Anda di halaman 1dari 76

U

D
AN

A
NG

2 ...

Wacana Alu-aluan
Menteri Pengajian Tinggi

3 ...

Prawacana
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi

5 ...... 1. PENGURUSAN PEMANDU


15 .... 2. PENGURUSAN KENDERAAN
25 .... 3. PENGURUSAN PERJALANAN
33 .... 4. PENGURUSAN DOKUMEN
45 .... 5. MANUAL KECEMASAN
59 .... 6. PEMANDUAN BERHEMAH DAN DEFENSIVE
67 ... Jawatankuasa Penggubal
71 ... Penyumbang Bibliografi

panduan pengangkutan.indd 1

7/12/11 11:35:46 AM

Wacana Alu-aluan
M e n t e r i Pe n g a j i a n Ti n g g i
Malaysia

Assalamualaikum, salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) dan Jawatankuasa Penggubal Buku Panduan Tatacara
Pengurusan Pemandu Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah
berjaya menghasilkan penerbitan buku ini.
Buku ini amat penting dan sebagai manual operasi yang seragam dan selaras untuk
digunakan oleh semua warga KPT. Memandangkan kandungannya yang komprehensif
meliputi pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan perjalanan, pengurusan
dokumen dan manual kecemasan pastinya buku ini amat berguna sebagai rujukan pihak
pengurusan pengangkutan dan pemandu KPT.
Buku panduan ini harus dilaksanakan dibawah naungan jawatankuasa keselamatan KPT
supaya keberkesanannya dapat dipantau seterusnya membuat penambahbaikan yang
berterusan.
Buku Panduan Tatacara Pengurusan Pemandu KPT ini, sekiranya dibudayakan oleh pihak
pengurusan pengangkutan dan pemandu pastinya akan dapat menjamin keselamatan
penumpang dan seterusnya memberikan perkhidmatan pengangkutan yang selesa, selamat
dan bertaraf dunia.

MOHAMED KHALID BIN NORDIN


Menteri Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

panduan pengangkutan.indd 2

7/12/11 11:35:48 AM

Prawacana

Ketua Setiausaha
K e m e n t e r i a n Pe n g a j i a n Ti n g g i
Assalamualaikum, salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

ertama sekali marilah kita sama-sama memanjat rasa syukur


yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia serta izin Nya Buku Panduan Tatacara Pengurusan Pemandu
Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat diterbitkan.
Keselamatan adalah merupakan salah satu aspek penting yang perlu
diberi perhatian dalam pengurusan pengangkutan organisasi awam. Oleh yang demikian
adalah menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan keselamatan
pegawai dan pemandu kenderaan pengangkutan terjamin pada setiap masa melalui amalan
pengurusan pengangkutan yang mantap serta sistematik.
Dalam hubungan ini, penerbitan buku panduan Tatacara Pengurusan Pemandu Kementerian
Pengajian Tinggi adalah tepat pada masanya khususnya untuk dijadikan rujukan dan
panduan kepada setiap pemandu kementerian, jabatan dan agensi Kementerian Pengajian
Tinggi. Melalui kandungan yang komprehensif merangkumi aspek pengurusan perjalanan,
pengurusan dokumen dan manual kecemasan, saya yakin ianya akan dapat mempertingkatkan
tahap pengurusan pengangkutan dan kecekapan pemanduan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku panduan ini. Semoga
penerbitan buku panduan ini mampu memberikan manfaat dan mencapai objektif yang telah
dihasratkan.
Sekian,terima kasih.

(DATUK AB.RAHIM BIN MD.NOOR)


Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi

panduan pengangkutan.indd 3

9/8/11 4:19 PM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 4

7/12/11 11:35:51 AM

AN
S
RU U
U
G
D
PEN EMAN
P

panduan pengangkutan.indd 5

7/12/11 11:35:51 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 6

7/12/11 11:35:52 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN PEMANDU
1.1 Pengenalan
Aspek pengurusan pemandu perlulah dititikberatkan agar keselamatan warga
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa terjamin. Hal ini demikian kerana
tanggungjawab keselamatan pegawai dan kakitangan yang berkaitan dengan aspek
penggunaan pengangkutan jabatan bukan sahaja digalas oleh pihak pengurusan tetapi
juga oleh pemandu kenderaan. Justeru, pemandu merupakan nadi dalam proses
perkhidmatan pengangkutan kepada semua aktiviti KPT.
1.2 Aspek Pengurusan Pemandu
Pengurusan pemandu meliputi aspekaspek seperti berikut:BIL

BUTIRAN

ULASAN/TINDAKAN

i.

Prosedur
Pengambilan
Pemandu

PERKARA

- Rekod pemandu
- Ujian pelantikan
- Pemeriksaan kesihatan
- Kriteria pengambilan pemandu
- Pemilik lesen memandu
yang sah dan sesuai dengan
jawatan

- Tanpa rekod jenayah sivil


- Tanpa rekod saman
- Lulus ujian kompentensi/
kecekapan
- Melepasi pemeriksaan
kesihatan menyeluruh
- Umur maksimum 45 tahun
- Pengalaman memandu
kenderaan penumpang
minimum tiga tahun
- Lesen memandu peringkat
E penuh bagi pemandu bas

ii.

Pengkategorian
Pemandu

- Sistem Keselamatan Jalan


Raya (KEJARA)
- Pengkelasan lesen
- Sistem kad pemandu
- Kategori pemandu
berdasarkan kemahiran,
kompentensi dan prestasi

- Semakan rekod pemandu


berkala

panduan pengangkutan.indd 7

7/12/11 11:35:52 AM

Buku Panduan
BIL

PERKARA

BUTIRAN

ULASAN/TINDAKAN

iii.

Latihan

- Respons kecemasan
- Latihan pemanduan
- Latihan pengendalian
kenderaan
- Kesedaran keselamatan jalan
raya
- Komunikasi berkesan
- Bantuan kecemasan
menghadapi kebakaran/
kemalangan
- Latihan pertolongan cemas

- Perancangan/takwim
latihan tahunan

iv.

Prosedur
pemanduan (bagi
setiap perjalanan)

- Berpakaian seragam
- Makan makanan berkhasiat
sebelum pemanduan
- Tidak menggunakan ubatubatan terlarang
- Melepasi pemeriksaan
kesiagaan pemanduan
- Memiliki dokumen penting
- Memakai kaca mata bagi yang
berkenaan
- Melaporkan tugas awal
- Melaporkan diri kepada
penyelia
- Membuat pemeriksaan
kenderaan pra perjalanan
dan selepas perjalanan
berdasarkan senarai semak
- Memeriksa bahan api/bandalir
kenderaan

- Buku Log
- Penyediaan senarai semak

v.

Jam pemanduan/
jam bekerja dan
hari bekerja

- Jumlah pemanduan
berterusan yang maksimum
- Jumlah jam pemanduan sehari
- Jumlah jam bekerja sehari
- Masa rehat
- Jumlah hari bekerja dalam
seminggu

4 jam
8 jam maksimum
12 jam maksimum
30 minit setiap 4 jam
6 hari maksimum

panduan pengangkutan.indd 8

7/12/11 11:35:53 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

BIL

PERKARA

BUTIRAN

KPT

ULASAN/TINDAKAN

vi.

Penggiliran
pemandu

- Perjalanan melebihi 4 jam


mesti disertai pemandu kedua

vii.

Etika pemanduan

- Disiplin pemandu dan


pemanduan

Penyediaan panduan dan etika


pemanduan

viii.

Penghargaan dan
hukuman

- Pengiktirafan
- Peningkatan kerjaya
- Insentif
- Tindakan disiplin
- Bertanggungjawab terhadap
kesalahan

-Sistem penilaian prestasi


-KPI
-Pemberian ganjaran
-Penguatkuasaan tindakan
-terhadap salah laku

ix.

Pemeriksaan
tahap kesihatan
dan tahap
kecekapan
secara berkala

- Rekod kesihatan (pemeriksaan


secara dalaman di tempat
kerja)
- Pemeriksaan penyalahgunaan
bahan terlarang
- Pemeriksaan ujian tahap
kecekapan

Sekali 1 tahun

- Menepati kehendak elemen


di atas mengikut kesesuaian
kecuali elemen latihan

Sistem penilaian prestasi/


kontrak sewaan

x.

1.2.1

Prosedur
keselamatan
pengangkutan
kontrak/sewaan

Sekali 1 tahun
Sekali 3 tahun

Prosedur Pengambilan Pemandu


Pemandu memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan
pengangkutan kepada pegawai Kementerian. Oleh itu, perlu diwujudkan
Garis Panduan Penilaian Pemandu bagi memastikan bahawa pemandu yang
benar-benar layak dan bertanggungjawab sahaja dilantik untuk menjawat
jawatan tersebut. Dalam penentuan dan seterusnya pemilihan bakal pemandu
yang benar-benar layak, aspek yang ditekankan adalah seperti berikut:
i. Latar belakang pemandu: Tanpa rekod jenayah, mempunyai pengalaman
memandu kenderaan penumpang minimum 3 tahun, berumur tidak
melebihi 45 tahun ketika diterima bekerja;
ii. Tiada rekod saman polis atau JPJ;

panduan pengangkutan.indd 9

7/12/11 11:35:54 AM

Buku Panduan

iii. Rekod kesihatan yang menunjukkan tubuh dan mental yang sihat dan
cergas, tiada kecacatan anggota serta tidak rabun jarak dan warna;
iv. Tiada rekod penyalahgunaan bahan terlarang (dadah,arak dll); dan
v. Lulus ujian kemahiran/kecekapan/kompentensi pemanduan dengan
mencapai tahap yang dikehendaki dengan berdasarkan kriteria tertentu
sebagai prasyarat penilaian selanjutnya.

1.2.2

Pengkategorian Pemandu
Para pemandu perlu dikategorikan untuk memudahkan pihak pengurusan
mengenal pasti pemandu yang profesional, mahir dan separa mahir. Untuk
tujuan ini, beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti berikut:
i. Sistem KEJARA;
ii. Pengkelasan lesen; dan
iii. Sistem kad pemandu yang mengandungi maklumat tentang pengalaman
kerja, maklumat perubatan asas, maklumat lesen, saman dan lain-lain.
Pengkategorian pemandu ini perlu dikemaskinikan secara tahunan iaitu
semasa pembaharuan lesen pengangkutan awam (PSV).

1.2.3 Latihan
Pemandu yang baik adalah pemandu yang terlatih. Oleh itu, latihan amat
penting dalam membentuk kemahiran, pengetahuan, dan seterusnya
mengubah sahsiah pemandu ke arah yang lebih baik. Pemandu yang terlatih
akan lebih berdisiplin dan sentiasa bersedia serta mampu berhadapan
dengan situasi kritikal pada setiap masa. Antara latihan yang perlu diikuti oleh
pemandu adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Respons terhadap kecemasan dan pertolongan cemas;


Latihan pemanduan;
Latihan pengendalian kenderaan;
Kesedaran keselamatan jalan raya;
Komunikasi berkesan; dan
Bantuan kecemasan semasa menghadapi kebakaran/kemalangan.

10

panduan pengangkutan.indd 10

7/12/11 11:35:54 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

1.2.4

KPT

Prosedur Pemanduan
Pemandu hendaklah mengetahui dan mempunyai senarai semak tentang
perkara yang wajib dilakukan sebelum dan semasa menghidupkan enjin,
sebelum bertolak dan sebagainya. Di antara perkara yang wajib dilakukan
adalah seperti berikut:
i. Semasa penyediaan jadual bertugas, semak rekod pemandu di pusat
semakan;
ii. Memakai pakaian seragam;
iii. Mengambil makanan berkhasiat;
iv. Tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
dan mengganggu pemanduan;
v. Sentiasa diperiksa oleh penyelia bertauliah untuk memastikan bahawa
mereka benar-benar dalam keadaan siaga untuk memandu;
vi. Memakai kaca mata (di mana sesuai);
vii. Melaporkan diri 30 minit lebih awal sebelum memulakan tugasan;
viii. Melaporkan diri kepada penyelia dan menyemak tugasan; dan
ix. Memeriksa bahan api/bendalir kenderaan sebelum memulakan perjalanan
dan menyemak senarai semak sebelum memulakan perjalanan.

1.2.5

Jam Pemanduan/Jam Bekerja/Hari Bekerja


Masa bekerja wajib diberi perhatian bagi memastikan pemandu berada dalam
keadaan sihat. Kerja melebihi masa adalah keterlaluan, sangat berisiko dan
merbahaya kepada pemandu dan juga penumpang. Perkara-perkara yang
wajib diambil kira tertakluk kepada akta-akta yang telah sedia ada (jika
berkaitan) adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Memastikan kenderaan mempunyai minyak yang mencukupi;


Mematuhi jam pemanduan berterusan sehari iaitu maksimum 4 jam;
Mematuhi jumlah jam pemanduan sehari iatu 8 jam;
Mematuhi jumlah masa bekerja iaitu maksimum 12 jam sehari;
Berehat minimum 12 jam sebelum memulakan pemanduan yang pertama;
dan
vi. Mematuhi jumlah maksimum hari bekerja dalam tempoh seminggu iaitu
6 hari.

11

panduan pengangkutan.indd 11

7/12/11 11:35:55 AM

1.2.6

Buku Panduan
Penggiliran Pemandu

Untuk mengelakkan pemandu rasa lesu akibat jangka masa memandu yang
terlalu lama, kaedah penggiliran pemandu hendaklah diamalkan. Ini bertujuan
mengelakkan kelesuan yang boleh mengakibatkan hilang daya tumpuan
semasa memandu seterusnya boleh meningkatkan risiko berlaku kemalangan
akibat terbabas dan sebagainya. Oleh itu, bagi setiap pemanduan melebihi 4
jam, pemandu gantian diperlukan.
1.2.7

Etika Pemanduan
Kerjaya sebagai pemandu sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam
penumpang. Oleh itu, etika pemanduan perlulah diterapkan dalam dasar
pengurusan pemandu untuk menangani sebarang konflik yang mungkin
berlaku sepanjang melaksanakan tanggungjwabnya. Budi bahasa dan amalan
nilai murni amat penting untuk menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.
Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni dapat
menjanakan satu bangsa Malaysia yang budiman. Antara etika pemanduan
yang baik adalah seperti berikut:
i. Tidak bercakap kasar dengan penumpang;
ii. Tidak merokok semasa memandu;
iii. Sentiasa berpakaian kemas dan menjaga kebersihan diri;
iv. Sentiasa menjaga kebersihan kenderaan;
v. Sentiasa bertolak ansur semasa memandu;
vi. Tidak memandu dengan cara berbahaya; dan
vii. Selalu memberikan senyuman kepada penumpang.

1.2.8

Penghargaan dan Hukuman


Penghargaan dan motivasi amat penting untuk memberikan semangat kepada
pemandu sama seperti pekerja lain. Justeru perkara baik yang dilakukan
oleh mereka hendaklah dinilai dan dihargai oleh pihak majikan. Pada masa
yang sama bentuk hukuman yang setimpal harus diwujudkan sekiranya
mereka melakukan kesalahan. Ini bukan bertujuan untuk menghukum tetapi
lebih kepada sifat memberikan didikan dan pengajaran agar pemandu lebih

12

panduan pengangkutan.indd 12

7/12/11 11:35:56 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

berhati-hati ketika melaksanakan tugas. Perkara yang diarahkan adalah


seperti berikut:
i. Memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada pemandu yang
cemerlang;
ii. Memberikan kenaikan pangkat yang difikirkan perlu kepada pemandu
yang cemerlang;
iii. Memberikan insentif seperti bonus dan kenaikan gaji dan lain-lain kepada
pemandu yang cemerlang;
iv. Mengenakan tindakan disiplin berdasarkan kepada peraturan majikan
jika terdapat pelanggaran kod amalan yang ditetapkan; dan
v. Memikul tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan sekiranya
melanggar kod amalan dan sedia menerima hukuman termasuk
membayar saman dan lain-lain.
1.2.9

Pemeriksaan Tahap Kesihatan dan Kecekapan Secara Berkala


Pemeriksaan merupakan faktor berkala untuk memastikan pemandu
berada pada tahap kesihatan paling tinggi agar khidmat kepada pengguna
dapat dilakukan dengan baik dan dapat menjamin keselamatan pengguna.
Sistem atau kaedah pemantauan kesihatan pemandu mesti diwujudkan agar
kesejahteraan semua pihak dapat dipelihara. Pemeriksaan kesihatan dan
penyalahgunaan bahan terlarang secara dalaman di KPT hendaklah dilakukan
sekali setahun.
Selain itu, untuk memastikan kecekapan pemandu terus berada pada tahap
optimum, penilaian terhadap kecekapan pemandu perlu dilaksanakan sekali
dalam masa tiga tahun.

13

panduan pengangkutan.indd 13

7/12/11 11:35:57 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 14

7/12/11 11:35:57 AM

AN
S
RU AN
U
G RA
N
E
P NDE
KE

panduan pengangkutan.indd 15

7/12/11 11:35:57 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 16

7/12/11 11:35:58 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN KENDERAAN
2.1 Pengenalan
Pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi KPT dari aspek perolehan,
penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan perlu dilaksanakan dengan baik dan
sempurna. Panduan ini bertujuan untuk menyelaraskan dan mengemaskinikan
peraturan penyelenggaraan kenderaan KPT dari semasa ke semasa supaya terjaga
dan dapat digunakan dengan baik dan selamat serta dapat meminimumkan kos
penyelenggaraan.
2.2 Aspek Pengurusan Kenderaan
2.2.1

Dokumentasi
Pengurusan dokumentasi bagi semua permohonan pendaftaran dan permit
JPJ, LPKP dan PUSPAKOM bagi semua kenderaan perlu diurus dengan baik
dan sempurna serta disimpan di tempat yang selamat. Fail khusus bagi setiap
kenderaan perlu diwujudkan.

2.2.2

Keperluan Kakitangan
Bagi memastikan pengurusan kenderaan dapat dilaksanakan dengan
sempurna, semua Jabatan yang mengurus kenderaan KPT perlu menyediakan
kakitangan yang mencukupi dan terlatih.

2.2.3 Keselamatan Kenderaan


Bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan baik dan selamat untuk
digunakan, beberapa perkara diwajibkan bagi sesebuah kenderaan:





Tali pinggang keledar pemandu dan penumpang;


Penggunaan struktur kerangka keluli yang kukuh bagi badan bas;
Lantai kenderaan yang kuat dan kukuh;
Sistem brek antisekat ABS yang setara atau lebih baik;
Cermin sisi untuk titik buta (blind spot);
Penggunaan tayar yang diluluskan;

17

panduan pengangkutan.indd 17

7/12/11 11:35:58 AM

Buku Panduan

Pembelian kenderaan transmisi automatik bagi kenderaan baharu untuk


memudahkan pemanduan dan mengurangkan kelesuan pemandu;
Penggera amaran mengundur automatik wajib dipasang;
Lampu brek ketiga dan lampu isyarat kecemasan; dan
Memasang pemantul di bahagian belakang kenderaan.

Semua keperluan kenderaan yang disenaraikan di atas hendaklah diperiksa dengan


menggunakan senarai semak pengurusan kenderaan seperti di bawah:
Bil

Perkara

1
2

Tali pinggang keledar pemandu dan penumpang


Pusat tambatan kaki kerusi untuk bas terpasang pada
tepi dinding dan pada lantai
Sistem pemantauan posisi berkomputer
Satu struktur kerangka badan bas
Lantai kenderaan kukuh dan tahan lasak
Cermin sisi (titik buta)
Sistem brek tambahan (ABS, Retarder)
Tayar sesuai dengan jenis kenderaan dan mengikut
piawaian antarabangsa
Pemantul cahaya
Transmisi automatik
Filem anti silau
Penggera amaran mengundur automatik
Lampu brek ketiga
Lampu nyalaan waktu siang

3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

2.2.4

Penyelenggaraan dan Baik pulih


Kenderaan perlulah dijaga dan diselenggara dengan sistematik dan sempurna.
Perkara paling penting ialah amalan mengenal pasti masalah dan kerosakan
kenderaan dengan segera dan melaporkan kerosakan tersebut kepada
pihak yang bertanggungjawab. Garis panduan penyelenggaraan yang wajib
dilaksanakan adalah seperti berikut:

18

panduan pengangkutan.indd 18

7/12/11 11:35:59 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

2.2.4.1 Kenderaan Jabatan


Melaksanakan penyelenggaraan secara berkala oleh pihak yang dilantik;
Memastikan semua kenderaan mempunyai laporan penyelenggaraan
yang disimpan dengan baik;
Memberhentikan operasi dengan segera bagi kenderaan yang mempunyai
masalah kerosakan; dan
Menjaga tayar agar sentiasa berkeadaan baik seperti tekanan yang
sesuai dan bunga tayar yang masih baik dan sempurna.
2.2.4.2 Kereta Rasmi Jabatan/ Jawatan (di bawah seliaan SPANCO)
Penyewaan kereta saloon untuk kegunaan kereta rasmi dan kereta jabatan di
bawah penswastaan kereta saloon Kerajaan Persekutuan mengikut Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1993.
Penyelenggaraan dilakukan berdasarkan perbatuan kilometer (5,000km) atau
dalam tempoh enam(6) bulan yang mana terdahulu.
2.2.4.3 Penyelenggaraan Buku Log (AM 362)
Pemandu KPT hendaklah sentiasa memastikan perkara-perkara berikut
dipatuhi:
Membawa Buku Log (Am 362) semasa memandu;
Merekod butiran perjalanan dalam ruangan yang disediakan setiap kali
sebelum dan selepas menggunakan kenderaan;
Mencatatkan baki bahan api (petrol/ diesel) dalam tangki dihari terakhir
bulan berkenaan selepas menggunakan kenderaan, untuk pengiraan
cerakinan kilometer / liter;
Menyerahkan cerakinan bulan tersebut kepada pegawai/ pembantu
pegawai kenderaan bagi tujuan semakan dan pengesahan;
Mencatat tarikh, jumlah liter pembelian/ pengisian bahan api (Kad Inden
Minyak) dan penggunaan kad elektronik (touch n go); dan
Merekodkan maklumat penyelenggaraan kenderaan dalam ruangan
Buku Log selepas kenderaan dihantar servis atau selepas melakukan
kerja-kerja baik pulih.

19

panduan pengangkutan.indd 19

7/12/11 11:36:00 AM

Buku Panduan

2.2.4.4 Kad Inden Minyak

Penggunaan hanya untuk kenderaan rasmi KPT sahaja dan disimpan/


dikawal serta direkod penggunaannya oleh Pegawai/ Pembantu Pegawai
Kenderaan;
Kad Inden Minyak hendaklah didaftarkan atas nama Kementerian/
Jabatan yang berkenaan bersama nombor pendaftaran kenderaan.
Selepas pengisian minyak dibuat hendaklah direkodkan ke dalam Buku
Log dan resit disimpan bersama Buku Log untuk dicerakinkan pada akhir
bulan; dan
Kehilangan atau kerosakan kad, hendaklah dilaporkan segera kepada
pegawai kenderaan.
2.2.4.5 Touch & Go
Penggunaan
hanya
untuk
kenderaan rasmi KPT sahaja dan
disimpan, dikawal serta direkod
penggunaannya oleh pemandu
kenderaan tersebut;
Digunakan pada satu kenderaan
sahaja dan direkodkan setiap kali
penggunaannya;
Kehilangan atau kerosakan kad
hendaklah dilaporkan kepada
pegawai kenderaan;
Tambah nilai secara automatik
(auto reload) apabila baki
mencecah minimum RM100.00;
dan
Fleet Card (kemudahan kad bagi
kenderaan yang mempunyai berat
minima 1.5 tan) mesti direkodkan
mengikut penggunaan kenderaan
dan disimpan oleh Pegawai
Kenderaan.

20

panduan pengangkutan.indd 20

7/12/11 11:36:01 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

2.2.4.6 Kew. PA 13 & 14


Borang senarai aset alih dan daftar harta modal yang memerlukan
penyelenggaraan adalah seperti di bawah:
KEW.PA-13
SENARAI ASET ALIH
YANG MEMERLUKAN PENYELENGGARAAN
Kementerian / Jabatan:

Bil

No. Siri Pendaftaran Aset

Jenis/Jenama/
Model

Lokasi Aset

Catatan

21

panduan pengangkutan.indd 21

7/12/11 11:36:01 AM

Buku Panduan
KEW.PA-14
DAFTAR PENYELENGGARAAN HARTA MODAL
(Diisi oleh Pegawai Aset)
Kategori :
Jenis :

(a)
Tarikh

No. Siri Pendaftaran :


Id Aset (Jab Bendahari) :
Lokasi :

(b)
Butir-butir
Kerja

(c)
No. Kontrak/
Pesanan
Kerajaan
dan Tarikh

(d)
Nama Syarikat/
Jabatan yang
menyelenggara

(e)
Kos (RM)

(f)
Nama dan
Tandatangan

Nota :
a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan bagi harta modal berkenaan
b) Butir-butir kerja
Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli.
c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh
No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh.
d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara
Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
e) Kos
Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali.
f) Nama dan Tandatangan
Pegawai Aset/ Pengangkutan hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir
penyelenggaraan tersebut.

22

panduan pengangkutan.indd 22

7/12/11 11:36:02 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

2.2.4.7 Penyenggaraan Cukai Jalan


Semua kenderaan rasmi KPT mestilah mempunyai cukai jalan yang sah.
Salinan rekod cukai jalan kenderaan rasmi KPT mestilah disimpan di tempat
yang selamat dan pemandu bertanggungjawab untuk memaparkan cukai
jalan pada kenderaan masing-masing.
2.2.4.8 Pelupusan
Kenderaan yang mencapai umur lima (5) tahun atau tidak lagi ekonomik untuk
diperbaiki (kos pembaikannya mencapai separuh daripada kos pembelian)
hendaklah dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya untuk penilaian.
Semua kenderaan yang melebihi had ini diwajibkan diperiksa dan dinilai sama
ada masih ekonomik untuk digunakan atau tidak. Penggantian dan pembelian
kenderaan baharu mestilah dilaksanakan jika kenderaan tidak lagi ekonomik
untuk digunakan dan mesti dilupuskan mengikut prosedur dan peraturan
yang telah ditetapkan.
2.3 Rumusan
Pengurusan kenderaan rasmi KPT mestilah diurus dengan baik dan sempurna dengan
melaksanakan langkah dan prosedur pengurusan kenderaan yang betul untuk
memastikan kenderaan yang digunakan dapat berfungsi dengan baik dan selamat
untuk digunakan bagi semua program / aktiviti rasmi KPT.

23

panduan pengangkutan.indd 23

7/12/11 11:36:03 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 24

7/12/11 11:36:03 AM

AN
S
RU AN
U
G
N
PEN JALA
PER

panduan pengangkutan.indd 25

7/12/11 11:36:04 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 26

7/12/11 11:36:04 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN PERJALANAN
3.1 Pendahuluan
Kajian mendapati bahawa selain faktor kemanusiaan dan kenderaan, faktor jalan raya
dan persekitaran juga adalah antara faktor utama penyumbang kepada kemalangan
seperti berlakunya kejadian tanah runtuh, banjir, haiwan melintas, lintasan pejalan kaki
(murid sekolah, orang awam) dan sebagainya. Perkara-perkara berkaitan seperti di
bawah perlu diberi perhatian sewajarnya.
3.2 Dasar Pengurusan Pemandu
Pengenalpastian bahaya dan risiko laluan potensi bahaya mahupun risiko di laluan
hendaklah dikenalpasti bertujuan untuk mengambil langkah-langkah perlu dan
berjaga-jaga apabila melalui laluan berkenaan. Antara perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian sebelum memulakan sebarang perjalanan adalah seperti berikut:
3.2.1

Pengenalpastian hazad dan laluan perjalanan


Pemandu seharusnya mendapatkan maklumat perjalanan dengan mengambil
kira perkara-perkara berikut:
Kenal pasti kawasan berisiko tinggi yang diakibatkan oleh faktor
lain seperti keadaan jalan, lintasan haiwan, bentuk muka bumi dan
sebagainya;
Peka kepada perubahan cuaca dan lokasi berisiko tinggi sebagai akibat
perubahan cuaca;
Peka terhadap tanda amaran dan laluan kecemasan yang terdapat di
sepanjang laluan;
Kadar penggunaan jalan raya yang tinggi semasa musim perayaan; dan
Hazad (tahap risiko) perjalanan waktu malam.

3.2.2

Jadual perjalanan
Pihak pengurusan hendaklah merancang dan menyediakan jadual perjalanan
yang sesuai untuk memastikan bahawa pemandu dapat menjalankan tugas

27

panduan pengangkutan.indd 27

7/12/11 11:36:04 AM

Buku Panduan

dengan sempurna. Jadual perjalanan hendaklah mengambil kira elemenelemen berikut:






Masa dan jarak perjalanan;


Keadaan semasa lalulintas;
Keadaan jalan dan bentuk muka bumi;
Waktu perjalanan sama ada pagi, petang atau malam;
Keadaan fizikal pemandu (tekanan mental dan kelesuan semasa
pemanduan); dan
Keadaan kenderaan yang baik.
3.2.3

Rehat dan rawat


Bagi perjalanan yang jauh pemandu perlu:



3.2.4

Merancang tempat rehat dan rawat semasa perjalanan;


Mendapatkan rehat yang secukupnya untuk mengekalkan tahap kecergasan;
Melakukan pemeriksaan asas kenderaan; dan
Memastikan bahawa sistem penggiliran pemandu dipatuhi sekiranya
pemanduan mencapai 300km atau 4 jam pemanduan (Rujuk Kaedah
10B(2) Kaedah Lalulintas Jalan 1959 pindaan 2004).

Pemantauan perjalanan
Penggunaan dan penyemakan terhadap buku log sebelum perjalanan adalah
perlu dilakukan. Menyemak Buku Log Kenderaan secara menyeluruh seperti
berikut:
Nama pemandu;
Masa bertolak;
Masa sampai ke destinasi;
Masa rehat;
Isian minyak;
Pengesahan pengguna;
Rekod jarak perjalanan (bacaan odometer) dan laluan; dan
Pertukaran pemandu.
Memastikan nilai touch n go minimum RM200.00.

28

panduan pengangkutan.indd 28

7/12/11 11:36:05 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

3.2.5

KPT

Pengurusan penumpang, muatan dan bagasi


Sistem pengurusan penumpang, muatan dan bagasi yang baik dapat
menghindarkan risiko kemalangan dan mengurangkan impak sekiranya
berlaku kemalangan. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti yang
berikut:
Memastikan tempat yang selamat dan selesa bagi menunggu dan
menurunkan penumpang;
Memberikan keutamaan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU);
Mematuhi had jumlah penumpang dan berat muatan;
Mematuhi peraturan pengendalian dan penyimpanan bagasi;
Mempamerkan notis do and dont di dalam kenderaan;
Mempamerkan panduan pengendalian semasa kecemasan di dalam
kenderaan; dan
Menyediakan sistem kemudahan maklum balas pengguna.

3.2.6

Pelan tindakan kecemasan


Untuk menghadapi kecemasan dan kemalangan pelan tindakan kecemasan
perlu diambil kira. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:





Manual respons terhadap kecemasan;


Pemandu diberi latihan atau kursus asas pertolongan cemas;
Peti kecemasan yang lengkap dan kemas kini disediakan;
Alat pemadam api yang berfungsi dengan baik;
Prosedur bertulis untuk laporan kecemasan;
Peralatan kecemasan tersedia (lampu suluh, kon keselamatan, tanda tiga
segi dan sebagainya);
Tayar gantian serta peralatan membuka tayar berada di dalam kenderaan
dan berkeadaan baik; dan
Prosedur bertulis untuk melaporkan insiden kemalangan seperti nombor
telefon pihak yang patut dihubungi dipamerkan di dalam kenderaan.

29

panduan pengangkutan.indd 29

7/12/11 11:36:06 AM

Buku Panduan
3.3 Tanggungjawab Pemandu
Tanggungjawab pemandu mencakupi masa sebelum, semasa dan selepas menjalankan
tugas.
3.3.1

Sebelum Menjalankan Tugas


Pemandu memainkan peranan yang penting dalam menjamin keselamatan
penumpang di sepanjang perjalanan. Sebelum menjalankan tugas, pemandu
hendaklah melakukan perkara berikut:
Memahami arahan tugasan yang diberikan;
Memastikan kenderaan dalam keadaan selamat dengan melakukan
pemeriksaan terhadap kenderaan dan menyempurnakan senarai
semakan pemeriksaan kenderaan;
Memastikan Kad Inden Minyak dan touch n go berfungsi dan mempunyai
baki yang mencukupi;
Memastikan buku log kenderaan dibawa bersama;
Memastikan lesen, permit perjalanan, cukai jalan, insurans dan
sebagainya tidak luput tarikh; dan
Memastikan alat komunikasi berfungsi sepanjang perjalanan.

3.3.2

Semasa Menjalankan Tugas


Semasa menjalankan tugas, pemandu hendaklah mematuhi perkara yang
berikut:
Memakai pakaian seragam yang bersih dan kemas;
Mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan;
Tidak mengambil bahan terlarang yang mungkin mengganggu
pemanduan;
Mendapat rehat yang cukup;
Melaksanakan sistem giliran pemandu setelah mencukupi jam pemanduan
berterusan maksimum 4 jam atau jumlah 8 jam sehari; dan
Memeriksa keadaan kenderaan ketika berhenti rehat.

30

panduan pengangkutan.indd 30

7/12/11 11:36:06 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

3.3.3

KPT

Selepas menjalankan Tugas


Selepas menjalankan tugas, pemandu hendaklah mematuhi perkara yang
berikut:
Memastikan butiran perjalanan direkodkan dalam buku log kenderaan
dan dokumen berkaitan;
Melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dan memastikan kenderaan
berada dalam keadaan memuaskan;
Memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya berlaku kerosakan
kenderaan; dan
Pemulangan kunci kenderaan, Kad Inden Minyak, touch n go kepada
pegawai/pembantu kenderaan/penyelia dan menyimpan kenderaan
tersebut di tempat yang dikhaskan.

31

panduan pengangkutan.indd 31

7/12/11 11:36:07 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 32

7/12/11 11:36:08 AM

AN
S
RU N
U
G
E
PEN OKUM
D

panduan pengangkutan.indd 33

7/12/11 11:36:08 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 34

7/12/11 11:36:09 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN DOKUMEN
Kod Amalan Keselamatan Pengangkutan kenderaan rasmi jabatan
4.1 Pengenalan
Data dan rekod berkaitan merupakan elemen penting yang wajib disimpan, dijaga
dan diurus dengan sempurna oleh setiap jabatan dan bahagian yang mengurus
pengangkutan rasmi jabatan. Ini merangkumi langkah pencegahan, pemulihan dan
penambahbaikan sistem yang berkaitan, pencapaian dan lain-lain. Semua perkara ini
sangat mustahak untuk rujukan, penyelidikan, bahan siasatan, penilaian, pemantauan,
akreditasi dan sebagainya.
4.2 Elemen sistem pengurusan data dan rekod
Elemen yang berkait rapat dengan sistem pengurusan data dan rekod adalah seperti
senarai berikut:
4.2.1
4.2.2
4.2.3
4.2.4
4.2.5
4.2.6
4.2.7
4.2.8
4.2.9

Rekod pengurusan pemandu;


Rekod latihan dan kompetensi keselamatan, kesihatan dan persekitaran (SHE);
Rekod kesihatan pemandu;
Pengurusan kenderaan;
Pengurusan perjalanan dan risiko;
Sistem laporan kemalangan;
Pengurusan aduan dan saman;
Sistem pemantauan; dan
Penilaian/audit kendiri.

35

panduan pengangkutan.indd 35

7/12/11 11:36:09 AM

Buku Panduan
BIL
4.2.1

PERKARA

Rekod Pengurusan
Pemandu
- Semua rekod
berhubung
pengurusan
pemandu hendaklah
dijaga, disimpan
dan diurus dengan
sempurna

TINDAKAN
PEMANDU
Buku Log
- Mencatat maklumat jam kerja
dan lain-lain dalam buku log

PENTADBIRAN
Semua rekod pengurusan
pemandu disimpan di
dalam fail pentadbiran
yang berkaitan

4.2.2

Rekod Latihan
dan kompetensi
keselamatan,
kesihatan dan
persekitaran

4.2.3

Rekod kesihatan
pemandu

4.2.4

Rekod Pengurusan
Kenderaan

Buku Log
- Mencatat maklumat
penggunaan bahan api dan
lain-lain ke dalam buku log
- Mengemaskini buku log setiap
bulan untuk pemeriksaan
- Memastikan kerja
selenggaraan / pembaikan
dicatat oleh pihak berkenaan

Semua maklumat
yang berkaitan dengan
kenderaan rasmi jabatan
hendaklah direkodkan
dalam fail kenderaan yang
terlibat

4.2.5

Rekod Pengurusan
Perjalanan dan
Risiko

Buku Log
- Mencatat maklumat
perjalanan dan lain-lain ke
dalam buku log

Semua maklumat
pengurusan perjalanan
kenderaan jabatan perlu
direkod secara sistematik

Latihan
- Latihan / Kursus yang diikuti
perlu disimpan sebagai
rujukan dan simpanan

- Penyertaan program
kesedaran kesihatan
(sekiranya berkaitan)
- Pemeriksaan tahap kesihatan
dilakukan secara berkala
(6 bulan sekali)

Unit Pentadbiran jabatan


/ bahagian masingmasing akan menyimpan,
mengemaskini, dan
mengeluarkan laporan
latihan setiap bulan untuk
dihantar ke kementerian
Pemantauan berterusan
ke atas tahap kesihatan
pemandu

36

panduan pengangkutan.indd 36

7/12/11 11:36:10 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

4.2.6

Sistem Laporan Kemalangan


Kemalangan perlu dilaporkan dan direkodkan. Kegagalan untuk berbuat
demikian mungkin mengundang akibat buruk dan serius. Pemandu hendaklah
diberi panduan membuat laporan yang tepat agar laporan yang dibuat bernilai
dan berguna untuk dijadikan sebagai rujukan.

4.2.7

Pengurusan aduan dan saman


Jabatan harus mengambil berat aduan tentang pemanduan dan keadaan
kenderaan yang mungkin menjejaskan keselamatan sama ada daripada
staf mahupun orang ramai. Justeru, apabila menerima aduan, pihak Jabatan
hendaklah merekodkan, menyiasat dan mengambil langkah pemulihan dengan
segera. Sebarang saman juga perlu direkodkan bagi tujuan memantau prestasi
pemandu dan seterusnya digunakan sebagai bahan untuk memberikan
kesedaran tentang pemanduan berhemah.

4.2.8

Sistem pemantauan
Sistem pemantauan yang berkesan dan berterusan akan dapat membantu
merealisasikan kod amalan. Justeru, semua data dan rekod yang berkaitan
dengan pemandu jabatan hendaklah mudah diperoleh agar pemantauan
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua hasil pemantauan perlu
direkodkan dan disimpan di bahagian pentadbiran Jabatan/Bahagian/Unit
masing-masing.

4.2.9

Penilaian/audit kendiri
Penilai/audit kendiri oleh pemandu perlu untuk mendapat gambaran awal
tentang keupayaan melakukan pemanduan berdasarkan data dan rekod
tahap kesihatan, keadaan dan sebagainya.

4.3 Elaun dan tuntutan


4.3.1

ELAUN PEMANDU
4.3.1.1 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008, Elaun
Tanggungjawab Khas Pemandu telah dibayar kepada Pemandu
Kenderaan Gred R3 & R6.

37

panduan pengangkutan.indd 37

7/12/11 11:36:11 AM

Buku Panduan

4.3.1.2 Kelayakan
Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu dibayar kepada:
a) Pemandu Kenderaan Gred R3 yang dikhususkan memandu:
i) Kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A; atau
ii) Ambulans; atau
iii) Kenderaan yang digunakan di Unit Pencegahan atau
Bahagian Pencegahan dan terlibat di dalam tugas-tugas
operasi pencegahan; atau
iv) Kenderaan atau jentera yang beratnya melebihi 5000 kg.
b) Pemandu Kenderaan Gred R6; dan
c) Pemandu Kenderaan Gred R3 yang tidak dikhususkan memandu
kenderaan atau jentera yang beratnya melebihi 5000 kg.

Pemandu Kenderaan Gred R3 dan Pemandu Kenderaan Gred


R6 yang meninggalkan tugasnya selama 28 hari berturut-turut
tidak layak dibayar Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu.
Walau bagaimanapun, pengecualian diberi untuk pemandu
yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92
hari berturut-turut termasuk hari kelepasan mingguan dan
kelepasan am, dalam keadaan berikut:
i) Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan;
ii) Menjalankan tugas rasmi yang lain atas arahan Ketua
Jabatan; dan
iii) Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit mengikut Perintah
Am Bab C.

4.3.1.3 Kadar
Kadar Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu ialah RM150.00
sebulan. Bayaran Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu adalah
secara proportionate berdasarkan bilangan hari menjalankan tugas
memandu dengan syarat bagi setiap hari berkaitan pegawai bertugas
tidak kurang daripada empat (4) jam sehari.

38

panduan pengangkutan.indd 38

7/12/11 11:36:12 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

4.3.2

KPT

KEMUDAHAN PEMBELIAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH


Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009, Peraturan
Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih:
Pemandu Kereta Rasmi Jawatan kepada Anggota Pentadbiran dan
Pegawai Kumpulan Pengurusan Teringgi Gred Utama B / Khas A dan
ke atas yang setaraf layak mendapat kemudahan bantuan pembelian
sebuah alat komunikasi mudah alih untuk kegunaan rasmi
Kadar maksimum bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih termasuk
aksesori adalah seperti berikut:
PEGAWAI
Juruiring/Pengiring Rapat/ Pengawal Peribadi dan
Pemandu Kereta Rasmi jawatan

KADAR (TERMASUK
AKSESORI)
RM375

4.3.2.1 Syarat bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih adalah


seperti berikut:
a) Kemudahan ini layak dipohon oleh pegawai setiap dua tahun.
Permohonan baru hanya boleh diluluskan selepas dua tahun
dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya tertakluk kepada
kelulusan Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa
oleh Pegawai Pengawal;
b) Kemudahan ini diberi secara tuntutan bayaran balik tertakluk
kepada had maksimum kelayakan pegawai. Tuntutan
hendaklah dikemukakan melalui borang yang diisi lengkap
seperti di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun
2009 beserta resit pembelian atas nama pegawai;
c) Kelulusan bantuan hendaklah dicatatkan dalam Buku Kenyataan
Perkhidmatan Pegawai;

39

panduan pengangkutan.indd 39

7/12/11 11:36:12 AM

Buku Panduan

d) Alat komunikasi mudah alih tersebut adalah milik pemandu berkenaan


dan tidak perlu direkodkan dalam Daftar Harta Modal atau Daftar
Inventori; dan
e) Pegawai bertanggungjawab sepenuhnya ke atas alat komunikasi
mudah alih tersebut dan tidak layak menuntut bantuan pembelian alat
yang baru dalam tempoh dua tahun sekiranya berlaku kerosakan /
kehilangan disebabkan oleh kecuaian pegawai. Walau bagaimanapun,
kerajaan akan menanggung kos pembaikan (dengan resit) atau
pegawai layak mendapat kemudahan baru sekiranya kerosakan
/ kehilangan tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pegawai.
Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai
Pengawal hendaklah memutuskan sama ada sesuatu kerosakan /
kehilangan adalah kerana kecuaian pegawai ataupun tidak. Sekiranya
pegawai mendapat bantuan membeli alat komunikasi mudah alih
yang baru, tuntutan seterusnya dikira genap tempoh dua tahun mulai
tarikh pegawai diluluskan bantuan baru ini.

4.3.3

TUNTUTAN CAJ PANGGILAN


4.3.3.1 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009,
Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih.
4.3.3.2 Bagi Pemandu Kereta Rasmi Jawatan, pemandu perlu berdaftar
dan menanggung sendiri kos pendaftaran talian alat komunikasi
masing-masing. Pemandu berkenaan dibenarkan untuk membuat
tuntutan caj panggilan pasca bayar atau tambah nilai pra bayar
sehingga RM30 setiap bulan.

4.3.4 TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA BERTUGAS RASMI


DI DALAM NEGERI
4.3.4.1 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003,
Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada
Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi
(Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis).

40

panduan pengangkutan.indd 40

7/12/11 11:36:13 AM

KPT

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

4.3.4.2 Pemandu yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu


Pejabatnya di dalam negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan
dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut:

Elaun Makan
Seseorang pemandu yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya
bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah
layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar seperti berikut:
GRED

SEMENANJUNG MALAYSIA
(RM)

SABAH, LABUAN DAN


SARAWAK (RM)

1 hingga 16

35.00

50.00

Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan
terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
Elaun Makan tidak Layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh
Kerajaan atau Penganjur. Pegawai hanya layak menuntut bahagian makan
yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut.
a) Sarapan pagi
- 20% daripada Elaun Makan;
b) Makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan; dan
c) Makan malam
- 40% daripada Elaun Makan.
Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi
menampung perbelanjaan makan tersebut maka pegawai layak menuntut
perbezaannya.
Elaun Harian
Seseorang pemandu yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya
(melebihi 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya; 16 km jika boleh
dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; 8 km
jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai) bagi tempoh melebihi 8
jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut
kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.

41

panduan pengangkutan.indd 41

7/12/11 11:36:14 AM

Buku Panduan
Bayaran Sewa Hotel

Seseorang pemandu yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya


(melebihi 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya; 16 km jika boleh
dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; 8 km
jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai) dan perlu menginap layak
menuntut Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit tertakluk kepada
had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut:
a) Semenanjung Malaysia
GRED

SEWA HOTEL (MAKSIMUM)


(RM)

ELAUN LOJING (RM)

1 hingga 16

120.00

35.00

b) Sabah, Labuan dan Sarawak

GRED

SEWA HOTEL (MAKSIMUM)


(RM)

ELAUN LOJING (RM)

1 hingga 16

140.00

40.00

Tuntutan Bayaran Sewa Hotel bagi pemandu-pemandu hendaklah berpatutan


dan munasabah:
i. Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi
3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan;
ii. Seseorang pemandu layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai
perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada
maksimum kelayakannya; dan
iii. Seseorang pemandu tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun
Lojing jika tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.

42

panduan pengangkutan.indd 42

7/12/11 11:36:14 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

4.3.5 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN PEMANDU


Merujuk kepada Surat Pekeliling Bahagian Akaun Bilangan 5 Tahun 2010,
Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan Pemandu:
i. Pemandu Jabatan adalah tidak dibenarkan menuntut elaun perjalanan
kenderaan pada tiap-tiap hari bekerja melainkan pemandu menjalankan
kerja-kerja berupa kecemasan atau darurat yang perlu dilakukan serta
merta bagi menjaga kepentingan awam atau perkhidmatan;
ii. Kemudahan tuntutan elaun perjalanan kenderaan setiap hari adalah
dibenarkan bagi pemandu kepada Anggota Pentadbiran dan Pegawai
Pengurusan Tertinggi Kerajaan Gred JUSA B dan ke atas dan setaraf; dan
iii. Kelulusan ini dipanjangkan kepada Pemandu Jabatan yang diarah
menggantikan pemandu Anggota Pentadbiran dan Pegawai Tertinggi
Kerajaan Gred JUSA B dan ke atas serta setaraf dengan syarat mendapat
arahan bertulis daripada Ketua Jabatan.
4.3.6 KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011, Peraturan
dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam:
i. Semua agensi hendaklah menguruskan bekalan pakaian seragam kepada
pemandu pada setiap tahun mengikut prosedur perolehan peraturan
kewangan semasa yang ditetapkan;
ii. Kelayakan pemandu bagi pakaian seragam adalah seperti berikut :
Baju lengan panjang / pendek
Sehelai seluar panjang

- RM100
- RM130

43

panduan pengangkutan.indd 43

7/12/11 11:36:15 AM

Buku Panduan

4.3.7 KEMUDAHAN BEKALAN KASUT

Agensi boleh membekalkan kasut kepada pemandu mengikut pilihan seperti


berikut:
i. Agensi menguruskan pembekalan kasut berdasarkan prosedur perolehan
kewangan yang berkuatkuasa mengikut bilangan kelayakan pegawai
di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 1990, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan
berkaitan serta pindaannya; atau
ii. Bagi pegawai yang layak dibekalkan dengan kasut/boot keselamatan
jenis kulit, agensi boleh membenarkan pegawai membeli kasut dan
seterusnya membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit
bagi pembelian kasut mengikut bilangan kelayakan pegawai tertakluk
kepada kadar seperti berikut:
Kasut kulit -

maksimum RM150 sepasang

44

panduan pengangkutan.indd 44

7/12/11 11:36:16 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

AL N
U
N
MA MASA
E
KEC

panduan pengangkutan.indd 45

7/12/11 11:36:16 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 46

7/12/11 11:36:17 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

MANUAL KECEMASAN KETIKA PERJALANAN


5.1 PENGENALAN
Kemalangan boleh terjadi tanpa diduga. Walaupun pemandu sentiasa berhati-hati
semasa memandu, kemalangan masih boleh berlaku disebabkan oleh faktor lain seperti
masalah kerosakan teknikal, bencana alam dan sebagainya. Pemandu hendaklah
mengetahui apa yang harus dilakukan dalam keadaan kecemasan. Tindakan yang
cepat dan berkesan hendaklah diambil apabila menghadapi situasi yang mencemaskan.
Perkara yang paling penting adalah pemandu tidak cemas dan sentiasa tenang dalam
menghadapi situasi tersebut.

47

panduan pengangkutan.indd 47

7/12/11 11:36:18 AM

Buku Panduan
5.2 KEMALANGAN BERAT
Kemalangan berat merupakan kemalangan yang mengakibatkan kos dan
penyelenggaraan yang tinggi. Berikut dinyatakan tindakan yang perlu diambil oleh
pemandu ketika menghadapi situasi kemalangan berat:
i.
ii.

Tarik brek tangan dan pasang lampu isyarat kecemasan;


Berhenti dan meminta pertolongan daripada pihak yang berada di sekeliling.
Dapatkan bantuan untuk menghubungi 999 dan membantu mangsa yang masih
berada dalam kenderaan;
iii. Alihkan kenderaan daripada mengganggu laluan jika boleh. Dalam kes-kes
kemalangan maut, jangan gerakkan atau mengalihkan kenderaan tanpa keizinan
pihak berkuasa kecuali jika ia sangat penting untuk menyelamatkan mangsa
yang tersepit;
iv. Jangan meninggalkan tempat kejadian sehingga bantuan kecemasan tiba;
v. Jangan bertengkar dengan pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan
tersebut. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya;
vi. Laporkan kemalangan tersebut di balai polis yang berhampiran dalam masa 24
jam;
vii. Jika menggunakan khidmat trak penunda, pastikan kenderaan anda ditarik ke
balai polis terlebih dahulu untuk memastikan siasatan pihak polis berjalan dengan
lancar;
viii. Jangan menandatangani sebarang dokumen yang diberikan kepada anda oleh
sesiapa melainkan anda telah membaca dan memahami keseluruhan isi dokumen
tersebut;
ix. Jika tidak mampu untuk berbuat apa-apa, tunggu bantuan daripada orang ramai
dan pihak berkuasa;
x. Bagi kenderaan milik SPANCO, pemandu perlu memaklumkan kepada pihak
SPANCO untuk sebarang bantuan kerosakan, kemalangan atau perkhidmatan
tunda kenderaan; dan
xi. Manakala bagi kenderaan milik Kerajaan, kenderaan hendaklah dihantar ke
Jabatan Kerja Raya untuk dibuat penilaian dan tuntutan insurans (jika berkaitan)
serta untuk membaik pulih kenderaan.

48

panduan pengangkutan.indd 48

7/12/11 11:36:19 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

5.3 KEMALANGAN RINGAN


Kemalangan ringan merupakan kemalangan yang tidak melibatkan kos yang terlampau
tinggi bagi penyelenggaraan kenderaan tersebut. Berikut adalah langkah-langkah yang
perlu dilakukan oleh pemandu apabila terbabit dalam kemalangan kecil:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Alihkan kenderaan supaya tidak mengganggu laluan;


Jangan bertelagah dengan pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan
tersebut;
Laporkan kemalangan tersebut dibalai polis yang berhampiran dalam masa 24
jam;
Bagi kenderaan milik SPANCO, pemandu perlu memaklumkan kepada pihak
SPANCO untuk sebarang bantuan kerosakan, kemalangan atau perkhidmatan
tunda kenderaan; dan
Manakala bagi kenderaan milik Kerajaan, kenderaan hendaklah dihantar ke
Jabatan Kerja Raya untuk dibuat penilaian bagi tujuan tuntutan Insurans (jika
berkaitan) dan membaik pulih kenderaan.

49

panduan pengangkutan.indd 49

7/12/11 11:36:20 AM

Buku Panduan
5.4 BENCANA ALAM
Bencana alam seperti hujan lebat, banjir dan jerebu merupakan kecemasan yang tidak
dapat dijangka dan berada di luar kawalan manusia. Berikut adalah langkah-langkah
yang perlu dilakukan oleh pemandu apabila terbabit dalam situasi kecemasan:
5.4.1

Banjir
i. Jika jalan raya telah dipenuhi air, pemandu perlu berpatah balik
dan mencari laluan alternatif lain. Jangan ambil risiko meneruskan
pemanduan merentasi kawasan banjir yang mana anda tidak dapat
melihat tanah atau jalan di bawah air banjir tersebut;
ii. Jika terpaksa meredah banjir, keluar dari kenderaan dan pastikan paras
kedalaman air tidak melebihi bahagian bawah pintu kereta kerana boleh
mengakibatkan masalah pada enjin kereta. Air akan memercik masuk ke
dalam ruang enjin dan menyebabkan kenderaan anda berhenti secara
tiba-tiba;
iii. Teruskan pemanduan merentasi banjir dengan perlahan. Kekalkan
kenderaan pada gear rendah. Elakkan air dari memasuki ekzos; dan
iv. Jika terperangkap dalam air banjir yang dalam, dapatkan pertolongan
untuk menarik kenderaan anda keluar daripada lokasi. Jika tidak pasti
paras kedalaman air atau air mengalir deras, kekal berada dalam
kenderaan.

50

panduan pengangkutan.indd 50

7/12/11 11:36:21 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

5.4.2

Hujan
i. Pandu dengan perlahan kerana jarak penglihatan yang terhad serta jalan
yang licin;
ii. Pastikan wiper blade berfungsi dengan baik;
iii. Nyalakan lampu kecemasan; dan
iv. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang
diredah dengan melihat had tinggi tayar.

5.4.3

Jerebu
i. Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan terhad. Jika jarak
penglihatan turun dengan mendadak:
a) Pandu dengan perlahan; dan
b) Kekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan.
ii. Jangan berhenti di tepi jalan. Sekiranya tidak dapat meneruskan
perjalanan, berhenti di perhentian atau kawasan rehat yang
berhampiran;
iii. Berhati-hati ketika mengambil simpang atau memotong kenderaan.
Pasangkan lampu isyarat dan pastikan ia selamat sebelum masuk ke
simpang atau memotong kenderaan; dan
iv. Jika kenderaan rosak, berhenti di tempat yang tidak menghalang lalu
lintas. Hubungi pihak lebuh raya, polis atau SPANCO supaya kenderaan
dapat ditunda ke kawasan yang selamat dengan segera.

51

panduan pengangkutan.indd 51

7/12/11 11:36:21 AM

Buku Panduan
5.5 KEROSAKAN TEKNIKAL
Kerosakan teknikal terhadap kenderaan mungkin berlaku walaupun setelah kenderaan
diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Antaranya brek gagal berfungsi, pemecut
terlekat, tayar pecah, lampu hadapan kenderaan terpadam dan sebagainya. Berikut
adalah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pemandu sekiranya berhadapan
dengan situasi tersebut.

52

panduan pengangkutan.indd 52

7/12/11 11:36:25 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

5.5.1

KPT

BREK GAGAL BERFUNGSI


i. Jika pemandu memijak injap brek tetapi injap brek terus menyentuh
lantai, pamkan injap brek dengan segera bagi memulihkan tekanan
brek;
ii. Jika gagal, tarik brek tangan beransur-ansur dan tukar kepada gear
rendah untuk memperlahankan kenderaan;
iii. Jika brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau
kenderaan itu membahayakan penguna jalan raya yang lain, segera cari
objek untuk digesel seperti semak di tepi jalan, rel adang atau bahu jalan
untuk memperlahankan kenderaan; dan
iv. Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada pemandu lain
dan pejalan kaki.

5.5.2

KENDERAAN TERBABAS
i. Jika bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut
dengan segera dan pusingkan stereng mengikut arah belakang yang
terbabas itu; dan
ii Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

5.5.3

PEMECUT TERLEKAT (Pedal minyak)


i. Jika jalan raya selamat, cuba tarik injap pemecut yang terlekat dengan
kasut anda;
ii. Jika tidak boleh, matikan enjin dan gunakan brek untuk memberhentikan
kenderaan;
iii. Pegang stereng dengan kuat agar tidak terkunci semasa enjin
dimatikan;
iv. Berhenti segera di tempat yang selamat dan baiki injap pemecut yang
rosak; dan
v. Jika gagal, hubungi mekanik atau SPANCO .

53

panduan pengangkutan.indd 53

7/12/11 11:36:25 AM

5.5.4

Buku Panduan
BONET TERBUKA

i. Brek secara beransur-ansur;


ii. Lihat kiri dan kanan, setelah pasti tiada kenderaan pandu ke lorong
kecemasan atau bahu jalan; dan
iii. Tutup bonet dengan rapat.
5.5.5

TAYAR PECAH
i. Pegang stereng dengan kuat;
ii. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu
membelok ke kiri dan ke kanan. Oleh itu brek dengan perlahan-lahan
dan berhati-hati;
iii. Pandu ke lorong kecemasan atau bahu jalan dengan perlahan-lahan;
iv. Nyalakan lampu kecemasan dan letakkan segi tiga kecemasan atau
penanda seperti kon beberapa meter di belakang kenderaan; dan
v. Tukar tayar setelah pasti keadaan selamat.

5.5.6

LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM


i. Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan
pandu perlahan ke lorong kecemasan atau bahu jalan;
ii. Hentikan kenderaan dengan segera;
iii. Nyalakan lampu kecemasan; dan
iv. Dapatkan bantuan kecemasan.

5.5.7

KENDERAAN TERBAKAR
i.
ii.
iii.
iv.

Hentikan kenderaan di tempat yang selamat dengan segera.


Matikan enjin kenderaan dan arahkan penumpang keluar.
Gunakan alat pemadam kebakaran.
Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut
dengan segera dan minta bantuan pihak bomba.

54

panduan pengangkutan.indd 54

7/12/11 11:36:26 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

5.5.8

KPT

BERHENTI DI ATAS LEBUH RAYA DISEBABKAN


KEROSAKAN
i. Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat
kecemasan;
ii. Alihkan kenderaan ke lorong kecemasan atau bahu jalan (sekiranya
boleh);
iii. Jika kenderaan berhenti di selekoh, di puncak bukit atau kawasan
bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas;
iv. Letakkan segi tiga kecemasan atau penanda seperti kon beberapa
meter di belakang kenderaan; dan
v. Buka bonet dan dapatkan bantuan kecemasan.

5.5.9

CERMIN HADAPAN PECAH


i. Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat
yang selamat;
ii. Rentangkan kain atau item yang sesuai di atas papan pemuka dan
letakkan serpihan kaca atas kain atau item tersebut; dan
iii. Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera.

55

panduan pengangkutan.indd 55

7/12/11 11:36:27 AM

Buku Panduan
5.6 MASALAH KESIHATAN
5.6.1

Masalah kesihatan seperti serangan jantung ketika memandu amatlah


bahaya. Antara tanda-tanda serangan jantung ialah mengalami kesakitan
teruk di dada iaitu rasa seperti sebu dan pedih mencucuk sebelah kiri atau
tengah sedikit ke kiri dada. Selain itu, tangan menjadi kebas terutama pada
bahagian kiri dan peluh mengalir dengan banyaknya pada dahi dan kepala.

5.6.2

Jika berhadapan dengan masalah ini, pemandu perlu mengambil langkahlangkah seperti berikut:
a) Jangan panik dan berhentikan kenderaan di tempat yang selamat;
b) Tarik nafas sedalam-dalamnya dan sepanjang-panjangnya seperti
hendak mengeluarkan kahak;
c) Batuk berulang kali dengan kuat dan bersungguh-sungguh;
d) Tarikan nafas dan batuk perlu diulang-ulang tiap 2 saat tanpa henti
hingga bantuan tiba atau sehingga jantung kembali normal; dan
e) Setelah serangan jantung dapat diredakan, segera ke klinik atau hospital
berdekatan.

5.7 KENDERAAN HILANG/DIRAMPAS


Jika kenderaan didapati hilang atau tiada di tempat yang diletakkan, pemandu perlulah
mengambil langkah berikut:
5.7.1
5.7.2

Membuat laporan polis secepat mungkin.


Hubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan seterusnya.

Jika berlaku serangan mengejut oleh individu yang tidak dikenali ketika
memandu kenderaan, pemandu perlu mengambil langkah-langkah berikut:
i. Menolak pintu kereta dengan kuat. Tindakan ini mampu menjatuhkan
penyerang ke tanah;
ii. Jangan cuba ambil tindakan turun dan membelasah penyerang kerana
kemungkinan penyerang membawa bersama kawan-kawannya yang
lain;

56

panduan pengangkutan.indd 56

7/12/11 11:36:28 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

iii. Pandu kereta terus ke balai polis;


iv. Jika penyerang masuk ke dalam kenderaan dan mengacukan senjata
seperti pistol atau parang, jangan melawan sebaliknya mengikut sahaja
kehendaknya;
v. Cuba tarik perhatian pengguna jalan raya yang lain seperti memasang
lampu atau memasang lampu kecemasan;
vi. Jika mempunyai kesempatan untuk melarikan diri, dapatkan bantuan
daripada pihak polis untuk membantu; dan
vii. Jika kereta dilanggar daripada belakang oleh kenderaan lain, pastikan
anda berada di dalam kereta sehingga anda benar-benar yakin ianya
bukan cubaan merompak.

TALIAN BEBAS TOL SERVIS SPANCO


1-800-88-6999
PLUSLINE
1-800-88-0000
PLUS, ELITE & LINKedua
03-2692 0000
LITRAK (LDP & SPRINT)
03-7494 73333
POLIS/AMBULAN /BOMBA/PERTAHANAN AWAM
999

57

panduan pengangkutan.indd 57

7/12/11 11:36:29 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 58

7/12/11 11:36:29 AM

N
UA AN
D
AN H D
M
PE EMA IVE
RH FENS
E
B DE

panduan pengangkutan.indd 59

7/12/11 11:36:30 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 60

7/12/11 11:36:30 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PEMANDUAN BERHEMAH
PENDAHULUAN
1.

Pemanduan Berhemah ialah memandu dengan cara yang selamat iaitu cara
memandu untuk mencegah kemalangan daripada berlaku meskipun orang lain
kurang cermat memandu dan keadaan pemandu, jalan, lalulintas, cuaca, cahaya
dan kenderaan adalah tidak memuaskan.

2.

Pemanduan secara berhemah boleh mewujudkan pemanduan sempurna bagi


setiap perjalanan yang dapat dicapai jika pemandu-pemandu berupaya mengelak
daripada melakukan kesilapan iaitu TIDAK:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Terlibat dengan kemalangan;


Melakukan kesalahan lalulintas;
Menyalahgunakan komponen-komponen mekanikal kenderaan;
Melewatkan jadual perjalanan; dan
Menghilangkan sifat kesopanan.

ASAS-ASAS PERMOHONAN
i.

Pengetahuan mengenai undang-undang lalulintas pemanduan jalan raya dan


cara-cara memandu dengan betul dan selamat;

ii.

Kewaspadaan iaitu sentiasa berhati-hati terhadap faktor-faktor yang


mengakibatkan kemalangan setiap saat semasa memandu. Berwaspada semasa
memandu bermakna memberikan tumpuan yang penuh terhadap pemanduan
tanpa memikirkan perkara-perkara lain;

iii.

Jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku dengan melihat keadaan lalulintas
dan menentukan samada perkembangan tersebut boleh membahayakan ataupun
sebaliknya;
Contoh :
Apabila melihat binatang di hadapan, pemandu hendaklah bersedia dan menjangka
bahaya yang mungkin berlaku.

61

panduan pengangkutan.indd 61

7/12/11 11:36:31 AM

iv.

Buku Panduan

Pertimbangan iaitu mengenalpasti pilihan yang terdapat dalam sebarang keadaan


lalulintas dan membuat pilihan yang wajar secepat mungkin bagi mengelakkan
kemalangan;
Contoh :
- Memperlahankan kenderaan jika keadaan cuaca atau jalan adalah buruk.
- Tidak memandu kenderaan dengan terlalu jauh dalam keadaan kesibukan
lalulintas.
- Tidak memotong kenderaan di kawasan larangan.

v.

Kemahiran mengendali dan mengawal kenderaan seperti membelok, memotong,


mengundur dan meletak kenderaan dengan cara betul.

PRINSIP PEMANDUAN BERHEMAH


a)

Pemerhatian. Teknik Pemanduan Berhemah yang baik memerlukan tabiat


pemerhatian yang baik. Ini bermakna pemandu yang berhemah mengetahui di
mana dan bila hendak dilihat dan apakah yang hendak dilihat ketika memandu di
jalan raya. Pemerhatian meliputi:
i. Cermin hadapan dan lampu kenderaan mestilah bersih;
ii. Selalu periksa cermin pandang belakang;
iii. Perhatikan jalan di hadapan;
iv. Mata perlu awas selalu;
v. Perhatikan keadaan sekeliling sebelum memotong; dan
vi. Perhatikan isyarat pemandu lain yang kurang pengalaman atau kurang
berhati-hati.

b)

Komunikasi. Komunikasi bemaksud memahami apa yang hendak dilakukan


oleh pemandu lain serta pejalan kaki dan memastikan bahawa mereka memahami
apa yang ingin kita lakukan pada setiap ketika. Komunikasi meliputi :
i. Beri isyarat dengan sempurna setiap kali kita memotong, membelok atau
menukar lorong;
ii. Berhenti perlahan-lahan dan elakkan daripada berhenti dengan tiba-tiba;

62

panduan pengangkutan.indd 62

7/12/11 11:36:31 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

iii. Gunakan hon atau lampu jika perlu ketika memotong; dan
iv. Pasang lampu besar apabila keadaan cahaya tidak cerah.
c)

Kerjasama. Kerjasama melibatkan persefahaman dan tolak ansur di kalangan


pengguna jalan raya. Sebaik-baiknya, kerjasama melibatkan hubungan dua
pihak, tetapi jika bertujuan untuk mengelakkan kemalangan lebih baik anda
beralah. Kerjasama meliputi :
i. Perlahankan kenderaan supaya membolehkan kenderaan yang mengekori
memotong;
ii. Jangan berlumba dengan pemandu kenderaan yang memotong; dan
iii. Beri laluan kepada lalulintas dari hadapan sebelum membelok ke kanan.

d)

Pengendalian. Pengendalian meliputi:


i. Memandu kenderaan mengikut arah lorong yang betul; dan
ii. Merancang perjalanan supaya kereta tidak rosak di sepanjang perjalanan.
Pastikan laluan yang ingin diikuti dan peruntukan masa yang mencukupi untuk
sesuatu perjalanan.

63

panduan pengangkutan.indd 63

7/12/11 11:36:32 AM

Buku Panduan

PEMANDUAN SECARA DEFENSIVE / SELAMAT


Pengetahuan dan kemahiran adalah penting dalam pemanduan. Ini termasuklah mengetahui
ilmu-ilmu asas pemanduan dan undang-undang jalan raya. Ianya bertujuan untuk
mengurangkan risiko dan sentiasa pro aktif semasa memandu.
Panduan Pemanduan Secara Defensif
1.

Sebelum memulakan pemanduan


i. Periksa tekanan angin tayar;
ii. Periksa paras minyak enjin dan air sebelum memulakan perjalanan jauh; dan
iii. Memberi isyarat sebelum memasuki ke jalan raya dari bahu jalan.
2.

Elak dari kenderaan / situasi


i. Elakkan dari memandu secara bersebelahan dengan kenderaan besar kecuali
terpaksa. Pemandu kenderaan tersebut tidak dapat melihat anda. Kenderaan
besar yang sedang membelok akan menghalang laluan;
ii. Mengekalkan jarak;
a.
b.
c.

3 saat dibelakang kenderaan hadapan;


6 saat dalam keadaan hujan, kabus tebal dan keadaan cuaca; dan
Kebanyakan orang akan mengambil masa 1 saat sebelum bertindak di
dalam keadaan kecemasan.

iii. Elakkan dari memandu kenderaan yang rosak;


iv. Kenderaan yang tersasar tidak akan dapat dikawal laluannya; dan
v. Membrek disaat akhir dipersimpangan lampu isyarat perlu dielakkan.
3.

Tempat-tempat dilarang meletak kenderaan


i. Di persimpangan jalan;
ii. Di bahagian pejalan kaki;
iii. Di kawasan pembinaan;
iv. Dalam lingkungan 30 kaki dari mana-mana tanda jalan raya;
v. Dalam lingkungan 50 kaki dari mana-mana pili bomba;

64

panduan pengangkutan.indd 64

7/12/11 11:36:33 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

vi. Di atas jambatan terowong dan flyover;


vii. Di atas jalan bersebelahan kereta yang lain (double parking); dan
viii. Di tempat-tempat terdapat tanda-tanda tidak boleh meletak kenderaan.

65

panduan pengangkutan.indd 65

7/12/11 11:36:33 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 66

7/12/11 11:36:34 AM

A
AS
U
NK AL
A
T
A GUB
W
JA ENG
P

panduan pengangkutan.indd 67

7/12/11 11:36:34 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 68

7/12/11 11:36:35 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

JAWATANKUASA PENGGUBAL BUKU PANDUAN TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


PENAUNG
Y. Bhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor
Ketua Setiausaha
PENASIHAT
Y. Bhg. Datuk Haji Omar bin Abd. Rahman
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
PENYELARAS
Pn. Salmah binti Idris
Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
KETUA EDITOR
Pn. Hajah Habibah binti Jamlus
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
AHLI
En. Nyanasekaran A/L
Subramaniam
Jabatan Pengajian Tinggi

Cik Tamil Selvi A/P Virasinggam


Jabatan Pengajian Politeknik

En. Mohd Syukur bin


Haron
Jabatan Pengajian Tinggi

Cik Syafida binti Mazlan


Akademi Kepimpinan
Pengajian Tinggi
(AKEPT)

Pn. Amutha A/P Sundrai


Akademi Kepimpinan
Pengajian Tinggi
(AKEPT)

En. A. R. Asmi bin Ramli


Bahagian Khidmat
Pengurusan

Pn. Zainon bt Zakaria


Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti

Cik Puteri Hasnul Hidayah


binti Awalludin
Bahagian Khidmat Pengurusan

Cik Haidar Nor Madinah


binti Mahmud
Jabatan Pengajian Tinggi
(JPT)

69

panduan pengangkutan.indd 69

7/12/11 11:36:35 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 70

7/12/11 11:36:35 AM

NG
A
MB AFI
U
Y GR
N
E
P
IO
L
B
BI

panduan pengangkutan.indd 71

7/12/11 11:36:36 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 72

7/12/11 11:36:36 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

BIBLIOGRAFI
Buku Panduan Kod Keselamatan Pengangkutan Pelajar IPT
Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran Untuk Sektor
Pengangkutan, Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS), 2007
DOSH, Malaysia 2010, Occupational Safety And Health Industry
Code Of Practice For Road Transport Activities 2010
PLUS, 2008, Selamat Di Jalan, A Guide To Safe Driving,
The Otomatif College Sdn. Bhd. C.T. Book Makers Sdn. Bhd.
Unilever (Malaysia), (Undated), Safe Travel Booklet,
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

73

panduan pengangkutan.indd 73

7/12/11 11:36:37 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 74

7/12/11 11:36:37 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

Catatan

75

panduan pengangkutan.indd 75

7/12/11 11:36:37 AM

Buku Panduan
Catatan

76

panduan pengangkutan.indd 76

7/12/11 11:36:38 AM

Anda mungkin juga menyukai