Anda di halaman 1dari 4

GAMES-BASED LEARNING SIMULATION GAMES

(PERMAINAN BERASASKAN PEMBELAJARAN PERMAINAN SIMULASI)

1.

WHAT
Heinich, et. al (1993) mendefinisikan permainan sebagai satu aktiviti di

mana pemain akur kepada peraturan-peraturan tertentu, yang berbeza daripada


realiti demi untuk mencapai matlamat yang mencabar. Simulasi adalah satu
simplifikasi akan beberapa situasi sebenar ataupun proses. Dalam simulasi,
peserta-peserta memainkan berbagai peranan yang melibatkan mereka
berinteraksi dengan orang lain atau dengan unsur-unsur persekitaran yang
diwujudkan (Heinich, et. al 1993).
Menurut Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1981)
permainan dan simulasi dinyatakan sebagai: "Satu teknik pengajaran dan pembe
lajaran dimana murid-murid mengajuk dan melakukan sesuatu secara pura-pura
tetapi dalam keadaan tersusun. Perkara-perkara yang boleh diajukkan atau
dilakukan secara pura-pura adalah seperti sesuatu peristiwa, masalah dan
situasi dalam konteks yang sebenar . Simulasi boleh menunjukkan keadaan
yang berbagai-bagai seperti yang terdapat dalam kehidupan manusia atau
situasi sebenarnya. Permainan pula menjadi motivasi bagi murid-murid
memahami

sesuatu

pelajaran

di

samping

menghilangkan

kebosanan".

Permainan dan simulasi seperti sahibba, teka silangkata dan main peranan
adalah antara contoh-contoh permainan dan simulasi yang biasa digunakan di
dalam bilik darjah.

2.

SO WHAT
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru

untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan seperti
kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Di
sini saya akan membincangkan tentang kaedah simulasi yang telah saya
laksanakan semasa mengajar subjek Sejarah Tingkatan 4 & 5 di Sekolah
Pertukangan Perantis Tentera Darat. Sebagai contoh, saya telah menerapkan
kaedah simulasi bagi mata pelajaran Sejarah mengenai perjuangan rakyat
Malaysia menentang penjajah Jepun dan British. Dalam pembelajaran, pelajar
dibahagikan kepada tiga kelompok. Masing-masing mempunyai peranan yang
berbeza iaitu sebagai penjajah British, Jepun, dan rakyat Malaysia. Mereka
mensimulasikan atau memperagakan saat rakyat Malaysia berjuang melawan
penjajah. Alat atau media yang mereka gunakan dapat menggunakan pedang
plastik/mainan, pistol mainan, tombak kayu, pakaian perang tradisional dan
sebagainya mengikut jalan cerita yang dirancang. Di akhir pembelajaran, pelajar
akan lebih memahami, menghargai jasa-jasa para pahlawan, mencintai tanah air
dan bersemangat patriotik. Permainan simulasi ini juga bertujuan untuk
menguasai kemahiran, membina pemikiran secara analitis dan kritis, untuk
membina sikap positif dan membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah.

3.

NOW WHAT
Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa guru-guru menyedari tentang

kepentingan dan kesesuaian penggunaan permainan dan simulasi dalam

pengajaran bahasa di bilik darjah. Hasil daripada aktiviti-aktiviti permainan dan


simulasi didapati membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis para pelajar. Pelajar-pelajar pula menunjukkan
minat yang mendalam dalam pembelajaran yang mengintegrasikan permainan
dan simulasi kerana mereka dapat belajar dalam suasana yang informal dan
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Dengan itu, ia menjadikan
proses pengajaran lebih berkesan dan berjaya memotivasi pelajar. Guru-guru
seluruh Malaysia, termasuk saya perlu meningkatkan lagi teknik-teknik
pengajaran serta dapat mengaplikasikan dengan baik kaedah permainan dan
simulasi ini.
Justeru, Penggubal Kurikulum dan Pusat Perkembangan Kurikulum dalam
merancang satu kurikulum yang sempurna dengan mengambil kira aspek
psikologi para pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia pula boleh memainkan
peranan dengan membuat kajian dan

penilaian tentang keberkesanan

permainan dan simulasi di sekolah-sekolah. Pelajar juga boleh menentukan


pembelajaran mereka sendiri dengan secara aktif dalam permainan yang
dijalankan di dalam bilik darjah. Pihak- pihak luar seperti media massa, penerbit
dan

syarikat-syarikat

pengeluar

juga

boleh

menyumbangkan

idea

dan

memperkayakan bahan-bahan permainan dalam pasaran. Dengan ini, suatu


perancangan dan tindakan boleh diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi
menjadikan pembelajaran di bilik darjah itu sesuatu yang menarik dan
menyeronokkan.

RUJUKAN

Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan


Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul
Ehsan.
Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan.
Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. MultimediaES Resources Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Bruce Joyce & Marsha Weil. 1996. Models of Teaching. Boston, London,
Toronto, Sydney, Tokyo, Singapore: Prentice-Hall, In
Suhaimi bin Muhamad (2007), Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan
Model Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Retrieved
from http://eprints.utm.my/6575/1/SuhaimiMFP.pdf
MOHD. ARIF BIN HJ. ISMAIL (1996), Permainan dan Simulasi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di Kalangan Guru-Guru dan PelajarPelajar Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat, Selanhor : Satu Tinjauan.
RetrievedOct24, 2011 from http://psasir.upm.edu.my/8929/1/FPP_1996_5_A.pdf
NORAZURAH BT. RUBAYEE (2003), Penghasilan Manual Teknik Penggunaan
Kaedah Simulas (TPKS) di Bilik Darjah Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran bagi Matapelajaran Perniagaan di Politeknik. Retrieved Oct 24,
2011from
http://eprints.uthm.edu.my/1150/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_T
EKNIK_PENGGUNAAN_KAEDAH_SIMIJLASI_(TPKS)_DI_BILIK_DAR.IAH_DA
LAM_.pdf

Anda mungkin juga menyukai