Anda di halaman 1dari 2

PELEPASAN BENIH IKAN TALAPIA

1. Kadar pelepasan = 3,000 5,000 ekor/ ha.


2. Biasanya benih ikan talapia yang hendak dimasukkan ke dalam kolam
disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas
permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih
ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas
itu, benih ikan talapia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

PEMAKANAN

1. Ikan Talapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh
memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya,
c. makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan
sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam talapia.
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan.
Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal
dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan talapia perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan
petang.

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam talapia biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi.
Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan.
Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan talapia yang hendak dituai
iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan dilakukan dengan mengeringkan kolam talapia
sepenuhnya.
2. Umumnya tidak semua ikan talapia yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh
itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam talapia khas (kecil),
tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk
menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki
berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktivitiaktiviti bakteria dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai