Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN KHAS (BP/BD)

CONTOH FORMAT TEKS BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS

Tajuk-Tajuk :-

1.
2.
3.
4.
5.

2
3

Saidatina Khadijah Isteri Rasulullah s.a.w


Kisah Nabi Idris a.s
Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad
Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha
Kisah Ketabahan Nabi Ayub

Guru dan Jurulatih bercerita dari Kisah al-Quran tidak terikat dengan isi cerita yang dilampirkan.
Isu semasa tertakluk kepada kreativiti guru

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN KHAS (BP/BD)

TAJUK 1 : SAIDATINA KHATIJAH ISTERI RASULULLAH S.A.W


ISI
PENGENALAN
-Saidatina Khadijah Binti Khuwailid Dilahirkan Di Mekah 68
tahun sebelum Hijrah(15 tahun sebelum Tahun Gajah)
-Berasal daripada Suku Kaum Asadiyah berketurunan
Quraisy
-Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, Pernah berkahwin 2
kali tetapi kedua-dua suaminya meninggal dunia.
-wanita yang kaya dan berakhlak mulia
KISAH PERKAHWINAN DENGAN RASULULLAH
-Usia Khadijah 40 tahun sementara Rasulullah 25 tahun
-Maisarah Dan Nafisah Memainkan peranan dalam
mempertemukan mereka
-kisah nabi berniaga dan lamaran Khadijah
-Berkahwin dengan mas kahwin 400 dinar
MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN ZURIAT NABI
-Melahirkan 2 Orang Putera(Ibrahim Dan Kassim) Dan 4
Orang Puteri( Fatimah ,Ummi Kalsom, Zainab Dan
Ruqaiyah)
-Namun ketiga-tiga orang puteranya meninggal dunia ketika
kecil.Khadijah tetap tabah membesarkan anak-anaknya
KASIH SAYANG KHADIJAH KEPADA RASULULLAH
-Sangat menyayangi dan disayangi oleh rasulullah
-Kisah Khadijah menghantar makanan ke gua hira
-Kisah Khadijah menenangkan Rasulullah selepas menerima
wahyu di Gua Hira
PENGORBANAN KHADIJAH KEPADA BAGINDA
-Mengorbankan semua harta dan kekayaan kepada
perjuangan nabi.
-Sentiasa menyokong dakwah nabi dikala suka dan duka
-Wafat ketika berusia 64 tahun di Mekah

PENGAJARAN
- Menjaga Keturunan Dan
Maruah Diri

*ISU SEMASA
-Kes Gadis Lari Dari
Rumah

DALIL
- Surah Al-Ahzab
Ayat 32

- Wanita yang solehah


adalah untuk suami
yang solehah
- Ikhlas dalam
perkahwinan

Penderaan Isteri

Surah AnNur Ayat


26

- Anak adalah anugerah


allah yang amat
berharga

Kes buang bayi


yang semakin
berleluasa

Surah
Lokman
Ayat 14

- Isteri hendaklah
menyayangi suami

Kes penceraian
yang semakin
meningkat

Suarh ArRum Ayat


21

- Setiap kejayaan
memerlukan
pengorbanan

Sukarelawan
Malaysia
berkorban
menyampaikan
bantuan ke
Gaza

Surah Ali
Imran
Ayat 185

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN KHAS


(BP/BD)

TAJUK 2 : KISAH NABI IDRIS A.S


ISI
PENGENALAN
Salasilah Nabi Idris
Nabi yang pertama menulis menggunakan pena
Memakai pakaian daripada kulit
NABI IDRIS SEBAGAI AHLI IBADAH
Malaikat Izrail menyamar untuk melihat
kehebatan ibadah Nabi Idris
Rahsia penyamaran Izrail terbongkar
Izrail mengakui kehebatan ibadah Nabi Idris
NABI IDRIS INGIN MERASAI MATI
Nabi minta kepada Israil untuk merasai mati
Sakitnya jasad ketika nyawa dicabut
Nabi Idris merasa bagaimana sakratul maut
NABI IDRIS MEMOHON UNTUK MELIHAT SYURGA
DAN NERAKA
Nabi Idris diperlihatkan neraka
Nabi Idris pengsan
Nabi Idris diperlihatkan syurga
Nabi terpegun dengan keindahan syurga
KEENGANAN NABI IDRIS UNTUK KEMBALI KE
DUNIA
Nabi Idris tertidur
Perbalahan Nabi Idris dengan Malaikat Izrail
Allah wafatkan Nabi Idris

PENGAJARAN

*ISU SEMASA

Ilmu sangat penting dalam


kehidupan manusia
Pakaian penting untuk
menutup aurat

Ibadah yang ikhlas


penyelamat kehidupan akhirat

DALIL

Pelajar cemerlang PMR


dan SPM
Jauhi berpakaian yang
mendedahkan aurat

Surah Maryam
56,57

Program j-Qaf

Az Zaariat 56

Sakratul maut terlalu sakit


Mengingati mati mendekatkan
diri kepada Allah

Pelombong yang
terperangkap selama
lebih 3 bulan di San
Jose,Chile

Ali Imran 185

Neraka adalah tempat yang


dipenuhi dengan seksaan

Perbuatan jahat,
mencuri, merompak,,
membunuh dll

Al Baqarah
206
Al Anbiya
85,86
Maryam 56,57

As Syura 22

Setiap yang indah dan lazat


pasti digemari

Keindahan kehidupan
dalam keluarga yang
bahagia, keluarga Us
Hassan Azzahari

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN KHAS


(BP/BD)
TAJUK 3 : PERISTIWA PERLETAKAN HAJARUL ASWAD
ISI
PENGENALAN
Pengertian Hajarul Aswad
Kiblat orang Arab
Tumpuan ribuan manusia
BANJIR BESAR
Dinding Kaabah retak akibat banjir besar
Peranan Pembesar Quraisy untuk
membangunkan kaabah
PEMBINAAN SEMULA
Dana daripada hasil yang baik
Bantuan dari ketua kabilah
Menyiapkan pembinaan bangunan Kaabah.
SENGKETA HAJARUL ASWAD
Perselisihan faham antara Kabilah Arab
Peranan ketua-ketua kabilah
Penyelesaian untuk meletakkan Hajarul
Aswad.
PERLETAKAN HAJARUL ASWAD
Cara pelaksanaan meletakkan Hajarul
Aswad.
Nabi Muhammad menjadi hakim
Semua wakil kabilah berpuas hati

PENGAJARAN

DALIL

*ISU SEMASA

Mengimarahkan masjid
Solat cegah kemungkaran

Masjid 5 bintang
Kem Bestari Solat

Al-Imran 96
Al-Ankabut
45

Menyegerakan dalam
melakukan perkara yang
baik dan bekerjasama

Peranan badanbadan tertentu dalam


melaksanakan
sesuatu tindakan.

Al-Maidah 2,
48

Mencari rezeki yang diredai


Allah dan menghulur
bantuan.

Sumbangan rakyat
Malaysia untuk Gaza,
Rohingya dll

Al-Hadid 7,
18
Al-Jumuah 4

Pergolakan dalam
Negara ASEAN

Ali Imran 105

Tokoh-tokoh
kepimpinan
Program dakwah

Al-Ahzab 21
Ali Imran 132

Bersatu padu
Setiap masalah ada
penyelesaian

Keadilan dalam kepimpinan


Ketaatan kepada Allah dan
Rasul

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN KHAS


(BP/BD)
TAJUK 4 : KISAH NABI YUSUF DAN ZULAIKHA
ISI
PENGENALAN
Nabi Yusuf putera Nabi Yaakub a.s
Dikurniakan rupa paras yang tampan
Zulaikha isteri pembesar Mesir Al Aziz
DIKURNIAKAN RUPA PARAS YANG MENARIK
Akibat iri hati dan cemburu saudara Nabi
Yusuf
Nabi Yusuf dibuang ke dalam perigi
Dijual ke negara Mesir dan dibeli oleh Al
Aziz
KEHIDUPAN DI ISTANA
Nabi Yusuf membesar di istana dan
membesar menjadi remaja yang tampan
Zulaikha tertarik dan cuba menggoda Yusuf
Difitnah tetapi diselamatkan
RAHSIA TERBONGKAR
Zulaikha mengadakan jamuan untuk isteriisteri pembesar
Nabi Yusuf diperkenalkan kepada semua
tetamu
Yusuf dipenjara supaya suasana menjadi
tenang dan tidak menjadi rebutan para
isteri pembesar
PENUTUP
Yusuf dilantik sebagai menteri/ pembesar

PENGAJARAN

DALIL

*ISU SEMASA

Kemuliaan keturunan

Penyamaran sebagai
kerabat di raja

Yusuf 7,8

Jauhi hasad dengki

Serangan Israil ke
atas bumi Palestin

Yusuf 9, 20

Menghiasi diri dengan sifat


mulia

Program Imam Muda

Yusuf 22

Jauhi fitnah

Fitnah di laman sosial

Yusuf 23, 24

Mengamalkan sifat sabar

Yusuf 54, 55

Negara Malaysia
terus membangun
dan menuju Negara
maju

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN KHAS


(BP/BD)

TAJUK 5 : KISAH KETABAHAN NABI AYUB AS


ISI
Pengenalan
- Nabi Ayub Bin Mawsh Bin Razakh Bin Aish Bin
Ishak Bin Ibrahim A.S
- Ibunya anak Nabi Luth A.S
- Isterinya bernama Rahmah
- Lahir di Daerah Hauran
- Seorang hartawan dan dermawan
- Bersifat sabar/tabah
- Dilantik menjadi nabi
UJIAN NABI AYUB
- Ketabahan nabi ayub menghadapi cubaan iblis
yang :
i) musnahkan segala tanaman
ii) musnahkan semua ternakan
STRATEGI IBLIS
- Iblis bertambah berang
- Anak-anak nabi Ayub mati dalam runtuhan
rumahnya
- Nabi Ayub tetap tabah dan Sabar

PENGAJARAN
- Membina peribadi unggul
- Beriman dan bertaqwa

*ISU SEMASA
Tokoh Maal Hijrah
1435H

- Jangan bersikap hasad


dengki

-Serangan Israel ke atas


bumi Palestin

- Bersabar dengan ujian


Allah

Perstiwa banjir lumpur


di Cameron Highland

KETABAHAN NABI AYUB DI UJI LAGI


- Iblis menghembuskan penyakit kulit kepada Nabi
Ayub A.S
- Rahmah meminta agar Nabi Ayub memohon
kesembuhan daripada Allah S.W.T
- Janji Baginda mengenakan 100 sebatan kepada
Rahmah
- Nabi tetap tabah menghadapi penderitaan
PENYAKIT NABI AYUB TELAH SEMBUH
- Baginda tabah menghadapi ujian penyakit selama
7 tahun hati dan lidah sahaja tidak dijangkiti
- Memohon kesembuhan ke hadrat Allah
- Hentakan kaki terpancar air
- Isteri dipukul dengan seberkas jerami

- Jaga kesihatan

Demam denggi

- Ketabahan atas kejayaan


- Setiap kesusahan ada
kesenangan

Kejayaan OKU dibidang


sukan negara

DALIL
- Surah AnNisa ayat 163
- Surah alAnAm Ayat 84

- Surah AlBaqarah ayat


155-156
- Surah AsShod ayat 41
- Surah AlBaqarah ayat
153
- Surah Ali
Imran ayat
200
- Surah AsShod ayat 41

- Surah AlAnbiya ayat


83-84
- Surah AsShod ayat 4144

Hidup kembali ceria

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN


KHAS (BP/BD)
(Contoh Skrip Bercerita mengikut format yang dicadangkan)

Kisah Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud


Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih pengerusi acara, para hakim, guru-guru dan sahabat semua.
Di dalam al-Quran kisah disebut
Nabi Ibrahim dengan Raja Namrud
Kisah berkisar, pada 3000 tahun sebelum Masihi di sebuah Benua Arab di Negeri
Babylon yang kini dikenali sebagai Iraq. Nabi Ibrahim a.s adalah salah seorang
Rasul Ulul Azmi yang bergelar al-Khalil iaitu kekasih Allah. Bapanya bernama
Azar pembantu peribadi raja juga seorang pengukir patung berhala.
Tauhid baginda sentiasa dijaga
Taat beribadah berakhlak mulia
-nasyid Seorang nabi
bersemangat waja Bergelar
Imam seluruh manusia

Sesungguhnya aku menjadikanmu imam bagi seluruh manusia


(Surah al- Baqarah ayat 124)
Demikianlah sahabat semua,
Akhlak dijaga keimanan terpelihara. Masalah kebejatan sosial hari ini hanya
dapat ditangani dengan ilmu, amal dan iman.
Ya Aiyuhal Asdiqo..
Kota Babaylon, diperintah oleh seorang raja zalim, angkuh dan berkuasa.
Namrud bin Kanan pemerintah anggak
Merasa diri patut disembah
Mendabik dada ia berkata-sajak
Susah ku beri mudah
Papa ku beri kaya
Hina ku beri mulia
Andai derhaka buruk padahnya.
Tanggungjawab nabi begitu besar. Namrud tidak boleh dibiarkan, dakwah mesti
segera disampaikan!

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN


KHAS (BP/BD)
Namrud mulai bimbang, tafsiran mimpi ahli Nujum Negara seakan menjadi
kenyataan. Takhtanya bakal dirampas, kuasanya akan terjejas, Ibrahimkau
nahas!!!.
Namun kawan-kawan, Nabi Ibrahim tidak gentar
Saban hari Ibrahim berdakwah, biarpun seruan tidak diendah.

.....
Ikutlah aku, nescaya aku tunjukkan engkau jalan yang lurus
(Surah Maryam ayat 43)
Sahabat semua,
Dakwah. adalah tanggungjawab bersama. Peranan yang dijalankan oleh Unit
Dakwah Bil Hal Bahagian Pendidikan Khas amat membantu negara dalam
membina sahsiah diri anak-anak berkeperluan khas.
Sahabat sekelian,
Nabi Ibrahim mengatur rancangan . Berhala-berhala baginda musnahkan,
kecuali yang paling besar. Peristiwa tersebut sampai ke pengetahuan Namrud.
Apakah benar ini semua angkara kau Ibrahim?.
Soal Namrud. Dengan tenang Nabi Ibrahim
menjawab..

Sebenarnya patung besar itulah yang melakukannya, tanyalah kepadanya jika


ia boleh berbicara! (Surah al-Anbiya ayat 63)
Namrud berasa amat tercabar,
Ibrahim ditangkap dihukum
bakar, -syair Allah bersifat Maha
Besar,
Dinginkan api ia
bertukar. Ya kawankawan,
Berani kerana benar. Rakyat Palestin masih lagi memperjuangkan hak mereka
sekalipin hidup menderita.
Ya Aiyuhal Asdiqo,
Namrud menjadi semakin marah,
Pengikut Ibrahim kian bertambah;
Hilang pengaruh tidak disembah,
Debat diatur penebus maruah.

Hai Ibrahim apakah kehebatan tuhanmu?, tanya Namrud. Sesungguhnya


tuhanku yang menghidupkan dan mematikan, jawab Nabi Ibrahim.

PANDUAN ISI BERCERITA PENDIDIKAN


KHAS (BP/BD)
Dengan angkuhnya Namrud berkata, Aku juga berkuasa, seorang kubunuh ,
seorang lagi kubiarkan hidup.Perdebatan mereka diteruskan lagi.

sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dan dari timur, maka terbitkanlah


dari barat
(Surah al-Baqarah ayat 258)
Namrud terpaku, dia terperangkap, sesungguhnya kekuasaan manusia amat
terbatas.
Demikianlah kawan-kawan,
Kesombongan membawa kemusnahan. Kempen Budi Bahasa Budaya kita wajar
kita hayati, demi melahirkan generasi berkualiti.
Ya Aiyuhal Asdiqo,
Namrud sudah tidak sabar lagi, dibakar tidak terkesan, berdebat dia dimalukan.
Dengan lantang
Namrud berkata..
Hai Ibrahim, kehebatan dan kekuasaaan aku punya. Ayuh! Katakan pada
tuhanmu, turunkan para malaikat agar bolehku cincang dengan lumat!.
Bila kekufuran beraja di mata
Bila keangkuhan bersultan dihati
Tunggulah pembalasan Ilahi.
Seketika.jutaan nyamuk muncul di hadapan mata menghisap, meratah
daging yang ada, masuk ke telinga Namrud. Namrud menjerit kesakitan, sambil
memukul-mukul kepalanya sehingga 40 tahun. Akhirnya tamatlah riwayat
Namrud yang sombong di tangan makhluk Allah yang paling kecil.

Mereka berbuat jahat kepada Ibrahim, maka Kami jadikan mereka orang
yang paling rugi (Surah al-Anbiya ayat 70)
Demikianlah kawan-kawan,
Kecil jangan disangka lemah,
Besar jangan disangka gagah.
Malaysia antara negara terkecil di Benua Asia, Namun telah banyak menempa
nama di persada dunia.

Demikianlah kisah Nabi Ibrahim dengan Raja Namrud. Ambil pengajaran jadikan
pedoman.
Maassalamah wa illalliqo.

Anda mungkin juga menyukai