Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH BELAJAR SAMBIL

BERMAIN
DEFINISI
‘BERMAIN’
• Menurut Kamus Dewan „bermain‟ adalah
suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk
bersenang lenang dan bersuka-suka dengan
menggunakan alatan ataupun tidak.
• Permainan selalunya digunakan sebagai alat
hiburan dan keseronokan semasa mempelajari
sesuatu kemahiran.
• Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan
bermain sebagai penentu penting bagi
perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan
emosi, perkembangan sosial dan intelek.
KAEDAH BELAJAR
SAMBIL BERMAIN
DIPERKENALKAN
OLEH….
MARIA MONTESSORI
 Memperkenalkan konsep Montessori iaitu
menekankan konsep „belajar melalui bermain‟
kepada kanak-kanak asuhannya.
 Beliau menyedari bahawa kanak-kanak
cepat berasa bosan mengenai perkara-
perkara seperti angka dan fakta.
Paling lama kanak-kanak boleh memberi
tumpuan tidak lebih daripada 30 – 45 minit.
 Menurut Maria Montessori “A child‟s work
to create the person she will become”, untuk
merealisasikan apa yang ada dalam dirinya.
Kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk
menggunakan kuasa mentalnya.
ANTARA PENDAPAT
LAIN…
 Jean Piaget mengatakan melalui kaedah
bermain, akan memperkuatkan kebolehan
berfikir dalam berbagai cara. Permainan
dapat memberikan mereka pengalaman
awal tentang keadilan peraturan dan
kesamaan.
 Mengikut Roberts dan Schumm (1971),
melalui bermain, merupakan sumber
pengayaan yang boleh mempercepatkan
kadar pembelajaran pelajar sederhana
sambil mendalami pengalaman pelajar yang
cerdas. Saling membantu dapat
meningkatkan rangsangan dan keupayaan
belajar dengan lebih cepat.
KEPENTINGAN PENDEKATAN
BELAJAR SAMBIL BERMAIN

 Pelajar boleh meneroka, membuat inkuiri


penemuan, menyelesaikan masalah dan
memperoleh pengalaman tanpa disedari.
 Dapat memberi peluang melahirkan
perasaan dan pemikiran.
 Dapat mengembangkan kemahiran bahasa,
literasi, kemahiran sosial dan kefahaman
budaya.
 Membantu perkembangan secara
menyeluruh dan serta memenuhi keperluan
kognitif, afektif dan psikomotor.
KELEBIHAN BELAJAR SAMBIL
BERMAIN

 Murid dapat merasai keseronokan


 Murid belajar tanpa menyedari mereka
sedang belajar.
 Tiada tekanan
 Berusaha untuk menang
 Menghafal fakta secara tidak langsung
 Dapat mewujudkan persefahaman dan
kerjasama antara murid.
 Berani mengutarakan idea sendiri
BILAKAH KAEDAH INI SESUAI
DILAKSANAKAN

 Mengajar tajuk baru.


 Semasa buat ulang kaji.
 Tajuk-tajuk penting dalam peperiksaan.
 Tajuk berkaitan faktor, ciri, kesan, proses,
sebab.
 Menggabung beberapa tajuk.
 Suasana pembelajaran yang tidak kondusif
( panas atau selepas waktu Pendidikan
Jasmani).
LANGKAH-LANGKAH
PERLAKSANAAN

 Menentukan tema dari kandungan sukatan


pelajaran iaitu sama ada permainan yang
dipilih itu adalah berfaedah atau sebaliknya
 Menentukan tujuan guru dengan jelas
mengadakan permainan tersebut.
 Menentukan aras kebolehan murid juga
penting supaya permainan yang dipilih dapat
menyediakan kemahiran yang sejajar dengan
keupayaan dan kebolehan murid-murid.
 Guru juga harus tahu menentukan jenis-
jenis mainan yang akan dilaksanakan
SAMBUNGAN…

 Menentukan bentuk permainan sama ada


dilakukan secara individu,kumpulan kecil atau
kumpulan besar
 Mengumpul Bahan.Guru hendaklah
menentukan bahawa semua bahan yang
digunakan seperti buah dadu, papan dam,
kad-kad mainan atau bongkah-bongkah
disediakan lebih awal.
 Menentukan cara menilai iaitu bagaimana
hendak menilai hasil daripada permainan
murid.
SAMBUNGAN…
 Menentukan proses dan masa tentang
satu-satu permainan hendaklah diberi
penerangan kepada murid-murid

Mendapatkan maklum balas daripada


murid selepas permainan dijalankan supaya
guru dapat menilai perasaan murid dan
menilai konsep permainan sama ada baik
atau sebaliknya.
KESIMPULAN
 Kaedah bermain adalah kaedah
pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar
kepada pengalaman sebenar secara
langsung, terutama apabila mengajar konsep
atau kemahiran.

 Apabila digunakan secara berkesan boleh


menambah respon murid dan kepekaan
terhadap sesuatu topik pelajaran.

 Kaedah bermain dapat merangsang


interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah
keyakinan dan mengurangkan rasa bosan dan
P&P.

Anda mungkin juga menyukai