Anda di halaman 1dari 2

7 CARA PERMAINAN HOKI YANG BERKESAN

1. PUKUL ATAU HANTAR BOLA LEBIH KERAP DARI MEMBAWA BOLA


Padang hoki hanyalah 91.4m x 58 m. Dalam masa 30 minit berapa kali anda boleh lari dari
hujung ke hujung padang? Kalau anda SANGAT KUAT mungkin anda boleh lari 100 kali
dari satu hujung ke satu hujung dan akhirnya mencungap kepenatan dalam masa 30 minit.
Kalau anda pukul bola dengan baik anda boleh pukul lebih dari 200 kali dari satu hujung
padang ke hujung padang dalam masa 30 minit. Bola bergerak lebih laju dari kita berlari!
2. BANYAKKAN SENTUHAN TUNGGAL
Cuba jangan perlahankan gerakan bola. Bila kita menahan bola, momentum akan membuat
bola terpantul. Bezanya cuma berapa jauh bola itu terpantul. Lebih jauh pantulan maka
lebih senang pemain lawan untuk mencuri bola. Bola yang dihantar 98% bergerak dalam
garisan lurus. Kita boleh agak arah gerakan bola yang dihantar, cuba terus gerakkan bola
itu ke arah yang kita mahu tanpa menghentikannya. Selalulah menggunakan sentuhan
tunggal.
3. ORANG YANG MENGHANTAR BOLA LEBIH BEBAS DAN TIDAK DIKAWAL.
Tak percaya? Biasanya pihak lawan akan sibuk mengejar bola atau sibuk mengawal kawan
kita yang bakal menerima bola, betul tak? Pemain yang bakal menerima bola mesti kreatif.
Jangan tunggu bola di belakang pihak lawan. Bakal penerima bola mesti sentiasa bergerak
bebaskan diri dari kawalan. Pihak lawan terpaksa menumpukan perhatian kepada bakal
penerima bola. Hantarlah bola ke ruang kosong yang MUDAH kawan kamu untuk
mendapatkan bola.
4. SERANG DARI ARAH KANAN TETAPI SUMBAT GOL DARI ARAH KIRI atau SERANG
DARI ARAH KIRI DAN SUMBAT GOL DARI ARAH KANAN
Bila anda serang dari arah kanan, penjaga gol biasanya akan lebih menjaga ruang di
sebelah kanan gol sehingga membuka ruang di sebelah kiri gol. Pass bola kepada kawan
yang berada di sebelah kiri. Dia dapat menjaringkan gol dengan mudah di sebelah kiri gol
yang terbuka.

5. BERMAIN DALAM BENTUK SEGI TIGA. MANFAATKAN PANJANG DAN LEBAR


PADANG.
Main secara terbuka. Jangan kumpul setempat. Jika kita menyerang secara terbuka, pihak
lawan terpaksa ikut menjaga setiap ahli pasukan kita sehingga ruang mereka terbuka luas
untuk kita masuk. Jika kita menyerang bentuk segitiga adalah V kerana penghantar bola
akn mempunyai pilihan untuk menghantar bola ke kiri atau ke kanan. Jika kita sedang
bertahan bentuk segi tiga adalah A kerana sebaik sahaja kita mengasak pihak lawan yang
membawa bola, dia terpaksa memilih untuk menolak bola ke kiri atau ke kanan.
6. KERAPKAN BOLA BERTUKAR ARAH GERAKAN. KANAN KE KIRI DAN KIRI KE

KANAN
Tujuan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan adalah untuk memerangkap pihak lawan
yang terlalu lambat bergerak atau terlalu cepat bergerak. sebaik sahaja kita ada banyak
ruang kosong, kita boleh mara ke hadapan.
7. GUNAKAN PEMAIN TENGAH SEBAGAI PENCETUS RENTAK DAN ARAH SERANGAN
ATAU PERTAHANAN PASUKAN
Pemain tengah mempunyai ruang lihat yang lebih baik daripada pemain yang berada di kiri
atau kanan padang. Sentiasa peka dengan gerak badan dan arahan pemain tengah.
Kalau nak menang dalam perlawanan, kita mesti JARINGKAN GOL!!!

Anda mungkin juga menyukai