Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam
Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring
KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang
sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola
jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola
Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara
ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau
memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola


itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini
biasanya dilakukan dengan sebelah tangan. HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai
untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan
dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang.
Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang
membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola
tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas.
Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima
hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan
pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai
tapak tangan yang besar.
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh
mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh
pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas
ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya
diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah
penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat
hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat
dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang

berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak
atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep konsep Penting
dalam Sistem Tuas
1. Daya usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan
itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih
dihasilkan.
Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran
menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak
tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala
siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut.
Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola
itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu
berlaku dengan cepat.
KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan keduadua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh
dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan
dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau
hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan,
seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.

3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat


tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan
yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu
dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan
terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang
bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola
disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki
dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu
berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah
dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras muka Apabila hendak menangkap
bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang
hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan
untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat
badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah Untuk menangkap bola rendah
pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk
menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa
menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam
situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada
pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola
sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak
tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap
bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan
hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas

untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke
badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada
terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.
MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3
saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam
masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu
memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan
digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya. Apabila bola
dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke
depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain
melakukan gerakan yang seterusnya.
Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan
berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak
mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada
pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah
serangan.
SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum
pertama Newton iaitu Hukum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak
akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia
akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika
diganggu oleh daya luar.
Konsep konsep Penting dalam Inersia
1. Otot otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot otot kecil.

2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek
yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang
berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola
dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut.
Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak
mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat
mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.
KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain
dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan,
terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang
mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola
baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran
menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga
gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang
yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain
lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi
permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan
menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan
pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan
tidak mudah berputus asa.
PRINSIP PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol
dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak

dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan
mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling
disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam
kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke
belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola
diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.
Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi.
Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau
pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya
melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak

tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar


dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia
merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan
perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan
selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila
posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas
kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat
lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam
gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka
mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.
Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan
yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras
paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini
amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh
penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas
ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah
lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke
sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan
pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain
yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah
kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya,
menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi,
pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih
rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih
berkesan jika dilakukan secara mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain
baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya
pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan
percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain
membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju
ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat
semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.
Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undangundang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan
balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil
meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan
hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan

yang bakal dilakukan.


2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan
melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah
bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini,
iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan
sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan
ketika terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat.
Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua
ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk
menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat
ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat jaringan, tuas dan daya
memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk
menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak
pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:

1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke


kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana
bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan
dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya
bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan
untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki
dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke
arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak
merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek
berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya
menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak
memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum
maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada
objek adalah kurang.
LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,
angkat tangan kanan) c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke
sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang
bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di
hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3
orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)

d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)


e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang
bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh
dilakukan bila bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang
memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4. Seorang pemain dibenarkan: Menahan, menangkap, membaling, melontar atau
memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau
lututnya. Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau
hantaran. Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam
kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan
gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang
pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan
ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan,
pihak lawan hendaklah sekurang kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu
menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.
REFLEKSI
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini.
Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling
boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan
dalam Bola baling adalah tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau
gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh
orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran
bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring
dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang
diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip
sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan
sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum
Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk
mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu,
prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan
daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya
diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya
yang kuat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya
kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengela kkan kecederaan
berlaku kepada pemain.

Anda mungkin juga menyukai