Anda di halaman 1dari 2

Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang


menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai focus dalam proses
pembelajaran. Menurut Ousey(2003), mendefinisikan PBM sebagai satu falsafah bagi suatu
kurikulum yang baharu. Hal ini bermaksub guru bukanlah satu-satu sumber ilmu atau
rujukan oleh murid. Justeru murid boleh mendapatkan pengetahuan dan maklumat dari
sumber-sumber yang lain. Menurutnya, PBM membantu murid mencapai tahap
pembelajaran yang spesifik unutk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan.
Prinsip-Prinsip Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah
1. PBM merupakan pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan titik tolak
dalam proses pembelajaran.
2. Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberikan panduan untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.
3. Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan
topic yang diajar.
4. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator, pembimbing atau motivator kepada merid.
5. Masalah berasaskan kepada situasi sebenar.
Faedah
PBM dapat memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Ini
keranaPBM membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan masalah yang tercetus.
Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala pengetahuan yang mereka ada
sekali gus dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka kerana mereka [erlu mencari
jawapan melalui pembacaan dan perkongsian idea melalui rakan-rakan mereka.
Langkah-langkah
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBM.
Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
a) Pembahagian Kumpulan
Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan
membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan
dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti
dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan faktafakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus
idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati
dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian
sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan,
diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
c) Menjana Idea
Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam
proses penyelesaian masalah tersebut.
d) Isu Pelajaran
Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat
membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkahlangkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan
mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
e) Pembelajaran Kendiri
Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan
dan logik dengan masalah yang diberikan.
f) Sintesis dan Aplikasi
Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar
akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat
yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan
berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap
penyelesaian yang diambil.
g) Refleksi dan Tindak Balas
Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja
individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator.
Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai