Anda di halaman 1dari 2

Menyusun Atur Pola

1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :


a) Pola tidak berkedut
b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan
c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik


b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik
c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik


a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas
sebelah dalam fabrik.
b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.
c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. Ukur
dari tepi untuk ketepatan.
d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.
e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.
f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola
apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau
satu bahagian kanan.
g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 15 cm.
Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.
h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa menyemat.
i.

Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk
memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Pola Yang Lengkap

Pola bahagian belakang

Pola lengan pendek

Pola bahagian depan

Pola kolar kemeja

Anda mungkin juga menyukai