Anda di halaman 1dari 8

Cerpen Rahsia Hatimu : Dewan Siswa Mac 2007

RAHSIA HATIMU
OLEH : AINUNL MUAIYANAH MUHAMMAD SULAIMAN
DEWAN SISWA MAC 07
Jangan datang dalam hidup ini jika sekadar mahu mengulang kenangan lama dan
menambahkan luka yang sedia ada.
Aku mengulang ayat itu beberapa kali dalam hati ini. Ingin aku laungkan dan jeritkan di
telinganya agar kata-kata ini bersemi untuk kesekian kalinya. Malangnya nasihat bonda
teguh menghalang. Nasihat bonda menjadi tembok yang begitu teguh dan payah untuk
aku runtuhkan kerana aku tidak pernah di ajar untuk menjadi anak derhaka.
Anak ayah sihat?.
Aku sekadar membalas soalannya dengan senyuman yang hambar yang cuba aku
gulakan. Aku punya nama. Nama yang indah yang dipilih olehmu. Mengapa sekadar
membahasakan diri anak ayah. Mengapa tidak memanggil nama itu?. Tak perlu
hendak hebohkan di sini aku anakmu kerana semua orang tahu kenyataan itu. Bentak
hati kecilku lagi.
Mengapa. Anak ayah tak suka ayah datang?
Sekali lagi panggilan itu memualkanku. Menyesakkan ruang nafasku dengan sebu.
Tolonglah panggil namaku, bukannya anak ayah. Aku benci sungguh.
Safi mataku hampir berkaca apabila bonda menegurku. Bonda mengapa harus
dibela lelaki ini lagi?. Dari kecil hingga aku dewasa tidak pernah aku mendengar yang
buruk-buruk tentang lelaki di hadapanku ini. Lelaki yang malu untuk aku panggil ayah
sekalipun. Segalanya yang baik-baik belaka. Sedangkan hati bonda telah hancur luluh
dengan kelakuannya. Itu kata hatiku
Maaf ya. Mungkin Safi letih. Maklumlah orang kuat sekolah kan. bonda mengusikku
tetapi mata bening bonda tidak boleh menyembunyikan hakikat. Bonda marah benar
dan tersinggung dengan kelakuanku. Itu aku tahu.

Bonda mengertilah aku bukan pelakon yang hebat. Aku tidak pandai bermuka-muka di
hadapan orang yang aku tak suka. Yang lebih tepat lagi yang aku benci sekian lama.
Bonda tidak pernah mengajar anak bonda untuk kurang ajar dengan sesiapa.
Sebaris kata bonda biarpun dalam nada mendatar itu cukup mengesan di hatiku. Katakata bonda biarpun seakan berbisik pada diri sendiri tetapi aku tahu kata-kata untuk
aku. Siapa lagi anak bonda kecuali aku. Aku yang bernama Safi Mawaddah.
Aku seakan ingin menghamburkan air mata yang cuba aku tahan derasnya. Aku yang
tabah dan sukar menumpahkan titisan keramat ini benar-benar tersentuh dengan katakata bonda kerana dalam dunia ini hanya bonda yang aku sayang serta aku hormati.
Senada katanya bisa menghiris ketabahan ini dan mengalirkan kelukaan dan air mata.
Ayah pulang ke Kuala Lumpur usai menghantar aku dan bonda ke rumah. Sepanjang
yang aku tahu, bonda tidak pernah mempelawa ayah melangkah masuk ke dalam
rumah dan ayah pula seakan tahu batas adabnya. Ayah tidak pernah melangkah kaki
ke kawasan rumah kami. Garis sempadan ayah hanya di pintu pagar sahaja.
Sememangnya seharusnya begitu, jerit hatiku dan tentunya tidak pernah aku luahkan di
hadapan bonda.
Safi, aduh bonda, jangan memanggil aku dengan nada begitu. Nada itu bersifat
ingin mengajar aku. Aku sudah menjadi anak bonda hampir 17 tahun. Aku juga bijak
membaca nada suaramu, bonda.
Aku merenung wajah hening bonda.
Safi, biar apa pun yang terjadi, dia tetap ayah Safi. Safi berbintikan namanya dan dia
jugalah yang akan mewalikan Safi suatu hari nanti. Bonda harap Safi mengerti maksud
kata-kata bonda. Safi sudah cukup dewasa untuk memahaminya.
Maka Safi juga sudah cukup dewasa untuk mengetahui mengapa agaknya kasih
Bonda pada ayah tidak pernah berkalih. Ayah sudah ada hidupnya sendiri. Tetapi
bonda, bonda tunak merenungku sehingga mematikan semarak semangatku untuk
bertanya. Aku menekur bisu kembali. Aku tahu aku sudah melampau batas adabku.

