Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Setengah dari setiap generasi peradaban manusia adalah wanita, bahkan lebih. Wanitalah
yang memelihara dan mendidik putera puterinya. Kerana itulah Islam menaruh perhatian
besar terhadap wanita. Wanita adalah tonggak dan tiang pokok masyarakat. Masyarakat
akan baik bila kaum wanitanya baik, dan akan rosak bila kaum wanitanya rosak.

Seperti yang telah diketahui, salah satu tujuan utama syariah islam adalah
memperbaiki masyarakat di samping wujudnya berbagai syariah dan hukum yang mengawal
hambanya Dalam hal ini, lelaki dan perempuan sama. Tapi beberapa hukum yang antaranya
adalah hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah berhias.

Siapa pun yang mengimbas balik sejarah atau peradaban terdahulu pasti ada kisah
dimana manusia memang suka akan keindahan dan kecantikan. Juga membuktikan sejauh
mana perhatian manusia, khususnya wanita di mana perhiasan dan keindahan baginya
merupakan kesibukan utama dan keutamaan keperluan hidupnya. Hal itu ditunjukan oleh
ayat-ayat Allah yang mengisyaratkan masalah perhiasan secara umum dan perhiasan bagi
wanita secara khusus di masa jahiliyah serta mengarahkan manusia mentaati kaedah-
kaedahnya. Allah juga berfirman:

“ Dan apakah patut orang yang dibesarkan dalam keadaan berperhiasan sedang dia tidak
dapat memberi alasan yang terang dalam pertengkaran.”

(Az-Zukhruf: 18)

Di dalam tugasan ini akan dikupas berkaitan penggunaan proses sepanjang menghasilkan
barang kosmetik serta disebutkan ciri-ciri produk kosmetik yang dibenarkan oleh syariah.

1
1.1 Apa itu barang kosmetik?

Kosmetik, juga dikenali sebagai solekan, adalah bahan-bahan atau produk yang digunakan
untuk meningkatkan penampilan atau wangian badan. Banyak kosmetik direka untuk
penggunaan kepada muka dan rambut. Pada abad ke-21, wanita umumnya menggunakan
lebih kosmetik daripada lelaki. Mereka umumnya campuran bahan kimia; beberapa yang
berasal daripada sumber semula jadi (seperti minyak kelapa), dan beberapa sintetik
menjadi. kosmetik biasa termasuk gincu, maskara, bayangan mata, asas, rona pipi,
pembersih kulit dan losyen kulit, syampu, produk dandanan rambut (gel, semburan rambut,
dan lain-lain), minyak wangi, dan sebagainya

Di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), yang mengawal selia
kosmetik, mentakrifkan kosmetik sebagai "bertujuan untuk digunakan kepada tubuh badan
manusia untuk pembersihan, pengindahan, menggalakkan daya tarikan, atau mengubah
penampilan tanpa menjejaskan struktur atau fungsi badan". Definisi yang luas termasuklah
apa-apa bahan yang dimaksudkan untuk digunakan sebagai komponen produk kosmetik.
FDA khusus tidak termasuk sabun daripada kategori ini.

Rajah 1.0 : contoh barang kosmetik

Rajah 1.1 Syampoo masih kategori alat kosmetik

2
1.2 Kosmetik Dalam Perspektif Islam

Berdasarkan pengertian diatas, kosmetik memiliki fungsi memperindahkan penampilan


manusia atau bau tubuh manusia. Perkara tersebut merupakan sesuatu yang sangat
menyenangkan bagi manusia yang melihatnya mahupun merasakan aroma wangian yang
dipancarkan. Keindahan akan menarik perhatian orang-orang sekaligus memberikan kesan
positif terhadap mereka.

Disisi lain, Islam merupakan agama yang menaruh perhatian pada persoalan
kebersihan, kesucian serta keindahan tersebut. Islam bahkan menganjurkan merawat dan
memelihari diri. Terkait dengan keindahan kesucian, Allah SWT berfirman :

َ َ ‫ّللا يُحِ بُّ الت َّ َّوابِينَ َويُحِ بُّ ْال ُمت‬


‫ط ِ هه ِري َن‬ َ ‫إِ َّن ه‬
“Sesunggungnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang
menyucikan diri.” (QS. Al-Baqarah: 222)

Begitu banyak nas-nas didalam al-Qur’an maupun hadits yang memberikan motivasi
agar seorang muslim mahupun muslimah untuk suka akan keindahan. Bagi muslimah,
bahkan dianjurkan untuk berhias diri untuk keperluan-keperluan tertentu, seperti untuk
menyenangkan suami dan sebagainya. Seorang muslimah juga dianjurkan untuk memakai
celak mata, dan hinna’ (pacar pewarna kuku alami) serta bahan-bahan lain yang tidak
membahayakan tubuhnya, tidak berlebihan, dan tidak mengubah ciptaan Allah SWT.

Meskipun demikian, Islam juga memberikan batasan dalam persoalan berhias diri. Batasan
tersebut tersirat dalam ayat berikut :

‫َو ََل تَبَ َّرجْ نَ تَبَ ُّر َج ْال َجا ِه ِليَّ ِة ْاْلُولَى‬
“Dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku (bertabarruj) seperti orang jahiliah yang
terdahulu.” (QS. Al-Ahzab:33).

Justeru itu, kaum wanita dibolehkan untuk menggunakan dan memakai kosmetik
kerana mempunyai hak berhias di depan suaminya tetapi larangan penggunaan kosmetik
bagi yang tidak memperlihatkan apa saja yang dipakainya dengan tujuan bertabarujj atau
boleh mengundang fitnah dan maksiat.

3
1.3 Wanita dan penggunaan barang kosmetik

Wanita dan penggunaan kosmetik tidak dapat dipisahkan. Bahkan penggunaanya sudah
dilakukan sejak lebih dari sepuluh ribu tahun sebelumnya. Raja-raja Mesir kuno memakai
tumbuh-tumbuhan dan wangian semula jadi untuk menjaga kelembutan kulit. Para arkeologi
terdahulu telah menemui segala macam perhiasan dan kecantikan di kubur raja-raja mesir
kuno.

Sejarah menyebutkan bahawa Ratu Nefrit yang memerintah Mesir bersama


suaminya, Ramses IV (Amenovenis), mengecat kuku tangan dan kaki dengan warna merah
mutiara, bergincu pekat. Alat – alat pewarna dan alat solek yang adalah dilarang untuk kaum
wanita pada ketika itu tetapi dikecualikan bagi wanita yang berkeluarga Ramses, Deopatra,
ratu ketujuh yang menjadi pemimpin Mesir separuh abad sebelum masihi. Beliau juga amat
suka untuk mengenakan alat-alat kecantikan seperti bedak di pipi dengan warna-warna
mawar, berbau harum. Kelopak matanya juga diwarnakan dengan diletakkan warna biru
langit dan bahagian bawah mata diols warna hijau kilat.Sementara itu, wanita-wanita Yunani
turut menjaga dirinya dengan selalu bersukan . pada abad pertengahan, Elizabeth I, Ratu
Eropah pertama yang mewarnakan rambut blondenya dengan warna merah.

Melalui huraian di atas dapat kita lihat bahawa wanita sememangnya amat memberi
perhatian terhadap kecantikan dan perhiasan dan mempunyai kaitannya dengan alat-alat
kosmetik.perkara ini bukan lah perkara yang baru cuma di revolusikan menjadi pelbagai
jenis lagi dan diperbuat daripada bahan – bahan pelbagai yang tidak diketahui sumbernya.

Mari kita terokai isu –isu yang muncul dalam perbahasan berkenaan bahan kosmetik dan
cara pembuatannya termasuklah bahan-bahan yang diguna pakai

4
2.0 Menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji

Adakah penggunaan haiwan dalam ujikaji kosmetik dibenarkan?. Apakah keadaan yang
membenarkan penggunaan haiwan dalam ujikaji kosmetik? Apakah kaedah yang digunakan
oleh ulama’ islam dalam memberi pendapatnya?. Berikut merupakan beberapa soalan untuk
membuka kepada ilmu – ilmu yang bakal dikupas.

Sebelum itu, mari kita lihat konsep yang diguna pakai apabila istilah menggunakan
haiwan sebagai ujian untuk kosmetik. Dalam hal ini, haiwan digunakan dalam ujikaji untuk
memastikan keselamatan dan bahan hipoalergi dalam produk yang bakal digunakan oleh
manusia.

Produk atau bahan diuji pada lapisan mukosa haiwan untuk memastikan sama ada
bahan tersebut boleh mengakibatkan alergi atau kesan lain pad atubuh haiwan terhadap
manusia.

Penggunaan haiwan dalam ujikaji kosmetik adalah dilarang dalam ajaran islam serta
menjadi suatu jenayah dalam bioetika. Haiwan mempunyai hak untuk hidup kecuali
sekiranya digunakan untuk tujuan yang jelas tiada isu iaitu sebagai makanan (selagi tidak
melanggar hukum-hukum yang ditetapkan dalam quran).

Hujah kemungkinan hasil

Dalam hal ini, kita perlu merujuk semula Al-Quran dan hadith Rasulullah berkaitan
penyeksaan terhadap haiwan serta mengambil kira pandangan ulama’-ulama’ yang sedia
ada dan buku-buku berkaitan bioetika islam dan bioetika konvensional.

