Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

MODEL TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING APPROACH (1986)-TGFU


Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika
Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn
jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran
permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun
meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan
Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja
mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada
kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan
seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.
Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak
haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu
diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.
Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika
mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.
Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya
ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah
ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih
sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua
aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai
permainan yang diubahsuai secara berperingkat.
Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya
yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana
pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu
permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk
permainan tersebut.

Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang telah
direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan
kemahiran asas (theoritical base) dan peringkat jangka masa singkat ( temporal
sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permaianan tersebut
dikuasai dengan lebih baik dan mantap.

MATLAMAT TGFU
Matlamat

utama

Tgfu

adalah

untuk

memperkembangkan

kemahiran

seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Menurut


falsafah Tgfu,pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk
menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat
keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan.

KATEGORI PERMAINAN MODEL TGFU


Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini.
Antaranya ialah:
1. Sasaran (Target)
Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat
mata.Murid berusaha untuk menempatkan objek agar tidak melepasi sasaran yang
hendak di tuju.Contoh: bowling, memanah, golf dan lain-lain
2. Striking / Fielding
Perlawanan yang melibatkan dua pihak, pasukan menyerang (striking) dan pasukan
bertahan (fielding). Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya
selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.Contoh: baseball ,
softball, cricket

3. Net / Wall
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata melalui
menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak
dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang . Contoh: badminton, squash, ping
pong.
4. Invasion / Serangan
Permainan berpasukan, ia dimainkan dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke
dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata. Contoh: bola sepak, bola
keranjang, bola baling.

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN


i.

Setiap pemainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan
yang mirip atau seiras

ii.

TGFU bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam


pelbagai permainan.

iii.

Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu ketegori,pelajar akan


memperolehi pengetahuan asas atas peraturan,kemahiran dan taktik dalam
ketegori tersebut.

iv.

Oleh itu,pelajar akan mampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori lain
dalam kategori yang sama.
Contoh :
Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main
bola baling.

PERMAINAN KECIL BERASASKAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING


(TGFU)
PENDAHULUAN
Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana
ianya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan mental
malahan kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah. Namun
bagaimana pula dengan gerak kerja pendidikan jasmani di sekolah rendah yang
kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun?
Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu
yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan mereka
juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan
mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali
dunia.
Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak
melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan
tubuh badan dan otak selain ianya juga menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini
melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang
sederhana sahaja.
Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu Teaching
Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai
oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an.
Perkembangan penggunaan asas TGFU ini semakin berkembang hingga ke hari ini
setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam aplikasi TGFU.
Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak ialah permainan
kecil. Namun, permainan tersebut hendaklah berasaskan Teaching Games For

Understanding yang mana ianya boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan


fizikal dan mental kanak.

PENGENALAN
DEFINISI PERMAINAN KECIL
Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya
merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana
program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas
motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran
khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.
Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggal akan bersendirian
dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut.
Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan
berkelompok.

PERMAINAN KECIL KATEGORI SASARAN


1. NAMA PERMAINAN : GELECEK DAN SAMBUT
2. MATLAMAT
Permainan yang mempunyai peranan dalam PJ, bagi murid-murid sekolah
rendah .Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan hiburan , tetapi
permainan ini dapat memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap
perkembangan kognItif ,psikomotor dan kesan sosialnya.Permainan kanak-kanak
semasa P.J disekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan di awasi oleh guru,
sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid
dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diinginkan.Kepantasan daya
tenaga , kekuatan,ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa

contoh sifat jasmani yang diperlukan.Ini dapat membantu murid dalam mengenal
pasti bakat kebolehan murid tersebut.
Guru mudah menbuat pengurusan dan mengelolakannya
Murid yang aktif akan dapat kemahiran asas permainan dalam
ativiti di persekitaran mereka, dan murid-melalui penglibatan secara terus untuk dalam
pembentukan persionaliti melalui boleh mengikut, ada inisaitif dan kesedaran tentang
keselamatan persekitaran,meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek perkembangan
fizikal serta meningkatkan keyakinan diri,
mereka, warna berat, tekstur dan jenis,tempat atau satu cara melepaskan atau- gembira,
marah, geram,mengembangkan kobolehan kreatif sema ada masalah dengan
berkomunikasi dan berinteraksi

3. OBJEKTIF :
i.

Mengasah

minda

murid

merancang

strategi

serta

berfikir

secara

bersama/sepakat.
ii.

Supaya murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan begi mempertahankan


pihak masing-masing

iii.

Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan


mengikut kemampuan diri mereka

iv.

Membentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid

v.

Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid

vi.

Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor.

CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL


i.

Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.

ii.

Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.

iii.

Sedikit atau tiada alat yang digunakan.

iv.

Tidak menggunakan masa yang panjang.

v.

Ruang permainan yang sederhana atau kecil.

vi.

Perjalanan permainan data diubahsuai.

vii.

Senang untuk dijalankan.

Tarikh

: 30 September 2012

Jangka masa

: 20 minit

Tempat

: M-Square

Kumpulan Sasaran

: Murid prasekolah ( 5-6 tahun )

Bilangan peserta

: 12 orang ( 6 orang sepasukan )

PROSUDER PELAKSANAAN PERMAINAN


A. CARA DAN PERATURAN PERMAINAN
1. Permainan di bahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan kuning dan hijau.
2. Ketua kumpulan akan membuat undian penentu bagi memulakan permainan iaitu
dengan mencabut lidi yang dipegang ,Ketua kumpulan yang mendapat lidi yang
paling panjang akan diberi keistimewaan untuk memilih rumah dan memulakan
permainan.
3. Pemain akan menyepak atau mengelecek bola dengan tidak boleh melepasi aras
lutut serta hendaklah meletakkan tangan ke belakang.
4. Bola yang terkeluar daripada gelanggang akan diambil oleh pasukan lawan.
5. Untuk jaringan gol, pemain mesti berdiri di luar kawasan yang ditandai oleh
`masking tape.
6. Pemain dingatkan untuk menjaringkan dengan cara membaling bola kepada
rakan yang berada di dalam gelung rotan(rumah).

7. Pihak lawan tidak boleh menghalang pemain semasa melakukan balingan kepada
rakan di dalam gelung rotan
8. Rakan di dalam gelung rotan akan menyambut bola yang dihantar kepadanya
dengan menggunakan bakul.
9. Sekiranya bola berjaya disambut, permainan diteruskan dengan pasukan lawan
memulakan sepakan di kawasan tengah gelanggang.
B. CARA PEMARKAHAN
1. Kiraan mata : Satu mata diberikan untuk setiap bola yang berjaya disambut.
2. Pemenang : Kumpulan pemain yang dapat menangkap bola paling banyak.
C. PETUNJUK

Ketua kumpulan kuning

Ketua kumpulan hijau

Pemain kumpulan kuning

Pemain kumpulan hijau

Bakul sampah

Bola

Tempat balingan

Gelung rotan

D. LAKARAN GAMBAR RAJAH PERMAINAN

Pasukan Hijau Memulakan Permainan Dan Mengatur Serangan

10

11

Pasukan Kuning Juga Menghalang Kemaraan Pasukan Hijau

12

Berjaya Disambut. Satu Mata Untuk Pasukan Hijau

E. PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN


Jawatankuasa Kerja
1. Angela Monica Anak Linggi
2. Animsalha Binti Abu Nasir
3. Siti monirah Binti Hassan
Senarai Nama Peserta
NAMA
Rumah Hijau
1.
4.
5.

KEDATANGAN

1. Zuraini
2. Farahdilla
3. Chang Wai Teng
4. Dina
5. Salina

13

6.

6. Norhasra
Pasukan Rumah Kuning
1. Nor Azelin
2. Norhayati
3. Normah
4. Saliza
5. Zaiti
6. Rosmaliza

F. SENARAI SEMAK SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS PERMAINAN

Sebelum Pelaksanaan Permainan


BIL
1.

PERKARA
Aktiviti memanaskan badan dijalankan
bagi mengelak kecederaan iaitu dilakukan

2.

dalam masa 6-7 min


Peralatan yang di perlukan adalah

3.

skital,bola,gelung rotan,masking tape,


Semua pemain hendaklah memakai

4.

pakaian sukan yang sesuai.


Aspek keselamatan adalah seperti aspek
persekitaran semasa bermain,aspek

5.

pemakaian dan aspek peralatan


Tempat permainan di gelanggang M

6.

Square
Aspek keselamatan mestilah dipantau

7.

setiap masa
Bilangan pemain yang terlibat seramai 12

14

YA

TIDAK

CATATAN

8.

orang
Pengelola adalah seramai 3 orang guru

9.

Kemahiran yang hendak disampaikan


ialah mensasar,membaling,mengelecek

10.

dan menendang
Objektif permainan tercapai sekiranya
murid dapat mengaplikasikan semua
kemahiran.

Alatan
bola
Gelung rotan
Masking tape
Gelanggang

Jumlah
1
2
1
1

Ada / tidak
ada
ada
ada
ada

Semasa Permainan
BIL

PERKARA

YA

1.

Prosedur semasa permainan dijalankan

2.

Dimulakan peraturan permainan kepada


semua pemain

3.

Pemain berada dalam kumpulan yang terdiri


dari 6 pemain(sekumpulan)

4.

Pengelola pemain dipanggil untuk


mengambil tempat untuk menjaga kawasan
dalam permainan

5.

Seorang pengelola permainan menjadi


pemerhati semasa permainan dijalankan

6.

Undian dijalankan,pemain memulakan

15

TIDAK

CATATAN

permainan.
7.

Pemain perlu mengelecek atau menendang


bola kearah rumah untuk mensasarkan
gol,pihak lawan akan menghalang

8.

Pemain dipantau supaya berdisiplin dengan


mengikut peraturan bermain iaitu
meletakkan tangan di belekang.

9.

Permainan semakin rancak dengan


kecepatan penyerang dan pengawal untuk
mengelecek bola.

10.

Permainan ini diteruskan sehingga


kumpulan Berjaya mendapat mata yang
tertinggi.

Selepas Pelaksanaan Permainan


BIL
1.

PERKARA

YA

Senarai alatan hendaklah diperiksa


supaya semua cukup

2.

Kesihatan pemain perlu di pastikan


sebelum dan selepas permainan

3.

Pastikan bilangan pemain cukup

4.

Peralatan dikembalikan ke tempat asal

5.

Murid dapat menguasai kemahiran


mensasar,mengelecek dan menendang

6.

Objektif dan matlamat permainan tercapai

16

TIDAK

CATATAN

Skor
Bil

Pasukan hijau

Pasukan kuning

Jumlah
Senarai alatan : bola sepak , `masking tape, 2 gelung rotan

RUMUSAN
Kesimpulannya melalui permainan kecil guru dapat menyediakan peluang
kepada murid untuk mengasah minda disamping merancang strategi serta
berfikir

secara

bersama/sepakat.

Semasa

permainan,

murid

sentiasa

bekerjasama dalam pasukan bagi mempertahankan pihak masing-masing. Ini


membantu mereka berjuang dengan penuh semangat kesukanan.. Murid juga
dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri mereka serta embentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid.
Sebagai guru kita harus merancang dan menyediakan peluang yang baik
untuk murid bermain disamping membantu dalam perkembangan yang
menyeluruh. Badan yang sihat membantu minda yang cerdas.

17

BIBLIOGRAFI
http://www.scribd.com/doc/38103815/Model-Bunker-amp-Thorpe
http://pepohonhijauku.blogspot.com/2012/04/teaching-games-for-understanding.html
http://hanasyakira90.blogspot.com/2010/05/tgfu.html
http://2.bp.blogspot.com/-e5dcpom14g/Tsh0CujJZ3I/AAAAAAAALdo/32TmswF3zPA/s1600/1.jpg

RUMUSAN

18

19

Anda mungkin juga menyukai