Anda di halaman 1dari 38

Unit 2 :

Blok Perdagangan &


Integrasi Wilayah
Ekonomi

KONSEP DAN CABARAN


DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
a.

Konsep Perdagangan Antarabangsa


Globalisasi
Pasaran Menimbul (Emerging Market)
Nasionalisasi
Lokalisasi
Glokalisasi

i. GLOBALISASI

Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan


kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak
ke arah menjadi satu pasaran yang homogen atau
pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia
di samping membangunkan standard produk dan
pemasaran

Pengurangan bermakna dalam sempadan domestik,


penambahan pertukaran dalam perniagaan,
pengembangan teknologi maklumat, aliran kewangan
merentasi sempadan dan pemindahan budaya

ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan


memperbaiki
sektor
ekonominya
dengan
tujuan
mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara yang
lebih maju dalam dunia.
bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara
kasar per kapita $9,656 & ke atas sebagai negara
berpendapatan tinggi
Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004, terdapat
43 buah negara seperti Vietnam, China, India, Argentina,
Mexico dan lain-lain.
pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil
pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program
sokongan kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf
ekonomi contoh: Bantuan dari IMF
pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan niaga
sesama mereka contoh: Mercosur (the southern cone
common market)
4

iii. NASIONALISASI

merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan


mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing &
menjadikan firma tersebut sebagai milik negara
jenis nasionalisasi termasuklah:
expropriation
pampasan diberi
confiscation
tidak ada pampasan

iv. LOKALISASI

satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat


multinasional
untuk
menghasilkan
produk
atau
perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan
mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan,
citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah
dan tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan
yang dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan
Beef Burger di India.
5

v. GLOKALISASI

Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan


disesuaikan untuk pasaran tempatan mengikut undang
dan budaya sesebuah negara. Contohnya Pizza Hut
menyediakan pizza perisa mengikut selera tempatan.

Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti


internet untuk menyediakan perkhidmatan tempatan
berasaskan global. Contoh seperti Craigslist dan Meetup
telah menggunakan pendekatan glokalisasi dalam
mengaplikasikan laman web mereka.

KONSEP DAN CABARAN DALAM


PERNIAGAAN ANTARABANGSA
b.

Cabaran Syarikat Multinasional


Struktur dan Kawalan
Politik dan Undang-Undang
Ekonomi
Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas Budaya
Perubahan Teknologi
Pasaran Kewangan

SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)

Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di


peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang
tinggi.

Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak


negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka
di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan
penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan
produk baru di pasaran yang mereka masuki.

Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang


besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh
dunia.

b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL


i.

STRUKTUR DAN KAWALAN


harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa
sesuatu negara
antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang
kuasa
kegagalan operasi asing dari segi perancangan &
jangkaan
kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar
negara
pertindanan tugas di kalangan kaki tangan
kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan
pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan
jurujual di sesuatu kawasan
pertambahan dalam bilangan pengedar
rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi
di luar negara
9

Kawalan yang boleh diperolehi dengan:


centralization - aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat
(menegak)
Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain
decentralization - anak syarikat bebas bertindak mengikut
kesesuaian persekitaran (mendatar)
Sukar dikawal

10

ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG

berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan


rumah untuk jaga kepentingan negara
polisi & undang-undang bercanggah dengan negara
asal
untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik
negara asal
paksaan untuk menjayakan program tempatan
syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan
mentah tempatan
penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi
(sebahagian % disyaratkan dilabur semula)
peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif
disebabkan prosedur)
dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan
cukai korporat yang tinggi

11

iii. EKONOMI

persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat


multinasional boleh menjejaskan ekonomi tempatan;
maka sekatan dibuat
kawalan ke atas import; duti import yang tinggi
boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi
sekatan dalam aktiviti pelaburan langsung
kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana
nilai pelaburan yang banyak
kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

12

iv.SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN


RENTAS BUDAYA

kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya


yang bukan menjadi kebiasaan diri

konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan

masalah komunikasi

penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

13

v. PERUBAHAN TEKNOLOGI

pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak


(dari negara asal)

hak cipta (teknologi ditiru)

masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi


maklumat)

vi. PASARAN KEWANGAN

Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran mata


wang
Kadar tukaran mata wang kadar yang digunakan untuk
menukarkan mata wang sesebuah negara ke dalam mata wang
negara lain
Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan kepada
permintaan barangan dan perkhidmatan sesebuah negara
Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm menetapkan
nilai mata wang negaranya, contoh: Malaysia
14

3.4
a.

GALAKAN DAN SEKATAN


PERDAGANGAN

Galakan Perdagangan Antarabangsa


i. Pemasaran Antarabangsa
Pemasaran ialah proses perancangan dan perlaksanaan
konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran
produk untuk mewujudkan pertukaran yang boleh
memuaskan individu dan organisasi yang melampaui
sempadan politik sesebuah negara.
Konsep pemasaran terdiri daripada konsep produk,
harga, promosi dan agihan terhadap produk atau
perkhidmatan untuk proses pertukaran bagi memenuhi
kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.
Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah
lebih rumit kerana wujud perbezaan dari aspek :
Ekonomi
Politik dan Undang-Undang
Budaya dan adat resam
Agama
15

MATRADE
The Malaysia External Trade Development Corporation @
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah Kementerian
Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.
Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar negara.

16

Peranan MATRADE

Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan


perdagangan luar negara dengan penekanan kepada
eksport barangan siap dan separuh siap
Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
Menyediakan sistem maklumat pasaran yang
menyeluruh
Memastikan keupayaan bersaing di peringkat
antarabangsa bagi keluaran Malaysia
Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan
dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu
atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
Membangunkan, mempromosikan dan memberikan
khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan.
Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan
dengan perdagangan.

17

ECONOMIC INTEGRATION
Economic integration occurs when two or more nations join to form a freetrade zone. The European Union (EU) and the North American Free-Trade
Agreement NAFTA are examples of economic integration.
The European Union (EU) is the European trading bloc composed of
Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy,
Luxembourg, the Netherlands, Portugal, Spain, Sweden, and the United
Kingdom.
The North American Free-Trade Agreement (NAFTA) is an agreement
signed by the United States, Mexico, and Canada in which the three
countries agreed to establish all of North America as a free-trade zone.
The U.S.-Canadian Free-Trade Agreement is an agreement in which the
United States and Canada agreed to eliminate all barriers to trade between
the two countries by 1988.

Blok Perdagangan Antarabangsa

WTO (World Trade Organization)


Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General
Agreement on Tariffs and Trade)
Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan
perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi,
kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.
Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19
buah negara dan meningkat menjadi lebih 140
negara (2006).
Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkatperingkat menerusi pusingan rundingan bermula
pada 1986 hingga 1993
Setiap pusingan akan membincangkan
pengurangan tarif.

19

FREE INTERNATIONAL
W.T.O is a trade organization.
WorldTRADE
Trade Organization

Blok Perdagangan Antarabangsa

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan


Bebas)
Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4
ASEAN pada 1992
Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September
1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008
dipercepatkan kepada 2003 secara berperingkat-peringkat.
Tujuan penubuhan
Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan
melaksanakan pasaran bebas
Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh
menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif
@ tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%
Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan
pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran
global
21

FREE INTERNATIONAL
A.S.E.A.N
is a trade organization.
TRADE
Association of Southeast Asian Nations

NAFTA (North America Free Trade Agreement


Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)
Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS
dan Kanada di tandatangani dan mula beroperasi
pada 1 Jan 1989
Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
Tujuan:
Hapuskan halangan tariff di kalangan negara
anggota menjelang 1989
Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico mengadakan
rundingan untuk tubuhkan NAFTA
1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

23

BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

EC (European Community/Kesatuan Eropah)

Awalnya dikenali European Economic Community (EEC)


dalam perjanjian Rome.
Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara
European Coal and Steel Community (ECSC), European
Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC
Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah
ditukar namanya kepada European Union (EU)
Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg,
Belanda, German, Denmark, Ireland, UK, Greek,
Sepanyol dan Portugal.
Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:
a. Mewujudkan satu matawang tunggal
b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang
seragam
c. Satu kerakyatan
d. Parlimen EU yang berkuasa
24

FREE INTERNATIONAL
E.U. (European TRADE
Union) is a trade organization.

APEC (Asia-Pacific Economic


Cooperation/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)
Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.
Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico,
Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan,
China, Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea.
Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan
bebas, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di
rantau Asia Pasifik dan mengeratkan kerjasama
ekonomi antara negara anggota.

26

ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)


Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota
terdiri daripada negara-negara ASEAN.
Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand,
Indonesia, Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja
Tujuan Penubuhan:
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial
dan perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara
Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
Menyediakan bantuan antara satu sama lain
Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota
melalui kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan
perdagangan.
Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan
dengan persatuan antarabangsa dan serantau.
Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.
Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang
industri dan pertanian serantau dan memperluaskan
aktiviti perdagangan.

27

KEMUDAHAN PAB

ZON PERDAGANGAN BEBAS

Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan


antarabangsa dengan menyediakan kemudahan
dan pelbagai insentif.

Contoh di Malaysia:
-

AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas


utk pemprosesan pertanian dan barangan
pertanian seperti pengurangan tariff dari 0
hingga 5% contoh: AFTA

28

MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya


Multimedia)
MSC: Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat
di seluruh dunia berkumpul untuk menguji teknologiteknologi mereka dan menyediakan diri untuk
menghadapi cabaran masa depan.
Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan 2020
Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta
teknologi moden dan mempercepatkan pemindahan
teknologi.
Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15
kilometer lebar bermula dari KLCC hingga KLIA.
Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu
Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran baru.
Cyberjaya yang akan menempatkan industri multimedia,
pusat penyelidikan dan pembangunan, Universiti
Multimedia dan ibu pejabat syarikat-syarikat
multinasional.
29

- Fungsi MSC:
- Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan
teknologi ke Malaysia dan seterusnya membangunkan
industri tempatan
- Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik
supaya rangkaian nilai multimedia berbentuk
barangan dan perkhidmatan dapat dikeluarkan dan
disalurkan ke seluruh dunia
- Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang dengan
keupayaan spesifik multimedia, teknologi,
infrastruktur, pembentukan undang-undang, polisi dan
sistem bagi mencapai kelebihan bersaing.
- Tempat untuk mereka cipta baru dengan menjalankan
penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia.
- Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi
maklumat
- Membentuk dunia era baru dengan kemudahan rumah
bestari, bandar bestari, sekolah bestari, kad bestari
dan rakan kongsi bestari.
30

Perdagangan Balas
Urusniaga tukar barang dimana pengeksport
menerima keseluruhan atau sebahagian pertukaran
dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh
pengimport
Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India
dimana Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit
ke India sementara India membayar dalam bentuk
wang dan tekstil

31

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

GALAKAN CUKAI
Contoh: elaun cukai pelaburan
Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga
60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun

PENGECUALIAN CUKAI
Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa
Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari
royalti.

PEMBIAYAAN EKSPORT
Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport
Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport
untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport
produk yang dijual secara kredit
32

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

TARAF PERINTIS
Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada
syarikat yang berjaya mendapat status perintis

SUBSIDI
Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus
kepada pengeluar untuk mengurangkan bebanan
kerugian daripada penjualan produk di peringkat
antarabangsa
Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih
murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

33

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA


Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi
menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan
buatan Malaysia
Tujuan kempen untuk
membangun dan mengembangkan sektor
perindustrian dan perkilangan serta keupayaan
mengeksport lebih banyak barang-barang keluaran
dalam negara ke pasaran luar
berdikari dengan mengeluarkan berbagai-bagai
jenis barangan tanpa bergantung kepada negara
luar

34

LAIN-LAIN GALAKAN KERAJAAN

SKIM JAMINAN EKSPORT


Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk
meningkatkan pengeksportan dan membantu firma
bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa
Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi
eksport bertujuan menggalakkan para pelabur
mempromosi produk Malaysia di pasaran
antarabangsa

35

b.

SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

Tarif (Cukai dan Levi)


Cukai
Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke
atas individu atau syarikat
Berperanan untuk mengagihkan semula
pendapatan dan kekayaan negara
Levi
Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada
kerajaan atau organisasi
Levi kerana membawa masuk pekerja asing ke
dalam negara

36

BUKAN TARIF

KUOTA
Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai
sesuatu barangan yang boleh dikeluarkan atau
digunakan atau diimport
Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti
sesuatu barangan yang diimport
Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan
terhadap barangan tempatan

EMBARGO
Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport
atau mengeksport sesuatu barangan atau
perkhidmatan dari/ke sesebuah negara
Contoh: Malaysia dengan Israel.
37

BUKAN TARIF

SUBSIDI
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada
individu, unit pengeluaran atau pengeksport samada
dalam bentuk bayaran langsung seperti geran atau
pinjaman, atau langkah-langkah yang memberikan
kesan yang sama seperti bayaran langsung.
Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap
harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan
bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai.
Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga
lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat
berkenaan

PIAWAIAN
Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk
yang ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa.
(contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik
dan sebagainya.)
38

Anda mungkin juga menyukai