Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI DAUD AS MENERIMA KITAB ZABUR YANG DI

MUKZIZATKAN OLEH ALLOH SWT


Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.. Kitab suci ini yang
menghimpunkan qasidah-qasidah dan syair-syair serta lagu-lagu yang
mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah (S.W.T.), yang mana
terdapat juga di dalamnya doa-doa zikir, pengajaran tetapi hikmah.
Juga tentang kisah-kisah umat-umat yang terdahulu dan nabi-nabi yang
akan datang; di antaranya tentang berita kedatangan Nabi Muhammad
(S.A.W.).
Kitab Zabur diturunkan oleh Allah kepada Nabi Daud a.s. selepas
kerasulan Nabi Musa a.s. Tidak terdapat di dalamnya hukum syara,
kerana Nabi Daud adalah pengikut sunnah atau syariat Nabi Musa a.s.
Kitab Zabur menjadi salah satu kitab yang wajib diimani oleh umat
Islam bersama Taurat, Injil, dan Al-Quran. Firman Allah dalam alQuran:






Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di
bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebahagian nabi-nabi itu
atas sebahagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud.
(Q.S. Al-Israa: 55)


Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana


Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang
kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada
Ibrahim, Isma'il, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, 'Isa, Ayyub, Yunus,
Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud. (Q.S. anNisaa : 163)

Kitab Zabur, bersama Taurat, sebenarnya ada di dalam Kitab Perjanjian


Lama dan disebut sebagai Psalm, yang bersama Kitab Perjanjian Baru
menjadi kitab suci bagi ummat Nasrani atau Kristiani, baik Kristian (Protestan)
mahupun Katholik, yang dikenal sebagai Alkitab atau Bible.
Sementara itu, Kitab Perjanjian Lama dipercaya sebagai kitab suci bagi
umat Yahudi.
Kitab Zabur (Arab) atau Mazmur (Ibrani), dikenali sebagai sajak-sajak
keagamaan dan kerananya banyak digunakan sebagai buku nyanyian
dan doa, baik oleh umat Yahudi mahupun Kristiani. Bagi kalangan
Kristiani, sejumlah isi Kitab Zabur telah digubah dan diubah menjadi
nyanyian-nyanyian gereja.
Sajak-sajak dalam Kitab Zabur bermacam ragam: ada nyanyian pujian
dan ada nyanyian untuk menyembah Tuhan; ada doa mohon
pertolongan, perlindungan dan penyelamatan; doa mohon ampun;
nyanyian syukur atas berkat Tuhan, permohonan supaya musuh
dihukum.
Doa-doa dalam Zabur ada yang bersifat pribadi, ada pula yang bersifat
nasional. Di antaranya ada yang menggambarkan perasaan seseorang
yang paling dalam, ada pula yang menyatakan keperluan dan perasaan
seluruh umat Allah.
Banyak orang Islam yang mungkin belum pernah membaca isi dari kitab
itu. Meski Zabur ada di dalam Alkitab yang mudah ditemui, jarang
orang Islam mahu membacanya. Inilah beberapa petikan isi Kitab

Zabur:
Syair ke-8
Manusia hina sebagai makhluk mulia
Ya Allah, ya Rabbana,
betapa mulia nama-Mu di seluruh bumi!
Keagungan-Mu Kau tempatkan melebihi langit.
Dari mulut bayi dan kanak-kanak yang menyusu pun
Kau letakkan dasar kekuatan kerana lawan-lawanmu,

untuk membungkam musuh dan pendendam.

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info

Anda mungkin juga menyukai