Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH LARIAN PECUT DI OLIMPIK

Di Athens , acara larian pecut 100 meter moden yang telah diadakan di Sukan
Olimpik musim panas pada tahun 1896. Teknologi trek larian pada masa ini kurang
memberikan kelebihan kepantasan kepada atlet, dan lorong larian telah dipisahkan
dengan hanya menggunakan tali. Setiap pelari mempunyai gaya memulakan larian
yang unik dan gaya larian yang tersendiri.
Pada tahun 1920 , Sukan Olimpik telah menunjukkan beberapa peningkatan dan
perubahan positif. Antaranya ialah, atlet-atlet berkongsi gaya yang sama ketika
memulakan larian dan semasa melakukan larian, dan tidak ada tali lagi yang digunakan
untuk memisahkan lorong. Namun keadaan trek masih tidak lagi tidak begitu
memuaskan. Di London , pada tahun 1948 , blok-blok permulaan sebenar yang
pertama untuk acara larian pecut 100 m dan 400m telah diperkenalkan, dan tolok angin
yang tepat (accurate wind gauges) telah ditambah .
Sejak itu, banyak perubahan dan peningkatan hasil daripada penemuanpenemuan teknologi yang baharu untuk memperbaiki keadaan trek larian. Trek larian
hari ini adalah lebih tahan lama dan memberikan lebih cengkaman kepada para atlet
larian untuk memecahkan rekod larian. Pembangunan teknologi sukan larian pecut
bukan sahaja pada trek lariannya sahaja tetapi turut merangkumi pakaian atlet seperti
kasut mereka yang dahulunya berat namun kini sangat ringan , fleksibel dan membantu
pelari untuk mempercepatkan dan lebih mudah untuk mereka melakukan larian pantas.
Sukan Olimpik lepas, yang telah diadakan di Athens sekali lagi , menunjukkan bahawa
atlet masih berusaha dan mempunyai ruang peningkatan. Hal ini demikian kerana,
rekod Olimpik masih lagi dapat dipecahkan. Maurice Greene telah memegang rekod
dalam larian pecut 100m dengan masa 9.79s pada sukan Olimpik musim ini . Sekiranya
dibandingkan dengan acara 100 meter pecut yang pertama dianjurkan , pelari telah
meningkat banyak dari aspek kepantasan. Ini kerana pelari telah belajar lebih lanjut
mengenai fizik yang terlibat dalam sukan ini dan mereka telah dapat membangunkan
teknik yang membolehkan mereka untuk menjadi lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai