Anda di halaman 1dari 3

APLIKASI TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH

LAKU DALAM KAUNSELING


1. Terapi Individu dilakukan secara bersemuka dan
memberi fokus kepada masalah yang spesifik.
Dilakukan dengan satu sesi dalam seminggu dan
mengambil masa selama 5 hingga 50 sesi . Bagi klien
yang mengalami gangguan emosi yang terlampau teruk
akan menjalani terapi sehingga setahun.

5. Terapi Perkahwinan
dalam terapi ini, kedua-dua
pasangan haruslah datang
pada masa yang sama dan
ditetapkan.
4. Terapi Keluarga diaplikasikan untuk
melihat gangguan-gangguan yang wujud
dalam keluarga dan dapat
dipertanggungjawab kepada tingkah laku
yang menjadi penyebab gangguan
kepada keluarga.

2. Terapi Kelompok ia sesuai diaplikasikan dalam


kelompok supaya ahli-ahli kelompok dapat diajar
untuk mengaplikasikan prinsip Terapi Rasional
Emotif Tingkah Laku kepada semua ahli. Mereka
akan dapat mempelajari tingkah laku baru dengan
mengambil kira risiko dan mendapat banyak peluang
untuk membuat kerja rumah.
3. Terapi Ringkas dijalankan satu hingga 10
sesi. Biasanya ia dilakukan kepada mereka
yang tertekan kerana kehilangan pekerjaan
secara tiba-tiba akibat pengurangan kerja. Ia
juga sering diaplikasikan apabila berhadapan
dengan klien yang akan bersara dari pekerjaan.

Sambungan.
Teori ini menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah

berkebolehan.
Mengikut Terapi Rasional Emotif, klien akan dibantu untuk melihat bahawa
rangkaikata-rangkaikata dan ayat-ayat yang tidak rasional adalah dusta belaka.
Kaunselor mengaplikasikan teori ini dengan memberikan tumpuan kepada semua
perkara yang tidak logik dan melihat bagaimana ia berlaku dan cuba membaiki
gangguan-gangguan tersebut.
Klien juga diajar bagaimana hendak memikirkan semula, mencabar, menghujah dan
menyusun dalam kata-kata ayat yang boleh menimbulkan pemikiran yang logik
secara berkesan.
Zulkifli Yusuf (1988), menjelaskan teori ini diaplikasikan dalam usaha melahirkan satu
teknik kaunseling yang saintifik, ke arah memudahkan pengukuran satu hasil
berdasarkan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diukur dan dilihat serta ke
arah menyakinkan bahawa sebarang kekurangan dalam persekitaran itu boleh
diperbaiki.

APLIKASI TERAPI RASIONAL EMOTIF


TINGKAH LAKU DALAM KAUNSELING
PELBAGAI BUDAYA
1. Chen (1995)
menjelaskan gaya
konfrontasi sesetengah
pengamal Rasional Emotif
Tingkah Laku tidak
bersesuaian dengan
masyarakat orang Cina.

2. Chen seterusnya
mencadangkan satu
perhubungan yang lemah
lembut tetapi kuat dengan
maksud dibina antara
kaunselor dengan klien
ketika proses mencabar
pemikiran tidak logik klien.

4. Aplikasi Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku


dari aspek kaunseling pelbagai budaya dilihat
positif apabila Chen (1995) menjelaskan
terapi ini bersesuaian dengan budaya dan
falsafah masyarakat Cina yang memberi nilai
kepada rasionaliti dan menekankan kepada
kepentingan persepsi mengatasi peristiwa atau
kejadian sebenar.

3. Scorzelli dan Reineke-Scorzelli


(1994) mendapati pendekatan
rasional emotif tingkah laku
berlawanan dengan kepercayaan
kerohanian atau keagamaan klien dan
juga perhubungan mereka dengan
keluarga dan budaya orang India.
Faktor kepercayaan agama dan
kerohanian merupakan faktor penting
dalam kehidupan masyarakat India.

5. Terapi Rasional Emotif Tingkah


Laku dilihat gagal melihat faktorfaktor secara konsisten yang
menyumbang kepada kehidupan
klien (Rigazio.D.Gilio,Ivey,& Locke,
1977).

Anda mungkin juga menyukai