Anda di halaman 1dari 3

Hai kawan-kawan, pada pagi ini saya ingin berkongsi satu cerita yang sangat menarik.

Dengar ya.
Pada suatu masa dahulu,, di Kampung Asam Jawa, ada seorang pemuda yang sangat
kacak bernama Yatim. Yatim mempunyai impian iaitu berkahwin dengan anak ketua
kampung, tetapi lamarannya telah ditolak kerana dia sangat miskin. Yatim berasa
sangat kecewa lalu membawa diri merantau ke Kuala Selangor.
Di Kuala Selangor, Yatim bekerja dengan seorang saudagar yang sangat kaya
dan disegani iaitu Saudagar Maulana. Yatim bekerja sebagai pembantu rumah. Yatim
sangat rajin bekerja. Maka dia amat disayangi oleh Saudagar Muluk dan isterinya.
Oleh itu, Yatim telah dikahwinkan dengan Murni, anak saudagar Muluk yang bongsu.
Dia juga telah dilantik menjadi nakhoda kapal. Kini dia dikenali sebagai Nakhoda
Yatim.
Pada suatu hari, Nakhoda Yatim telah berlayar untuk pergi berdagang.
Kapalnya telah ditumpangi oleh Syeikh Maulana. Syeikh Maulana telah bercerita
bahawa dia pernah terdampar di sebuah pulau yang terpencil. Di pulau itu ada
banyak harta karun. Sebagai buktinya, Syeikh Maulana telah menunjukkan sebutir
permata yang sangat indah. Nakhoda Yatim berasa sangat teruja dan ingin pergi ke
pulau tersebut. Syeikh Maulana telah bersetuju menunjukkan kedudukan pulau
tersebut tetapi Nakhoda Yatim perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu
menyerahkan separuh daripada harta yang bakal diambil itu kepada Syeikh Maulana.
Baiklah, patik setuju dengan syarat tersebut.
Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke pulau tersebut. Di pulau itu
terdapat sebuah gua yang sangat besar dan di situlah terletaknya harta karun yang
dikatakan oleh Syeikh Maulana. Nakhoda Yatim telah mengarahkan semua anak

kapalnya untuk mencari dan mengangkut harta karun itu ke dalam dua buah kapal.
Syeikh Maulana pun menuntut janji Nakhoda Yatim yang mahu memberinya separuh
daripada harta itu. Dengan berat hati Nakhoda Yatim telah menyerahkan sebuah
kapal kepada Syeikh Maulana. Selepas itu, mereka pun belayar menuju ke tempat
yang berlainan. Nakhoda Yatim telah meneruskan pelayaran ke negeri Batu Kikir.
Di negeri Batu Kikir, Nakhoda Yatim telah berkenalan dengan seorang
saudagar yang sangat kaya. Nakhoda Yatim bertanya kepada saudagar itu.
Bagaimanakah tuan hamba menjadi kaya sebegini
Patik akan menceritakannya, tetapi tuan hamba perlu berjanji agar membahagikan
harta tersebut kepada semua anak kapal
Saudagar itu telah menghadiahkan satu kotak tembaga. Di dalam kotak tembaga itu
terdapat botol ubat yang ajaib. Jika digosok ke kanan akan nampaklah semua harta
yang tersembunyi di laut, gua dan tanah. Tetapi jika gosok ke kiri mata akan
menjadi buta. Nakhoda Yatim telah mengarahkan anak-anak kapalnya berlayar ke
pulau terpencil yang pernah ditunjukkan oleh Syeikh Maulana.
Setibanya dipulau itu, Nakhoda Yatim telah menggosok botol ubat yang telah
dihadiahkan oleh saudagar itu. Matanya terasa pedih.Namun, beberapa saat
kemudian dia dapat melihat harta karun yang tersembunyi di lautan, di dalam gua
dan tanah. Nakhoda Yatim telah mengarahkan anak-anak kapalnya mengangkut ke
dalam kapal. Nakhoda Yatim berasa sangat gembira dan ingin pulang kampung
menunjukkan kepada ayah dan isterinya.
Tetapi, Nakhoda Yatim teringat akan pesan saudagar iaitu harta tersebut
perlu dibahagi sama rata dengan anak-anak kapal. Perasaan tamak telah menguasai

dirinya. Nakhoda Yatim telah membunuh semua anak-anak kapalnya dengan alas an
tidak taat kepadanya. Kini tinggallah Nakhoda Yatim keseorangan di dalam kapal itu.

Pada suatu malam, sedang Nakhoda Yatim nyenyak tidur.Tiba-tiba, satu


letupan yang sangat kuat mengejutkan Nakhoda Yatim.
Kapal diserang lanun, teriak Nakhoda Yatim
Siap sedia anak-anak kapal.
Namun begitu, Nakhoda Yatim terlupa bahawa anak-anak kapalnya telah mati
dibunuh olehnya sendiri. Nakhoda Yatim berasa sangat menyesal dengan sikap
tamaknya. Semua harta karun yang diperolehi oleh Nakhoda Yatim telah dirampas
oleh lanun. Malah, Nakhoda Yatim telah dijadikan tebusan dan bekerja di kapalnya
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai