Anda di halaman 1dari 12

Kingdom : Plantae

Order
:
Pandanales
Family
:
Pandanaceae
Genus

: Pandanus

Species

Pandanus odorus
Pandan
Pandan wangi adalah sejenis tumbuhan berumpun dan mencapai
ketinggian antara satu hingga dua meter.Ia membiak melalui
pecahan rumpun dan anak yang terhasil daripada akarnya.
Pandan digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan di
semua Negara Asean.
Daunnya juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam
sebelum dibakar.
Dalam perubatan tradisional Melayu, pandan dijadikan the
menghilangkan masalah angina dan masalah pencernaan.
Air perahan daun pandan dicampur dengan santan bagi melebat
dan mengilatkan rambut.

Kingdom : Plantae
Genus
:
Cymbopogon
Species

Cymbopogon nardus

Lemongrass ( Serai wangi)


Serai wangi sering ditanam di halaman rumah.Mempunyai bau
yang berbeza dengan serai biasa. Mencapai ketinggian antara 1
hingga 1.5 meter. Daunnya licin dan bewarna hijau yang lebih
gelap.
Daun Serai Wangi digunakan bagi memulihkan kesihatan wanita
dalam pantang selepas melahirkan anak.
Daunnya yang dibalut pada besi atau batu panas digunakan bagi
dituam pada kawasan urat saraf yang lemah, bias-bisa otot,
sendi, mengecutkan rahim yang bengkak serta memecahkan
lendir, darah dan angin.
Akhir-akhir ini Serai Wangi banyak digunakan dalam industri
kosmetik seperti pembuatan syampu, bedak dan minyak
wangi.minyak patinya digunakan dalam perubatan aroma terapi
bagi menghilangkan tekanan.

Kingdom : Plantae
Order

: Sapindales

Family

: Rutaceae

Genus

: Murraya

Species
koenigii

: Murraya

Curry Tree (Pokok Kari)


Berasal dari India dan Sri Lanka dan hidup subur di zon tropika.
Bunganya kecil bewarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil
bewarna hijau semasa muda dan ungu selepas matang.
Khasiatnya, ia dijadikan tonik herba bagi
menguatkan perut
dan meningkatkan keupayaannya bagi mengatasi masalah
penghadaman.Digunakan juga sebagai julap.
Amalan memakan sepuluh helai daun kari setiap hari selama tiga
bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis.

Nama Tempatan: Gandarusa


Nama Saintifik: Justicia Gendarussa linn
Nama Lain: Daun rusa(melayu), bo gu
dan(cina),gendarussa(english)
Famili: Acanthaceae
kegunaan:
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang
patah, rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang
patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan
diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan
syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk
rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih
dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada
api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.Ia juga
boleh digunakan untuk menurunkan panas badan,
menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh
minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.
Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

,,,,,? ,?

7620796fa4756c

df9Gi

Nama Tempatan:

{"actor":"1570799

Misai kucing
Nama Saintifik: Orthosiphon aristatus /stamineus
benth
Nama Lain: Kumis kucing, cat whisker, kabling
gubat, rumujung,Lamiaceae
Famili: Lamiaceae
kegunaan:
Bahagian yang digunakan ialah Keseluruhan pokok kecuali
akarnya Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon,
pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid,
minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan
terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana
dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.
daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan
sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan.Ia
juga dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir
berlebihan terutamanya dari sendi.Ia mengandungi kandungan
kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium
dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak
mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan
ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain
seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.

Nama Tempatan: pegaga


Nama Saintifik: centella asiatica/hydrocotyle asiatica
Nama Lain: tapak kuda(indonesia),indian pennywort,
gotu kola
Famili: Apiaceae/Umbelliferae
kegunaan:
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat
mengambalikan
kesihatan
diri
dan
dapat
menolong
mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan,
meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan
mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga
terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan
keupayaan mental kanak-kanak.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi,
mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong
badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam
perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan
herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.
Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan sebagai tonik saraf
untuk
merehatkan
dan
menambahkan
ingatan.Diindai
bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi
masalah kulit. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan
kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan
menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan
yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang
kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

{"evt":4,"src":9,"s

{"evt":4,"src":9,"s

Nama Tempatan: Patawali


Nama Saintifik: Tinospora crispa(miers)
Nama Lain: Akar seruntun, brotowali,batang wali
Famili: Menispermaceae
kegunaan:
untuk perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian
utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan
untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing
manis
dan
juga
penyakit
kelamin
dikenali
sebagai
gonorea.Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing
dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis
dan diminum segelas sehari.
Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah,
dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan
tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil
jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit

demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan


tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.

Nama Tempatan: Lidah buaya


Nama Saintifik: Aloe Vera linn.
Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english),
salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Famili: Liliaceae
kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera
semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah
daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer
peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh
membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga
untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing
dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang
berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang
beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid
berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama
masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong
melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur

penghadaman). Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera


ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang
dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan,
bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang
membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan dirumah
pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika
bahagian badan melecur.

Anda mungkin juga menyukai