburukan seperti penyakit, kematian, sihir dan lain-lain.
Sistem kasta/Varna********
Sistem kasta merupakan suatu institusi unik bagi India, namun, tiada bukti tentang
kewujudannya di India Selatan pada Zaman Sangam awal. Hierarki sosial yang wujud di
situ bukan berdasarkan konsep kesucian dan kecemaran tetapi berdasarkan pelajaran,
kemahiran dan kebijaksanaan. Hanya apabila golongan Brahmin datang ke India Selatan
atas jemputan raja-raja Tamil untuk menjalankan upacara agama, idea tentang kasta dan
ketidaksentuhan mula berkembang di India Selatan.
Masyarakat Hindu dibahagikan kepada beberapa kasta seperti Brahmin, Kshatriya,
Vaisya dan Sudra. Dalam setiap kasta ini terdapat pembahagian yang lebih kecil
berdasarkan jenis pekerjaan serta beberapa faktor lain. Sebabkan ini wujudlah banyak
subkasta dalam masyarakat Hindu.
Hukum Karma dikatakan menentukan kedudukan mereka kerana setiap perbuatan dalam
hehidupan lampau tetap meniggalkan kesan. Kedudukan yang ditentukan melalui
kelahiran tidak boleh ditukar dan mobility hanya berlaku sekiranya seluruh kasta atau
kumpulan kasta menukar cara kehidupan, menukar nama dan memperkenalkan
metodologi baharu tentang asal usul.
Golongan Brahmin mempunyai kedudukan tertinggi kerana terlibat dengan tugas
dalam bidang agama dan pelajaran.
Kshatriya adalah kasta kedua tinggi. Professionnya adalah sebagai tentera dan
pemerintah
Yang ketiga adalah Vaisya yang terlibat dalam perdagangan, perniagaan dan
petanian.
Sudra merupakan kasta yang rendah sekali kerana tidak memiliki sebarang
kemahiran. Mereka menjadi buruh dan juga membuat semua kerja lain yang tidak
memerlukan kemahiran khas.
Upanishad

UPANISHAD BERBINCANG TENTANG JIWA(ROH), TUHAN dan alam


semulajadi. Atman merupakan sesuatu yang berlainan dengan badan, anggota,
pancaindera, pemikiran dan tidak boleh dimusnah atau diwujudkan. Pengetahuan benar
tentang Atman membantu mengatasi masalah kematian.
REFORMASI DALAM AGAMA HINDU
Beberapa amalan agama Hindu tidak dipersetujui oleh selapisan masyarakat. Pada kurun
ke-6 SM munculnya tiga orang reformis agama. Mereka menentang:
a) Amalan kasta yang rigid.
b) Pengaruh dan kuasa golongan Brahmin
c) Penekanan terlalu banyak atas upacara
1) Gosala Maskariputra mazhab Ajivika.
Keturunan hamba. Tidak puas hati dengan corak kehidupan yang dinikmati. Masuk ke
hutan. Bertapa. Menemui kebenaran kehidupan.
Ajaran Ajivika:
Menekankan sembahyang dan pertapaan (meditation)
Percaya bahawa semua kejadian di dunia ini ditentukan oleh Niyathi iaitu kuasa
spiritual dan tiada siapa berupaya untuk mengubahnya.
Menolak sistem kasta
2) Mahavira (540-467 SM) Jainisme
Nama asal Vardhamana. Kasta Kshatriya. Tidak puas hati dengan corak kehidupan.
Ajaran Jainisme
Menekankan sembahyang dan pertapaan (mediatation)
Menekankan konsep karma dan samsara
Menekankan ahimsa iaitu elakkan kekejaman dan satya iaitu mengamalkan
kebenaran dan menolak segala keinginan akan kemewahan kebendaan.
3) Gautama Buddha (562-483SM) Buddhisme
Dilahirkan di Kapilavastu di India Utara sebelah selatan Nepal. Nama asal
Siddhartha. Pada umur 29 meninggalkan rumah untuk mencari kebenaran tentang
maksud kehidupan. Mengembara untuk 6 tahun. Sampai ke Bandar Gaya dan bertapa
di bawah pokok papal. Selepas 49 hari Gautama menemui kebenaran tentang
kehidupan dan dikenali sebagai Buddha. Buddha bermaksud orang yang mencapai
kesempurnaan. Hari ini diraikan sebagai Hari Wesak.
Agama Buddha bertujuan membantu seseorang mencapai Nirwana iaitu suatu
keadaan apabila seseorang mengetahui kebenaran tentang maksud kehidupan dan
dengan itu berjaya membebaskan diri daripada segala ikatan duniawi. Orang yang
mencapai nirwana akan berada dalam keadaan bahagia, gembira dan ketenangan
yang berkekalan.

Impian seseorang penganut agama Buddha.


Buddha juga mengasaskan segolongan sami-sami yang berpakaian warna kuning
yang dikenali sebagai Sangjha.
Ajaran Buddha ditentang oleh golongan Brahmin kerana:
i)
Buddhisme tidak menekankan konsep ketuhanan
ii)
Kemunculan Buddha dari kasta Kshatriya dipandang sebagai cabaran terhadap
kuasa kasta Brahmin
BUDDHA PERCAYA KEPADA HUKUM KARMA, IAITU:
a)
b)
c)
d)

roh seseorang dilahirkan semula


kitaran kelahiran semula dapat diatasi hanya dengan mengamalkan kehidupan perfek.
Kehidupan perfek dapat dicapai dengan mengikuti Lapan Marga atau prinsip.
Dengan itu roh seseorang akan memasuki dunia roh dan mencapai Nirvana dan akan
rehat di situ.
e) Dengan cara ini penderitaan kehidupan dapat diatasi.
AJARAN BUDDHA
Ajaran Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Marga atau Prinsip.
Ajaran ini disusunkan dalam Pitaka. Wujudnya tiga antologi ajaran Buddha yang dkenali
sebagai Tripitaka yang bermaksud tiga Pitaka. Iaitu:
i)
ii)
iii)

Sutta-Pitaka yang mengandungi ajaran Buddha yang dikenali sebagai Dhamma.


Vinaya-Pitaka yang mengandungi peraturan yang harus dipatuhi oleh ahli Sangha
(sami)
Abhidhamma-Pitaka yang mengandungi ajaran metafizika seperti tujuan hidup
manusia, kesedaran kerohanian dan pencapaian nirwana.
Ajaran Buddha menekankan konsep Anitya.
Nitya bermaksud berkekalan selama-lamanya. Menurut ajaran Buddha segala
yang terdapat di dunia ini bersifat aniya iaitu tidak akan berkekal selamalamanya. Begitu juga kehidupan manusia kelahiran dan kematian terus berlaku.

EMPAT KEBENARAN MULIA (Dhamma)


i)
ii)
iii)
iv)

kehidupan adalah penuh dengan penderitaan


penderitaan adalah hasil keinginan yang tamak
penderitaan boleh diatasi jika keinginan dikawal
ini dapat dilakukan dengan mengikuti 8 marga.

LAPAN MARGA MULIA/PRINSIP MULIA


Lapan Marga Mulia ini adalah jalan untuk mengatasi api keinginan dan mencapai
Nirvana.
i)
ii)

kepercayaan yang betul


azam yang betul

iii)
iv)
v)
vi)
vii)
viii)

pertuturan yang betul


perbuatan yang betul
kehidupan yang betul
usaha yang betul
fikiran yang betul
renungan yang betul

SAINS INDIA KLASIK


Astronomi dan kalendar: kedudukan longitude matahari dan bulan telah dikira bagi
upacara brahmanik yang biasanya diadakan pada hari purnama. Kedudukan ini dikira
menggunakan asterisme (naksatra) atau bumi (constellation) di mana sistem
zodiak bertanda 27 dianggap tertua.
Apabila zodiak Yunani 12 tanda diperkenalkan pada abad pertama Masihi ia tidak
menggantikan sistem naksatra. Kedua-dua sistem ini digunakan untuk
membahagikan tiap-tiap lambang zodiak kepada sembilan bahagian. Setiap unit
dalam 27 asterisme dibahagikan kepada empat bahgian untuk mendapatkan 108
bahagian. Manakala setiap unit dalam 12 asterisme Yunani dibahagikan kepada
sembilan bahagian untuk mendapatkan 108 bahagian, dengan ini ia menghubungkan
kedua-dua sistem zodiak, iaitu India dengan Yunani (12 x 9 = 4 x 27 = 108)
Nombor 108 telah menjadi nombor rohani di India. Tambahan pula, masyarakat India
mengira hari dari waktu seubuh hingga waktu subuh berikutnya dan kekal dengan
kalendar bulan-matahari.
Matematik: Orang India telah mengembangkan matematik untuk menentukan
tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi. Geometri, algebra dan
trigonometri adalah ciptaan Zaman Vedik. Nombor yang kini dipanggil sebagai
nombor Arab adalah ciptaan India Zaman Vedik
Orang Arab telah mempelajari sistem matematik dan nombor India dan
memperkenalkan di Eropah. Kerana itulah ia dipanggil sebagai nombor Arab.
Sifar adalah ciptaan istimewa orang India. Mereka juga memahami kuantiti positif
dan negarif. Mereka telah mengira punca kuasa dua, punca kuasa tiga dan telah
menggunakan persamaan kuadratik.
Perubatan: perubatan bermula pada Zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur
bidang perubatan seperti fisiologi, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi
manusia, pembedahan, farmakologi dan perubatan binatang telah kembang sebelum
tahun Masihi. Teks Ayur Veda seperti Susrutu Samhita dan Cakara Samhita yang
disusun pada 100 SM dianggap penting untuk bidang ini sehingga sekarang.
Fizik dan Kimia: Konsep jisim muncul berdasarkan intuisi dan logic bukannya
eksperimen. Percaya bahawa alam semesta dibuat daripada lima elemen, iaitu tanah,
angin, api, air dan angkasa. Aliran falsafah Vaisesika menjelaskan prinsip atom,
tetapi konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Kebolehan mendengar
mendapat latihan untuk memahami intonasi veda.

Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran mereka jelas nampak pada Iron Pillar di
Delhi yang dibuat pada abad ke-5 M. ini adalah sebatang besi berukuran 7m tinggi
dan begitu tulen sehingga tidak berkarat
PENGARUH TAMADUN INDIA DI ASIA TENGGARA.
Hubungan awal India dengan Asia Tenggara bermula sejak zaman SM. Kegiatan
penyebaran agama Buddha dan Brahmanisme (Hindu) serta pelayaran putera2 diraja
India telah mepercepatkan hubungan perdagangan serta kebudayaan antara India
dengan Asia Tenggara.
Kebudayaan India juga tersebar luas sehingga ke China menerusi jalan darat. Rekod
China menunjukkan kewujudan jalan darat dari Benggal ke China menerusi utara
Burma.
Jalan ini digunakan pada 2 M dan merupakan jalan yang sukar dilalui. Ada pedagang
yang sampai ke Asia Tenggara dan berkahwin dengan orang tempatan dan menetap
di sana.
Usaha mubaligh Hindu dan Buddha menegakkan pengaruh budaya dan agama India
di Negara Asia Tenggara. The Greater India merujuk kawasan ini, telah
menunjukkan pengaruh India begitu luas dan kuat.
Penyebaran kebudayaan awal India serta pengaruhnya ke atas penduduk Asia
Tenggara sebelum tahun 1500 M
Hubungan awal pada umumnya tidak berbentuk penaklukan politik kecuali ekspedisi
ketenteraan Rajendra Chola yang menyerang Sailendra di Sumatra serta menguasai
empayar termasuk Kedah. Nama seperti Suvarnabhumi (Tanah Keemasan) dan
Suvarnadvipa (Semenanjung keemasan) digunakan untuk merujuk rantau ini yang
mengeluarkan emas.

PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA

Agama Hindu dan Buddha serta bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil telah
memperkayakan kebudayaan Negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Penemuan arkeologi tentang kedatangan serta pengaruh masyarakat India terdapat di


sekitar negeri Kedah. Kuala Merbok berperanan sebagai pelabuhan bagi kapal India
kerana ia merupakan tempat yang paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah
Melayu.

Setelah beberapa lama kawasan ini mula memainkan peranan sebagai pusat
perdagangan antara India dengan Tanah Melayu. Penyebaran agama Buddha berlaku.

Tinggalan yang membuktikan koloni Hindu dengan kuil-kuil yang musnah di


sepanjang lereng Gunung Jerai, bersama dengan serpihan patung. Inskripsi Sanskrit
pada abad ke-4 M ditemui di Bukit Mertajam.

Di Gunung Jerai, ditemui patung suci Saivisme yang menjadi daya penarik penganut
agama ini. Penemuan patung Dewi Durga, Mahishasura, kepala Nandi (kenderaan
dewa Shiva) di Sungai Batu Pahat, Kedah juga membuktikan bahawa penduduk
kawasan itu telah menganuti agama Hindu.

Di Candi Batu Pahat juga telah ditemui bukti pengaruh Hindu yang kuat seperti
patung singa, lembu, kura-kura dan bunga teratai yang dikaitkan dengan mazhab
Saivisme dan Vaisnavisme.

Pengaruh India juga bertapak kuat di Alam Melayu dengan perkembangan konsep
Devaraja, iaitu anggapan bahawa raja adalah pembayang Tuhan di muka bumi. Ini
merupakan tradisi Hindu yang amat berpengaruh di Alam Melayu.

Pengaruh Hindu juga jelas dalam kesusasteraan Melayu sehiggakan terdapat zaman
Hindu dalam sejarah kesusasteraan Melayu lama. Yang paling popular ialah karyakarya saduran epik-epik agung Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata. Hikayat
Seri Rama dan Hikayat Pandawa Lima/Jaya merupakan contoh yang jelas.

Adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan, kesenian, makanan, aspek


ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak
Tamadun India.

Anda mungkin juga menyukai