Anda di halaman 1dari 3

6.

0 Refleksi Sorotan Literatur


Situasi yang berlaku dalam bilik darjah adalah etos dan persekitaran sosial yang telah
dicipta oleh guru. Keadaan ini menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan
tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran seperti di bawah :
Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai
pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah untuk mengruskan bilik darjah. Ini kerana
hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan suasana
pembelajaran yang menarik

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian, kefahaman dan
kemahiran proses sains iaitu kemahiran mengelas murid terhadap isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah
hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara
bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di
sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, pengkaji hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar dan buku teks sebagai bahan bantu mengajar.
Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai
pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.
Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi
pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara
maksimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian
murid terhadap isi pelajaran tersebut.
Dengan itu, pengkaji telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji pilih adalah kaedah
permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak
membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel. Menurut beliau, aktiviti
bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,

kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial
mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap
kematangan murid.
Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan
adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud
unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat
mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah
pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim
dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri
pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda
mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.
Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan
bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain
murid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan
menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermain boleh mendatangkan
kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan
belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan
murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran
umum kepada yang lebih spesifik.
Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid
kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau
juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi
peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam
kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan
khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum
semula.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang
menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya meningkatkan interaksi dan
kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze,

mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajran.
Kesimpulannya disini , terdapat banyak fakta yang mengatakan bahawa pelajar boleh
mengekalkan tahap ingatan terhadap aapa yang diajar oleh guru adalah dengan menggunakan
keadah pembelajaran secara bermain. Kaedah bermain dapat menyediakan suasana yang
seronok dan gembira dan ini dapat membantu menghilangkan kebosanan murid serta dapat
membantu murid untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, saya telah memilih permainan Food Game iaitu permainan betul salah sebagai
bahan bantu mengajar dalam melakukan kajian ini iaitu mengelaskan makanan mengikut
fungsinya.

Anda mungkin juga menyukai