Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Bioteknologi adalah merupakan satu bidang yang berasaskan biologi. Ia


cuba menduplikasi atau mengubah fungsi sesuatu sel hidup supaya dapat
berfungsi

secara

terkawal

dan

dapat

diramalkan

secara

tepat.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu biologi dan teknologi.


Kamus Dewan Edisi keempat (2005) mentakrifkan biologi sebagai ilmu
hayat atau benda-benda hidup. Sementara teknologi itu pula bermakna
ilmu

pengetahuan

mengenai

segala

ilmu

yang

berkaitan

dengan

perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.


Satu

takrifan

bagi

bioteknologi

telah

dibentangkan

dalam

persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu bioteknologi bererti


sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi,
organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau
mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus. Dalam erti kata
lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan
menggunakan

teknik

atau

proses

teknologi

untuk

meningkatkan

penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.


Sains

(bioteknologi)

dan

Al-Quran

sememangnya

tidak

dapat

dipisahkan, sehinggakan di dalam Al-Quran sendiri terdapat pengajaran


yang dikaitkan dengan bidang bioteknologi. Ayat yang dimaksudkan ialah
dalam Surah Al-Mukminuun, ayat ke-21 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat
pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air
susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak
itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian darinya kamu
makan," (QS. 23:21)
Dalam ayat di atas, manusia telah diberitahu bahawa barang siapa
yang berfikir, sesungguhnya pada haiwan dan tumbuhan itu pasti terdapat
pelajaran yang penting baginya. Binatang-binatang ternak merupakan
antara 'alat' yang digunakan oleh para saintis dalam menjalankan kajian.
Bahkan dalam bidang bioteknologi sendiri, terdapat banyak kajian yang
1

dilakukan terhadap haiwan.

Contohnya, bioteknologi telah berjaya

melakukan penambahbaikan pada haiwan ternakan, agar ianya dapat


menghasilkan susu yang memberikan lebih kandungan protein untuk
manusia.
2.0

PRODUK

MAKANAN

YANG

BERASASKAN

APLIKASI

BIOTEKNOLOGI
Bioteknologi adalah antara bidang yang mampu menjana ekonomi negara
menjelang 2020 apabila Malaysia mencapai status negara maju. Secara
ringkasnya,

bioteknologi

adalah

teknologi

berkaitan

biologi

yang

digabungkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk


melalui proses hidup bagi menghasilkan sesuatu produk berguna kepada
manusia.
Antara bidang paling relevan dengan bioteknologi termasuklah
bidang penghasilan makanan.

Bioteknologi sangat berperanan dalam

aspek makanan kerana dengan kaedah bioteknologi, bahan makanan,


vitamin, enzim dan sebagainya akan dapat dihasilkan dengan lebih
banyak dan berkualiti tinggi (Bu Lock, John & Kristiansen, Bjorn dalam
Yusuf, Ibrahim dan Carah, 2002).

Penggunaan ramuan kimia dalam

industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan


manusia.

Oleh

sebab

memajukan

industri

itu,

aplikasi

pengeluaran

bioteknologi

makanan.

digunakan

Hal

ini

untuk

kerana

hasil

bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan


makanan.

Produk baru misalnya perasa, pemanis, dan pewarna dapat

dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubahsuai secara genetik.


Kaedah bioteknologi adalah penting ke arah penggunaan bahan semula
jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan.
Terdapat

banyak

contoh

produk

makanan

berasaskan aplikasi bioteknologi oleh masyarakat Asia.

yang

dihasilkan

Antaranya keju,

tempe, nata de coco, tapai dan kicap. Terdapat juga banyak sebab
mengapa

makanan-makanan

bioteknologi.

ini

dikategorikan

sebagai

produk

Peta minta di bawah ini menunjukkan produk makanan

berasaskan bioteknologi.
2

KEJU

2.1

NATA DE
COCO

TEMPE

TAPAI

KICAP

KEJU

Keju merupakan antara produk makanan berasaskan bioteknologi yang


terkenal dan juga merupakan makanan bernutrisi tinggi diperbuat
daripada susu.
Tengah.

Keju sangat popular dalam kalangan masyarakat Asia

Keju yang pertama mungkin dibuat oleh orang-orang timur

tengah atau oleh suku-suku nomaden Turki di Asia Tengah. Bukti arkeologi
paling awal tentang pembuatan keju ditemukan di makam Mesir yang
bertarikh 2000 SM.
Keju dikategorikan sebagai produk makanan berasaskan bioteknologi
kerana keju dibuat dengan bantuan bakteria pada susu. Bakteria tersebut
dikenal

sebagai

bakteria

asam

laktat

atau

Lactobacillus.

Bakteria

Lactobacillus mengubah laktosa menjadi asam laktat dan menyebabkan


susu menggumpal. Pada pembuatan keju, keadaan pH harus rendah.
Keadaan pH yang rendah membuat susu mengental. Akibatnya protein
pada susu berubah menjadi semi solid yang disebut curd.

Proses ini

dibantu dengan menambahkan enzim renin. Enzim renin dapat diekstrak


dari perut anak sapi.

Setelah susu berubah menjadi curd, garam

ditambahkan. Garam ini selain untuk menambahkan rasa juga berfungsi


sebagai bahan pengawet. Bakteria kemudian ditambahkan sesuai dengan
jenis keju yang akan dibuat.
bakteria pematang.

Bakteria yang ditambahkan ini disebut

Bakteri pematang berguna memecah protein dan

lemak yang terdapat dalam keju. Untuk mempercepat penghasilan keju,


dapat ditambahkan enzim bakteria lain selain bakteria pematang itu
sendiri.

Maka, jelas terbukti bahawa proses pembuatan keju yang

menggunakan kaedah pengawetan menjadikan keju sebagai produk


makanan berasaskan bioteknologi yang terkenal.

2.2

TEMPE

Salah satu contoh makanan bergizi tinggi hasil bioteknologi ialah tempe.
Tempe

merupakan

makanan

tradisional

masyarakat

Indonesia

dan

terkenal di Asia Tenggara yang sudah dikenali sejak dulu. Tempe terbuat
daripada kacang soya yang merupakan sumber protein tinggi.
Tempe

dikategorikan

sebagai

produk

makanan

berasaskan

bioteknologi kerana proses pembuatannya dibantu oleh Rhizopus oryzae.


Kacang soya direndam untuk menciptakan keadaan asam sehingga
mikroorganisma yang biasanya membusukkan makanan dapat dicegah.
Kacang soya yang telah matang tersebut dikeringkan dan setelah kering
ditambahkan ragi tempe. Ragi tempe adalah Rhizopus oryzae.

Kacang

soya yang telah dicampur dengan ragi tempe, lalu dibungkus oleh daun
pisang atau plastik yang berlubang.

Setelah dibungkus, lalu diperam

(difermentasi) selama satu malam. Akhirnya terhasillah tempe sebagai


produk makanan berasaskan bioteknologi.

2.3

NATA DE COCO

Nata de coco merupakan salah satu produk olahan air kelapa yang
memiliki kandungan serat yang tinggi dan kandungan rendah kalori
sehingga sesuai untuk makanan diet dan baik untuk sistem pencernaan
serta

tidak

mengandungi kolesterol sehingga

mula

popular dalam

kalangan masyarakat yang mementingkan kesihatan. Nata de coco


pertama kali berasal dari Filipina (Sutarminingsih, 2004).
Nata de coco dikategorikan sebagai produk makanan berasaskan
bioteknologi kerana produk ini merupakan hasil pemeraman air kelapa
oleh bakteria Acetobacter xylinum. Nata sebenarnya adalah polisakarida
4

(selulosa) yang disintesis bakteria tersebut selama proses pemeraman


berlangsung. Biosintesis selulosa ini menggunakan sumber gula yang
berasal daripada medium air kelapa iaitu glukosa dan fruktosa. Nata de
Coco adalah nama yang mula-mula dikenal di Filipina untuk menyebut
produk olahan yang dibuat dari air kelapa dengan bantuan bakteria
pembentuk Nata iaitu Acetobacter xylinum. Maka, jelaslah bahawa nata
de coco juga merupakan salah satu produk makanan berasaskan
bioteknologi yang telah dihasilkan oleh masyarakat Asia.

2.4 TAPAI
Sejarah asal-usul tapai tidaklah diketahui secara tepat. Ada pendapat
mengatakan bahawa tapai berasal dari makanan kaum Jawa. Tapai bukan
sahaja popular di Indonesia dan di Malaysia, malah di beberapa negeri
Asia yang lain.
Menurut Darul Angkring (2010), Tapai dikenali

sebagai basi

binubran di Filipina, Chao di Kemboja dan chao-mak di Thailand.


Walaubagaimanapun, tapai diiktiraf sebagai salah satu makanan unik
kaum Melayu. Tapai amat sesuai dijadikan makanan pencuci mulut. Tapai
merupakan

makanan

beralkohol

kandungan alcohol 3-5 %,

yang

memiliki

rasa

khas

dengan

memiliki aroma yang menyenangkan,

bertekstur lembut dan berair. Tapai dikenali sebagai produk makanan


berasaskan

bioteknologi

kerana

adanya

proses

pemeraman

atau

fermentasi.

Setelah proses pemeraman mencapai tempoh yang cukup

maka tapai boleh segera dimakan atau diprodukkan. Ragi tapai diperam
dua hingga lima hari, tergantung pada suhu dan kelembapan. Fermentasi
tapai dapat meningkatkan kandungan Vitamin B1 (tiamina) hingga tiga
kali ganda. Vitamin ini diperlukan oleh sistem saraf, sel otot, dan sistem
pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik kerana mengandungi
pelbagai bakteria baik justeru tapai dapat digolongkan sebagai sumber
probiotik bagi tubuh sekaligus menjadi salah satu produk makanan
berasaskan bioteknologi yang berjaya.

2.5

KICAP

Salah satu daripada produk makanan yang paling popular dan terhasil
daripada

aplikasi

bioteknologi

dengan

menggunakan

bantuan

mikroorganisma ialah kicap. Sos kacang soya berwarna hitam legam ini
digunakan hampir di segenap ceruk bumi. Di setiap negara juga
mempunyai kicap versi mereka sendiri sesuai dengan citarasa tempatan.
Kicap adalah penyedap makanan yang secara umumnya mempunyai rasa
masin dan manis. Asasnya, kicap diperbuat daripada kacang soya, tetapi
ada juga yang dibuat daripada air kelapa untuk menjadikan ia masin selain
menggunakan ikan laut. Walaubagaimanapun, rasa masin kicap lazimnya
datang daripada garam yang merupakan ramuan paling mustahak.
Produk ini dikategorikan sebagai produk bioteknologi kerana kicap
diperbuat daripada soya yang ditapai atau diperam dengan koji (Abu Latif,
2015).

Koji atau nama lainya kulapuk adalah mikroorganisma dengan

istilah saintifiknya Aspergillus orizae.

Koji juga dikenali sebagai ragi.

Tanpa kehadiran unsur penting daripada mikroorganisma ini, kicap tidak


akan terhasil.

Sesetengah kicap yang berjenama murah ada juga yang

menggunakan protein soya yang dihidrolisis.


Walaubagaimanapun, ia mempunyai warna yang berbeza, iaitu lebih
pucat seakan-akan karamel.

Apabila kacang soya telah dibersihkan, ia

akan direndam selama 12 jam sebelum dikisar atau dihancurkan. Setelah


itu ia akan direbus bagi melembutkannya, kemudian ditapai dengan koji
dan beberapa organisma terpilih lain untuk menjadikannya tempe kacang
soya. Tempe ini dijemur dibawah cahaya matahari sehingga kering terlebih
dahulum sebelum direndam dalam larutan garam.

Garam digunakan

kerana ia adalah sebatian yang selektif terhadap pertumbuhan mikrob.


Hanya mikrob yang dapat bertahan daripada garam yang dapat tumbuh
dan hidup dalam larutan air masin soya tersebut. Umumnya, terdapat
banyak jenis ragi dan bakteria yang rintang terhadap garam seperti
Zygosaccharomyces dan Lactobacillus. Apabila kicap siap dimasak,

ditambah perisa, ditapis dan disejukkan barulah ia dibotolkan. Maka,


terhasillah produk makanan kicap yang berasaskan bioteknologi.

3.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bidang bioteknologi ini mendatangkan banyak manfaat


dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Usaha penyelidikan dan
pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang
teknologi demi kebaikan umat manusia. Namun, semua pihak hendaklah
menggunakan teknologi ini dengan berhati-hati tanpa melampaui batasan
etika dan moral kemanusiaan demi menjauhi kecelakaan yang mungkin
timbul akibat penyalahgunaannya.

SENARAI RUJUKAN
Abu Latif (2015). Bioteknologi dalam Penghasilan Kicap Asli. http://biotekbioteknologi.blogspot.my. Diakses pada 28 Oktober 2015.
Noresah Baharom et al. (eds.) (2005), Kamus Dewan, Edisi 4, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lilies Sutarminingsih. (2004). Peluang Usaha Nata De Coco. Yokyakarta:
Penerbitan Kanisius.
Bu Lock, John & Kristiansen, Bjorn (2002), Bioteknologi Asas, Yusuf Abdul
Hamid,

Ibrahim Che Omar dan Carah Ibrahim (terj.). Pulau Pinang:

Penerbit Universiti Sains Malaysia.


Darul Angkring (2010). Bioteknologi Dalam Pembuatan Tapai. http://darulangkring.blogspot.my. Diakses pada 29 Oktober 2015.

Anda mungkin juga menyukai