Bonda bangun perlahan-lahan dari sofa. Memandangku sejenak. Kemudian berlalu


pergi ke dalam biliknya. Aku terus diterpa salah.
Bonda kembali padaku dan menyerahkan sebungkus hadiah yang dibalut kemas.
Hadiah dari ayah. Itu sahaja kata bonda padaku. Hanya sebaris kata dan langsung
masuk ke biliknya. Kemudian aku terdengar sayup-sayup lagu kegemaran bonda. Lagu
klasik itu biarpun hanya serangkap cuma tetapi benar-benar menusuk kalbu.
Lagu itu hanya berkumandang apabila bonda sedang berwalang hati. Aku menyeka air
mata yang mengalir dipipiku. Air mata yang menjadi saksi kekesalan aku meruntun
sedih bonda.
Tudung periuk pandai menari
Menari lagu putera mahkota
Kain buruk berikan kami
Buat menyapu si air mata
Bait lagu itu menguasai suasana petang yang hening ini. Aku membuka bungkusan
hadiah dari orang yang aku benci sekian lama.
Untuk anak ayah
(Yang dewasa tanpa ayah dapat melihatnya)
Selamat hari lahir anakku..
ayahmu
Ucapan ayah yang ringkas itu aku tenung dalam sebak. Hadiah ayah adalah telefon
bimbit Nokia dari model yang terbaru. Handphone ini memang aku suka benar namun
bukan berniat untuk memilikinya kerana aku tidak mahu menyusahkan bonda. Aku
sekadar menyatakan kesukaanku tanpa niat apa-apa
Itulah ayah yang tidak pernah membiarkan aku hampa. Ada sahaja hadiahnya untukku.
Apa sahaja yang aku inginkan pantas sahaja ayah tunaikan. Mungkin kerana dia tidak
disampingku untuk melihat aku dewasa (seperti yang tertulis dalam ucapannya) maka

dia tidak banyak soal untuk memberi aku apa-apa. Tetapi sayangnya kebencianku yang
menjadi nanah ini telah menutup kebaikannya.
Masakan aku boleh lupakan peristiwa itu. Ketika itu aku kecil lagi. Masih di sekolah
rendah. Suatu hari bonda menyuruh aku bersiap cepat.
Kita akan ke rumah nenek
Rumah nenek?. Aku jadi pelik metah. Kami tidak pernah ke rumah nenek sepanjang
aku hidup di dunia ini. Sehingga aku menyangka dalam hidupku hanya bonda dan ayah
sahaja.
Ayah diam sahaja apabila bonda kata kami akan ke rumah nenek. Ayah sakit itulah
jawapan bonda kepadaku sekiranya aku bertanya mengapa ayah diam sahaja apabila
aku cuba untuk bercakap dengannya.
Ayah sudah lama jatuh sakit. Sakit ayah pelik dan tidak kebah. Ayah hanya baring di
atas katil seperti mayat hidup. Bondalah yang bersusah payah melayan kerenah ayah.
Aku tidak berani untuk bermesra dengan ayah seperti selalu lantaran amaran bonda.
Apabila sampai di rumah nenek, kedatangan kami di sambut dingin sahaja. Nenek
(emak sebelah ayah) menjeling bonda dan aku tajam. Dia langsung tidak menyambut
salamku.
Di rumah nenek, aku diam tidak berkutik sedangkan aku kanak-kanak yang riang dan
gemar bergurau.
Kau bukan cucu rumah ini. Jangan nak berani makan apa-apa di rumah ini, aku jadi
segan apabila sepupu perempuanku yang sering bertocang dua merampas biskut yang
aku ambil di atas para.Aku terasa mahu menamparnya sahaja. Siapa dia untuk
menuduh sebegitu rupa. Kami setaraf sahaja. Berani dia lancang berkata sebegitu rupa.
Aku mengambil tindakan drastik merampas kembali biskut itu dan berlari menuju
bonda.

Sepupuku

mengejar

aku

sekeliling

rumah.

Bonda

cuba

untuk

mempertahankanku. Iyalah aku ini kan anak bonda, tentulah bonda akan melindungi
aku.

Suasana kecoh seketika apabila sepupuku yang tidak tahu adab menengking bonda
seperti bonda ini babu di rumah ini. Geram sungguh aku melihatnya. Aku sering diasuh
oleh bonda agar jangan kurang ajar dengan orang tua tetapi sepupuku terlebih ajar
pula.
Nenek muncul di tengah-tengah kekecohan itu. Sepupuku yang tidak malu itu mengadu
entah apa-apa dengan nenek. Bonda cuba untuk melindungi aku tetapi nenek hanya
menyorot tajam wajah bonda.
Langsung nenek menampar bonda. Bonda tersungkur jatuh. Tidak cukup dengan itu,
nenek menghentak kepala bonda ke tiang dengan segala sumpah seranah
dihamburkan. Aku menjerit ketakutan dan menangis apabila melihat kepala bonda
berdarah.
Ayah pula dimana?. Hanya baring di katil memerhatikan kami tanpa sebarang reaksi.
Ayah adalah saksi perbuatan nenek. Aku jadi cukup benci dengan ayah ketika itu.
Mengapa ayah tidak menyelamatkan bonda dari nenek yang kejam itu?. Nenek yang
sedang mencederakan bonda?.
Tidak cukup dengan itu, nenek mengheret bonda di hadapan ayah. Nenek memaki
hamun bonda yang katanya tak tahu malu merosakkan kebahagiaan orang lain.
Kebahagiaan siapa? . Neneklah yang merosakkan kebahagiaan kami?. Aku menjerit
dalam hati. Aku terperosok duduk ketakutan di bucu rumah.
Ayah pula masih begitu. Memandang nenek dan bonda tanpa reaksi. Apa yang aku
tahu, selepas itu wajah nenek puas dan bonda pula menangis tersedu-sedu. Nenek
menarik aku dan bonda keluar rumah rumah dan mencampakkan beg pakaian kami.
Kami telah dihalau!!!!.
Bonda tidak menangis merayu untuk masuk ke rumah puaka itu. Bonda terus
menahan teksi dan meninggalkan ayah dan rumah itu serta isinya.
Semenjak itu aku tidak pernah melihat ayah. Sememangnya aku tidak sudi pun.
Ayahkah dia jika hanya berdiam sahaja melihat isterinya di seksa oleh emaknya
sendiri?. Manusiakah dia melihat kekejaman di hadapan mata sendiri?. Bertahun-tahun

benci itu bertamu di atma ini sehingga wajah ayah yang kubenci itu muncul tiba-tiba di
hadapan rumah baru kami beberapa tahun lalu
Walaupun aku kagum dengan kesetiaan bonda yang tidak pernah tergugah walaupun
ramai lelaki datang menyerah namun pada hakikatnya kesetiaan bonda seringkali
mengundang amarah dan rajukku. Lantaran kesetiaan dan kasih bonda untuk lelaki
yang paling aku benci seluruh penghidupanku. Lelaki yang tidak dapat aku kikis walau
sesaat lantaran dia adalah ayahku
Mengapa setelah pelbagai ranjau dan onak kami tempuhi, hati bonda masih seteguh
karang untuk lelaki itu?. Masakan aku tidak dapat menekanya. Jikalau tidak tentulah
bonda telah menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup kami. Sekurang-kurang apabila
begitu aku dapat mengisytiharkan kemenangan kepada ayah bahawa hati bonda bukan
lagi untuk ayah.
Dalam hidup kami hanyalah ada aku, bonda dan adik bonda. Kami tiada saudara mara
lain. Adik bonda yang aku panggil Auntie Miera sudah bertahun lamanya membawa
hatinya yang lara ke Jerman. Semuanya kerana lelaki durjana yang mengkhianati
perjanjian cinta mereka. Mengapa kehadiran lelaki hanya menyusahkan kaum kami
sahaja?. Aku semakin membenci golongan tersebut
Suatu petang Auntie Miera pulang dalam remang senja merah. Aku sungguh gembira
lantaran selama ini kami sering berhubung dengan email sahaja. Aku sering meluahkan
rasa kebencianku pada ayah kepada Auntie Miera.
Namun petang itu menjadi saksi pada lafaz kata-kata Auntie Miera yang menyentak
girangku.
Auntie akan berkahwin tak lama lagi.
KAHWIN!. Perkataan itu bagai halilintar membelah bumi. Dahulu kata Auntie hatinya
telah lama tertutup untuk mana-mana lelaki. Lalu mengapa dibuka hatinya lagi untuk di
lukai.

Semalaman aku berkurung dalam bilik tanda memprotes Auntie Miera. Namun ketika
tengah malam, aku terlalu lapar dan cuba menyelinap keluar dari bilik. Akhirnya aku
tertangkap oleh Auntie Miera.
Sayangsyahdu hatiku mendengar Auntie Miera memanggil nama timbanganku.
Mawaddah yang bererti kasih sayang
Auntie meraih tanganku.
Mengapa terlalu marah pada keputusan Auntie?. Bersungguh benar sayang benci
pada perkahwinan. Mengapa perasaan benci yang keterlaluan ini membenih dalam jiwa
sayang?.
Bahasa Auntie Miera memang puitis biarpun bertahun di luar negara. Aku membisu
namun jawapan yang bergema dalam hatiku lelaki adalah pemusnah kehidupan bonda
dan Auntie Miera!.
Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar. jangan kerana marahkan ayah,
sayang benci pada lelaki.
Aku tetap begitu. Diam membeku namun sorot mataku jelas mencerminkan keteguhan
pendirianku.
Nampaknya rahsia yang berkurun ini harus di bongkarkan juga. Moga benci dan marah
tidak lagi bertamu di hati sayang.
Auntie Miera terus merencanakan cerita. Punca kehancuran perkahwinan ayah dan
bonda lantaran kasih mereka tidak direstui oleh nenek, ibu kepada ayah. Lantaran
bonda bukan dari keturunan syed-syarifah. Namun mereka teguh hati. Perkahwinan
tetap di teruskan biarpun badai melanda
Malangnya selepas beberapa tahun aku lahir, ayah jatuh sakit yang tenat. Penat bonda
menyusung ayah ke sana ke mari untuk berubat. Sehingga suatu hari, seorang bomoh
memberitahu ayah terkena penyakit santau. Walaupun tanpa sumber yang kukuh,
bonda tahu itu adalah perbuatan nenek. Lantaran itu, ayah di hantar ke rumah agam
nenek kembali. Biarpun hati bonda terluka, namun demi ayah pulih kembali bonda rela.
Natijahnya, bonda terpaksa di ceraikan untuk membayar harga kesihatan ayah.

Ini adalah rahsia yang perlu Auntie simpan. Tetapi auntie tidak mahu jiwa sayang
rosak lataran terlalu benci ayahmu sendiri. Malah satu rahsia terbesar mengapa bonda
merelakan dirinya di ceraikan ayah masih tersimpan dalam laci cendana dalam bilik
bonda. Pergilah sayang lihat sendiri.
Air mataku mengucur jatuh mendengar kisah tragis bonda dan ayah. Itukah punca ayah
tidak menolong bonda ketika nenek menghina dan mendera bonda?. Ayah yang
terkena santau bagaikan tiada punya hati dan perasaan. Lalu apakah kemunculan ayah
pada ketika ini untuk menebus kembali penderitaan kami?
Bilik bonda adalah bilik terlarang. Aku sememangnya tidak selalu masuk ke bilik bonda.
Malah aku tidak mahu pun lantaran bilik itu penuh dengan kenangan terhadap ayah.
Semasa aku melangkah masuk ke bilik bonda, bau semerbak cendana menerpa.
Bonda tidur pulas dengan wajah yang tenang. Dengan tangan yang terketar-ketar, aku
membuka laci cendana itu. Usai aku membaca dokumen yang aku temui. Air mataku
mengucur laju tanpa segan silu. Ya Allah berdosanya aku membenci ayah selama ini
dan mempertikaikan kesetiaan bonda.
Patutlah bonda tidak pernah menerima sesiapa lagi dalam hidupnya. Bonda wanita
tanpa rahim. Bonda telah menjalankan pembedahan lantaran kanser rahim selepas
kelahiranku. Sedang kasihnya pada ayah masih bersisa, bagaimana mahu menyemai
kasih yang lain pula.
Bonda terjaga lantaran terdengar senduku. Saat itu, aku sujud di kaki bonda memohon
ampun. Ampunkan aku bonda atas kelancanganku!

Anda mungkin juga menyukai