Anda di halaman 1dari 17

Muka depan

Isi kandungan

penghargaan

pendahuluan

TUGASAN 1: UJIAN PENDENGARAN


Maklumat Responden
Aspek
Jantina
Umur
Kesihatan Responden

:
:
:

Keterangan
Perempuan
22 tahun
Responden mengalami

Kesihatan Telinga

dilakukan.
Dinding salur telinga kiri (bahagian bawah) mengalami
luka

dan

terdapat

selsema

kesan

pada

kemerahan.

hari

ujian

Responden

menyatakan beliau akan sakit telinga semasa mencuci


Kesihatan Hidung
Kesihatan Tekak
Sejarah Kelahiran
Latar Belakang Keluarga

telinga.
Responden mengalami hidung tersumbat kerana beliau

:
:

sedang selsema ketika ujian dilakukan.


Berkeadaan baik dan tidak mengalami batuk.
Responden menyatakan bahawa tiada masalah kesihatan

ketika kelahiran.
Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah
pendengaran.

Ujian Pendengaran Pemeriksaan Keadaan Telinga Luar


Ujian pendengaran dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan telinga responden.
Ujian ini dimulakan dengan memeriksa salur telinga beliau. Untuk melaksanakan ujian ini,
satu alatan khas telah digunakan. Alatan tersebut adalah alat otoskop.

Rajah 1 Otoskop

Rajah 2 Otoskop dan

tempat simpanan
Otoskop adalah alat perubatan yang digunakan untuk melihat ke dalam telinga. Alat ini
digunakan oleh doktor dan juga pakar telinga untuk mengetahui keadaan di dalam salur
telinga (telinga luar) pesakit. Melalui otoskop, doktor akan dapat melihat keadaan telinga
luar sehingga gegendang telinga (membran timpanik) iaitu kawasan telinga tengah.
Sebelum memulakan ujian, telinga responden diukur pada bahagian luar dengan
menggunakan spekula bagi menentukan saiz spekula yang sesuai dengan telinga
responden. Penggunaan saiz spekula yang sesuai adalah penting bagi memastikan panjang
spekula dapat membantu untuk melihat telinga luar dan telinga tengah respoenden. Panjang
spekula juga perlu sesuai agar spekula tidak mencederakan salur telinga beliau.

Rajah 3 Spekula telinga

Cara memeriksa
dan memegang

Gegendang
telinga
Salur telinga

Otoskop

Rajah 4 Cara penggunaan otoskop

Pemeriksaan telinga telah dilakukan terhadap telinga kiri dan kanan responden dengan
menggunakan otoskop.

Rajah 5 Cuping telinga responden

Didapati bahawa cuping telinga pesakit pada kedua-dua belah adalah berkeadaan baik.
Cuping telinga responden pada kedua-dua belah juga terbentuk dengan sempurna.
Pemeriksaan telinga dimulakan dengan telinga kiri terlebih dahulu didikuti telinga kanan.
Sewaktu pemeriksaan telinga dijalankan, didapati bahawa salur telinga responden
mengalami luka kecil kerana terdapat kesan luka berwarna merah pada dinding salur telinga
beliau. Kesan luka itu terdapat pada sebelah bawah dinding salur telinga tersebut.
responden menyatakan bahawa sewaktu beliau mencuci telinga dengan menggunakan
cotton bud, beliau akan merasa sakit sekiranya cotton bud dihalakan pada dinding bawah
salur telinga. Luka ini berkemungkinan terjadi semasa mencuci telinga. Responden juga

menyatakan bahawa beliau mencuci telinga pada setiap hari. Kekerapan mencuci telinga
juga mungkin menjadi faktor utama kecederaan pada salur telinga. Di samping itu juga, cara
mencuci telinga sama ada secara kasar juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan berlakunya kecederaan pada telinga.

Rajah 7 Kesan luka pada dinding salur telinga kiri

Sewaktu pemeriksaan telinga dijalankan, turut didapati bahawa salur telinga responden
adalah agak panjang kerana masa yang agak lama diambil untuk mengenalpasti gegendang
telinga. Di salur telinga responden juga didapati mempunyai bulu telinga yang banyak.
Gegendang telinga responden didapati berada dalam keadaan sihat kerana gegendang
tersebut berwarna putih seakan mutiara serta bersinar dan memantulkan balik cahaya
daripada lampu otoskop itu.

Rajah 8 Gegendang telinga yang berwarna putih bersinar seakan-akan mutiara (shiny white pearl)

Bulu
telinga
Arah pergerakan bunyi

Luka pada dinding


salur telinga

Gegendan
g telinga

Rajah 9 Ilustrasi salur telinga kiri

Sewaktu memeriksa salur telinga kanan, didapati salur telinga beliau berada di
dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan pada dinding salur telinga. Di salur telinga kanan
turut terdapat bulu telinga yang banyak dan halus. Gegendang telinga pada telinga kanan
mudah dikesan dan ianya berwarna putih seakan mutiara serta memantulkan cahaya
daripada otoskop.

Rajah 10 Gegendang telinga kanan yang bersinar putih seakan-akan mutiara (shiny-white pearl)

Bulu
telinga
Arah pergerakan bunyi

Gegendan
g telinga

Rajah 11 Ilustrasi salur telinga kanan

Ujian Pendengaran - Pemeriksaan Tahap Pendengaran


Pemeriksaan tahap pendengaran adalah penting dilakukan untuk menentukan jenis
dan tahap kepekakan seseorang. Pemeriksaan atau ujian ini dilakukan untuk menilai fungsi
keseluruhan pendengaran individu serta untuk mengesan sebarang masalah pendengaran
dan kerosakan yang mungkin berlaku pada bahagian dalam telinga individu. Terdapat
beberapa jenis ujian pendengaran yang dijalankan untuk menentukan tahap pendengaran
individu, antaranya adalah :
1. Ujian audiometri nada tulen (Pure-tune Audiometry)
2. Ujian audiometri konduksi udara (Air-conduction Audiometry)
3. Ujian audiometri konduksi tulang (Bone-conduction Audiometry)
4. Ujian audiometri impedens (Impedance Audiometry)
5. Play Audiometry
6. Evoked Respone Audiometry (ERA)
7. Tympanometry
8. Acoustic Reflex Testing
9. Otoacoutic Emission (OAE)
10. Behavioral Observation Audiometry (BOA)
11. Audotory Brainstem Respone (ABR)
12. Visual Reinforcement Audiometry (VRA)
13. Auditory Steady-State Responses (ASSR)
Ujian audiometri nada tulen telah digunakan untuk menguji tahap pendengaran
responden pada kali ini dan diuji dengan menggunakan berbagai jenis frekuensi. Ujian ini
dilakukan dengan menggunakan audiometer. Audiometer adalah merupakan satu instrument
elektronik dan mempunyai beberapa butang untuk memudahkan pemilihan frekuensi nada
yang diperlukan. Frekuensi yang digunakan adalah 125Hz (paling rendah) sehingga 8000Hz
(paling tinggi). Untuk menyalurkan tenaga bunyi yang dihasilkan oleh audiometer ke dalam
salur telinga dengan baik, fon telinga telah digunakan. Fon telinga ini juga bertindak sebagai
penghalang bunyi-bunyi yang tidak diperlukan memasuki salur telinga responden. Sekiranya
responden menggunakan fon telinga yang tidak sesuai dengan saiz telinga beliau,
berkemungkinan keputusan daripada ujian audiometri ini akan menghasilkan ralat dari
segikejituan tahap pendengaran beliau. Responden dipakaikan fon telinga yang berbeza
warnanya. Fon telinga untuk telinga kanan adalah berwarna merah dan fon telinga kiri
adalah berwarna biru.

Rajah 12 Audiometer

Rajah 13 Fon kepala

Bacaan yang diperolehi daripada audiometer dipindahkan ke audiogram. Audiogram


adalah catatan grafik (graf) hasil daripada bacaan nilai frekuensi dan desible yang diberikan
kepada responden melalui audiometer. Graf audiogram ini mempunyai dua paksi, iaitu paksi
Y yang mewakili desible (dB) dan paksi X yang mewakili frekuensi (Hz). Bacaan bagi keduadua belah telinga ditanda di atas paksi graf yang sama. Sehubungan itu, untuk
memudahkan bacaan keputusan ujian, bacaan daripada telinga kanan ditanda dengan
bulatan menggunakan pen bewarna merah dan tanda pangkah dengan menggunakan pen
bewarna biru untuk bacaan telinga kiri. Dengan adanya audiogram, tahap pendengaran
seseorang dapat ditentukan dengan lebih mudah dan tepat.

Rajah 14 Contoh audiogram

Rajah 15 Klasifikasi tahap pendengaran audiogram

Berdasarkan rajah di atas, tahap pendengaran terbahagi kepada tiga bahagian.


Bahagian pertama, suara lembut yang merangkumi intensiti di antara -10dB sehingga 35dB.
intensiti bunyi pada tahap bahagian pertama ini adalah di kawasan yang kurang bunyi dan
sunyi. Bahagian kedua pula adalah suara sedang yang merangkumi 40dB hingga 70dB.
Intensiti ini berada dalam kawasan yang yang mempunyai ramai orang dan bunyi yang
banyak seperti di pejabat atau jalan raya. Bahagian terakhir pula mempunyai intensiti bunyi
sebanyak 70dB sehingga 120 dB. Digambarkan bahawa tempat-tempat yang mempunyai
intensiti ini adalah seperti kawasan pembinaan dan juga di kawasan sekitar kawasan kilang.

Rajah 16 Klafikasi frekuensi audiogram

Rajah 16 menunjukkan klafikasi frekuensi pada audiogram. Frekuensi tersebut


terbahagi kepada dua bahagian iaitu frekuensi rendah dan frekuensi tinggi. Pada bahagian
frekuensi ini, nada bunyi yang dihasilkan adalah kasar dan agak perlahan.nada bunyi yang
terhasil adalah bermula pada frekuensi 0Hz sehingga 1500Hz. Bahagian kedua pula iaitu
frekuensi tinggi yang bermula pada 1501Hz sehingga 8000Hz. Bunyi yang dihasilkan pada
tahap frekuensi tinggi ini adalah nyaring dah kuat.

Tahap Pendengaran

Julat dB

Normal

Bawah 20

Ringan

20-45

Sederhana

46-70

Teruk

71-90

Sangat teruk

91 dan ke atas

Jadual 1 Ukuran kehilangan pendengaran

Dengan merujuk kepada jadual dalam Jadual 1, terdapat 5 tahap pendengaran yang
dikelaskan mengikut desibel pendengaran. Pada tahap pendengaran normal, individu boleh
mendengar semua jenis bunyi. Pada tahap pendengaran ringan pula, individu mempunyai
kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan atau terlalu jauh. Pada peringkat tahap
kehilangan pendengaran sederhana, individu didapati hanya mampu untuk mendengar
bunyi yang terhasil dalam lingkungan 1 meter hingga 1.5 meter sahaja. Selain itu, suara
yang kuat perlu digunakan apabila bercakap dengan individu yang tergolong dalam
kumpulna ini. Pada tahap kehilangan pendengaran teruk pula, individu tidak boleh
mendengar pertuturan yang normal kerana mereka hanya boleh mendengar bunyi yang kuat
sahaja. Malah, mereka turut menmpunyai masalah pertuturan yang teruk. Bagi tahap
kehilangan pendengaran yang sangat teruk pula, individu sukar untuk mendengar bunyi
walaupun bunyi yang kuat serta menghadapi masalah pertuturan dan sukar untuk
berinteraksi secara lisan.
Menerusi ujian tahap pedengaran yang dikenakan kepada responden, rajah dan
jadual berikut merupakan keputusan kepada ujian yang telah dijalankan.

Rajah 17 Keputusan ujian tahap pendengaran

Frekuensi (Hz)
125
250
500
750
1000
1500
2000
3000
4000
6000
8000

Intensiti bunyi (dB)


40
45
40
35
45
35
35
30
25
15
0

Jadual 2 Keputusan ujian audiometri telinga kanan.

Frekuensi (Hz)
125
250
500
750
1000
1500
2000
3000
4000
6000
8000

Intensiti bunyi (dB)


35
45
40
40
45
35
30
30
35
5
5

Jadual 3 Keputusan ujian audiometri telinga kiri.

Berdasarkan Jadual 2, responden banyak memberi respon pada tahap bunyi yang
sederhana (rujuk Rajah 15). Pada frekuensi 125Hz sehingga 2000Hz, bacaan intensiti bunyi
yang ditunjukkan adalah di antara 35dB hingga 45dB. Pada tahap ini, frekuensi yang

digunakan adalah tahap frekuensi rendah (rujuk Rajah 16). Ujian diteruskan lagi dengan
menggunakan frekuensi yang lebih tinggi (rujuk Rajah 16) iaitu 3000Hz sehingga 8000Hz.
Pada tahap frekuensi ini, responden mula memberikan respon pada tahap bunyi lembut
(rujuk Rajah 15). Bacaan intensiti bunyi yang ditunjukkan menerusi audiogram adalah di
antara 30dB sehingga 0dB. Jadual 3 pula menunjukkan keputusan ujian audiometri telinga
kiri. Berdasarkan jadual tersebut, didapati ketika frekuensi rendah (125Hz hingga 1500Hz)
dikenakan kepada pendengaran responden, respon terhadap intensiti bunyi yang diberikan
adalah di antara 35dB hingga 45dB. Pada frekuensi yang lebih tinggi pula, iaitu 2000Hz
hingga 8000Hz dikenakan pula, responden memberi respon terhadap intensiti bunyi di
antara 5dB hingga 30dB.
Respon terhadap intensiti bunyi adalah berbeza-beza mengikut frekuensi yang
dikenakan terhadap pendengaran responden. Secara teorinya, semakin tinggi frekuensi,
responden akan memberikan respon pada tahap intensiti bunyi yang rendah. Namun,
apabila dilihat pada keputusan ujian audiogram telinga kiri responden iaitu pada frekuensi
sebanyak 4000Hz dikenakan, respon yang diberikan terhadap intensiti bunyi adalah 35dB.
Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan kepada situasi ini. Salah satu daripadanya adalah
lokasi ujian dijalankan. Ujian audiogram ini telah dijalankan di Bilik Kemahiran Hidup, Blok
Pendidikan Khas, IPGK Ilmu Khas. Blok ini adalah berada berhampiran dengan jalanraya
dan juga berdekatan dengan hospital. Semasa menjalankan ujian ini, keadaan lalu lintas di
jalanraya berhampiran adalah agak lengang, namun masih mempunyai kenderaan yang
melalui kawasan tersebut.
Selain itu, semasa ujian ini dijalankan responden mengalami masalah kesihatan.
Responden mengalami hidung tersumbat kerana selsema. Apabila seseorang mengalami
selsema, tahap pendengaran seseorang akan berkurang. Jadi, semasa ujian ini dijalankan,
tahap pendengaran responden menurun dan akibatnya, beliau tidak dapat mendengar
dengan jelas. Sehubungan itu, keputusan terhadap intensiti bunyi ketika 4000Hz dikenakan
adalah lebih tinggi daripada frekuensi yang lebih rendah, iaitu 35dB. Malah, faktor
pemakaian tudung semasa ujian dijalankan adalah mempengaruhi keputusan yang
ditunjukkan. Seandainya responden menjalankan ujian mengikut prosedur yang disarankan,
iaitu tidak memakai apa-apa yang menghalang bunyi daripada memasuki salur telinga ketika
ujian dijalankan, keputusan ujian pada kedua-dua telinga akan lebih tepat. Namun, semasa
ujian dijalankan, responden memakai tudung. Jadi, telinga beliau dilitupi tudung dan anak
tudung. Perkara ini menyebabkan bunyi terhalang untuk memasuki salur telinga secara
100%. Oleh sebab tiu, keputusan bacaan audiogram adalah tinggi daripada yang
sepautunya diperoleh sekiranya ujian dilakukan terhadap individu yang mempunyai tahap
pendengaran normal.

Sebagai langkah untuk mendapatkan bacaan audiometer yang lebih tepat, beberapa
langkah perlu diambil. Pertama, tempat ujian dijalankan haruslah tertutup dan jauh daripada
sumber bunyi. Hal ini adalah kerana, bunyi yang terhasil daripada persekitaran akan
mengganggu fokus responden serta mengelirukan responden. Sekiranya ujian dilakuakan
terhadap responden perempuan Muslim yang bertudung, bilik bertutup juga amat
diperlukan. Hal ini adalah kerana, beliau perlu menanggalkan tudung ketika ujian dijalankan
bagi memastikan tiada halangan yang menghalang bunyi daripada terus sampai ke
gegendang telinga. Fabrik tudung akan menyerap bunyi dan menyebabkan nada bunyi yang
memasuki salur telinga akan berkurangan. Oleh itu, respon yang diperolehi adalah kurang
tepat dan tidak selari dengan tahap pendengaran responden yang sebenar.
Selain itu, penggunaan fon telinga yang bersesuaian dengan telinga responden juga
merupakan salah satu faktor dalam menentukan kejituan keputusan yang diperolehi.
Sekiranya fon telinga terlalu kecil atau terlalu besar dengan responden, bunyi daripada luar
akan mudah memasuki ruang salur telinga. Perkara ini menyebabkan responden tidak dapat
mengelaskan bunyi yang terhasil daripada alat audiometer tersebut. selain itu, penguji juga
perlu memastikan bahawa fon telinga yang digunakan adalah tidak rosak kerana bunyi
daripada audiometer perlu didengari oleh responden untuk membolehkan beliau memberi
respon ketika mendengar bunyi yang terhasil.

Anda mungkin juga menyukai