Anda di halaman 1dari 4

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti
alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar
iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan
secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan
kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi
pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini,
pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah


dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam
sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri
mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu,
mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu
adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa
makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang
pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan
menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk
organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang

melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada


kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila
membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang
itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat
penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini
berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab
dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar
yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah


pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak
swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka
seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan
timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada
kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari
pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin
disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan
pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi
tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projekprojek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama
pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau
laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti
air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal,


lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang
kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara
dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan
asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika
peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang
maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin
bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang
ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam
yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan
sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi
yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan
bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca
berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain


penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara
terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua
di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat
dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi
akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh
sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna
disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu
bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin
panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta
sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak


kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran
alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata
dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak
dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari
setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi,
hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspekaspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang
semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti


ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran
air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan
dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang
semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan
flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat
serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai