Anda di halaman 1dari 3

Hang Tuah Pahlawan Handal

Suatu ketika dahulu, ada seorang pahlawan yang hebat dan berani.Namanya
Hang Tuah. Ada pun pahlawan itu menjadi kebanggaan rakyat negeri Melaka. Baginda
Sultan juga kagum dengan keberanian dan kehebatan Hang Tuah. Baginda
menganggap pahlawan itu pegawai istana yang amat setia serta berjasa. Kalau Hang
Tuah melawan musuh, dia selalu menang. Dia mempunyai ilmu mempertahankan diri
serta pandai bermain senjata. Oleh sebab itu pihak musuh tidak berani menentang
Hang Tuah. Mereka sedar, kalau mereka melawan pasti nyawa mereka akan terancam.
Raja Majapahit mengetahui tentang kehandalan Hang Tuah. Namun Baginda
tidak mempercayainya. Baginda Raja itu yakin, dirinya lebih handal lagi dan digeruni
oleh sesiapa sahaja di rantau itu.
Apakah beta patut menguji kehandalan pahlawan Melaka itu? tanya Raja
Majapahit kepada dirinya.
Pada suatu hari, Raja Majapahit telah menghantar wakil utusanya ke
Melaka.Tujuannya untuk mempelawa Hang Tuah dating ke Majapahit sebagai tetamu
istimewa.
Semoga tuanku perkenankan kehendak baginda Raja kami, kata ketua wakil
utusan kepada Sultan Melaka semasa menghadap di istana.
Sultan Melaka membenarkan Hang Tuah pergi ke Majapahit.Baginda tidak tahu
niat Raja Negeri itu yang sebenar. Hang Tuah pula pergi ke Majapahit dengan perasaan
senang hati. Dia tidak tahu, Raja Majapahit hendak menguji kehandalan dirinya.Setelah
berada

di

istana

Raja

Majapahit,

pahlawan

Melaka

itu

diberikan

layanan

istimewa.Persembahan tarian dan muzik rakyat tempatan turut diadakan pada hari itu.
Sungguh gembira Hang Tuah menyaksikannya. Dia juga dapat menikmati bermacammacam makanan yang enak dan lazat.

Raja Majapahit melihat tubuh Hang Tuah amat sasa. Oleh sebab itu baginda
bimbang hendak menguji kehandalan pahlawan Melaka itu. Namun baginda raja tetap
mahu menguji Hang Tuah. Baginda telah memerintahkan seorang pahlawan Majapahit
masuk ke dalam gelanggang.
Wahai Taming Sari! kamu pahlawan Majapahit yang handal. Hari ini, beta mahu
kamu tunjukkan kehandalan kamu kepada pahlawan Melaka itu.
Titah dijunjung, tuanku, kata Taming Sari, tersenyum mendengarkan perintah
itu, dia kemudian memandang ke arah Hang Tuah.
Pahlawan Melaka itu terperanjat mendengarkan perintah Raja Majapahit.
Kemudian dia mendengar Taming Sari pula berkata,
Wahai Hang Tuah! Masuklah ke dalam gelanggang. Mari sama-sama menguji
kehandalan kita!
Hang Tuah berasa tercabar. Dia bersedia menentang pahlawan Majapahit itu.
Rupa-rupanya, pahlawan Majapahit itu mempunyai keris sakti. Oleh sebab itu, dia tidak
gentar berlawan dengan Hang Tuah. Ketika itu, Taming Sari percaya, dia mampu
menewaskan pahlawan Melaka dikatakan handal itu. Apabila menerima cabaran, Hang
Tuah pun masuk ke dalam gelanggang. Dia mesti menunjukkan kehandalanya.
Raja Majapahit dan semua orang yang berada di situ tidak sabar-sabar lagi
hendak menyaksikannya. Mereka mahu memastikan, siapakah yang benar-benar
handal. Taming sari ataupun pahlawan Melaka itu. Sebentar kemudian mereka melihat
kedua-dua pahlawan Melaka itu. Sebentar kemudian mereka melihat kedua-dua
pahlawan itu bertarung dengan hebatnya.
Hang Tuah Sedar, dia tidak mudah dapat mengalahkan pahlawan Majapahit itu.
Ini kerana Taming Sari memiliki keris sakti.
Aku tentu boleh mengalahkannya, kalau dapat merampas keris sakti itu, kata
Hang Tuah dalam hati. Dia mula memikirkan, apa yang patut di lakukkannya.

Pahlawan Melaka itu terpaksa menggunakan tipu muslihat sehingga dia Berjaya
merampas keris sakti itu. Ini membuatkan Taming Sari menjadi cemas. Dia bimbang
Hang Tuah dapat menikamnya.
Kali ini kamu akan mati,Taming Sari! Kata Hang Tuah. Dia menghunus keris
sakti itu.
Sungguh malang nasib pahlawan Majapahit itu. Dia akhirnya tewas di tangan
Hang Tuah. Setelah kena tikam, dia menemui ajal di situ juga. Raja Majapahit menjadi
susah hati. Baginda mengakui pahlawan Melaka itu memang handal. Kini baginda tidak
mahu menguji lagi. Hang Tuah pula berasa bangga atas kejayaannya. Dia sedar telah
Berjaya menghadapi cabaran di negeri Majapahit.
Atas kejayaan itu, pahlawan Melaka itu telah menerima keris sakti daripada
baginda Raja. Hang Tuah juga dikahwinkan sengan seorang puterinya. Setelah itu
Hang Tuah kembali ke Melaka semula.

Anda mungkin juga menyukai