Anda di halaman 1dari 2

Coupling di dalam Islam itu haram kerana tiada ikatan yang sah antara lelaki &

perempuan. Walaupun sesama Syed-Sharifah, ikatan coupling tersebut tetap tidak sah di
sisi
Islam. Elakkanlah ber-couple kerana ianya tidak digalakkan di dalam Islam, yang lebih
baik ialah nikah.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah." (Ibnu Majah)
... See More
Tujuan saya di sini bukanlah semata-mata untuk memberitahu tentang permasalahan
'couple'. Soalan tersebut menyentuh tentang 'coupling' adalah untuk tujuan psikologi.
Tujuan utama saya bertanyakan soalan tersebut untuk kajian terhadap mentaliti Syed-
Sharifah tentang kafaah. Those questions are tricky questions. Saya dapat beberapa
feedback dari Syed & Sharifah dan ini adalah penilaian saya :

1) Ada yang berkata NO dan ada di antara mereka ini tahu dan mengutamakan kafaah.
Saya memuji golongan sebegini kerana mengutamakan kufu nasab di dalam perkahwinan
sepertimana para Habaib terdahulu mengutamakannya. Ada juga yang memberitahu
perkara2 positif dan fakta tentang perkahwinan sekufu. Dan mereka ini juga bersikap
tegas dalam perkahwinan sekufu. Terima kasih.

2) Ada yang berkata MAYBE (YES/NO) dan mereka ini mengatakan tujuan utama hidup
adalah mendapat keredhaan Allah SWT & keredhaan Rasulullah saw. Jadi mereka tidak
kisah couple dgn non-Sadah ataupun Sadah kerana yang penting iman & taqwa.
Soalan saya ialah tentang 'coupling', bagaimana pula dengan couple dapat keredhaan
Allah SWT dan Rasulullah saw sedangkan perlakuan tersebut tidak sah di sisi Islam?
Mereka yang menjawab sebegini yang sebenarnya boleh dikatakan tidak mementingkan
perkahwinan yang sekufu, mereka jawab sebegitu rupa hanya untuk memberi peluang
supaya dapat kahwin dengan non-Sadah.
Jawapan mereka juga boleh dikatakan untuk membenarkan kata2 hati mereka bahawa
boleh berkahwin dengan non-Sadah dan ada di antara mereka ini menolak bulat2 Hadis &
Pendapat tentang perkahwinan sekufu. Jika mereka ingin mendapatkan keredhaan Allah
SWT & Rasulullah saw, maka mereka sepatutnya menerima pandangan Imam Mazhab
tentang kafaah nasab dalam perkahwinan. Kenapa mereka menolaknya ?
Ada yang berkata biar jodoh yang tentukan, jika begitu di mana usahanya? Itu bukan
akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sebenar jika tiada usaha dan mengharapkan
semuanya terjadi tanpa berusaha & tawakkal & berdoa.

3) Ada juga yang menjawab MAYBE(YES/NO) tetapi mereka bersyukur jika dapat
seorang Syed/Sharifah. Dan juga mereka berusaha ke arah mencari seorang
Syed/Sharifah sebagai pasangan. Maka mereka ini juga boleh dikatakan mengutamakan
perkahwinan sekufu tetapi tidak begitu tegas dalam mencari pasangan yang sekufu.
Semoga golongan sebegini berjumpa jodoh mereka yang sekufu. Insya Allah.

3) Ada yang berkata YES dan mereka ini tidak kisah couple dengan sesiapa pun
sedangkan mereka tidak tahu soalan itu merupakan tricky question. Mereka seolah-olah
menghalalkan 'coupling' di dalam Islam. Dan yang pentingnya juga mereka ini secara
terang-terangan memberitahu bahawa mereka tidak mengutamakan perkahwinan yg
sekufu.

4) Ada yang komen pada soalan tersebut tetapi tidak menjawab soalan tersebut. Mungkin
mereka tahu bahawa soalan tersebut adalah tricky question. Ataupun sememangnya
mereka tidak mengambil berat tentang perkahwinan yang sekufu maka mereka abaikan
soalan yg sebegitu. Ataupun mungkin mereka bersikap emosional dan mengambil jalan
untuk tidak menjawabnya. Ataupun mungkin mereka tidak kena-mengena dengan soalan
tersebut iaitu telahpun berkahwin.

Wallahualam
4 hours ago

Anda mungkin juga menyukai