Dalam sesuatu permaslaahan feqh atau syariat perlu dilihat kembali bahawa syariah
meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian:

1. Dharuyiyat (tidak dapat hidup tanpanya)


2. Hajiyyat (keperluan)
3. Tahsinatyat (untuk memperelokkan )
4. ;

Penjelasan hukum

Apabila dilihat semula keperluan untuk membunuh binatang untuk diuji adalah tidak boleh
diterima oleh akak serta etika-etika yang ada di muka bumi ini. Oleh itu, hukum menyeksa
binatang adalah haram sama sekali mencabut nyawa haiwaan yang masih hidup.

5
Dalam fatwa jabatan mufti Brunei, mengatakan bahawa membunuh binatang adalah
dilarang melainkan ditetapkan atau diharuskan syariat boleh dibunuh atau ada sebab lain
yang mengharuskan.

Bentuk penyeksaan haiwan ini, terjadi apabila manusia mengurung haiwan hingga
mati kelaparan. Seterusnya, menzalimi haiwan tersebut,dengan memberi suntikan
sepanjang proses untuk menghasilka bahan – bahan kosmetik. Seterusnya, apabila
seseorang melagakan haiwan tersebut dan mati disebabkan memukul atau menyelar muka
haiwan tersebut. Perbuatan ini juga melanggar prinsip-prinsip etika seperti mana
manfaatnya, keadilanya dan juga menghormati hebah

rajah 3.0 : haiwan yang sedang diuji untuk barang kosmetik

Sebagai kesimpulan bagi penggunaan haiwan dalam menguji alat kosmetik ini
mendapat liputan luas di seluruh dunia untuk memberhentikan penyeksaan ini. Berbagai
kempen telah dilakukan bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat serta syarikat-
syarikat gergasi yang mengeluarkan produk alat kosmetik yang termuka untuk berhenti
menggunakan haiwan sebagai alat ujikaji. Hal ini, benar-benar bertentangan dengan hak
haiwan tersebut untuk hidup dalam keadaan sihat.

6
Rajah 4.0 : kempen kesedaran no animal testing

Setiap pihak memainkan peranan dalam memberhentikan perkara tidak bermoral ini.
Dalam islam sendiri mengahlang sekiranya hak seekor haiwan diganggu. Sebagai
pengguna, dengan sedikit kuasa boleh bersama-sama memilih produk yang tidak
menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji dan memboikot produk yang menggunakannya.

Rajah 5.0: Contoh produk yang bebas tidak menggunakan haiwan dalam ujikajinya

7
4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan umum, dari sudut perpektif bioetika Islam: Tidak ada lagi hukum
spesifik secara jelas yang ditemui. Hanya hukum penggunaan haiwan dalam kajian
perubatan yang ditemui (Ibnu Zuhri). Dari sudut perspektif bioetika konvensional: Wujud
percanggahan ada yang membenarkan dan ada yang tidak membenarkannya.Oleh yang
demikian, hukum asal penggunaan kosmetik

 Harus

Hukum penggunaan haiwan dalam ujikaji kosmetik: Dalil (Surah al-An’am ayat 165)

“..dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi dan Dia
mengangkat (darjat) sebahagian daripada kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas
(kurnia) yang diberikan-Nya kepadamu..”

Tetapi hukum berubah haram apabila wujudnya kaedah alternatif untuk ujikaji bahan
kosmetik selain menjadikan haiwan sebagai uji kaji

 Haram

Keutamaan matlamat syariah untuk menjaga nyawa (walaupun seekor haiwan)

Sebagai seorang muslim dan muslimah, dibenarkan untuk menggunakan alat solek atau
produk kecantikan selagi dalam ruang lingkup syariah. Menjadi keinginan bagi setiap wanita
untuk kelihatan cantik dan menarik tetapi hendaklah ada batasannya dan tidak berlebihan.
Islam adalah agama wasatiyyah, bersederhanalah dalam segala aspek kehidupan. Lebih-
lebih menggunakan produk yang menjadikan haiwan sebagai bahan ujikaji. Jadilah
pengguna yang bijak dan bersama-sama merubahnya.

8
RUJUKAN

Abir Ayyub Al-Halw. (2013). Muslimah Anggun dengan Berfesyen dan Kosmetik.
Selangor: Berlian Publications. Sdn. Bhd.

Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fiqh


Mazhab Syafie Jil 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Stephanie Watson. (2009). Animal Testing: Issues and Ethics. New York: The Rosen
Publishing Group.

Diakses pada 19 Februari:

http://dikatkr4.blogspot.my/2015/04/makalah-tentang-kosmetik.html

https://felixzelin.wordpress.com/2009/04/13/bahan-berbahaya-yang-terdapat-didalam-alat-
alat-kosmetika/

http://www.moyoway.com/makeup-colors.html

http://makeup.lovetoknow.com/How_Are_Cosmetics_Made

9
LAMPIRAN

10
11

Anda mungkin juga menyukai