Anda di halaman 1dari 29

Langkah Berkesan Yang Boleh Dilakukan Di Sekolah Untuk Melahirkan Pelajar

Yang Bersifat Patriotik.

Pengenalan

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara


sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan
tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan
kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat
patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan
pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar
dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar,
penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap
terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara
jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak
memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.

Konsep Patriotisme

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud


fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau
country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan
yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan
sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk
mempertahankannya.

Patriot

bermaksud

orang

yang

mempertahankan

(memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan
dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan
akan melakukan apa saja demi untuknya .

Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang
menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni.
Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat
terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan
kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot
apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan
kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003).

Walaupun

patriotisme

adakalanya

diseiringkan

dan

disamakan

dengan

nasionalisme, tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002).


Haruslah dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu
sendiri adalah berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul
dengan rupa bentuk yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga
berbeza, maka menyamakan konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu
langkah yang kurang tepat dari segi keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000).
Menurut Doob (1964), perbezaan antara nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme
ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur
ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah sentimen cintakan negara dan berkait
rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undangundang daripada dicerobohi oleh kuasa asing.

Jika ditinjau sejarah perkembangan patriotisme, ia telah lama wujud seiring


dengan kewujudan manusia itu sendiri. Bagi Awang Had Salleh (1995), sejarah
patriotisme telah lama wujud dalam peradaban manusia sejak manusia yang
sebelumnya hidup berkomuniti kecil terasing atau terpencil mulai memasuki
penghidupan dalam komuniti lebih besar berlandaskan dua kesan iaitu:

1. wujudnya daerah bumi.


2. mempertahankan identiti bangsa

Di Malaysia, sejarah kebangkitan bangsa daripada belenggu penjajahan untuk


membentuk negara yang bebas merdeka dan memperlihatkan perjuangan sesuatu
bangsa yang penuh dengan semangat patriotisme. Semangat patriotisme yang
ditunjukkan oleh generasi terdahulu sanggup berkorban demi mempertahankan negara
adalah contoh yang patut dihidupkan sepanjang masa. Pengkaji sejarah melihat
semangat patriotisme di Malaysia bermula sejak Zaman Melaka dan menyemarak pada
abad ke 17 (Abdul Latif Abu Bakar: 1996).

Secara

umumnya

patriotisme

bersifat

motivasi,

rasional,

harapan

dan

pembaharuan semula, kelangsungan hidup, rela berkorban, organisasi kesukarelaan,


kenegaraan dan cinta negara. Maka, dalam konteks negara Malaysia, patriotisme yang
ingin diterapkan adalah mempunyai nilai-nilai berikut:

Berbangga sebagai rakyat Malaysia


- berakhlak dan berbudi pekerti mulia
- menghormati raja dan pemimpin negara
- menghormati lambang-lambang negara
(seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara)
- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
- menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

2. Bersemangat setia negara - cintakan bangsa dan negara


- taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
- sedia berkorban untuk bangsa dan negara
- bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
- berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
- peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

3. Bersemangat kekitaan
- bersatupadu dan berharmoni
- bertolak ansur dan bertoleransi
- bekerjasama dan tolong-menolong
- hormat-menghormati
- bersefahaman dan bermuafakat
- muhibah

4. Berdisplin
- mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
- mematuhi peraturan dan undang-undang
- berkelakuan sopan dan bertatasusila
- bertanggungjawab
- bertindak dengan wajar
- bersifat amanah dan jujur
- berlaku adil dan bertimbang rasa

5. Berusaha dan produktif


- rajin dan gigih
- berdikari
- sentiasa mempertingkatkan usaha
- tabah menghadapi cabaran
- menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara

Nilai-nilai patriotisme ini telah diterima dan digunapakai oleh Kementerian Pendidikan

Senario Patriotisme Di Malaysia

Mutakhir ini, didapati keterlibatan remaja atau pelajar sekolah dalam jenayah
adalah akibat lunturnya nilai-nilai patriotisme. Kurangnya semangat patriotik di kalangan
generasi muda hari ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sebahagian
daripada mereka lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat
dalam budaya hedonisme (mementingkan hiburan atau keseronokan) kerana jiwa
mereka kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.
Hal ini mungkin disebabkan salah satu faktornya, iaitu kurangnya pendedahan terhadap
patriotisme yang diterima atau jika banyak pun, kurang berkesan Kemungkinan juga ia
disebabkan amalan patrioisme yang diamalkan oleh para pelajar berbeza dengan nilainilai patriotisme yang ingin diserapkan kepada mereka.

Umumnya, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa semangat patriotisme


di kalangan pelajar khususnya bukan Melayu adalah rendah berbanding pelajar Melayu.
Jika dilihat dari segi bilangan kaum yang menyertai PALAPES dalam tahun 2002,
bilangan pelajar Melayu yang menganggotai PALAPES ialah seramai 856 orang
(93.4%), Cina 27 orang (3%), India 3 orang (0.3%) dan Iban 30 orang (3.3%). Dan
kemungkinan besar peratusan yang sama dalam Kadet Tentera di peringkat sekolah
(Siti Azizah Abod: 2002). Berdasarkan kajian Ibrahim Saad (1980) pula, menunjukkan
tahap patriotisme di kalangan pelajar bukan Melayu rendah. Adakah ini menunjukkan
tahap kesedaran patriotisme di kalangan pelajar bukan Melayu rendah.

Di Malaysia, kebanyakan kajian bersifat menilai matapelajaran tertentu seperti


Sejarah atau Kajian Tempatan dalam menerapkan nilai-nilai patriotisme. Begitu juga,
kajian yang ada tertumpu kepada aspek penerapan dan pengajaran nilai-nilai
patriotisme oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Rizal Uzir:
2002).

Zahara Aziz (1985) telah menjalankan kajian di kalangan responden lepasan


sekolah menengah dalam lingkungan umur 19-21 tahun. Hasil kajian mendapati
5

pendidikan sivik gagal memainkan peranan untuk memberi pengetahuan dan nilai serta
perasaan kebanggaan kepada negara di kalangan generasi muda. Beliau menegaskan
bahawa faktor pengajaran yang lemah di sekolah mempengaruhi penerimaan dan
gerak balas pelajar-pelajar kepada mata pelajaran sivik.

Kajian yang dibuat oleh Rizal Uzir (2002) pula menyentuh mengenai nilai-nilai
kewarganegaraan di kalangan pelajar tingkatan enam. Kajian beliau melihat
pengetahuan,

sikap

dan

tanggapan

pelajar

terhadap

konsep

dan

nilai-nilai

kewarganegaraan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa setelah 13 tahun


mengalami proses pendidikan di sekolah, pemahaman dan penghayatan pelajar
terhadap nilai-nilai kewarganegaraan masih lagi longgar dan berada pada tahap
sederhana.

Kajian yang dibuat oleh Haminah Suhaibo (1999) mengenai kefahaman dan
amalan unsur patriotisme melalui matapelajaran sejarah yang dijalankan ke atas pelajar
sekolah menegah atas, menunjukkan sebahagian besar pelajar memahami unsur-unsur
patriotisme

kecuali

aspek

lambang-lambang

negara,

berani

dan

sanggup

mempertahankan negara, peka terhadap masalah dan isu negara dan muhibah.
Manakala dari segi amalan, pelajar kurang mengamalkan amalan ketaatan kepada
pemimpin dan negara, sebahagian besar unsur disiplin dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan negara.

Kajian telah menunjukkan bahawa muda mudi di negara-negara Barat yang


meninggalkan sekolah sangat kurang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diperlukan

bagi

seseorang

warganegara

mempertahankan hak siviknya dalam negara .

yang

mengetahui

bagaimana

untuk

Halangan dan Cabaran Dalam Penyemaian Patriotisme di Malaysia

Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur


semangat patriotisme di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia
terdiri dari pelbagai kaum atau masyarakat majmuk.

Pertama ialah nilai-nilai individualisme. Sikap ini merujuk kepada mementingkan


diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang
mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan
negara jika berlaku sesuatu hal seperti negara mengalami kegawatan ekonomi atau
berada dalam peperangan, maka mereka akan melarikan diri ke negara lain. Sikap ini
semakin merebak dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui perkembangan sikap
individu autonomi' atau individu berdaulat.

Kedua ialah, era globalisasi dan liberalisme. Era globaliasi dan liberalisme
merujuk kepada negara tanpa sempadan, perdagangan bebas, kemasukan budaya
asing dengan mudah dan sebagainya. Situasi ini akan melahirkan masyarakat yang
bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi negara
dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara maju.
Akibatnya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan
budaya asing dan seterusnya, semangat cintakan negara akan terkubur. Inilah yang
dibimbangi oleh Perdana Menteri iaitu globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya
sebuah daerah dunia, dan pada ketika itu sukar untuk memupuk semangat patriotisme
pada sebuah negara yang tidak wujud lagi.

Ketiga ialah sikap prasangka. Ia merupakan tindakan menyangka dahulu


berasaskan generalisasi-generalisasi umum (steriotaip) tanpa bukti yang kukuh dan
biasanya merupakan sangkaan buruk. Jika ini telah menjadi steriotaip, ia akan sukar
diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya. Sebagi contoh, jika masyarakat bukan
Melayu menganggap Malaysia adalah tanah air bagi masyarkat Melayu dan bukan
Melayu sebagai pendatang, maka ia akan menyebabkan semangat patriotisme itu sukar
7

untuk disemai dalam diri masyarakat bukan Melayu. Ini ditambah lagi dengan
masyarakat berbilang kaum di mana sifat prasangka antara kaum masih lagi dijiwai oleh
rakyat

Keempat ialah sentimen perkauman, Ia merupakan sikap mementingkan


kumpulan etnik sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di
mana setiap kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah
lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman, perbezaan sosio-ekonomi di kalangan
kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam setiap kehidupan. Keadaan ini
akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Dalam
masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu patriotisme lebih mencabar
kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa dan idealisme
seseorang. Ini kerana mereka akan menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja
tanpa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara.

Langkah-Langkah Berkesan Yang Boleh Dilakukan Di Sekolah Untuk Melahirkan


Pelajar Yang Bersifat Patriotik:

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam
ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam
atau luar negara. Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana
patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa
bermaruah. Justeru, beberapa aspek perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.
Pertamanya melalui pendidikan. Semangat patriotisme ini mampu disuburkan
melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan Malaysia. Perbincangannya perlu
diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan sumbangan tokohtokoh dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan membangunkan negara.
Sebagai contoh, para pelajar perlu didedahkan dengan lebih serius sejarah perjuangan
menentang penjajah dan penceroboh seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Datuk
Sagor, Tengku Menteri (Ngah lbrahim), Long Jaafar, Leftenan Adnan Saidi, Panglima

Salleh Selempang Merah, Syed Syeikh al-Hadi dan Datuk Onn Jaafar untuk melahirkan
semangat patriotisme untuk anak bangsa kini.
Kor Setia Negara juga perlu diwujudkan di setiap sekolah dan Institut Pengajian
Tinggi (IPT) kerana ia boleh digunakan sebagai landasan untuk memperkenalkan asasasas patriotisme dan memperkukuhkan Program Khidmat Negara dalam jangka
panjang. Manakala aktiviti ko-kurikulum daripada peringkat sekolah hingga IPT juga
harus menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam setiap program dan agenda.
Kedua menerusi kegiatan belia. Ini boleh dilakukan melalui program Rakan
Muda dan yang utamanya golongan belia bukan Melayu digalakkan menyertai pasukan
tentera dan polis serta lain-lain pertubuhan yang bersifat patriotik. Berdasarkan statistik,
sehingga kini daripada lebih 51,000 anggota Pasukan Simpanan Angkatan Tentera
(sukarelawan), hanya 8.8 peratus Cina, 6.6 peratus India dan 6.6 peratus lagi lain-lain
kaum. Melalui seminar atau kursus perhimpunan patriotik belia, proses pembangunan
negara dan seumpamanya perlu disemarakkan lagi agar program yang dianjurkan
dapat menusuk ke dalam kalbu sehingga menggerakkan jiwa golongan belia
menghayati semangat patriotisme ini
Generasi muda juga wajib menguasai ilmu pengetahuan dan mendapat
pendidikan sempurna yang merangkumi aspek kerohanian, mental dan adab, meliputi
disiplin ilmu aqli dan naqli.

Ketiganya melalui media massa, sama ada bercetak atau elektronik yang perlu
digerakkan bagi membangkit dan memekarkan semangat patriotisme. Ini boleh
dilakukan dengan menerbitkan komik, cerpen dan filem yang berbentuk patriotik. Filemfilem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenen Adnan perlu diperbanyakkan.
Media elektonik pula perlu selalu menyiarkan lagu-lagu patriotik, menerbitkan
dokumentari tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan meyebar-luaskan semangat
patriotisme dalam rancangan yang diterbitkan.
Keempat melalui kegiatan sukan, seni dan budaya. Pembangunan sukan
khususnya sukan popular seperti bola sepak, badminton, hoki, olahraga dan
9

sebagainya perlu mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana patriotisme
dan menyatukan rakyat dengan cara yang cukup mudah dan berkesan. Pencapaian
tinggi atlet dan pasukan kebangsaan di peringkat Asia dan dunia sangat penting untuk
memulih kembali imej dan rasa bangga diri rakyat Malaysia terhadap negara. Begitu
juga dengan seni dan budaya perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa bagi
melahirkan semangat cintakan budaya Malaysia dan seterusnya membendung budaya
asing yang tidak sesuai dengan budaya tempatan.
Kelima ialah usaha pihak kerajaan dan NGO. Pihak kerajaan perlu
menguatkuasakan peraturan yang mewajbkan ketua jabatan dan majikan memberi
pelepasan kepada kakitangan mengikuti pasukan dan pertubuhan bersifat patriotik.
Program-program yang berbentuk patriotisme perlu disemarakkan lagi seperti Bulan
Kemerdekaan, mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya. Di pihak NGO pula, perlu
dipergiatkan lagi aktiviti kesukarelaan seperti membantu mangsa bencana alam atau
peperangan baik di dalam negeri mahupun luar negeri.

Kesimpulan

Agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan


hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab
mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu
dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan
kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi
kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki
penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan
bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.

10

Keistimewaan-Keistimewaan Yang Ada Pada Seseorang Penduduk Yang Patriotik

a.

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan hanya mampu diketahui melalui
perlakuan yang dizahirkan. Ianya perlu dipupuk dan disemai dalam kalangan generasi
muda seawal di bangku sekolah. Mereka perlu dididik dengan semangat cintakan
negara melalui pemahaman sejarah Negara dan bangsa Malaysia. Seterusnya
mengenali dan memahami perjuangan tokoh-tokoh Negara yang memperjuangkan
kemerdekaan tanah air satu masa dahulu. Ia dapat dilakukan melalui pembacaan,
pendidikan dan penghayatan terhadap sejarah. Antara keistimewaan penduduk yang
berjiwa patriotik, sudah tentu mereka akan berbangga sebagairakyat Malaysia yang
tercinta. Mereka akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah tanah air
yang telah dipelajari.

b.

Bersemangat Setia Negara

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita pastilah sudah mengetahui prinsip-prinsip asas
rukun negara kita. Salah satu daripada prinsip-prinsip tersebut ialah Kesetiaan kepada
raja dan Negara. Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri penting di dalam
memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat
Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai
kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan
telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen daan
kemerdekaan. Raja

berpelembagaan

tidak seperti

raja

berkuasa

mutlak

iaitu

memerintah dengan kuasa terbatas. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini
berbeza daripada zaman kegemilangannya namun langkah menjaga dan memelihara
daripada lenyapnya institusi ini harus dipuji. Yang di-Pertuan Agung masih kekal
kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan
11

rakyat Malaysia. Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan,
raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu
semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang
boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr.
Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah
satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di
negara ini kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman
musuh.Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti
slogan Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita. Dengan menghayati perkara-perkara
tersebut, maka lahirlah warganegara yang bersemangat setia negara dan inilah salah
satu keistimewaan penduduk yang patriotik.

c.

Berdisiplin

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme merupakan seorang yang berdisiplin.


Bererti warganegara Malaysia yang patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang
mahupun perlembagaan negara pastinya seorang penduduk yang patriotik, berdisiplin
dan bertanggungjawab. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah
amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada di dalam keadaan
kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan
perpaduan di kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk
mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Kesan daripada itu, semangat
patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat merupakan
tunjang lahirnya semangat cintakan negara. Dalam konteks membentuk perpaduan di
kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan
berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya
memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza
melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan.

12

d.

Berusaha dan Produktif

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang setanding dengan
negara maju di dunia melalui Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir
bin Muhammad. Untuk mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020, rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif
dan produktif. Untuk mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara
yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah, sanggup berkorban,
melakukan

anjakan

paradigama

terhadap

sikap

dan

nilai

daripada

hanya

mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sertasetiap


warganegara perlu mengamalkan sikap-sikap positif dan inovatif dalam melahirkan
sesuatu yang baru melalui proses Research and Development (R&D) dan penggunaan
kemudahan Information and Communication in Technology (ICT) yang canggih.
Dengan mengamalkan sikap-sikap ini, akan wujud perasaaan patriotisme yang jitu di
kalangan penduduk Malaysia. Keistimewaan yang wujud daripada pengamalan ini,
lahirlah individu atau penduduk yang sentiasa berusaha dan produktif.

Tun Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa bekerja kuat
demi untuk memartabatkan maruah negara:

Mereka dari negara maju sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai
pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding
dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka,
bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan
sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja dan
bekerja

dengan

rajin,

buka

sebagai

hamba

kepada

upahan

tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita.

13

tetapi

kerana

e.

Berilmu / Peka terhadap isu-isu dalam dan luar negeri

Agama Islam memandang tinggi kedudukan orang yang berilmu. Allah S.W.T telah
berfirman dalam surah al-Mujahadah ayat 11:
Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan diberikan ilmu di kalangan
kamu.
Penduduk yang patriotik merupakan mereka yang berilmu pengetahuan.Bermaksud,
penduduk yang patriotik bukan hanya sebagai penerima atau pengguna ilmu dari luar
tetapi dalam waktu yang sama juga menjadi penyumbang kepada perbendaharaan ilmu
dunia. Menuntut ilmu bagi tujuan mempertahankan dan mengukuhkan ummah adalah
suatu jihad yang amat digalakkan. Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat Malaysia tidak
akan dapat mempertahankan diri dari pencerobohan musuh. Tanpa ilmu pengetahuan,
pemimpin negara tidak akan dapat menguruskan negara dengan baik. Maka, mereka
yang bersifat patriotik adalah penduduk yang berilmu ataupun peka terhadap isu-isu
dalam mahupun luar negeri.

14

PRINSIP RUKUN NEGARA MEMBENTUK JATI DIRI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan


Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada
31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk
membentuk

keperbadian

rakyat

Negara

ini

sebagai bangsa Malaysia. Prinsip Rukun Negara


menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa
dan agama di Negara ini. Rukun Negara yang
mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan
Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah resipi kejayaan Negara
dalam menyatupadukan rakyat. Namun persoalannya, sejauh manakah prinsip Rukun
Negara dapat membentuk jati diri didalam jiwa pelajar-pelajar di Malaysia?

Masalah gejala sosial dikalangan pelajar-pelajar semakin meningkat sejak


kebelakangan ini. Ini berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap Rukun
Negara. Bagi mengingatkan pelajar-pelajar pentingnya prinsip Rukun Negara
dipertahankan, kerajaan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara dan
menubuhkan Kelab Rukun Negara di setiap sekolah. Semangat Rukun Negara yang
tersemadi dalam sanubari rakyat sejak lebih 35 tahun dahulu perlu terus dikekalkan.
Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih
menghormati

kaum-kaum

lain.

Malah

boleh

mewujudkan

perasaan

hormat-

menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan
perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama.

15

Rukun Negara tidak seharusnya ditinggalkan usang dalam lipatan buku sekolah lama...

Selain itu, pelajar-pelajar dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui
penghayatan Rukun Negara. Pelajar yang patuh pada prinsip Rukun Negara akan
sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan
ini mereka dapat mengelakan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau
budaya Hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan
bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi Bahasa. Melalui penghayatan Rukun
Negara juga, kita dapat mendorong dan mengamalkan budaya serta tabiat hormat
menghormati, tolong menolong, kasih sayang dan amanah dikalangan pelajar-pelajar.
Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga Malaysia yang harmoni di samping Negara
yang aman dan damai. Hal ini amat bersesuaian dengan prinsip kelima Rukun Negara
iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menggalakan rakyat sentiasa bersikap baik dan
mempunyai nilai ketimuran yang murni.

Namun demikian, wujud anasir-anasir yang tersebar dibeberapa laman sosial


dan blog yang cuba mempengaruhi pelajar-pelajar supaya hilang penghayatan dan
kepercayaan terhadap lima prinsip Rukun Negara kita. Sebagai contoh, satublog yang
suatu ketika hangat diperkatakan ramai, menghina Almarhum Sultan Johor jelas
16

melanggar lima prinsip Rukun Negara yang pastinya blogger tersebut di zaman
persekolahannya pernah melafazkan lima prinsip tersebut.

Secara ringkasnya, prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat
dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ia mesti difahami
dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat
di negara ini dari bangku sekolah lagi.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan


bahawa asas kehidupan beragama adalah penting dalam kehidupan rakyat di Negara
kita.
Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama
rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Sebagai contoh, program-program keagamaan disetiap sekolah yang wajib


dilaksanakan pada setiap tahun seperti Majlis Tadarus Al-Quran, sambutan Hari
Kebesaran Islam yang melibatkan secara langsung pelajar-pelajar menyertainya. Selain
itu, Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh guru-guru j-QAF juga dapat memupuk
semangat jati diri pelajar supaya tidak terpesong kearah jalan yang negatif.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan
Negara mempunyai kaitan yang rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua
negara.

Antara contoh yang dapat dilihat seperti wujudnya Pogram Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang melibatkan pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga Biro Tata
Negara (BTN) bagi mahasiswa universiti luar dan dalam negara . Hal ini dapat
dibuktikan melalui sistem pendidikan yang diterapkan kedalam modul-modul kepada
pelatih-pelatih berunsurkan ketahanan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi
17

kancah kehidupan yang berasaskan prinsip Rukun Negara. Melalui program ini,
lahirnya lapisan generasi muda yang terlibat dalam mempertahankan negara seperti
tentera, polis dan sebagainya.

Ketiga, prinsip Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali


sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud
ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri. Keluhuran
Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang
tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang
disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya, diperingkat sekolah telah wujud badan-badan yang mendidik pelajar


supaya memartabatkan disiplin. Diantaranya ialah Badan Pengawas Sekolah ( BPS )
yang mana terdapat pelajar dipilih bagi membantu pihak sekolah menjaga disiplin
pelajar-pelajar lain. Oleh yang demikian, lahirlah generasi yang menitik beratkan disiplin
dalam diri mereka seterusnya dapat membentuk jati diri yang sempurna.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai


undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen
penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undangundang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara
tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat
dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina
sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai moral dan akhlak masyarakat.
Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat

18

sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan


tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai murni.

Sifat nilai-nilai murni dan amalan dituntut seperti amanah, tanggung jawab, ikhlas
dan sebagainya banyak ditekankan oleh pihak sekolah dan kerajaan melalui
pembelajaran dan pengajaran serta kempen-kempen yang dianjurkan seperti kempen
Jagalah Alam Sekitar dan Kempen Anti Rasuah. Melalui program seumpama ini,
semangat jati diri yang tinggi dapat dipupuk dan dibina dalam jiwa pelajar-pelajar
sehingga dewasa.

Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai `internal cohesion' atau


kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme dalam
kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih
relevan untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat walaupun masih wujud
anasir negatif yang cuba memudarkan semangat lapisan generasi muda zaman
sekarang terhadap prinsip ini. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun
Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia dan Pendidikan seperti
disarankan kerajaan.

19

GURU SEBAGAI MODEL YANG BOLEH DIBANGGAKAN


Melalui soalan nombor empat guru sebagai model dan bincangkan perkara-perkara
yang boleh dibanggakan bagi menjawab soalan ini lima soalan asas telah dirangka
khusus bagi kehendak soalan diatas. Soalannya adalah seperti berikut
1. Siapakah guru ?
2. siapakah dia yang layak menjadi guru ?
3. Apakah perananguru ?
4. Apakah yang dikatakan Profesion guru ?
5. Guru sebagai Model dan Profesion yang boleh dibanggakan ?
Melalui kerangka soalan yang pertama siapakah guru dari sudut bahasa dan
pandangan tokoh pendidikan mengenai perkataan GURU. Perkataan secara asasnya
berasal dari perkataan Sanskrit lama yang digabungkan dari dua kosa kata yang
berlainan iaitu kalimat GU dan RU.
Dua perkataan ini memberi makna yang berbeza .Untuk perkataanGUmembawa
maksud kejahilan ilmu yang dialami oleh manusia manakala RUpula membawa
maksud Pengetahuan yang menghilangkan kejahilan. Bila kedua-dua perkataan ini
digabungkan maka ianya menjadi kalimat GURUyang memberi maksud orang yang
menghilangkan kejahilan ilmu dengan menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru jika
diterjemahkan dalam bahasa inggeris ianya memberi maksud TEACHERmaksud
teacher melalui kamus oxford ialah A teacher is a person who delivers an educational
program, assesses student participation in an educational program bermaksud orang
yang menjalankan aktiviti pendidikan dan menilai penyertaan pelajar didalam aktiviti
pembelajaran.
Dalam Bahasa Arab perkataan guru ialah ,,. Setiap perkataan tadi
membawa maksud yang berlainan tapi sama dari sudut tugas iaitu memberi atau
menyampaikan ilmu dan maklumat. Manakala guru juga dipanggil dengan
istilahUlamaoleh bangsa Arab iaitu orang yang berilmu. Manakala mengikut kaca mata
islam menurut Ibnu Masud Radhiallahu anhu katanya:

20

Maksudnya:
( Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut
kepada Allah. Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185 )
Setelah diberi maksud guru pada bahasa secara umum maka, persoalan yang kedua
dibawa iaitu siapakah dia yang layak menjadi guru ?
Sebelum individu itu digelar sebagai pendidik, paling tidak bagi individu haruslah
menpunyai peribadi yang unggul dan mempunyai daya pandang jauh yang melangkaui
zaman. Pengetahuan dan mahir dalam praktikal dan mampu merealisasi pelbagai jenis
teori pembelajaran . Bakal guru juga perlu dilatih dalam melaksana pelbagai
pembelajaran induktif dan deduktif secara berkesan.maka dalam hal ini guru perlu
diberikan pengiktirafan yang selayaknya .
Sebenarnya amanah mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang guru, jatuh bangun sesuatu
bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim
Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )
Maka dalam hal ini guru perlu ada ketabahan hati dan bertindak secara produktif dalam
menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan , rajin dan tekun menjalani
kewajiban, kreatif dalam memberi galakan kepada murid-murid atas kebolehan dan
kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau
pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh
menambahkan semangat dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru,
ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4)
Melalui kerangka soalan yang ketiga pula perbincangan diteruskan dengan persoalan
apakah peranan guru secara umumnya dalam pendidikan ?
Peranan guru dalam pendidikan-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan Negara
Barangkali ada orang mengatakan bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk
mengajar, memberi arahan dan menyediakan soalan periksa. Jika ini peranan seorang
guru maka ianya terlalu kolot, maksudnya guru itu bukanlah pendidik tetapi hanya
seorang pengajar. Sedangkan pendidik tidak terhad kepada menyampaikan ilmu
pengetahuan tetapi mendidik, mengasah bakat Jadi inilah sebabnya guru di dalam
Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian
secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru
dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )
Demikian itu pentingnya amanah guru dan menjadi harapan rakyat Malaysia, maka
keperluan penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan tersusun. Pendapat ini ada
21

betul dan ada silapnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi
guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping
mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap
yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang
ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang
murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2
)
Para guru adalah anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam
pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan
oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat
penting dari segi aspirasi dan pencapaian sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:
1. Sebagai tenaga pengajar yang menolah aktiviti pengajaran bersumberkan sukatan
pelajaran dan dilaksanakan dalam situasi bilik darjah mengikut perancangan dan
strategi pengajaran yang bertepatan.
2. Sebagai peransang pembelajaran dengan memberikan galakan kepada murid-murid
untuk mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
3. Sebagai konduktor bilik darjah sepertimana menyusun rutin bilik darjah, menetapkan
corak penyusunan meja-kerusi dan peralatan bagi melahirkan keadaan pengajaran dan
pembelajaran yang bertepatan.
4. Sebagai pengasuh kepada murid-murid, untuk memelihara keselamatan dan
kebajikan mereka. Tugasan ini akan mendorong murid-murid menyesuaikan diri dalam
sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab memelihara disiplin para pelajar serta
membantu mereka membudayakan sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan
norma masyarat.
6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru dijadikan ikutan teladan
kepada murid. Nilai positif yang dipersembahkan oleh guru di sekolah dapat
diharmonikan dalam.diri pelajar.
7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada
murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.
8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka
menjalankan aktiviti sekolah.
9. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara
pihak sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )
22

Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa
yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan.
Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 )
Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anakanak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan
di semua negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam
membantu negara mengejar arus pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009:
m.s: 153-154 ).
Dengan demikian, amanah mereka tidak sekadar menyampaikan pengetahuan agar
pelajar mereka lulus . Tugas mereka adalah untuk mendidik para pelajar dan membantu
melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelektual.
Dalam sistem pembelajaran termasukcara komunikasi, kognitif, afektif dan social.
Unsur-unsur pengetahuan yang perlu digarapkan dalam kurikulum di sekolah pula
adalah berbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah ,
pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai
fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar
seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahawa keupayaan dan
kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor
penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )
Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu
Wataala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah
bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr.
Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )
GURU SEBAGAI PEMIMPIN buku jejak2 MS 103 Metodologi Kepimpinan
Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya
diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu
sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya .
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan
mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang
yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah.
Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai
23

pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim
Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam
pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah
sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang
lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid,
Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi
pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut
digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja.
Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan
mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail
Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).
Dalam teori pelaksanaan kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang
yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut
tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat qiadah atau pemimpin
tetapi ianya juga merupakan qudwah iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu
uswahatun. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang
memerintahkan kita tunduk dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan
Baginda Rasulullah, tidak mengingkari tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu
hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwah dan uswatun hasanah.

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mendidik
murid-muridnya agar arif tentang baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan
haram. Guru terus berperanan mendorong mereka untuk mendapat keredaan Allah.
Soalan nombor empat pula membincangkan tentang apakah yang dikatakan profesion
guru ? maka disini secara umum menbincangkan secara umum mengenai Guru
sebagai profesion atau kerjaya secara menyeluruh. GURU SEBAGAI PROFESION
ATAU KERJAYA
Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan
dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suarasuara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh
insan guru yang dianggap mulia ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak
dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini
24

amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui
kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al.(
1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft
menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan
dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka
berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan
yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan
dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin
dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai
fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )
Adapun pada peranan guru dapat dinilai sebagai pemboleh ubah terpenting dalam
usaha sesebuah negara mencapai kegemilangan pendidikannya. Melalui dapatan
kajian-kajian terdahulu telah banyak menunjukkan bahawa wujud korelasi positif tinggi
di antara tahap akademik pelajar dengan peranan guru di dalam kelas. Maka,
permehatian yang sewajarnya harus diberikan kepada guru-guru disebabkan
sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilikbilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi
masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea
rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof
Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang
melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap
kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori
yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang
yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,
2010,M.s: 2-3 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu
lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai
ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.
25

Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan
efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge
worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21.
Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh
pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang,
meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi
dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,
2010,M.s: 2-4)
Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya .
Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya
tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir
dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidangbidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah
mempunyai

Tiga Ciri Kemahiran Professional Guru iaitu:


i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai
sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.
Guru yang professional juga perlulah menguasai teknik dan kemahiran menggunakan
teknologi maklumat. Ini disebabkan profesion pendidikan sentiasa bergerak kehadapan
dan mengalami perubahan mengikut peredaran zaman.
Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu
menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid.
Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini,
profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )

26

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL


Berdasarkan pemerhatian secara umum tentang profesionalisme guru, kita dapat
memberikan kesimpulan bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran
,waras dalam tindakan dan pengetahuan pedagogi serta maklum mengenai kandungan
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, guru yang
berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh manakah masyarakat
menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa
peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam
system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian
pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )
Terus kepada kerangka soalan yang kelima Guru sebagai Model dan Profesion yang
boleh dibanggakan ?
Secara umumnya profesion perguruan merupakan satu pekerjaan yang amat
dimuliakan. Guru bukan sekadar yang mengajar didalam kelas dan memenuhi proses
pelajaran dan pembelajaran didalam kelas sahaja tetapi membabitkan ketamadunan
sesebuah bangsa mahupun maju mundur sesebuah negara itu. Guru merupakan satu
pekerjaan tertua didunia dan tercatat didalam sejarah-sejarah dunia mengenai guru dan
pembinaan tamadun secara menyeluruh. Seperti mana yang kita kenali tamaduntamadun besar dunia sebagai contoh tamadun Rom, Mesir, China dan Parsi yang pasti
setiap tamadun ini ada mencatatkan tentang penglibatan guru dalam membina
peradaban dunia seperti mana seorang individu pendidik yang berpengaruh dalam
perkembangan peradaban tamadun china iaitu Kung Fu Tze pengasas falsafah
confucianisme. Kung Fu Tze hidup pada zaman Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman
menjadi kacau-bilau dan kurang bermoral.
Oleh itu, Confucius pun mendidik orang ramai mengikut prinsip-prinsip dan
ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Ajaran dan teorinya sebar luas keseluruh China
oleh anak muridnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Antara kandungan kitab
falsafah Kung Fu Tze Ajaran Confucius dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang
disusun oleh anak-anak muridnya.
Kitab Analects banyak mengandungi order sosiopolitik yang normatif,perlakuanperlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Itu sedikit sebanyak mengenai seorang
guru yang berjaya mengangkat sebuah peradapan yang penuh dengan masalah moral
dan korupsi dari kalangan para pembesar china pada zaman itu. Sama juga dengan
kebangkitan tamadun-tamadun dunia yang lain penglibatan guru tidak terlepas dalam
catatan sejarah dunia .
Jadi profesion guru bukanlah satu pekerjaan yang ketinggalan zaman tetapi tetapi satu
pekerjaan yang mulia dan bernilai disisi umat manusia sepanjang perjalanan zaman
27

dan merupakan tulang belakang bagi setiap kemajuan sesebuah negara itu. Maka
profesion sebagai pendidik adalah satu kebanggaan bagi sesiapa yang mengalasnya
tanggungjawab sebagai guru ini kerana kerana guru merupakan peribadi yang mampu
membina sebuah tamadun melangkaui masa dan zaman.

28

Rujukan

1. Abdul Latiff Abu Bakar. 1996. Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff
Abu Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
2. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. 2002. Patriotisme dan Ketahanan Nasional: Suatu
Pandangan tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja
dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan
Sosial KWSP, anjuran Biro Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi
pada 22 - 28 Oktober 2002.
3. Awang Had Salleh. 1995. Patriotisme dan Globalisme Alam Konteks Pergerakan
Bahasa dan Sastera Kebangsaan. Kertas kerja yang dibentang di Persidangan
Hari Sastera pada 26-28 May 1995.Melaka.
4. Fahda Nur A. Kamar. 1995. Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan
Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Laman Web Internet :

http://belajarmengarang.blogspot.com/2012/05/contoh-karangan-spmkepentingan-rakyat.html

http://anizyn.blogspot.com/2010/10/rukun-negara-sebagai-etika-falsafahdan.html

http://whawz.blogspot.com/2008/07/peranan-rukun-negara-dapatmembentuk.html

https://guruselamanya.wordpress.com/2011/02/18/kepentingan-menghayatirukun-negara-2/

http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2010/01/rukun-negara-sejauh-mana-kita.html

http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/isu-kenegaran-rukun-negara.html

29

Anda mungkin juga menyukai