Anda di halaman 1dari 3

Kajian literasi

Sumber:
Dari Surat Khabar Bernama
Penulis: Nurul Halawati Azhari
Tajuk Artikel:Istilahah Penentu Halal atau tidak
Objektif:Memberi pendedahan terhadap isu istilahah dalam penentuan hokum
Dapatan:Memahami isu istilahah dalam produk makanan

Istihalah dari segi istilah syarak, adalah perubahan yang berlaku ke atas zat iaitu perubahan zat
asal kepada zat baru yang berbeza dari segi rasa, warna dan bau.Ia melibatkan proses
mentransformasikan sesuatu unsur kepada unsur yang lain sehingga menghilangkan terus sifat
yang ada pada unsur asal.Mazhab Shafie mentafsirkan istihalah adalah menghilangkan sifat zat
najis kepada sifat yang lain, seperti menghilangkan sifat mabuk daripada arak menjadi cuka.
Pelabelan produk yang mengandungi unsur babi dengan Kod E juga tidak jelas sehingga
mengelirukan pengguna Islam.Ditambah dengan kekurangan pendedahan terhadap maklumat
kepada masyarakat menyebabkan timbulnya keributan dan meningkatkan lagi kebimbangan
umat Islam terhadap keaslian, kehalalan dan kualiti sesuatu produk. Dalam Al-Quran telah
dinyatakan secara jelas apa yang haram dimakan seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 173 yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan
binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.Tetapi barang siapa dalam
keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui
batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang".Namun, apabila unsur-unsur tersebut telah dicampur aduk, ia menimbulkan pelbagai
isu dan masalah di kalangan umat Islam apatah lagi dengan pendapat daripada ulama yang
berbeza.

PENGENALAN

Apa itu kosmetik


Kosmetik ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran
tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut untuk tujuan
membersih, mewangi, mencantikkan kulit muka, menghilangkan bau badan, melindungi atau
menjaga dalam keadaan yang baik.

Pandangan Islam mengenai Kosmetik


Islam tidak melarang lelaki mahupun wanita untuk memakai produk kosmetik.Satu hadis yang
menerangkan bagaimana islam menitikberatkan soal kecantikan, Dari HR. Bukhari Allah itu
indah dan menyukai keindahan. Manakala Dari Aisyah r.a, Rasuullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud, Sepuluh hal yang termasuk fitrah: mencukur kumis, memotong kuku, menyelanyela (mencuci) jari-jemari, memanjangkan janggut, siwak, istinsyaq (memasukkan air ke
hidung) dan intiqashulmaa (istinjak). Mushab bin Syaibah mengatakan, Aku lupa yang
kesepuluh, melainkan berkumur. Daripada Abu Hurairah r.a. pula beliau mengatakan, Lima
perkara yang merupakan bahagian daripada fitrah memotong kuku, mencukur kumis, mencabut
bulu ketiak, dan mencukur rambut kemaluan (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).Oleh itu
setiap muslim dituntut untuk tampil indah menawan. Apalagi kalau hendak mendirikan solat,:
Kenakanlah perhiasanmu setiap kali menghadiri masjid(Al-Araaf : 31).Namun demikian,
umat islam harus berwaspada terhadap kandungan produk kecantikan yang berkemungkinan
untuk mengandungi bahan-bahan yang haram.

Bagaimana Hukum Memakai Kosmetik?


Hukum memakai kosmetik ialah harus dalam islam tetapi bergantung kepada niat si pemakai dan
kandungan bahan dalam produk kosmetik tersebut.Produk kosmetik yang digunakan harus
memberi manfaat dan bebas dari kemudaratan kerana Nabi S.A.W bersabda, Segala yang
berbahaya dan membahayakan adalah dilarang. (HR. At-Tirmidzi, AlBaihaqi dan lain-lain).

Anda mungkin juga menyukai