Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

C3009/1/1

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengetahui bidang mekanik tanah dan


proses-proses pembentukan tanah dengan lebih jelas.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

1. mendefinisikan tanah mengikut bidang kejuruteraan awam dengan jelas


2. melakarkan gambarajah kitaran proses batuan dengan tepat.
3. menerangkan proses-proses pembentukan tanah mengikut jenis batuan
dengan jelas.
4. memberikan dua (2) contoh batu mengikut jenis yang terdapat di
Malaysia dengan tepat.
5. menerangkan proses pembentukan tanah organik, tanah baki dan tanah
terangkut dengan jelas.

PENGENALAN

1.0

C3009/1/2

Pengenalan

Kejuruteraan geoteknik merupakan salah satu disiplin kejuruteraan awam yang


terlibat dengan bahan-bahan semulajadi yang terdapat pada atau berhampiran
dengan permukaan bumi. Ia termasuk penggunaan prinsip-prinsip mekanik tanah
dan mekanik batuan bagi tujuan mereka bentuk asas, struktur tembok penahan
dan kekuatan galas tanah.

Mekanik tanah ialah satu cabang ilmu sains yang mengkaji sifat-sifat fizikal tanah
dan kelakuan jisim tanah apabila terdapat daya yang bertindak ke atasnya. Oleh
itu, mekanik tanah merupakan satu bidang yang penting diperlukan untuk
menganalisis kejuruteraan tapak, rekabentuk tembok penahan, lapisan subgred
jalan, landasan lapangan terbang, terowong dan lain -lain.

Dari segi kejuruteraan awam, tanah ditakrifkan sebagai bahan mineral yang
mempunyai ikatan zarah-zarahnya lemah atau tidak terikat. Ia terbentuk dari
hasil luluhawa batuan, dan di antara zarah-zarah tersebut terdapat lompang yang
terdiri daripada air dan udara.

Tanah amat penting dalam semua projek pembinaan.

Ia berperanan sebagai

penyokong beban kepada semua struktur yang dibina di atasnya.

Oleh itu,

jurutera awam mesti mengkaji sifat-sifat tanah seperti jenis tanah, agihan saiz
zarah, kebolehtelapan, kebolehmampatan, kekuatan ricih dan kapasiti beban galas
tanah.

PENGENALAN

1.1

C3009/1/3

Proses Pembentukan Batuan

Batuan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu batuan igneus, batuan endapan
dan batuan metamorfisis. Kitaran batuan bagi setiap unsur batuan adalah seperti
rajah 1.1.

Batuan
Endapan

Proses
Metamorfisis

Proses
Pemadatan
Pelekatan
Penghabluran

Tanah/batu
Longgar

Proses Pemindahan, Hakisan


Luluhawa

Proses
Pemindahan
Hakisan
Luluhawa

Proses Metamorfisis
Batuan
Metamorfisis

Batuan
Igneus
Proses Pemindahan, Hakisan
Luluhawa

Magma
Proses
Pencairan

Proses
Pembekuan
Rajah 1.1 : Kitaran Batuan

PENGENALAN

C3009/1/4

1.1.1 Batu Igneus

Batuan igneus merupakan batuan yang terbentuk sama ada pada permukaan bumi
ataupun di bawah permukaan bumi melalui penyejukan magma yang melimpah
keluar atau terperangkap di bawah kerak bumi. Batuan Igneus yang terbentuk
pada permukaan bumi disebut batuan igneus ekstrusif. Manakala batuan yang
terbentuk di bawah permukaan bumi disebut batuan igneus intrusif atau batuan
plutonik. Terdapat dua jenis pembekuan magma yang membentuk batuan igneus
iaitu granitik (asid) dan basaltik (bes).

Granitik membentuk batuan plutonik

(seperti granite dan rhyolite) dan basaltik membentuk batuan volkanik (seperti
basalt dan gabbro).

Beberapa contoh batuan igneus yang terdapat di Malaysia

seperti granite (Tampin, N.S. dan Kuala Lumpur), rhyolite (Lanchang, Pahang),
basalt (Segamat, Johor dan Kuantan, Pahang) dan gabbro (Wakaf Tapai,
Terengganu).

1.1.2 Batuan Endapan

Batuan endapan terbentuk apabila sebarang jenis batuan yang telah mengalami
penguraian oleh ejen luluhawa, kemudian diangkut dan diendap semula menjadi
padat serta tersimen kukuh hingga menjadi jenis batuan yang baru.

Biasanya

agen penyimin ini terdiri daripada besi oksida, kalsit, dolomit dan kuartz. Batuan
yang terbentuk oleh kesan agen-agen ini dikenali sebagai batuan endapan detrital.
Contoh-contoh batuan endapan detrital ini seperti batu konglomerate, bressia, batu
pasir, batu lumpur dan batu syal.

Batuan endapan ju ga boleh terbentuk oleh proses kimia.

Batuan jenis ini

diklasifikasikan sebagai batuan endapan kimia. Contoh-contoh batuan ini seperti


batu kapur (limestone), kapur (chalk), dolomit, gypsum dan anhidrit. Batu kapur
sebahagiannya mengandungi kalsium karbonat yang berasal dari endapan kalsit
yang diperolehi sama ada dari organisma atau proses bahan bukan organik.
Dolomit pula terdiri daripada kalsium magnesium karbonat [CaMg(CO3)]. Ia

PENGENALAN

C3009/1/5

dibentuk sama ada oleh endapan kimia bercampuran karbonat atau oleh
tindakbalas magnesium dalam air dengan batu kapur.

Manakala gypsum dan

anhidirt pula hasil dari mendakan larutan kalsium Sulfat (CaSO 4 ) disebabkan oleh
penyejatan air laut.

Beberapa contoh batuan endapan yang terdapat di Malaysia seperti batu pasir
(terdapat di Panti, Johor), syal (terdapat di Batu Arang, Selangor), batu lumpur
(terdapat di Kg. Laloh, Kelantan) dan batu kapur (terdapat di Langkawi, Kedah).

1.1.3 Batuan Metamorfisis

Metamorfisma merupakan proses penukaran komposisi dan tekstur batuan oleh


haba dan tekanan. Batuan metamorfisis terbentuk daripada batuan igneus atau
batuan endapan yang telah mengalami metamorfisma sama ada tindakan haba
tinggi atau gabungan haba dan tekanan tinggi dan menyebabkan komposisi dan
tekstur batuan tesebut menghablur semula serta mengubahkannya menjadi batuan
yang baru. Contoh-contoh batuan metamorfisis seperti gneisses, slates, phyllites,
schist, marmar dan quartzit.

Gneisses berasal dari granit, diorit dan gabbro melalui kesan metamorfisma gred
tinggi. Syal dan batu lumpur berubah menjadi slates dan phyllites melalui kesan
metamorfisma gred rendah.
proses penghabluran semula.

Marmar dibentuk dari kalsit dan dolomit melalui


Kuartzit merupakan batuan metamorfisis yang

terbentuk dari quartz dan batu pasir di mana silika masuk ke dalam ruang lompang
di antara kuartz dan butiran pasir dimana ia bertindak sebagai agen penyimin
(cementing agent) dan seterusnya membentuk kuartzit. Kuartzit merupakan salah
satu jenis batu yang paling keras.

Beberapa contoh batuan metamorfisis di Malaysia seperti slates (Sg. Aring,


Kelantan), phyllite (Lebuhraya Timur-Barat), schist (Mersing, Johor), marmar
(Langkawi, Kedah) dan kuartzit (Genting Sempah, Selangor).

PENGENALAN

C3009/1/6

Soalan 1
Lakaran gambarajah kitaran proses pembentukan batuan.

Soalan 2
Terangkan proses-proses pembentukan batuan berikut dan berikan contohcontoh batu yang terdapat di Malaysia bagi setiap jenis batuan tersebut .
(a)

Batuan Igneus

(b)

Batuan Endapan

(c)

Batuan Metamorfisis

PENGENALAN

Jawapan 1
Rujuk kepada rajah 1.1 : Kitaran Batuan.

Jawapan 2
Rujuk kepada bahagian 1.1.1, 1.1.2 dan 1.1.3

C3009/1/7

PENGENALAN

1.2

C3009/1/8

Proses Pembentukan Tanah

Tanah terbentuk dari hasil luluhawa batuan sama ada secara fizikal atau kimia.
Luluhawa fizikal menyebabkan penyepaian batuan kepada saiz zarah yang lebih
kecil. Agen-agen luluhawa fizikal termasuklah tindakan fros, perubahan suhu,
hakisan dan aktiviti tumbuhan, haiwan dan manusia.

Luluhawa kimia

menyebabkan penguraian bahan-bahan mineral di dalam batuan secara


pengoksidaan,

penurunan,

pengkarbonan

dan

proses-proses

kimia

lain.

Berdasarkan proses-proses luluhawa batuan ini tanah dibahagikan kepada tiga


jenis iaitu tanah organik, tanah baki dan tanah terangkut.

1.2.1 Tanah Organik

Tanah organik merupakan tanah lapisan atas yang terdapat pada permukaan bumi.
Ia mengandungi bahan-bahan organik dan ketebalan tanah ini biasanya tidak
melebihi 500 mm. Tanah ini hendaklah disingkirkan terlebih dahulu sebelum
sebarang projek pembinaan dijalankan. Walau bagaimana pun tanah organik ini
amat penting untuk pertanian. Contoh tanah organik ialah tanah gambut.

PENGENALAN

C3009/1/9

1.2.2 Tanah Baki

Tanah baki terbentuk melalui proses luluhawa apabila batuan asal mengalami
tindakan mekanikal dan kimia dan tanah tersebut kurang berupaya untuk bergerak.
Ia terjadi apabila kadar luluhawa melebihi kadar di mana tanah tersebut diangkut
oleh agen-agen hakisan. Sekiranya batuan asal merupakan batuan igneus dan
metamorfisis, maka julat saiz tanah yang terhasil ialah dari kelodak hingga kerikil.
Laterit pula terbentuk daripada batu kapur yang mengalami tindakan air hujan
yang menguraikan bahan batuan yang boleh larut dan meninggalkan hidroksida
besi dan hidroksida aluminium yang tidak larut.

1.2.3 Tanah Terangkut

Tanah jenis ini merupakan tanah yang diangkut oleh agen hakisan sama ada air,
angin, glasier atau graviti.

Tanah yang diangkut oleh air akan menghasilkan

kerikil, pasir, kelodak dan tanah liat. Apabila halaju air sungai berkurangan,
zarah-zarah tanah yang dibawa air akan mendap.

Mendapan tersebut akan

dimulai oleh zarah-zarah tanah yang lebih besar dan berat. Oleh itu kerikil dan
pasir biasanya terdapat di bahagian hulu sungai, manakala kelodak dan tanah liat
terdapat di bahagian hilir sungai. Tanah yang dipindahkan oleh graviti merupakan
tanah runtuh, batu runtuh dan aliran lumpur. Tanah loes pula adalah tanah yang di
pindahkan oleh angin.

PENGENALAN

C3009/1/10

Soalan 1
Terangkan secara ringkas proses pembentukan tanah.

Soalan 2
Terang secara ringkas berkenaan dengan tanah-tanah berikut :
(a)

Tanah organik

(b)

Tanah baki

(c)

Tanah terangkut

PENGENALAN

C3009/1/11

Jawapan 1
Tanah terbentuk dari hasil luluhawa batuan sama ada secara fizikal atau kimia.
Luluhawa fizikal menyebabkan penyepaian batuan kepada saiz zarah yang lebih
kecil. Agen-agen luluhawa fizikal termasuklah tindakan fros, perubahan suhu,
hakisan dan aktiviti tumbuhan, haiwan dan manusia.

Luluhawa kimia

menyebabkan penguraian bahan-bahan mineral di dalam batuan secara


pengoksidaan, penurunan, pengkarbonan dan proses-proses kimia lain.
Berdasarkan proses-proses luluhawa batuan ini tanah dibahagikan kepada tiga
jenis iaitu tanah organik, tanah baki dan tanah terangkut.

Jawapan 2
Rujuk kepada bahagian 1.2.1, 1.2.2 dan 1.2.3.

PENGENALAN

C3009/1/12

Ujikan kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab
soalan-soalan berikut.

Soalan 1
Berikan takrifan tanah menurut istilah kejuruteraan awam

Soalan 2
Dengan bantuan lakaran gambarajah, terangkan proses pembentukan batuan

Soalan 3
Nyatakan tiga jenis batuan dan terangkan bagaimana ia terbentuk serta berikan
contoh-contoh batu yang terdapat di Malaysia bagi setiap jenis batuan tersebut

Soalan 4
Terangkan bagaimana proses kejadian pembentukan tanah .

Soalan 5
Tuliskan nota ringkas berkenaan kejadian pembentukan tanah-tanah berikut:
(a)

Tanah Organik

(b)

Tanah Baki

(c)

Tanah terangkut

Bandingkan jawapan anda dengan pensyarah anda. Jika sama, anda boleh
meneruskan unit berikutnya.
Selamat Maju Jaya.!!

PENGENALAN

C3009/1/13

Jawapan 1
Takrifan tanah menurut istilah kejuruteraan awam ialah bahan mineral yang
mempunyai ikatan-ikatan zarahnya lemah dan tidak terikat. Ia terbentuk dari
proses hasil luluhawa batuan, dan di antara

zarah-zarah tersebut terdapat

lompang yang terdiri daripada air dan udara.

Jawapan 2
Rujuk bahagian 1.1 dan rajah 1.1

Jawapan 3
a. Batu igneus -

Terbentuk melalui proses penyejukan magma

yang melimpah keluar atau yang terperangkap di bawah kerak


bumi.

Contoh batuan igneus yang terdapat di Malaysia ialah

granite, rhyolite, basalt dan gabbro.


b. Batu endapan - terbentuk apabila sebarang jenis batuan yang
telah mengalami penguraian oleh ejen luluhawan , kemudian
diangkut dan diendap semula menjadi padat serta tersimen
kukuh hingga menjadi

jenis batuan baru.

Contoh batuan

endapan yang terdapat di Malaysia ialah batu pasir,batu


syal,batu lumpur dan batu kapur.
c. Batu metamorfisis terbentuk daripada batua igneus atau batu
endapan yang telah mengalami metamorfisma sama ada melalui
tindakan haba dan tekanan tinggi yang menyebabkan komposisi
dan tekstur batuan tersebut menghablur semula. Contoh batuan
jenis ini yang terdapat di Malaysia ialah slates, phyllite,schist
dan marmar.

PENGENALAN

C3009/1/14

Jawapan 4

Tanah terbentuk dari hasil luluhawa batuan sama ada secar fizikal atau kimia.
Luluhawa fizikal menyebabkan penyepaian batuan kepada saiz zarah yang lebih
kecil manakala luluhawa kimia akan menyebabkan penguraian bahan-bahan
mineral di dalam batuan secara pengoksidaan, penurunan dan sebagainya.

Jawapan 5

a. Tanah organik - tanah yang berada di atas permukaan bumi

yang

mengandungi bahan-bahan organik. Tanah ini perlu dibuang terlebih dahulu


sebelum sebarang pembangunan di lakukan ke atasnya. Contoh tanah jenis ini
ialah tanah gambut.

b. Tanah baki batuan asal yang tidak dapat bergerak apabila tindakan
luluhawa terjadi ke atasnya akibat dari saiznya yang besar . Ini terjadi apabila
kadar luluhawa melebihi kadar tersebut di angkut oleh agen-agen hakisan.
dengan .

c. Tanah terangkut merupakan tanah yang diangkut oleh agen hakisan sama
ada air, angin, glasier atau graviti. Tanah yang diangkut oleh air akan
menghasilkan kerikil, pasir, kelodak dan tanah liat. Tanah yang dipindahkan
oleh graviti merupakan tanah runtuh, batu runtuh dan aliran lumpur.

Anda mungkin juga menyukai