Anda di halaman 1dari 39

MPU3123

TAMADUN ISLAM DAN


TAMADUN ASIA

Pengenalan Ilmu Ketamadunan (samb.)

MUHAMMAD RAHIMI HASAN, PhD


HUBUNGAN
ANTARA
TAMADUN
 Hubungan dengan Agama.
 Hubungan dengan Bangsa.
 Hubungan dengan Budaya.
Hubungan Tamadun dengan Agama
 Kebanyakan tamadun
berteraskan agama.
Kemunculan tamadun silam
merupakan manifestasi
kepada kehidupan beragama.

 Masyarakat bertamadun
memiliki budi pekerti yang
mulia dan moral yang tinggi
dan ia datang daripada ajaran
agama dan budaya.
Hubungan Tamadun dengan Budaya
 Budaya masyarakat yang
tinggi dan terpuji
menandakan kehidupan yang
bertamadun.

 Masyarakat yang memiliki


budaya yang tinggi dan
terpuji.
Hubungan Tamadun dengan Bangsa
 Terdapat tamadun yang
dibangun dan dimiliki oleh
lebih daripada satu bangsa
atau kaum seperti tamadun
Barat.
 Tamadun dan bangsa
sebenarnya tidaklah
mempunyai kaitan yang jelas
kerana selalunya tamadun
melampaui batasan
kebangsaan.
FAKTOR-FAKTOR
KELAHIRAN
TAMADUN
1. Kedudukan yang strategik.
2. Keagamaan dan kerohanian.
3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral.
4. Ekonomi yang mantap.
5. Politik yang kukuh.
6. Kesengsaraan hidup.
7. Interaksi antara tamadun.
Kedudukan yang strategik
 Bertujuan untuk mendapatkan
sumber semula jadi.
 Faktor geografi yang sesuai
dan menggalakkan
kemunculan tamadun.
 Tamadun Mesir di Sungai Nil
dan Tamadun Mesopotamia
di Sungai Tigris Euphrates.
 Asia Tenggara ialah kawasan
yang strategik – ekonomi dan
pertahanan.
Keagamaan dan Kerohanian
 Ajaran agama dan amalan
rohani mendorong manusia
supaya menghayati nilai-nilai
kehidupan yang murni dan
bentuk kehidupan
bertamadun.
Penghayatan Moral yang Tinggi
 Pemimpin yang mempunyai
nilai moral terpuji seperti adil
dan bertanggungjawab akan
mendorong rakyatnya untuk
sama-sama membangunkan
negara.
 Nilai ini dapat dilihat pada
hampir semua tokoh tamadun
silam seperti Plato, Aristotle,
Lao Tze, Kung Fu Tze, Ibn
Khaldun dan Kautilya.
Kesengsaraan Hidup
 Mendorong masyarakat untuk
bekerjasama bagi
membebaskan diri dari
penderitaan dan penjajahan.
 Kemunculan Jepun ketika
Perang Dunia Kedua.
 Kebangkitan China pada
abad ke-20 selepas Tempoh
Penghinaan (Century of
Humiliation) pada abad ke-19
hingga akhir 1940-an.
Ekonomi yang Mantap
 Kegiatan perdagangan,
perkapalan dan sistem cukai.
 Kebanyakan kegiatan
bertumpu di sungai seperti di
Selat Melaka.
 Kawalan dan monopoli
sumber yang penting juga
menyumbang kepada
kemewahan kerajaan, seperti
Mali (garam dan emas).
Politik yang Kukuh
 Adanya sistem beraja atau
hierarki yang tersendiri,
dihormati, dan stabil, yang
memastikan kelangsungan
kerajaan dan tamadun.
 Contoh: Doge di Republik
Venice sejak abad ke-8
Masihi.
Interaksi Antara Tamadun
 Sikap untuk mewujudkan
interaksi dengan tamadun
lain.
 Bersikap terbuka atau
mengamalkan dasar buka
pintu.
 Berlakunya pengaruh positif
dalam aspek agama, politik,
ekonomi, sains dan
sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR
KEJATUHAN TAMADUN
1. Jurang sosial.
2. Kezaliman.
3. Keruntuhan moral.
4. Jumud.
5. Bencana alam.
Jurang Sosial Meluas
 Wujudnya jurang perbezaan
yang ketara antara kaya
dengan miskin.
 Sistem kasta yang terlalu
ketat, dan mobiliti sosial yang
teramat terhad.
 Tiada peluang masyarakat
miskin memperbaiki
kedudukan mereka.
Kezaliman dan Penindasan
 Kehidupan bertamadun tiada
makna lagi apabila sistem
tatanegara tidak lagi dihormati.
 Contoh: Kemerosotan Dinasti
Shang bermula dengan kekejaman
yang dilakukan oleh raja terakhir
Shang iaitu Zhou Xin. Beliau
banyak melakukan kekejaman
terhadap rakyatnya.
 Dikatakan raja Zhou telah
membina “Tasik Arak dan Hutan
Daging,” dan orang Cina
menggunakan terma ini untuk
merujuk kepada kemewahan yang
melebih-lebih dan kebobrokan.
Keruntuhan Moral
 Apabila umat mengabaikan
penghayatan nilai-nilai murni,
akan tersebar luas gejala
keruntuhan moral.
Kejumudan
 Kerajaan Uthmaniyah mengalami
keruntuhan dari dalam disebabkan
sikap tertutup yang tidak mahu
menerima perubahan teknologi
dan sosial.
 Begitu juga tamadun China yang
mengamalkan dasar tutup pintu
dan enggan menerima perubahan
daripada Barat seterusnya
menyebabkan kerajaan China
mengalami kemerosotan.
 Bandingkan China dinasti Qing
pada abad ke-19 dengan Jepun
pada zaman Meiji.
Bencana Alam
 Dalam tamadun India,
kemarau yang lampau dan
banjir menyebabkan aktiviti
pertanian diganggu.
 Kemarau, banjir dan huru-
hara juga dikatakan menjadi
punca dinasti Shang merosot
ekoran penarikan mandat dari
syurga.
FAKTOR-FAKTOR
INTERAKSI ANTARA
TAMADUN
1. Kepimpinan
2. Geografi
3. Agamawan
4. Perdagangan
5. Misi Politik
6. Perkahwinan
Kepimpinan
 Peranan pemimpin melalui
pelaksanaan visi dan misi
untuk memajukan bangsa
dengan aktiviti interaksi.
Geografi
 Kedudukan yang strategik
memungkinkan berlakunya
interaksi. Sempadan geografi
menyebabkan berlakunya
interaksi.
Agamawan
• Golongan agama memainkan
peranan penting dalam
interaksi melalui motivasi
agama dan dakwah.
Perdagangan
 Melalui proses hubungan
dagang dua hala antara
negara-negara yang
berdagang menyebabkan
berlakunya interaksi.
Misi Politik
 Melalui pelbagai pendekatan
sama ada penaklukan,
penjajahan atau kerjasama
antara pelbagai negara.
Perkahwinan
 Antara pasangan yang
berlainan etnik, bangsa dan
budaya menyebabkan
berlakunya interaksi.
JENIS INTERAKSI ANTARA
TAMADUN
1. Budaya Sama.
2. Budaya dan Tamadun Berbeza.
3. Tamadun Kuat dengan Tamadun Lemah.
Budaya Sama
 Hubungan budaya dalam
rumpun yang sama seperti:

 Masyarakat Melayu – cth.


Minang, Jawa, Bugis, Banjar,
dan Mandailing.
 Masyarakat Cina – cth.
Hokkien, Hakka, Kantonis,
Teochew dan Hainan.
Budaya dan Tamadun Berbeza
 Kaum yang berlainan budaya
dan kepercayaan saling
berinteraksi.
 Misalnya, masyarakat Islam
dan Buddha di Asia Tenggara.
Tamadun Kuat – Tamadun Lemah
 Interaksi antara kelompok
yang lemah dengan yang
kuat.
 Interaksi antara kaum Yahudi
dan Islam, Kristian dan Islam
pada zaman kegemilangan
tamadun Islam di
Semenanjung Tanah Arab
dan Andalus.
INTERAKSI SEJARAH
DALAM KONTEKS
MALAYSIA
1. Interaksi dengan Tamadun India.
2. Interaksi dengan Tamadun China.
3. Interaksi dengan Tamadun Arab.
Interaksi dengan Tamadun India
 Bahasa.
 Kesenian – Masjid India.
 Kesusasteraan – wayang
kulit, Hikayat Seri Rama.
 Sistem pemerintahan.
 Gelaran – laksamana, Duli
Yang Maha Mulia.
Interaksi dengan Tamadun China
 Kebudayaan – Baba Nyonya.
 Kesenian – Masjid Tengkera.
 Kesusteraan – bahasa.
 Cina peranakan – di
Kelantan.
Interaksi dengan Tamadun Arab
 Bahasa dan kebudayaan –
tulisan Jawi, pendidikan
agama dan bahasa Arab,
nama Nabi, makanan,
pakaian
 Kesenian – masjid dan
rumah.
TEORI KITARAN TAMADUN
IBN KHALDUN
Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun
• Pembezaan kehidupan desa
dan kehidupan bandar.
Kemunculan
Tamadun

1. Tahap Awal – asabiyah


(perasaan kekitaan)
2. Tahap Kehidupan Menetap
atau Bertamadun –
pemerintahan beraja /
Kemerosotan Perkembangan
khalifah.
Tamadun Tamadun 3. Tahap Lemah atau
Kejatuhan.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai