Anda di halaman 1dari 2

MTE 3109 Latihan (contoh soalan)

Bahagian 1
1. Bagaimana guru boleh menggunakan pendekatan bercerita bagi mengajar
operasi tolak? Berikan contoh yang bersesuaian.
2. Nyatakan kelebihan mengajar konsep anggaran dan kiraan mental dalam
kehidupan seharian.
3. Senaraikan langkah- langkah bagi kaedah peraturan dalam melakukan
pembahagian pecahan. Tunjukkan bagaimana menyelesaikan 35 7/5
menggunakan kaedah tersebut.
4.

(a)

Pecahan adalah salah satu topik yang agak sukar dikuasai oleh
pelajar.
Jelaskan beserta contoh dua kesulitan yang biasa dihadapi oleh pelajar
untuk menguasai kemahiran berkaitan pecahan.

(b)

Dengan menggunakan contoh yang sesuai terangkan dengan ringkas


dua cara bagi menunjukkan pecahan setara.

Bahagian 2
1. Anda mengajar Matematik Tahun 2. Murid anda menghadapi masalah dalam
penolakkan nombor 3 digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, terangkan
bagaimana anda mengajar soalan berikut kepada murid anda : 300 189 =
2. Pembahagian boleh dilihat sebagai satu proses pengumpulan atau satu proses
pengongsian.
Dengan menggunakan contoh- contoh yang sesuai, terangkan bagaimana anda
mengajar konsep bahagi sebagai suatu proses pengumpulan dan suatu proses
pengongsian kepada murid Tahun 3.
3. 3 x 3456
Terangkan bagaimana anda boleh membimbing murid- murid menyelesaikan
masalah di atas melalui teknik:
i) tambah berulang
ii) mencerakinkan nombor (ribu, ratus, puluh, sa)
Pada pendapat anda, di antara dua teknik di atas, yang manakah lebih berkesan.
Berikan satu sebab untuk menyokong pilihan anda.
4. Terangkan suatu aktiviti yang anda boleh gunakan untuk membimbing murid
menukar 60% kepada pecahan dalam bentuk termudah.

5. Huraikan bagaimana anda mengajar murid- murid anda untuk menukar 2/5
kepada peratus dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
dengan gambar rajah lengkap.
6. Terdapat lima jenis situasi penolakan iaitu pengambilan, penambahan,
perbandingan, pembahagian, dan kenaikan.
Banding dan bezakan kelima- lima situasi tersebut serta berikan contoh- contoh
yang bersesuaian.
7. Dalam pecahan, anda dikehendaki menunjukkan perbandingan di antara dua
pecahan. Dengan menggunakan suatu contoh yang sesuai, terangkan dengan
terperinci prosedur perbandingan tersebut.
8.

3 x 4 = 12
4 x 3 = 12
Huraikan dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai
perbezaan di antara dua ayat matematik di atas.
Tulis masalah bercerita bagi setiap ayat matematik di atas dan
terangkan langkah- langkah bagaimana anda mengajar salah
satu masalah bercerita.

9.
Senaraikan lima langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar murid
membandingkan dua pecahan wajar dengan penyebutnya tidak melebihi 10.

Anda mungkin juga menyukai