Anda di halaman 1dari 16

Program Kecemerlangan Pendidikan Murid Orang Asli SK Lanai:

Kolaborasi antara Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan


dengan Rakan Lapangan
Aminuddin Mohamed, Mohamad Azhar Mat Ali, Phd, Mazlan Mohamad, DIMP
Abd Shatar Che Abd Rahman, Phd, Mohd Rasdi Saamah
Abd Ghafar Jaafar & Sazali Yusof
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang DM
(Telah dibentangkan di Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Kurang
Murid Orang Asli Penan pada 8-10 Ogos 2010 di IAB, Genting Highlands pada 810 Ogos 2010)
Abstrak:.

Kajian ini bertujuan untuk melihat kolaborasi Pusat Kecemerlangan Pedagogi


Peribumi Kebangsaan dengan pihak sekolah sebagai rakan lapangan untuk
memastikan ruang dan peluang dalam pendidikan bagi murid-murid orang Asli.
Kajian yang dilaksanakan dengan kaedah kualitatif ini adalah berfokuSKan
kepada sekolah guru, murid serta ibu bapa yang menyertai kelas dewasa
(KEDAP) di SK. Lanai, Kuala Lipis. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah temu
bual terhadap guru-guru, murid-murid dan para peserta serta lawatan ke
perkampungan berhampiran. Kajian ini mendapati bahawa kolaborasi yang
dilaksanakan antara Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi dengan SK.
Lanai membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pencapaian ini
disebabkan beberapa faktor antaranya kesediaan pihak sekolah serta Pusat
Kecemerlangan Pedagogi Peribumi berganding bahu secara bersama dalam
Bina Insan Guru, Praktikum, Khidmat komuniti, Kelas Fardu Ain serta kegiatan
KoKurikulum. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa permuafakatan
antara sekolah dengan institusi dapat meningkatkan kualiti latihan perguruan
dengan menempatkan guru pelatih menjalani praktikum di sekolah murid-murid
orang Asli ini seterusnya para pelajar ini akan dapat mengaplikasi kaedah
pengajaran yang ditimba di institusi di samping mempelajari bahasa dan budaya
masyarakat setempat manakala di pihak sekolah dapat dibantu dari segi
keperluan tenaga pengajar, alat bantu mengajar, bimbingan motivasi dan
sebagainya. Kajian ini memberi implikasi bahawa permuafakatan antara agensi
dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah perlu disuburkan melalui
program sekolah angkat ataupun mewujudkan tapak kajian penyelidikan
pendidikan yang melibatkan beberapa rangkaian sekolah dengan institusi perlu
diperkasakan .

2
Pendahuluan
Pendidikan merupakan pengisian tuntutan asas manusia untuk kesejahteraan
masyarakat sejagat, tetapi falsafahnya berbeza. Bagi negara kita Malaysia dengan
mengambil kira sebelum merdeka, suasana politik, sejarah, budaya memainkan
peranan dalam hala tuju membina sistem pendidikan. Namun situasi ini telah
berubah secara beransur kerana dasar dan hala tuju pendidikan telah berbeza
tekanannya. Pada awal tahun kemerdekaan, sistem pendidikan negara berfokus
kepada pembinaan negara bangsa. Namun selepas 50 tahun negara merdeka,
sistem pendidikan negara bukah sahaja berteraSKan kepada negara bangsa malah
berusaha membangunkan modal insan dengan tumpuan kepada merapatkan jurang
pencapaian pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi, kaum serta tahap
keupayaan pelajar. Keupayaan negara dalam mencapai Wawasan 2020
memerlukan pengisian pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, Kementerian Pelajaran
mempunyai amanah yang sangat besar dalam membangunkan modal insan yang
bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Dalam melaksanakan
amanah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengariSKan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan pendekatan pertama ke arah
memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa
mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang Asli dan suku minoriti lain.
Institut Pendidikan Guru Malaysia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan
hasrat murni negara. Cabaran dalam Teras ke-4, Merapatkan Jurang Pendidikan
dan Teras ke- 6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan merupakan
cabaran kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk memacu kecemerlangan
dalam memastikan Wawasan 2020 bergerak dalam arus acuannya. Usaha ke arah
meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan IPG sebagai pusat rujukan selaras
dengan Akta 550, menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru
dengan mewujudkan pusat kecemerlangan sebagai kebitaraan Institut Pendidikan
Guru dalam merencanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dan dapat
memenuhi aspirasi negara.
Atas keupayaan dan kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, maka IPG Tengku Ampuan Afzan telah diberi tanggungjawab
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Program Pembangunan
Pendidikan orang Asli dan Peribumi. Melalui Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa
yang melibatkan kerjasama dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani
Kedah (Zon Utara) serta IPG Kampus Kota Baharu, Kelantan (Zon Timur), IPG Tun
Hussein Onn (Zon Selatan), IPG Keningau (Zon Sabah), IPG Sarawak, Miri(Zon
Sarawak) ke arah Merapatkan Jurang Pendidikan antara lokasi bandar dan luar
bandar. Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa di bawah Pusat Kecemerlangan
Pedagogi Peribumi adalah wawasan pendidikan bagi membina tambak merapatkan
pencapaian prestasi pelajar serta peluang pengajaran dan pembelajaran bagi murid
kumpulan minoriti di kawasan pedalaman agar mereka mendapat keadilan dan
berperanan terhadap negara dan bangsa menjelang tahun 2020. Usaha IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat Rujukan Pendidikan Peribumi
Kebangsaan melalui Projek Rangkaian Gerbang Titiwangsa perlu digerakkan

3
secara terarah dan berterusan. Pusat Rujukan ini merupakan sebuah pusat yang
berteraSKan sepenuhnya kepada metodologi penyelidikan, kajian dan
pembangunan khusus menangani isu pendidikan di sekolah-sekolah orang Asli dan
Peribumi. Pelestarian tentang budaya dan alam sekitar turut sama diberi perhatian
dalam usaha untuk memastikan khazanah budaya akan terus terpelihara.
Kekuatan IPGM Tengku Ampuan Afzan dalam jajaran Titiwangsa dapat
memberikan dampak yang besar dalam pembangunan pendidikan masyarakat
orang Asli dan peribumi di negara kita ini. Dalam usaha mencapai kecemerlangan
ini, Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi telah memberikan keutamaan kepada
tiga fokus utama iaitu, penjanaan ilmu, transisi dan aplikasi ilmu serta pemuliharaan
dan pengekalan budaya. Melalui fokus ini, Pusat Kecemerlangan telah mewujudkan
jaringan seperti rakan senergi, rakan ilmu, rakan lapangan serta rakan
antarabangsa. Salah satu usaha yang diwujudkan ialah, mewujudkan satu
permuafakatan ilmu dengan rakan lapangan iaitu, sekolah murid-murid orang Asli
yang berhampiran. Dalam hal ini, SK. Lanai, Kuala Lipis dijadikan rakan lapangan
penyelidikan Pusat Kecemerlangan ini.
Sekolah Kebangsaan Lanai
Sebelum ini Pos Lanai lebih di kenali dengan nama Pos Dicson. Dicson
diambil sempena nama seorang pegawai tentera British yang di tugaSKan
dikawasan berkenaan. Namun demikian nama Pos Dicson akhirnya ditukarkan
kepada nama Pos Lanai. Pada zaman penjajahan tentera Jepun Pos Lanai
merupakan kubu bagi aSKar Tanah Melayu. Kubu aSKar Melayu terletak di Pos
Lanai manakala tentera Jepun berada di seberang Pos Lanai iaitu di Kampung
Perangkap. Semua penduduknya dan masyarakat setempat terdiri daripada
orang asli dari suku kaum Semai.
Sekolah ini telah dibina pada tahun 1970-an. Pada masa itu sekolah ini
diuruSKan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pada masa itu sekolah
ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan sekolah sahaja. Blok bangunan ini
telah dibina dengan kerjasama penduduk kampung. Bangunan ini hanya
berdindingkan buluh dan beratapkan rumbia. Tenaga pengajar di sekolah ini
hanya menggunakan tenaga pengajar dari kakitangan JHEOA sahaja. Seorang
kakitangan JHEOA ditempatkan di sekolah ini dan tenaga pengajar ini akan
bertukar-tukar dari semasa ke semasa. Pada ketika itu masyarakat ini telah
ketinggalan jauh jika di bandingkan dengan masyarakat yang berada di luar
sana. Namun begitu dengan kesedaran yang ada pada diri mereka untuk tidak
terus ketinggalan jauh, mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk
menambah ilmu pengetahuan dan mengurangkan jurang perbezaan diantara
mereka dan masyarakat luar.
Setelah hampir 25 tahun sekolah ini dikendalikan oleh JHEOA, pada
Disember 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih operasi
sekolah ini. Dengan pengambilalihan operasi sekolah daripada JHEOA, banyak
perubahan telah dilakukan untuk meningkatkan taraf pendidikan dikalangan

4
masyarakat orang asli ini. Pada tahun tersebut sekolah ini telah di tambah satu
lagi blok banguan untuk kemudahan dan keselesaan pengajaran dan
pembelajaran. Bangunan yang lama telah dibaik pulih.
Pada Mei 2003 Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi
baru. Sekolah ini terletak di Kampung Pantos kira-kira 2 jam perjalanan ke lokasi
asal di Kampung Lanai. Sekolah sekarang boleh dihubungi dengan
menggunakan jalan air dan darat. Tetapi jalan darat hanya boleh dimasuki
dengan menggunakan pacuan empat roda sahaja. Pada masa itu sekolah ini
mempunyai 14 orang guru dan 8 orang staf sokongan.
Pada permulaan operasi, sekolah ini hanya menyediakan sesi
persekolahan untuk pelajar tahun 1 sehingga tahun 3 sahaja. Manakala mereka
yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahun enam dan seterusnya akan di
tempatkan di sekolah-sekolah di Bandar Kuala Lipis. Namur sejak tahun 2004
sekolah telah menyediakan sesi persekolahan untuk tahun 1 sehingga tahun 6.
Sekolah pada ketika ini menggunakan bekalan elektrik daripada kuasa solar
yang di sediakan oleh kementerian manakala bekalan air hanya di perolehi
daripada sungai.
Bagi penempatan guru-guru, mereka tinggal di bangunan sekolah sahaja.
Pada tahun 1997 kerajaan negeri telah membekalkan generator untuk sekolah.
Begitu juga dengan bekalan air paip. Dengan usaha sama jabatan kesihatan
menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk kampong sekolah ini turut
mendapat manfaatnya. Bekalan air ini ditakungkan di Lata Nyuk. Sekolah
Kebangsaan Lanai turut membina sebuah asrama desa bagi kemudahan pelajarpelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah.
Pada Mei 2003 Sekolah Kebangsaan Lanai telah berpindah ke lokasi
baru. Sekolah ini terletak di Kampung Pantos kira-kira 2 jam perjalanan ke lokasi
asal di Kampung Lanai. Di lokasi baru ini suasana agak berbeza jika
dibandingkan dengan sekolah yang lama. Sekolah ini mempunyai sebuah blok
pentadbiran, dua blok sekolah dan dua blok asrama 2 tingkat.
Sekolah ini juga mempunyai satu blok dewan makan dan satu blok surau
untuk kemudahan penghuni asrama. Terdapat 4 buah rumah guru turut
disediakan untuk kemudahan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini. Terdapat
sebuah padang bola sepak. Punca bekalan elektrik adalah dari generator yang
dibekalkan. Terdapat 3 buah generator yang mana dibahagikan kepada sekolah,
asrama dan penyaman udara. Bekalan air pula didapati daripada takungan air
bukit. Sekolah ini boleh dihubungi dengan mengunakan jalan darat mahupun
menggunakan sungai. Kini, SK Lanai boleh dihubungi dengan jalan raya berturap
serta telah mempunyai kemudahan yang sama dengan sekolah lain dan bilangan
staf juga bertambah dengan bilangan guru seramai 15 orang, manakala staf
sokongan meningkat kepada 9 orang.

Namun semua warga SK. Lanai amat yakin dengan visi dan misi
kecemerlangan sekolah ini iaitu :
VISI
Memastikan semua murid dapat membaca, menulis dan mengira pada tahun
2011.
MISI
1. Mengadakan kelas yang ceria dan kondusif;
2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh;
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang cergas dan cerdas dengan mengamalkan
budaya sihat;
4. Mewujudkan suasana harmoni bagi keseimbangan jasmani, emosi,
rohani, dan intelek (JERI).
Keyakinan ini amat bermakna dengan kehadiran institusi perguruan sebagai
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi bersama bangun sederap, mara
sepakat berganding bahu untuk memastikan kejayaan SK. Lanai.
1.1 OBJEKTIF PUSAT KECEMERLANGAN

Peranan IPG Kampus Ampuan Afzan sebagai Pusat Pendidikan Guru dalam
jajaran Titiwangsa.
Menangani pendidikan murid-murid dan masyarakat orang Asli.
Penghargaan atas kesedaran rumpun masyarakat yang mempunyai hak
yang sama dalam negara.
Pendokumentasian bahasa dan budaya masyarakat melalui Muzium Budaya.
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan sekolah orang Asli.
Menjadikan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai pusat kajian
serantau yang menjurus kepada pendidikan murid orang Asli.
Sebagai hub-pendidikan yang melibatkan jaringan seranta di dalam atau di
luar negara

6
1.2 . MATLAMAT
.Matlamat Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi ini ialah;

Ensiklopedia & Ijtadik- Menyediakan pensyarah dan guru-guru yang


berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam
bidang pendidikan peribumi.

Hub-Pendidikan- Sebagai Pusat Kajian dan Pembangunan Latihan guru


dalam perkhidmatan

Jaringan seranta- Membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal


Ehwal orang Asli dalam meningkatkan jalinan kerjasama dalam pembangunan
pendidikan masyarakat orang Asli.

Galeri Budaya Masyarakat orang Asli- Pemugaran bahasa dan budaya


masyarakat agar dapat didokumentasikan sebagai satu khazanah negara.
2. Siapa Orang Asli
Masyarakat Orang Asli merupakan penduduk asal bagi sesebuah negeri atau
negara. Mengikut Perkara 3 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974:
(1) Dalam Akta ini Orang Asli ialah: (a) mana-mana orang yang bapanya
ialah anggota kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan
lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli,
dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu; (b) mana-mana
orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa
bayi oleh Orang Asli yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli,
lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli
dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah anggota suatu masyarakat
Orang Asli; atau (c) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang
perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan
syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya
mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih
lagi menjadi anggota suatu masyarakat Orang Asli.
(2) Mana-mana Orang Asli yang oleh sebab memeluk mana-mana agama
lain atau kerana apa-apa sebab lain tidak lagi berpegang kepada kepercayaan
Orang Asli tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli
atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan tidak lagi menjadi Orang
Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.
(3) Apa-apa persoalan sama ada mana-mana orang ialah Orang Asli atau
bukan Orang Asli hendaklah diputuSKan oleh Menteri.
(Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, 2006)

7
Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA),
setakat ini terdapat kira-kira 141,230 Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Negeri Pahang mempunyai penduduk Orang Asli paling ramai iaitu 50,792,
diikuti Perak, 40,856 orang dan Selangor seramai 15,210 orang. Masyarakat
Orang Asli ini terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu Senoi, Negrito dan
Melayu Proto. Di bawah Senoi, terdapat enam suku kaum iaitu Temiar, Semai,
Jahut, Che Wong (Pahang), Semoq Beri dan Mahmeri. Kebanyakan suku kaum
ini terdapat di Perak Tengah, Perak Selatan, Pahang dan Selangor. Bagi Negrito
pula, ada enam suku kaum iaitu Kensiu, Kintaq, Jahai, Mendriq, Bateq dan
Lanoh. Suku kaum-suku kaum ini terdapat di bahagian utara Semenanjung iaitu
di Kedah, Perak Utara, Kelantan (Gua Musang) dan Ulu Terengganu.

Kumpulan Melayu Proto pula mempunyai enam suku kaum iaitu Temuan,
Jakun, Semelai, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Kanaq. Ramai daripada
mereka ini tinggal di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selatan Pahang dan
sebahagian Selangor. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Malaysia (JHEOA), Mohd Sani Mistam, taburan penduduk Orang Asli ini semakin
berubah mengikut peredaran masa. Data kategori kampung Orang Asli
menunjukkan sebanyak 323 (36.9 peratus) kampung terletak di kawasan
pedalaman, 547 (62.4 peratus) di kawasan pinggir dan 6 kampung (0.7 peratus)
di bandar (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, 2009).

2.1. Pendidikan Orang Asli


Mengikut Perkara 17 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974:
Orang Asli tidak boleh dilarang masuk ke mana-mana sekolah
(1) Tiada kanak-kanak Orang Asli boleh dihalang daripada pergi ke mana-mana
sekolah semata-mata oleh sebab dia Orang Asli.
Manakala mengikut Perkara 19 (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan
bagi melaksanakan maksud Akta ini dan khususnya bagi yang berikut:
(j) mengadakan peruntukan bagi penubuhan sekolah di dalam kawasan Orang
Asli, rizab Orang Asli dan tempat yang diduduki oleh Orang Asli dan menetapkan
kurikulum sekolah itu dan kelayakan bagi guru di sekolah itu;
(Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, 2006)

8
Menurut Zainal Abidin Borhan (1984) pelaksanaan pendidikan di kalangan
masyarakat Orang Asli dilaksanakan setelah penubuhan Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1953. Hal ini berlaku kerana penempatan
masyarakat ini yang jauh di pedalaman. Mereka lebih mementingkan
kesenambungan dalam hidup. Kitaran hidup mereka lebih hanya kepada
kemahiran memburu, menangkap ikan, mengumpul hasil hutan seperti rotan,
kayu gaharu, damar, madu dan sebagainya menyebabkan pelajaran formal tidak
penting bagi mereka kerana sistem persekolahan tidak melatih mereka untuk
hidup dalam hutan yang tebal.
Walau bagaimanapun, dasar JHEOA melalui pendidikan tetap memberi
keutamaan kepada matlamat memberi pendidikan yang membolehkan
masyarakat Orang Asli dapat membaca, menulis dan mengira. Sekolah-sekolah
diadakan di pos-pos kawalan pertahanan anggota keselamatan di kawasan
pedalaman. Pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ditempatkan di asrama.
Tujuan utama untuk mengatasi masalah ibu bapa yang tinggal di kawasan
pedalaman serta mengelakkan para pelajar daripada terus tercicir. Tenaga
pengajar terdiri daripada kalangan pegawai luar atau pembantu luar yang
ditempatkan di perkampungan Orang Asli.
Pada tahun 1996, JHEOA telah memindahkan tanggungjawab untuk
memajukan pendidikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan sukatan
pelajaran yang sama dengan sekolah aliran perdana. Di bawah Kementerian
Pelajaran, dasar pendidikan bagi masyarakat Orang Asli menyerupai Dasar
Pendidikan Negara. Matlamat pendidikan masyarakat Orang Asli bukan sahaja
untuk mempertingkatkan pencapaian dan kemajuan Orang Asli dalam
pendidikan, tetapi fokus yang lebih besar ialah bagi memastikan peningkatan
sosial dalam pembasmian kemiSKinan dan pembangunan masyarakat Orang
Asli agar setanding dengan masyarakat lain di Malaysia.
Bagi melaksanakan hasrat pendidikan masyarakat Orang Asli, selepas
tahun 1980-an guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah Orang Asli telah
diberi peluang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) bagi melengkapkan
diri mereka dengan pedagogi pengajaran yang berkesan. Dalam melaksanakan
perubahan pendidikan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan
pengambilan guru daripada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri dengan
harapan dapat meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli setelah
tamat latihan perguruan dengan berkhidmat di kampung halaman mereka
sendiri. Pihak Kementerian Pelajaran juga menyediakan pendidikan tidak formal
kepada anak-anak masyarakat Orang Asli, manakala KEMAS dan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar pula telah menubuhkan kelas bimbingan kanakkanak di kawasan pedalaman.

9
2.2

Kolaborasi melalui penjanaan ilmu serta transisi dan aplikasi ilmu.

Usaha Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan


mewujudkan tapak kajian penyelidikan iaitu Projek Penyelidikan yang dikenali
Lanai, Betau, Koyan (LBK) memberi penekanan kepada penyelidikan,
pembangunan dan inovasi pendidikan.
Dengan mewujudkan ekosistem
penyelidikan dan inovasi dari dalam dan luar negara, Pusat Kecemerlangan ini
melaksanakan pelan tindakan melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan strategi
melalui program praktikum guru pelatih. Dalam hal ini juga, khidmat komuniti
dengan memberi tumpuan kepada program Bina Insan Guru, Kelas Fardu Ain,
khidmat bantu dalam Kelas Dewasa membolehkan institusi dan pihak sekolah
berganding bahu dalam meningkatkan kredibiliti dan kredential pensyarah, guru
pelatih melalui ekosistem penyelidikan dan latihan manakala di pihak sekolah
pula akan dapat dibantu dari segi kadar keciciran, ketidak hadiran ke sekolah,
ransangan serta motivasi kepada murid-murid kerana mereka diberi perhatian
untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan.
Melalui transisi dan
aplikasi ilmu, pembangunan kurikulum yang melibatkan murid-murid orang Asli
akan dipelbagaikan dan disesuaikan mengikut kaedah, teknik yang sesuai
secara kontekstual iaitu, melibatkan pendidikan alam sekeliling.
Melalui
kolaborasi ini, pihak PKPP telah melaksanakan beberapa program
pembangunan kecemerlangan di SK. Lanai.
3. Program Kecemerlangan Pendidikan yang dijalankan oleh Pusat
Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan (PKPPK) di Sekolah
Kebangsaan Lanai.
3.1 Program KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain)
Ekoran kekurangan guru agama dan tiada Guru J-QAF di sekolah ini
pihak PKPP telah mengambil inisiatif untuk membantu sekolah ini
menjalankan kelas KAFA. Program ini dijalankan secara khusus untuk
membantu murid-murid sekolah ini memahami hal-hal fardhu ain dan alQuran secara teori dan praktikal. Kelas KAFA ini telah dijalankan mulai
30 Jun 2010 hingga 24 Nov 2010. Kelas ini dijalankan sekali seminggu
iaitu pada setiap Hari Rabu jam 3.00 hingga 4 petang oleh para pelajar
jurusan Pengajian Agama Islam. Kelas KAFA pada hari lain djalankan
oleh guru agama sekolah ini. Kelas ini disasarkan kepada murid-murid
yang beragama Islam dari Darjah 1 hingga Darjah 6, seramai 70 orang.
Murid ini dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil untuk memudahkan
proses P & P secara lisan, praktikal, demostrasi serta memberikan
lembaran kerja. Antara topik yang dititikberatkan ialah,asas Fardhu Ain
(Wudhuk, Puasa, Solat, Akhlak dan Adab Harian) dan bacaan Quran
(Iqra).
Tujuan utama program ini ialah;

10
-

Memberi pendedahan ilmu-ilmu asas fardhu ain kepada murid-murid


orang asli yang beragama Islam
Membiasakan guru-guru pelatih tentang aspek P & P murid-murid
orang asli di luar bandar
Membantu pihak sekolah mengatasi masalah buta Al-Quran dan
perkara asas fardhu ain di kalangan murid Islam Orang Asli di sekolah
ini.

3.2 Aktiviti Kemasyarakatan/Ko-Kurikulum


Kursus First Aider In Every Home pada Ibubapa pelajar cemas seperti
CPR, Heimlichs maneuver, balutan dan bebatan dan rawatan biasa.
Tujuannya adalah untuk mendidik ibubapa supaya bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kepada ahli keluarga mereka
di rumah. Dengan pengetahuan dan kemahiran ini ibubapa telah bersedia
menghulurkan bantuan yang sesuai dengan kemungkinan yang boleh
berlaku. Kursus ini diadakan untuk melatih ibubapa dengan kemahiran
pertolongan . Tempoh masa yang diambil ialah dari jam 9.00 pagi
sehingga jam 1.15 petang (4 jam 15 min). Peserta kursus terdiri daripada
kaum Ibu dan kaum Bapa pelajar SK Lanai. Kehadiran peserta ialah 26
orang terdiri daripada 19 orang Lelaki dan 7 orang perempuan.
Kursus ini bertujuan untuk;
-

Menunjukkan kemahiran balutan dan bebatan yang betul dalam


jenis-jenis kecederaan yang ada.

Menunjukkan kemahiran melakukan CPR yang teratur dan betul.

Menunjukkan kemahiran melakukan Heimlichs maneuver dan


Abdomen Thrust pada mangsa tercekik.

Memberitahu kaedah rawatan yang sesuai terhadap satu-satu


penyakit atau kecederaan.

3.3 Latihan Praktikum


Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam
program pendidikan guru oleh Institut Pendidikan Guru malaysia.
Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi
sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini
memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan
pemantauan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui
perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM seperti
PPD, JPN, Pusat Kegiatan guru dan lain-lain. Untuk tujuan ini pihak

11
IPGKTAA telah memilih SK Lanai sebagai salah sebuah sekolah untuk
penempatan pelatih bagi latihan praktikum. Pemilihan ini bagi memberi
ruang kepada pelatih untuk terdedah kepada ciri-ciri sekolah luar bandar
dan bagi mendedahkan aspek kaedah dan strategi P & P yang baru
kepada guru-guru sekolah ini. Latihan praktikum ini diadakan selama 8
minggu iaitu bermula 28 Jun 2010 hingga 20 Ogos 2010.
Jumlah pelatih IPGKTAA yang dihantar ke sekolah ini untuk
menjalani latihan praktikum ialah seramai 4 orang. Dua orang
daripadanya dalam opsyen Pra-sekolah manakala 2 orang lagi dalam
opsyen Pendidikan Seni Visual. Pelatih yang menjalani latihan praktikum
ini perlu menjalankan proses P & P sepertimana jadual yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Bilangan waktu mengajar pelatih ialah
antara 8 hingga 12 waktu seminggu. Bagi pelajar major pra sekolah pula,
dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu.
Guru pelatih ini akan diberi tunjuk ajar oleh pihak Guru Pembimbing dan
Pensyarah Pembimbing serta dipantau oleh Guru Besar sekolah ini. Guru
Pelatih ini juga sangat digalakkan untuk membuat kerja-kerja khidmat
masyarakat, mencadang, merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum, membuat kelas tambahan atau kelas pemulihan yang di luar
jadual waktu persekolahan.
Pelatih ini akan dilatih dan didedahkan dalam aspek P & P di bilik
darjah, ko-kurikulum, khidmat masyarakat, program sekolah dan lain-lain
yang berkaitan. Sesuai dengan fokus transisi dan aplikasi ilmu maka
objektif utama praktikum ialah:
-

menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran


mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pembelajaran
menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
ko-kurikulum

3.4 Bina Insan Guru (BIG)


Program BIG berasaSKan kepada tiga tema utama iaitu Konsep dan ciriciri dalam pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru dan
Peranan dan tanggungjawab insan guru. SK Lanai dipilih untuk program
ini bagi tahun 2010 untuk mendedahkan guru pelatih kepada suasana di
luar bandar yang hampir keseluruhan muridnya terdiri daripada anak
orang asli. Melalui program Bina Insan Guru yang melibatkan para pelajar
PISMP semester 3 telah dijalankan selama 2 hari. Pada hari pertama,
diadakan program ceramah dan bengkel berkaitan tajuk etika sosial dan
protokol. Pada hari kedua pula, dijalankan aktiviti khidmat masyarakat di

12
SK Lanai. Dua aktiviti utama iaitu program bengkel dan ceramah (Etika
Sosial dan Protokol) dan Aktiviti Khidmat Masyarakat selama sehari .
BIG bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan
khidmat masyarakat. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang,
mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah
etiket sosial dan protokol, pengucapan awam, kesantunan berbahasa,
kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian
majlis rasmi dan etika berpakaian.
3.5. Program Kelas Dewasa Bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan Peribumi
Program KEDAP ini dijalankan bagi mengatasi masalah buta huruf di
kalangan masayrakat Orang Asli dan Peribumi. Apabila masalah ini dapat
diatasi diharapkan ibubapa murid orang asli ini akan cuba untuk
membantu anak-anaknya di rumah untuk pengajaran membaca dan
menulis. Kelas dijalankan pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang
setiap hari Isnin hingga Khamis selama 70 hari atau 140 jam bermula 12
Julai 2010. P&P dijalankan secara lisan, Latihan Praktikal, Demonstrasi
dan Lembaran Kerja yang melibatkan tiga teras utama iaitu, Tambat,
Teroka dan Taksir.
Dalam fokus penjanaan ilmu yang memberi
keutamaan kepada perkembangan kurikulum maka kelas dewasa ini
mempunyai tujuan utama iaitu,
-

4.

Membasmi buta huruf di kalangan masyarakat orang asli


Penguasaan kemahiran asas 3M
Menggalakkan anak-anak ke sekolah
Membantu anak-anak di dalam bidang pelajaran di rumah
MeneruSKan usaha kerajaan membasmi kemiSKinan tegar menerusi
agenda pendidikan
Implikasi Kecemerlangan

Usaha yang telah dijalankan oleh Pusat Kecemerlangan Pedagogi


Peribumi ini merupakan lonjakan pendidikan dalam membantu muridmurid orang Asli dan Peribumi. Usaha yang dilaksanakan dapat dilihat
dalam pelbagai sudut:
4.1. Program KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) sebagai fokus
penjanaan ilmu dapat memberikan pengalaman kepada guru pelatih
untuk;
- mempraktikan amalan fardu ain secara praktikal.
- membantu murid dan sekolah dalam mengurangkan kadar buta huruf AlQuran.

13
- membantu murid-murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
bagi murid-murid orang Asli.
Murid di SK. Lanai.
- murid didedahkan dengan kem ibadah dan ditunjukkan cara
melaksankan solat dan mengambil wuduk.
- murid terhibur
- berdisiplin
- boleh membaca mukaddam dengan betul
4.2. Program khidmat masyarakat dengan mengadakan kursus yang
melibatkan penerangan dan demostrasi penggunaan bahan bantu dengan
betul. Melalui program yang dijalankan para peserta program telah
didiedahkan dengan pengunaan :First Aid dan panduan kecemasan
secara teratur.
4.3. Latihan praktikum
Murid/pihak sekolah.
- murid-murid didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah
pengajaran.
- membantu pihak sekolah dalam kegiatan kokurkulum.
4.4. Bina Insan Guru.
Murid/pihak sekolah
- murid-murid dilibatkan secara aktif dalam kegiatan atau aktiviti yang
dijalankan.
- murid-murid didedahkan dengan kemahiran interpersonal.
- murid-murid dilibatkan dengan pelbagai aktiviti.
- masyarakat di Kampung berhampiran memberikan kerjasama yang
terbaik.
4.5. Khidmat sosial
Ibu bapa/sekolah

14
- Ibu bapa mempunyai kesedaran dan semangat yang tinggi dalam kelas.
- Mempunyai keyakinan dan berani mencuba menjawab soalan yang
diberikan.
Pihak IPG sentiasa memberi khidmat bantu dalam memberi pendapat,
bimbingan dalam mengendalikan kelas dewasa secara andragogi.
RUMUSAN
Walaupun kecemerlangan tidak dapat diperoleh dalam masa yang
singkat, namun pihak Pusat Kecemerlangan Peribumi amat yakin melalui
usaha yang dijalankan dengan rakan lapangan dalam pelbagai kegiatan
secara berterusan seperti Program KEDAP ini didapati telah ada ibubapa
yang telah mula celik huruf dan malah mencadangkan program ini
diteruSKan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dari sudut ekonomi
pula, ibubapa murid orang asli ini telah mula celik matemati terutama
dalam aspek jual beli dan kiraan matematik asas. Dengan cara ini mereka
sudah boleh membantu aspek pembelajaran anak-anak mereka ketika di
rumah. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika Program KEDAP ini tidak
dijalankan. Begitu juga dengan program BIG ini memberi pendedahan
kepada pelatih IPGKTAA berkenaan bina insan sebagai seorang guru.
Aktiviti kejayaan khidmat masyarakat pula ialah menjalin hubungan yang
mesra antara pelatih dengan guru serta masyarakat orang asli di SK Lanai
yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Manakala
Latihah praktikum di sekolah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada
pelatih IPGKTAA tetapi juga kepada guru, murid dan kakitangan sekolah
ini. Dalam masa menjalani praktikum di sekolah ini, guru pelatih di dapati
lebih yakin dengan suasana sekolah luar bandar yang muridnya terdiri
dari kaum orang asli. Dengan adanya guru pelatih, dengan tidak secara
langsung para guru di sekolah ini juga sentiasa terdedah dengan kaedah,
strategi serta Alat Bantu Mengajar yang pelbagai. Murid-murid pula
sentiasa ternanti-nanti akan kehadiran guru pelatih ke kelas mereka
kerana mereka merasu teruja dengan kaedah pengajaran guru-guru
pelatih ini. Hal yang sama juga berlaku ketika sesi Ko-kurikulum dan
program-program lain di sekolah ini. Penglibatan Pusat Kecemerlangan
dalam program kelas KAFA ini, terdapat perubahan yang besar dari aspek
ilmu fardhu ain di kalangan murid orang asli di sekolah ini. Murid-murid
berkenaan didapati sudah mampu untuk mengambil wudhuk sendiri, solat
berjamaah, membaca huruf asas Al-Quran dan membaca doa-doa
pendek ( doa memulakan pembelajaran, doa makan dll). Pihak sekolah
didapati sangat berpuas-hati dengan bantuan yang diberikan oleh pihak
PKPP ini. Usaha untuk mencapai kecemerlangan ini akan diteruSKan
oleh pihak Pusat Kecemerlangan secara koloboratif dalam memberi
kebaikan secara menang-menang dalam membangunkan kejayaan
pendidikan di sekolah orang Asli.

15
RUJUKAN
Ab. Rahman Mahmud & Mohd. Kamal Mohd. Ali, Dr. 2009. Penggunaan kosa
kata peribumi bagi meningkatkan ingatan pelajar sekolah Orang Asli
dalam pengajaran pembelajaran abjad dan suku kata mudah. Kertas
kerja Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebitaraan
Bahasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. IPGM Kampus Gaya,
Kota Kinabalu, Sabah. 20-22 Oktober.
Bahagian Pendidikan Guru KPM (2009), Garis Panduan Amalan Profesional
Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral KPM (2007), Kursus
Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR
Bahagian Pendidikan Guru KPM (2010),
Pembelajaran Sekolah Pedalaman

Modul

Pengajaran

dan

Bahagian Pendidikan Guru KPM (2007), Pro Forma Kursus WAJ 3114 Bina
Insan Guru Fasa 3
Carey, ISKandar. 1976. Orang Asli: The aboriginal tribes of peninsular
Malaysia. Kuala Lumpur & New York: Oxford University Press.
Fatimah Md. Deni, Dato. 2008. Merapatkan jurang pendidikan. Kertas Kerja
Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, Institut Aminuddin Baki, 2427 November 2008.
Gregore, A. F. & Ward, H. B. 1977. Implications for learning and teaching: A
new definition for individual, NASSP Bulletin, Vol. 61: 22-26.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA). 2009. Masyarakat Orang
Asli (atas talian) http://jheoa.gov.my. (28 Oktober 2009)
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Kurikulum Kelas Dewasa Bagi Ibu
Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mazlan Mohamad , Mohamad Azhar Mat Ali, Aminuddin Mohamed (2009).
Rancangan Lima Tahun (2010-2015) Pusat Kecemerlangan Pedagogi
Peribumi. Pahang: IPG Tengku Ampuan Afzan.
Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. 2009. Perutusan Menteri Pelajaran
sempena Minggu Pendidikan Untuk Semua 20-26 April 2009. (atas
talian) http://www.moe.gov.my/?id=25&aid=247 (27 Oktober 2009)

16
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. 2006. Undang-Undang Malaysia:
Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974 (atas talian)
http://poasm.org/doc/Akta%20134.pdf (28 Oktober 2009)
Shahril @ Charil Hj. Marzuki. 2004. Amalan pengajaran guru yang berkesan:
Kajian di beberapa sekolah menengah di Malaysia. (atas talian)
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/shahrilU
M.pdf (29 Oktober 2009)
Slavin, R. 1994. A theory of school and classroom organisation. Dalam R.
Slavin (Ed.) School and Classroom Organisation, NJ: Erlbaun.
Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2008. Panduan SKim Insentif
Pelaksanaan Kelas Orang Asli dan Penan (KEDAP). Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Tomlinson, H. 2004. Educational leadership - personal growth for professional
development. Dlm. Kamaruzaman Moidunny, Norasmah Othman, Dr.
& Siti Rahayah Ariffin, Prof. Datin Dr. 2009. Program kelayakan
profesional kepengetuaan kebangsaan (NPQH): Sejauhmanakah
keberkesanannya? Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan Kali Ke-16 Tahun 2009.
Zainal Abidin Borhan. 1984. Perkembangan pelajaran di kalangan Orang Asli.
Rampaian Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai