Anda di halaman 1dari 19

TERHAD

BAB 19

PENGURUSAN ASET KERAJAAN

Pengurusan Aset Alih Kerajaan

1901 Am. Peraturan ini menetapkan tatacara pengurusan aset alih untuk dipatuhi
oleh Formasi, armada dan unit-unit TLDM. Ia perlu diberi keutamaan memandangkan ia
merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan. Peraturan ini bertujuan
menghuraikan sebagai kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan
Memo Am TLDM No 16/2007 serta arahan-arahan lain yang bakal berkuatkuasa dalam
menambahbaik prosedur pengurusan aset alih kerajaan.

1902 Peranan Dan Tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab adalah


seperti berikut:

a. Panglima Formasi, Pegawai Memerintah dan Ketua Unit

(1) Mewujudkan Unit Pengurusan Aset

(2) Melantik Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa


berdasarkan jawatan.

(3) Memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut tatacara


yang telah ditetapkan.

b. Unit Pengurusan Aset Alih TLDM. Menguruskan semua aset alih


Kerajaan di bawah kawalan masing-masing meliputi:

(1) Penerimaan.

TERHAD
TERHAD

(2) Pendaftaran.

(3) Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan.

(4) Penyelenggaraan.

(5) Pelupusan.

(6) Kehilangan dan Hapus kira.

(7) Mencalonkan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa Aset


Alih dan Lembaga Pemeriksa untuk dilantik oleh Pegawai Pengawal
melalui Bahagian Kewangan.

1903 Jawatankuasa Pengurusan Aset (JKPA) TLDM. Keanggotaan JKPA adalah


seperti yang berikut:

a. Pengerusi - Timbalan Panglima Tentera Laut

b. Setiausaha - PS 1 Pembangunan Aset

c. Ahli:

(1) AKS Logistik MkTL

(2) Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM

(3) Panglima Sistem Armada

(4) Ketua Pengarah Kejuruteraan

TERHAD
TERHAD

(5) Ketua Pengarah Materiel

(6) AKS Rancang dan Operasi

(7) Panglima Bantuan TLDM

(8) AKS Bahagian Pengurusan Strategik

(9) Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada

(10) AKS Logistik Markas Wilayah Laut I

(11) AKS Logistik Markas Wilayah Laut II

(12) AKS Logistik Markas Wilayah Laut III

(13) Pengarah Belanjawan

(14) Ketua Pengarah ILS

1904 Bidang tugas JKPA MkTL. Tanggungjawab JKPA ialah merancang,


memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek pengurusan aset Kerajaan bagi
TLDM.

1905 Mesyuarat JKPA MkTL. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya


sekali dalam tempoh tiga (3) bulan.

1906 Penerimaan. Objektif terhadap pematuhan prosedur penerimaan adalah seperti


berikut:
a. Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang
ditetapkan.

TERHAD
TERHAD

b. Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan.

c. Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan


selamat untuk digunakan.

1907 Peraturan Penerimaan

a. Aset yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi


memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan.

b. Pemeriksaan teknikal oleh pegawai-pegawai aset/penerima yang dilantik


hendaklah dilakukan apabila perlu mengikut kaedah yang bersesuaian.

c. Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima aset:

(1) Menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi memastikan


aset yang diterima adalah betul.

(2) Aset hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta-
merta sebelum disahkan penerimaannya.

(3) Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta-merta


maka dokumen tersebut hendaklah dicatatkan “Diterima dengan syarat ia
disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.

(4) Setelah disemak dan diperiksa, pegawai aset/penerima adalah


bertanggungjawab menyediakan Laporan Perselisihan BAT L 7 jika
terdapat kerosakan atau perselisihan.

TERHAD
TERHAD

(5) Laporan Perselisihan BAT L 7 yang telah disahkan dan


ditandatangani oleh Pegawai Memerintah/Ketua Jabatan hendaklah
dihantar dengan serta-merta kepada agen penghantaran atau syarikat
pembekal.

(6) Pegawai Aset/Penerima hendaklah memastikan bahawa aset


diterima berserta dengan Surat Jaminan/Sijil Ketulenan daripada
pembekal yang mengesahkan bahawa mutunya menepati spesifikasi
seperti dalam perjanjian pembelian.

(7) Pegawai Aset/Penerima hendaklah memastikan aset yang diterima


disertakan manual penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada.

1908 Pendaftaran dan Pelabelan.

a. Objektif. Pendaftaran dan pelabelan aset adalah bertujuan untuk:

(1) Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas


kini.

(2) Memudahkan pengesanan dan pemantauan.

(3) Membolehkan keadaan aset diketahui.

(4) Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian


aset.

b. Tempoh pendaftaran. Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam tempoh


dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.

TERHAD
TERHAD

c. Pendaftaran Aset Hadiah. Aset yang diterima secara hadiah bagi tujuan
pameran dan latihan/pembelajaran yang tidak boleh diguna dalam bentuk asal
tidak perlu didaftarkan. Walau bagaimanapun Jabatan/PTJ/Pasukan hendaklah
mewujudkan satu senarai daftar aset berkenaan bagi tujuan rekod.

d. Pendaftaran Aset Lucut Hak. Pendaftaran aset tersebut adalah seperti


berikut:

(1) Aset lucut hak hendaklah didaftarkan jika Jabatan berkenaan


bercadang menggunakannya.

(2) Aset lucut hak yang telah dikategorikan di bawah akta tertentu
adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengawal untuk menentukan
tindakan yang diambil ke atas aset berkenaan bagi maksud tersebut
sahaja.

e. Punca Maklumat. Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh


dirujuk:

(1) Aset yang dibeli:

(a) Pesanan Rasmi Kerajaan.

(b) Nota Serahan.

(c) Invois.

(d) Dokumen Kontrak.

(e) Surat Jaminan.

TERHAD
TERHAD

(f) Manual Pengguna.

(g) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(2) Aset yang disewa beli:

(a) Surat Ikatan Perjanjian.

(b) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(3) Aset yang diterima daripada sumber lain:

(a) Salinan daftar jika aset diterima secara pindahan.

(b) Surat kelulusan menerima hadiah mengikut peraturan yang


sedang berkuat kuasa berserta maklumat lengkap aset berkaitan.

(c) Salinan Sijil Lucut hak bagi aset yang diterima.

(4) Aset yang belum berdaftar. Sekiranya tiada punca maklumat


seperti di para 3a, 3b dan 3c, pendaftaran hendaklah berasaskan
maklumat di fizikal aset berkenaan atau sumber-sumber lain yang
berkaitan.

f. Dokumen Pendaftaran.

(1) Bagi memudahkan urusan merekod dan mengesan sesuatu aset,


dokumen yang digunakan adalah seperti berikut:

(a) Daftar Harta Modal KEW.PA-2 (Pindaan).

TERHAD
TERHAD

(b) Daftar Inventori KEW.PA-3 (Pindaan).

(2) Bagi pendaftaran melalui sistem berkomputer, perkara-perkara


berikut hendaklah dipatuhi:

(a) Format yang sama hendaklah diguna pakai.

(b) Daftar hendaklah dicetak.

(c) Di tandatangan oleh Pegawai Memerintah/Ketua Jabatan.

g. Butiran Maklumat. Butiran maklumat di dalam KEW.PA-2 (Pindaan)


dan KEW.PA-3 (Pindaan) hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.

h. Pengesahan Pendaftaran. Pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat


dan dicop pada dokumen punca maklumat yang berkaitan seperti contoh berikut:

‘Telah direkodkan pada ........(tarikh). Nombor siri pendaftaran aset ........


(seperti nombor pada daftar)’.

i. Urusan Pendaftaran Aset Alih

(1) Semua aset hendaklah didaftarkan oleh Pegawai Aset di


Jabatan/PTJ/Pasukan dengan menggunakan dokumen KEW.PA-2
(Pindaan) dan KEW.PA-3 (Pindaan).

(2) Satu Senarai Daftar Harta Modal dengan menggunakan KEW.PA-4


(Pindaan) dan Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5 (Pindaan) perlu
disediakan.

TERHAD
TERHAD

(3) Aset yang diterima sebelum tahun 2007 hendaklah didaftarkan


oleh Pegawai Aset di Jabatan/PTJ/Pasukan dengan menggunakan
dokumen KMT.PA-2 dan KMT.PA-3.

(4) Daftar aset hendaklah dikemas kini apabila berlaku perkara-


perkara berikut:

(a) Penambahan/penggantian/penaiktarafan aset.

(b) Pemeriksaan aset.

(c) Pelupusan.

(d) Hapus kira.

(5) Penggunaan lejar/kad akaun serta daftar harta modal/inventori


seperti BAT M 430 dan Permanent Loan List.

j. Pelabelan Aset

(1) Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara


melabel, mengecat, emboss atau menggunakan pelekat bagi
menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama Jabatan berkenaan
di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan. Bagi
kenderaan khas yang digunakan untuk tujuan penyamaran dan risikan
hendaklah ditandakan di tempat yang tidak mudah dilihat.

(2) Setiap aset hendaklah ditanda dengan Nombor Siri Pendaftaran.


Panduan menyediakan Nombor Siri Pendaftaran mengikut susunan
seperti:

TERHAD
TERHAD

(a) Kod Kementerian KP


(b) Kod Contoh: DBA17
Jabatan/Bahagian (17 ialah Kod
Kementerian
Pertahanan)
(c) Kod Kumpulan
Aset sama ada:

Harta Modal = (H)


Inventori = (I)
(d) Jenis Stor Contoh: Senjata /
Perabot
(e) Tahun Pembelian = 07
(f) Nombor Siri = Diwujudkan secara
berturutan

Contoh melabelkan aset adalah seperti di bawah:

Kementerian Pertahanan

Depot Bekalan Armada

Harta Modal

Peralatan

Tahun Pembelian

Nombor Siri

KP / DBA17/ H /ALAT/07/1

k. Pergerakan Aset. Pergerakan harta modal bagi tujuan pinjaman atau


penempatan sementara hendaklah direkod pada Buku Daftar Pergerakan Harta

TERHAD
TERHAD

Modal/Inventori KEW.PA-6. Untuk Inventori, borang sedia ada seperti BAT L 5


boleh digunakan.

l. Penyimpanan Daftar

(1) KEW.PA-2 (Pindaan) dan KEW.PA-3 (Pindaan) hendaklah


disimpan dalam fail kulit keras di dalam kabinet berkunci.

(2) Buku KEW.PA-6 seperti hendaklah disimpan di dalam kabinet


berkunci.

(3) Daftar asal KEW.PA-2 (Pindaan) disimpan oleh Pegawai Aset dan
salinan disimpan di lokasi.

m. Senarai Aset di Lokasi

(1) Senarai Aset mengikut lokasi aset itu ditempatkan hendaklah


disediakan oleh Pegawai Aset menggunakan KEW.PA-7 dalam dua (2)
salinan.

(2) Satu (1) salinan senarai tersebut hendaklah disimpan oleh


Pegawai Aset manakala satu (1) salinan lagi disimpan oleh pegawai yang
bertanggungjawab.

(3) Senarai tersebut juga hendaklah dikemas kini dari masa ke


semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai
bertanggungjawab.

1909 Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan. Semua aset Kerajaan


hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan:

TERHAD
TERHAD

a. Mengurangkan pembaziran.

b. Menjimatkan kos.

c. Mencapai jangka hayat.

d. Mencegah penyalahgunaan.

e. Mengelakkan kehilangan.

1910 Penggunaan aset Kerajaan hendaklah mematuhi peraturan berikut:

a. Bagi tujuan rasmi sahaja.

b. Mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual/buku


panduan pengguna.

c. Dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan.

d. Perlu direkodkan.

e. Melapor kerosakan dengan menggunakan Borang Aduan Kerosakan


Aset KEW. PA-9.

f. Aset yang dibawa keluar dari pejabat hendaklah mendapat kebenaran


bertulis daripada Pegawai Memerintah/Ketua Jabatan. Aset berkenaan
hendaklah dipulangkan semula sebaik selesai penggunaannya atau mengikut
tempoh kelulusan mana yang lebih awal.

1911 Penyimpanan. Penyimpanan perlulah mengambil perhatian perkara


perkara berikut:

TERHAD
TERHAD

a. Aset Kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa


di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan
Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau
kehilangan aset.

b. Setiap pegawai adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan,


kerosakan atau kehilangan aset di bawah tanggungjawabnya.

c. Aset yang sangat menarik atau bernilai tinggi yang terdedah kepada risiko
kehilangan, maka hendaklah sentiasa di bawah kawalan yang maksima.

1912 Pematuhan. Pegawai yang gagal mematuhi peraturan di atas, boleh dikenakan
tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957 atau
AP 59.

1913 Pemeriksaan. Pemeriksaan perlu dilaksanakan ke atas:

a. Fizikal.

b. Rekod.

c. Penempatan.

1914 Tujuan. Tujuan pemeriksaan adalah untuk:

a. Mengetahui keadaan dan prestasinya.

b. Memastikan setiap aset mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan


kemaskini.

TERHAD
TERHAD

c. Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam
daftar.

d. Pegawai Pengawal hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua (2)


orang Pegawai Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan
aset untuk membuat pemeriksaan ke atas harta modal dan inventori.
Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

e. Pegawai Pemeriksa hendaklah mengemukakan Laporan Pemeriksaan


Harta Modal KEW.PA-10 dan Laporan Pemeriksaan Inventori KEW.PA-11
kepada Pegawai Memerintah/Ketua Jabatan.

f. Pegawai Memerintah/Ketua Jabatan hendaklah melakukan sendiri


pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa bagi memastikan peraturan ini
dipatuhi.

1915 Penyelenggaraan. Aset-aset yang berdaftar perlulah diselenggara mengikut


jadual rancangan senggaraan bagi memastikan pengoperasian yang optimum.

a. Objektif penyelenggaraan adalah bertujuan:

(1) Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan


selamat digunakan.

(2) Memelihara dan memanjangkan jangka hayat.

(3) Meningkatkan keupayaan.

(4) Mengurangkan kerosakan.

(5) Menjimatkan perbelanjaan TLDM.

TERHAD
TERHAD

(6) Menjamin keselamatan pengguna.

(7) Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif.

(8) Memelihara imej TLDM.

b. Jenis Penyelenggaraan. Penyelenggaraan terbahagi kepada dua (2)


jenis seperti berikut:

(1) Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) ialah


tindakan penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk memeriksa,
membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara teratur
supaya dapat berfungsi dengan lancar secara berterusan.

(2) Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance) ialah


tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal
supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.

c. Manual Penyelenggaraan. Setiap manual/buku panduan pengguna


berkaitan aset hendaklah disimpan sebagai rujukan untuk tujuan
penyelenggaraan.

d. Panduan Penyelenggaraan. Pegawai Aset adalah bertanggungjawab


untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:

(1) Menyediakan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan.


Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan
disenaraikan mengikut KEW.PA-13.

TERHAD
TERHAD

(2) Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan,


satu program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.

(3) Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang


telah ditetapkan melainkan sesuatu aset itu memerlukan
penyelenggaraan segera.

e. Merekodkan Penyelenggaraan. Setiap penyelenggaraan yang


dilaksanakan hendaklah direkodkan dalam BAT M 100 dan BAT M 430 atau
dokumen lain yang berkaitan.

f. Menilai Program Penyelenggaraan. Penilaian hendaklah dibuat ke


atas program penyelenggaraan melalui Audit Pemeriksaan Teknikal Alat
Pelbagai seterusnya verifikasi audit bagi menentukan setiap tindakan dan
maklumbalas telah dilaksanakan.

1916 Laporan Aset Alih. Laporan tahunan pegangan aset alih hendaklah
dikemukakan secara tahunan kepada pihak-pihak ditentukan seperti berikut:

a. Laporan dari kapal/unit ke Markas Formasi selewatnya pada 31 Dis


setiap tahun.

b. Laporan dari Markas Formasi ke Cawangan Materiel Markas Tentera


Laut selewatnya pada 31 Jan tahun berikutnya.

c. Laporan dari Cawangan Materiel Markas Tentera Laut ke Cawangan


Pengurusan Aset Kementerian Pertahanan selewatnya pada 15 Feb tahun
berikutnya.

1917 Dokumen Laporan Tahunan. Dokumen yang perlu dilampirkan adalah


seperti berikut:

TERHAD
TERHAD

a. Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 (Pindaan).

b. Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5 (Pindaan).

c. Senarai Jumlah Nilai Harta Modal dan Inventori KMT.PA-1


(Kembaran M).

d. Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori KEW.PA-8

e. Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA-10.

f. Laporan Pemeriksaan Inventori KEW.PA-11.

g. Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori KEW.PA-12


(Disahkan oleh Pegawai Memerintah/ Ketua Jabatan).

h. Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan KEW.PA-20

i. Laporan Tindakan Surcaj dan Tatatertib KEW.PA-32

j. Senarai Jumlah Nilai Harta Modal dan Inventori KMT.PA-1.

k. Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori KEW.PA-8.

l. Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori KEW.PA-12


(Disahkan oleh Ketua Pengarah Materiel/Asisten Ketua Staf Logistik MkTL)
berserta salinan KEW.PA-12 daripada Bahagian/Pasukan/Pejabat.

m. Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan KEW.PA-20.

TERHAD
TERHAD

n. Laporan Tindakan Surcaj dan Tatatertib KEW.PA-32.

1918 Kelonggaraan Penggunaan Borang. Bagi menyesuaikan dengan


penggunaan perkhidmatan TLDM, berikut adalah kelonggaran yang diberikan dalam
penggunaan borang-borang:

a. KEW PA-2 - Penggunaan Daftar Harta Modal. Borang hanya


digunakan untuk mendaftar aset-aset yang diterima mulai tahun 2007 sahaja.

b. KEW PA-4 - Senarai Daftar Harta Modal. Markas dan unit


tidak perlu menyenaraikan aset straegik secara terperinci tetapi memadai
diberikan jumlah nilai sahaja.

c. KEW PA-5 - Senarai Daftar Inventori. Markas dan unit tidak


perlu menyenaraikan aset straegik secara terperinci tetapi memadai
diberikan jumlah nilai sahaja.

d. KEW PA-12 - Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal. Sijil


boleh ditandatangani oleh Pegawai Memerintah sebelum dikemukakan ke
Markas Formasi dan seterusnya ke MkTL.

1919 Pengecualian Penggunaan Borang. Pengecualian diberi kepada


TLDM daripada menggunakan borang-borang berikut:

a. KEW PA-1 - Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan.


Penggunaan BAT L 7 (Discrepency Report) dikekalkan.

b. KEW PA-6 - Borang Daftar Pergerakan Harta Modal dan


Inventori. Penggunaan dikecualikan untuk inventori dan BAT L 5 dikekalkan.

TERHAD
TERHAD

c. KEW PA-14 - Daftar Penyelenggaraan Harta Modal.


Penggunaan BAT M 430 dikekalkan.

d. KEW PA-29 - Borang Perlantikan Jawatankuasa Penyiasat


Kehilangan Aset Alih Kerajaan. Tatacara Penubuhan Lembaga siasatan
kekal mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

1920 Peraturan ini terpakai setakat mana ia tidak bercanggah dengan mana-mana
arahan, pekeliling/peraturan yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan oleh
Perbendaharaan Malaysia.

1921 Senarai contoh-contoh borang yang digunapakai adalah seperti di Kembaran A


kepada seksyen ini.

1922 – 1950 Simpanan.

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai