Anda di halaman 1dari 77

Senarai surah dalam al-Quran al-Karim

"al-Quran" tu apa?

al-Quran
kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk
dunia dan akhirat) : membaca dan menghafaz ~;
Antara nama-nama lain al-Quran:

al-Furqan
nama lain bagi al-Quran.

al-Kitab
Ar
al-Quran, Kitabullah.

kalamullah
Ar
(al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah.

kitab Allah
al-Quran;

Kitabullah
Ar
al-Quran, al-Kitab.

"surah" tu apa?

surah
Ar
bahagian atau bab (yg mengesahkan sesuatu) dr Quran; surat II.

"surah Makkiyyah" tu apa? "surah Madaniyyah" tu apa?


Soalan: Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih.
Jawapan: Surah Mak[k]iyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad
SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan
baginda.

Senarai surah dalam al-Quran:

1.

[Transliterasi] Surotulfatihah
Surah al-Fatihah
[BM] Pembuka al-Quran
[BI] The Opening
Bilangan ayat: 7

Tajuk: SURAH AL-FATIHAH


Sinopsis: Surah al-Fatihah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang pertama mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tujuh ayat.
Surah ini dinamakan al-Fatihah (pembuka) kerana surah ini menjadi pembuka kitab al-Quran dan
terletak di awal kitab dari segi susunannya, bukan berdasarkan masa turunnya dari langit.
Ia juga dikenali dengan nama Umm al-Kitab, Sab al-Mathaniy, al-Shafiyah, al-Wafiyah, al-Kafiyah, alAsas[,] dan al-Hamd.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fatihah&d=8
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.

2.

[Transliterasi] Surotulbaqoroh

Surah al-Baqarah
[BM] Lembu betina
[BI] The Heifer
Bilangan ayat: 286

Tajuk: SURAH AL-BAQARAH


Sinopsis: Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada surah-surahMadaniyyah, surah yang kedua
mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 286 ayat.
Surah ini dinamakan al-Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat terbesar yang berlaku pada
zaman Nabi Musa a.s.
Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak dapat
diketahui. Mereka mengemukakan perkara ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda dapat
mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya
memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul si mati dengan sebahagian
dagingnya. Maka, dengan izin Allah S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu mereka siapa
pembunuhnya.
Peristiwa ini menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat menghidupkan makhluk sesudah ia mati.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-baqarah&d=8
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.

Kata: heifer
Takrif: (hifer) (Tani) lembu betina muda, terutamanya yg belum lagi melahirkan anak.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=heifer+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 3 Rabiulawal 1435H, Ahad / 5 Januari 2014M, Ahad.

3.

[Transliterasi] Surotu ali Imron


Surah aali Imran
[BM] Keluarga Imran

[BI] The Family of Imran


Bilangan ayat: 200

Tajuk: SURAH ALI IMRAN


Sinopsis: Surah Ali Imran ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ketiga mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 200 ayat.
Surah ini dinamakan Ali Imran kerana terdapat kisah sebuah keluarga, iaitu keluarga Imran, [di mana
Imran ialah] bapa Maryam, [dan Maryam ialah] ibu Nabi Isa a.s.
Surah ini memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. dengan kelahiran Maryam[,] dan kelahiran anaknya
Isa a.s.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+ali+imran
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.

4.

[Transliterasi] Surotunnisa
Surah an-Nisa
[BM] Wanita
[BI] The Women
Bilangan ayat: 176

Tajuk: SURAH AL-NISA'


Sinopsis: Surah al-Nisa ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang keempat mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 176 ayat.
Ia dinamakan al-Nisa (wanita) kerana di dalam surah ini terdapat banyak hukum yang berkaitan dengan
wanita sedangkan hukum-hukum sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.
Surah al-Nisa juga disebut surah al-Nisa al-Kubra[,] berbeza dengan surah al-Nisa al-Sughra yang juga
dikenali dalam al-Quran sebagai surah al-Talaq [lihat #65].
Surah al-Nisa ini seperti juga surah-surah Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci mengenai

hukum-hukum syariah yang mengatur kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin iaitu
tanggungjawab, hukum-hukum syariah, menceritakan mengenai asas-asas penting yang bersangkutan
dengan kaum wanita, rumah tangga, keluarga, negara[,] dan masyarakat.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nisa
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.

5.

[Transliterasi] Surotulmaidah
Surah al-Maidah
[BM] Hidangan
[BI] The Repast
Bilangan ayat: 120

Tajuk: SURAH AL-MA'IDAH


Sinopsis: Surah al-Maidah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 120 ayat.
Surah ini dinamakan al-Maidah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya [rujuk
ayat 112 dan 114].
Surah al-Maidah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran
kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka.
Kisah al-Maidah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Quran dengan
gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ma'idah
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.

6.

[Transliterasi] Surotulanam
Surah al-Anam
[BM] Binatang ternakan
[BI] The Cattle
Bilangan ayat: 165

Tajuk: SURAH AL-ANAM


Sinopsis: Surah al-Anam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang keenam mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 165 ayat.
Surah ini dinamakan al-Anam (binatang ternakan) kerana di dalamnya terdapat perkataan itu,
sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan daripada hasil tanaman dan binatang-binatang ternakan
yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala mereka)....
(Surah al-Anam 6:136)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-an%27am
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.

7.

[Transliterasi] Surotularof
Surah al-Araf
[BM] Tempat tinggi di antara syurga dan neraka
[BI] The Heights
Bilangan ayat: 206

Tajuk: SURAH AL-ARAF


Sinopsis: Surah al-Araf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ketujuh mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 206 ayat.

Surah ini dinamakan al-Araf (tembok yang tinggi) kerana terdapat lafaz ini di dalamnya [rujuk ayat 46
dan 48], iaitu dinding yang terletak di antara syurga dengan neraka yang memisahkan ahli keduaduanya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-a%27raf
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

8.

[Transliterasi] Surotulanfal
Surah al-Anfal
[BM] Harta rampasan perang
[BI] The Spoils of War
Bilangan ayat: 75

Tajuk: SURAH AL-ANFAL


Sinopsis: Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 75 ayat.
Surah ini dinamakan al-Anfal (harta rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan firman Allah
S.W.T. yang bermaksud:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan perang). [...]
(Surah al-Anfal 8:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-anfal
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

9.

[Transliterasi] Surotuttaubah
Surah at-Taubah
[BM] Pengampunan
[BI] The Repentance
Atau;
Surah Baraah
[BI] The Disavowel
Bilangan ayat: 129
* Surah at-Taubah tidak dimulakan dengan Basmalah

Tajuk: SURAH AL-TAWBAH


Sinopsis: Surah al-Tawbah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah kesembilan mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 129 ayat.
Ia dinamakan al-Tawbah (taubat) kerana ayatnya menggesa orang beriman supaya bertaubat.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tawbah
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

10.

[Transliterasi] Surotu Yunus


Surah Yunus
[BM] Nabi Yunus a.s.
[BI] Jonah
Bilangan ayat: 109

Tajuk: SURAH YUNUS


Sinopsis: Surah Yunus ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 109 ayat.
Surah ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan mengandungi

nasihat dan teladan mengenai pengangkatan azab daripada kaum baginda, ketika mereka beriman
setelah mereka hampir-hampir ditimpa azab dan bala.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+yunus
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

11.

[Transliterasi] Surotu Hud


Surah Hud
[BM] Nabi Hud a.s.
[BI] The Prophet Hud
Bilangan ayat: 123

Tajuk: SURAH HUD


Sinopsis: Surah Hud ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-11 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 123 ayat.
Ia dinamakan surah Hud kerana meraikan kesungguhan Nabi Hud a.s. dalam menyampaikan dakwah di
jalan Allah S.W.T.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+hud
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

12.

[Transliterasi] Surotu Yusuf


Surah Yusuf
[BM] Nabi Yusuf a.s.

[BI] Joseph
Bilangan ayat: 111

Tajuk: SURAH YUSUF


Sinopsis: Surah Yusuf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-12 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 11[1] ayat.
Surah ini dinamakan Yusuf kerana ia hanya menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf ibn Yakub a.s. dan
segala ujian yang dihadapi oleh baginda.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+yusuf
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

13.

[Transliterasi] Suroturrad
Surah ar-Rad
[BM] Guruh
[BI] The Thunder
Bilangan ayat: 43

Tajuk: SURAH AL-RA'D


Sinopsis: Surah al-Rad ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 43 ayat.
Surah ini dinamakan al-Rad (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di
dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T.
Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian
awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir.
Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan.
Bidang: UMUM

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ra%27d
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.

14.

[Transliterasi] Surotu Ibrohim


Surah Ibrahim
[BM] Nabi Ibrahim a.s.
[BI] Abraham
Bilangan ayat: 52

Tajuk: SURAH IBRAHIM


Sinopsis: Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.
Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang kesan peninggalan bapa para nabi dan imam
golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala, membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan
agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+ibrahim
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

15.

[Transliterasi] Surotulhijr
Surah al-Hijr
[BM] Lembah Hijr di antara Syam dan Madinah
[BI] Bilangan ayat: 99

Tajuk: SURAH AL-HIJR


Sinopsis: Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 99 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku terhadap
kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara Madinah dan
Syam.
Mereka ini adalah orang yang gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga boleh dijadikan rumah
kediaman. Mereka merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal, tanpa ditimpa kebinasaan dan
kematian. Ketika mereka berada dalam keadaan aman dan tenang, tiba-tiba mereka ditimpa azab yang
dahsyat di waktu hening pagi.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hijr
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

16.

[Transliterasi] Surotunnahl
Surah an-Nahl
[BM] Lebah
[BI] Bees
Bilangan ayat: 128

Tajuk: SURAH AL-NAHL


Sinopsis: Surah al-Nahl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-16 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 128 ayat.
Surah ini dinamakan al-Nahl (lebah) kerana kisahnya yang disebut di dalam surah ini menunjukkan
keajaiban makhluk ciptaan Allah S.W.T.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nahl
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

17.

[Transliterasi] Surotulisro
Surah al-Isra
[BM] Perjalanan malam
[BI] The Night Journey
Atau;
Surah Bani Israil
[BI] The Children of Israel
Bilangan ayat: 111

Tajuk: SURAH AL-ISRA'


Sinopsis: Surah al-Isra ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-17 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 11[1] ayat.
Surah ini dinamakan al-Isra (perjalanan pada malam hari) kerana al-Isra suatu mukjizat yang cemerlang
yang dikhaskan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-isra
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

18.

[Transliterasi] Surotulkahf
Surah al-Kahfi
[BM] Gua
[BI] The Cave

Bilangan ayat: 110

Tajuk: SURAH AL-KAHFI


Sinopsis: Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 110 ayat.
Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat
Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf.
Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah
satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula
dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah [lihat #1], al-Anam [lihat #6], Saba [lihat #34],
dan Fatir[lihat #35].
Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan
dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-kahfi&d=8
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

19.

[Transliterasi] Surotu Maryam


Surah Maryam
[BM] Maryam binti Imran; ibunda Nabi Isa a.s.
[BI] Mary
Bilangan ayat: 98

Tajuk: SURAH MARYAM


Sinopsis: Surah Maryam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-19 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 98 ayat.
Surah ini dinamakan Maryam sebagai memperingati peristiwa mukjizat kejadian bayi yang lahir tanpa
bapa, dan kekuasaan Allah S.W.T. yang menjadikan bayi yang masih kecil itu boleh bertutur serta
peristiwa-peristiwa luar biasa lain yang mengiringi kelahiran Isa a.s.

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+maryam
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

20.

[Transliterasi] Surotu toha


Surah Ta Ha
[BM] [BI] Bilangan ayat: 135

Tajuk: SURAH TAHA


Sinopsis: Surah Taha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surahsurah al-Quran dan mengandungi 135 ayat.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama surah ini diberikan.
Pendapat pertama mengatakan bahawa ia seperti surah yang lain yang pada permulaannya terdapat
ungkapan Ha Mim atau Lam Mim dan lain-lain.
Pendapat kedua mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. sembahyang dengan mengangkat
sebelah kakinya dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah S.W.T. menurunkan ayat, Taha,
bermakna Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua belah kakimu.
Pendapat ketiga mengatakan Taha adalah perkataan daripada bahasa ajam(bukan Arab) yang
bermaksud Wahai lelaki.
Pendapat yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+taha
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

21.

[Transliterasi] Surotulambiya
Surah al-Anbiya
[BM] Para nabi
[BI] The Prophets
Bilangan ayat: 112

Tajuk: SURAH AL-ANBIYA'


Sinopsis: Surah al-Anbiya ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 112 ayat.
Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya kerana di dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa orang
nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan kadangkadang ringkas sahaja.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-anbiya
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

22.

[Transliterasi] Surotulhajj
Surah al-Hajj
[BM] Ibadah haji
[BI] The Pilgrimage
Bilangan ayat: 78

Tajuk: SURAH AL-HAJJ


Sinopsis: Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.
Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina
Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di Baitullah al-Haram.

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hajj
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

23.

[Transliterasi] Surotulmuminun
Surah al-Mukminun
[BM] Orang yang beriman
[BI] The Believers
Bilangan ayat: 118

Tajuk: SURAH AL-MU'MINUN


Sinopsis: Surah al-Mu[]minun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut
susunannya surah-surah al-Quran dan mengandungi 118 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mu[]minun sempena pujian terhadap amalan kebaikan dan kemuliaan orangorang mukmin yang melayakkan mereka menduduki syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdaus.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mu%27minun
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

24.

[Transliterasi] Surotunnur
Surah an-Nur
[BM] Cahaya
[BI] The Light

Bilangan ayat: 64

Tajuk: SURAH AL-NUR


Sinopsis: Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 64 ayat.
Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (alNur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan
kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada
limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nur
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

25.

[Transliterasi] Surotulfurqon
Surah al-Furqan
[BM] Pembahagi
[BI] The Criterion
Bilangan ayat: 77

Tajuk: SURAH AL-FURQAN


Sinopsis: Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 77 ayat.
Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T. menyebut tentang al-Quran melalui ayat-ayat surah
ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad s.a.w.
Al-Quran adalah suatu nikmat yang terbesar kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya terang
dan gemilang yang dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan kebatilan,
antara cahaya dengan kegelapan serta antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-Quran
selayaknya diberi nama al-Furqan atau pemisah.
Bidang: UMUM

Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-furqan


Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

26.

[Transliterasi] Surotusysyuaro
Surah asy-Syuara
[BM] Penyair-penyair
[BI] The Poets
Bilangan ayat: 227

Tajuk: SURAH AL-SYU'ARA'


Sinopsis: Surah al-Syuara ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi [2]27 ayat.
Surah ini dinamakan al-Syuara (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para
penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w.
seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak
anggapan tersebut melalui surah ini.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-syu%27ara
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

27.

[Transliterasi] Surotunnaml
Surah an-Naml
[BM] Semut-semut
[BI] The Ants
Bilangan ayat: 93

Tajuk: SURAH AL-NAML


Sinopsis: Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 93 ayat.
Ia dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang
telah memberi peringatan kepada kaum sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf kepada
Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya. Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia memahami katakata semut itu dan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan dan nikmat tersebut.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-naml
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

28.

[Transliterasi] Surotulqosos
Surah al-Qasas
[BM] Kisah-kisah
[BI] The Narrations
Bilangan ayat: 88

Tunjuk: SURAH AL-QASAS


Sinopsis: Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.
Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa
a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul.
Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas
pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan
musuh-musuh-Nya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qasas
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

29.

[Translterasi] Surotulankabut
Surah al-Ankabut
[BM] Labah-labah
[BI] The Spider
Bilangan ayat: 69

Tajuk: SURAH AL-ANKABUT


Sinopsis: Surah al-Ankabut ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut
susunan surah dalam al-Quran dan mengandungi 69 ayat.
Ia dinamakan Surah al-Ankabut (Labah[-]labah) kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan
penyembahan kepada berhala yang dipahat dan sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah,
sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang bermaksud:
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah sebagai
pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat
sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya)....
(Surah al-Ankabut 29:41)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ankabut
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

30.

[Transliterasi] SuroturRum
Surah ar-Rum
[BM] Orang-orang Rom
[BI] The Romans

Bilangan ayat: 60

Tajuk: SURAH AL-RUM


Sinopsis: Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 60 ayat.
Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran.
Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang bermaksud:
Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah
kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun....
(Surah al-Rum 30:1[-]4)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-rum
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

31.

[Transliterasi] Surotu Luqman


Surah Luqman
[BM] Kisah Luqman
[BI] Bilangan ayat: 34

Tajuk: SURAH LUQMAN


Sinopsis: Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 34 ayat.
Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang
Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan
kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk.
Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al-Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk
menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud:

... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan
orang lain daripada Allah S.W.T....
(Surah al-Luqman 31:6)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+luqman
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

32.

[Transliterasi] Surotussajdah
Surah as-Sajdah
[BM] Sujud
[BI] The Prostration
Bilangan ayat: 30

Tajuk: SURAH AL-SAJDAH


Sinopsis: Surah al-Sajdah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-32 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
Surah ini dinamakan al-Sajdah (sujud) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya ciri-ciri orang mukmin
yang baik, iaitu orang yang apabila mendengar ayat al-Quran yang mulia, dia menyahut panggilannya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-sajdah
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.

33.

[Transliterasi] Surotulahzab

Surah al-Ahzab
[BM] Kesatuan kumpulan
[BI] The Confederates
Bilangan ayat: 73

Tajuk: SURAH AL-AHZAB


Sinopsis: Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 73 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan tentera yang bergabung) kerana orang
musyrikin mengepung orang Islam dari setiap penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah bergabung
dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah dan golongan penghasut Arab untuk memerangi orang Islam.
Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang Islam memenangi
peperangan tersebut dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang penuh gemilang.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ahzab
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 12 Januari 2014M, Ahad.

34.

[Transliterasi] Surotu Saba


Surah Saba
[BM] Kaum Saba di Yaman
[BI] Sheba
Bilangan ayat: 54

Tajuk: SURAH SABA'


Sinopsis: Surah Saba ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat.
Surah ini dinamakan Saba kerana Allah S.W.T. ada menyebut dalam al-Quran cerita negeri Saba, iaitu
cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan kemewahan,
kegembiraan dan ketenangan. Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun dan taman-taman.
Apabila mereka mengkufuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan dengan
banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang yang mahu mengambil iktibar.

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+saba
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.

35.

[Transliterasi] Surotu fatir


Surah Fatir
[BM] Pencipta
[BI] The Originator of Creation
Bilangan ayat: 45

Tajuk: SURAH FATIR


Sinopsis: Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 45 ayat.
Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini [rujuk ayat 1]. Ia adalah satu
sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang
tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah
S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+fatir
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.

36.

[Transliterasi] Surotu yasin


Surah Ya Sin
[BM] -

[BI] Bilangan ayat: 83

Tajuk: SURAH YASIN


Sinopsis: Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 83 ayat.
Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf
tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang
bermaksud:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin. Oleh itu,
aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+yasin&d=8
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.

37.

[Transliterasi] Surotussoffat
Surah as-Soffat
[BM] Rombongan yang berbaris
[BI] Those Ranged in Ranks
Bilangan ayat: 182

Tajuk: SURAH AL-SAFFAT


Sinopsis: Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 182 ayat.
Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit
yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:
Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan siang tanpa henti-henti.
(Surah [al-Anbiya 21:20])

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-saffat
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.

38.

[Transliterasi] Surotu sod


Surah Sad
[BM] [BI] Bilangan ayat: 88

Tajuk: SURAH SAD


Sinopsis: Surah Sad ialah salah satu dari surah Makkiyyah, surah yang ke-38 mengikut susunan surahsurah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.
Sad adalah salah satu daripada huruf-huruf abjad Arab.
Surah ini dinamakan Sad sebagai isyarat kepada satu daripada huruf-hurufhijaiyyah untuk memuji
mukjizat al-Quran yang mencabar seluruh manusia untuk mendatangkan sebuah kitab sepertinya yang
tersusun daripada huruf-huruf tunggal.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+sad
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.

39.

[Transliterasi] Surotuzzumar
Surah az-Zumar

[BM] Rombongan-rombongan
[BI] Crowds
Bilangan ayat: 75

Tajuk: SURAH AL-ZUMAR


Sinopsis: Surah al-Zumar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-39 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 75 ayat.
Surah ini dinamakan al-Zumar (kumpulan) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalam surah ini sekumpulan
ahli syurga yang hidup bahagia bersama golongan mulia dan dihormati serta sekumpulan ahli neraka
yang hidup menderita bersama golongan hina dan rendah darjat di sisi Allah S.W.T.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-zumar
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

40.

[Transliterasi] Surotu ghofir


Surah Ghafir
[BM] Maha Pengampun
[BI] Forgiver
Atau;
Surah al-Mukmin
[BI] The Believer
Bilangan ayat: 85

Tajuk: SURAH GHAFIR


Sinopsis: Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 85 ayat.
Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun) kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T.
yang disebutkan di awal surah ini sebagaimana firman[N]ya yang bermaksud:

Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang melimpah-limpah
kurnianya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali.
(Surah Ghafir 40:3)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+ghafir
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

41.

[Transliterasi] Surotu fussilat


Surah Fussilat
[BM] Ayat-ayat yang terperinci
[BI] Expounded
Atau;
Surah Ha Mim
[BI] Bilangan ayat: 54

Tajuk: SURAH FUSSILAT


Sinopsis: Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat.
Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan) kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan
melalui ayat-ayatnya.
Surah ini menjelaskan bukti kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta membawa keterangan yang
tepat bagi menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.
Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam yang indah tersergam yang menggambarkan
ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..
Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir [lihat #40]. Lihat Surah Ghafir.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+fussilat
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

42.

[Transliterasi] Surotusysyuro
Surah asy-Syura
[BM] Musyawarah
[BI] Consultation
Bilangan ayat: 53

Tajuk: SURAH AL-SYURA


Sinopsis: Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 53 ayat.
Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam[,] dan
kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologisyura dalam mengatur urusan hidup mereka.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-syura
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

43.

[Transliterasi] Surotuzzukhruf
Surah az-Zukhruf
[BM] Perhiasan
[BI] The Gold Adornments
Bilangan ayat: 89

Tajuk: SURAH AL-ZUKHRUF


Sinopsis: Surah al-Zukhruf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-43 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 89 ayat.
Surah ini dinamakan al-Zukhruf [yang] bermaksud perhiasan kerana terdapat perkataan itu di dalam
firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Serta pelbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain
hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi
hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang yang bertakwa.
(Surah al-Zukhruf 43:35)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-zukhruf
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

44.

[Transliterasi] Surotuddukhon
Surah ad-Dukhan
[BM] Kabut
[BI] The Smoke
Bilangan ayat: 59

Tajuk: SURAH AL-DUKHAN


Sinopsis: Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 5[9] ayat.
Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap) kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menakutkan
(menggerunkan) orang-orang kafir dengan mengazabkan mereka dengan kemarau dan kelaparan
disebabkan pendustaan mereka terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan mereka asap tebal
yang menyebabkan mereka hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah menyelamatkan mereka
dengan berkat doanya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-dukhan
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

45.

[Transliterasi] Surotuljathiyah
Surah al-Jathiyah
[BM] Yang berlutut
[BI] The Kneeling Down
Bilangan ayat: 37

Tajuk: SURAH AL-JATHIYAH


Sinopsis: Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 37 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah (yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan
menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan
kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan.
(Surah al-Jathiyah 45:2[8])
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-jathiyah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.

46.

[Transliterasi] Surotulahqof
Surah al-Ahqaf
[BM] Bukit-bukit pasir
[BI] Winding Sand-tracts
Bilangan ayat: 35

Tajuk: SURAH AL-AHQAF


Sinopsis: Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut
susunan surah-surah al-Quran al-Karim dan mengandungi 35 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf kerana ia merupakan tempat tinggal kaum Ad yang dibinasakan
oleh Allah S.W.T. disebabkan kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal mereka di al-Ahqaf ini
terletak di Yaman. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada kaumnya
yang tinggal di lembah al-Ahqaf [...].
(Surah al-Ahqaf 46:21)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ahqaf
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

47.

[Transliterasi] Surotu Muhammad


Surah Muhammad
[BM] Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam
[BI] Bilangan ayat: 38

Tajuk: SURAH MUHAMMAD


Sinopsis: Surah Muhammad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-47 mengikut
susunan surah-surah al-Quran al-Karim dan mengandungi 38 ayat.
Surah ini dinamakan demikian kerana memfokuskan keadaan orang yang beriman dengan Nabi
Muhammad s.a.w. dan juga orang yang mendustai kerasulannya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+muhammad
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

48.

[Transliterasi] Surotulfath
Surah al-Fath
[BM] Kemenangan
[BI] The Victory
Bilangan ayat: 29

Tajuk: SURAH AL-FATH


Sinopsis: Surah al-Fath ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-48 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 29 ayat.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fath
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

49.

[Transliterasi] Surotulhujurot
Surah al-Hujurat
[BM] Bilik-bilik
[BI] The Chambers
Bilangan ayat: 18

Tajuk: SURAH AL-HUJURAT


Sinopsis: Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi [1]8 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik) kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan rumah Nabi
Muhammad s.a.w., di dalamnya terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
yang suci.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Emsiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hujurat
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

50.


[Transliterasi] Surotu qof
Surah Qaf
[BM] [BI] Bilangan ayat: 45

Tajuk: SURAH QAF


Sinopsis: Surah Qaf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-50 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 45 ayat.
Surah ini dinamakan Qaf kerana huruf Qaf disebut di permulaan surah.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+qaf
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

51.

[Transliterasi] Surotudhdhariyat
Surah adh-Dhariyat
[BM] Angin yang menerbangkan

[BI] The Winds That Scatter


Bilangan ayat: 60

Tajuk: SURAH AL-DHARIYAT


Sinopsis: Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut
susunan surah-surah dalam al-Quran dan mengandungi 60 ayat.
Surah ini dinamakan al-Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan namaal-Dhariyat yang
bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda.
Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada
kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang
berasaskan ketakwaan dan keimanan.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-dhariyat
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

52.

[Transliterasi] SurotutTur
Surah at-Tur
[BM] Bukit Tur
[BI] The Mount
Bilangan ayat: 49

Tajuk: SURAH AL-TUR


Sinopsis: Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 49 ayat.
Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama
Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit Tur
diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat serta
permukaan bumi yang dimuliakan.
Bidang: UMUM

Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tur


Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

53.

[Transliterasi] Surotunnajm
Surah an-Najm
[BM] Bintang
[BI] The Star
Bilangan ayat: 62

Tajuk: SURAH AL-NAJM


Sinopsis: Surah al-Najm ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-53 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 62 ayat.
Surah ini dinamakan al-Najm (bintang) kerana lafaz itu digunakan sebagai sumpah dalam surah yang
mulia ini [rujuk ayat 1].
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-najm
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

54.

[Transliterasi] Surotulqomar
Surah al-Qamar
[BM] Bulan
[BI] The Moon
Bilangan ayat: 55

Tajuk: SURAH AL-QAMAR


Sinopsis: Surah al-Qamar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-54 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 55 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Qamar kerana diambil dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
(Surah al-Qamar 54:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qamar
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

55.

[Transliterasi] Suroturrohman
Surah ar-Rahman
[BM] Yang Maha Pemurah
[BI] The Most Gracious
Bilangan ayat: 78

Tajuk: SURAH AL-RAHMAN


Sinopsis: Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.
Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat
perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat
berikut yang bermaksud:
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan
Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu? [...].
(Surah al-Furqan 25:60)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-rahman
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

56.

[Transliterasi] Surotulwaqiah
Surah al-Waqiah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Inevitable
Bilangan ayat: 96

Tajuk: SURAH AL-WAQIAH


Sinopsis: Surah al-Waqiah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 96 ayat.
Surah ini dinamakan al-Waqiah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari
kiamat dan kedahsyatannya.
Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu,
manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang
berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-waqi%27ah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

57.

[Transliterasi] Surotulhadid
Surah al-Hadid
[BM] Besi
[BI] Iron

Bilangan ayat: 29

Tajuk: SURAH AL-HADID


Sinopsis: Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut
susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.
Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi.
Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga
digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar,
membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan
barang-barang lain yang berfaedah.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hadid
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

58.

[Transliterasi] Surotulmujadilah
Surah al-Mujadilah
[BM] Wanita yang membantah
[BI] The Woman Who Pleads
Bilangan ayat: 22

Tajuk: SURAH AL-MUJADALAH


Sinopsis: Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 22 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal jawab) bersempena kisah seorang wanita yang datang
berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu kepadanya tentang suaminya yang telah menziharkannya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mujadalah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

59.

[Transliterasi] Surotulhasyr
Surah al-Hasyr
[BM] Pengusiran
[BI] The Mustering
Bilangan ayat: 24

Tajuk: SURAH AL-HASHR


Sinopsis: Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 24 ayat.
Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung halaman mereka
pada julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. [...]
(Surah al-Hashr 59:[2])
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hashr
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

60.

[Transliterasi] Surotulmumtahinah
Surah al-Mumtahinah
[BM] Wanita yang diuji
[BI] That Which Examines
Bilangan ayat: 13

Tajuk: SURAH AL-MUMTAHANAH


Sinopsis: Surah al-Mumtahanah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60
mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 13 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya) kerana berdasarkan firman Allah
S.W.T. dalam surah ini yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang
berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan
yang demikian sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu
mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. [...]
(Surah al-Mumtahanah 60:10)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mumtahanah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.

61.

[Transliterasi] Surotussoff
Surah as-Saff
[BM] Barisan
[BI] The Battle Array
Bilangan ayat: 14

Tajuk: SURAH AL-SAFF


Sinopsis: Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 14 ayat.
Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia memperkatakan tentang peperangan sebagaimana
firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang berperang di atas jalan-Nya dengan tersusun
rapi seolah-olah mereka itu bangunan yang utuh.
(Surah al-Saff 61:4)

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-saff
Dicapai: 13 Rabiulawal 1435H, Rabu / 14 Januari 2014M, Selasa.

62.

[Transliterasi] Surotuljumuah
Surah al-Jumuah
[BM] Hari Jumaat
[BI] Friday
Bilangan ayat: 11

Tajuk: SURAH AL-JUMUAH


Sinopsis: Surah al-Jumuah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke- 62 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan al-Jumuah kerana disebut di dalamnya hukum-hukum sembahyang Jumaat.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-jumu%27ah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

63.

[Transliterasi] Surotulmunafiqun
Surah al-Munafiqun
[BM] Orang munafik
[BI] The Hypocrites
Bilangan ayat: 11

Tajuk: SURAH AL-MUNAFIQUN


Sinopsis: Surah al-Munafiqun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-63 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan al-Munafiqun (orang-orang munafik) kerana ia menceritakan dengan jelas
mengenai orang munafik, iaitu satu nama hina, yang berpura-pura bagi menyembunyikan sifat nifak.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-munafiqun
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

64.

[Transliterasi] Surotuttaghobun
Surah at-Taghabun
[BM] Hari didedahkan
[BI] The Mutual Loss and Gain
Bilangan ayat: 18

Tajuk: SURAH AL-TAGHABUN


Sinopsis: Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 18 ayat.
Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipu[-]menipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al-Taghabun
(tipu-menipu)....
(Surah al-Taghabun 64:9)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-taghabun
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

65.

[Transliterasi] Surotuttolaq
Surah at-Talaq
[BM] Talak
[BI] Divorce
Bilangan ayat: 12

Tajuk: SURAH AL-TALAQ


Sinopsis: Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat.
Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.
Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan isterinya dalam keadaan haid, berita itu kemudiannya
sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda. Rasulullah s.a.w.
mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya merujuk semula kepada isterinya dan menunggu sehingga isterinya
tamat tempoh haid. Apabila Ibn Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah suci dari haid, maka
turunlah ayat mengenainya di dalam surah ini.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-talaq
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

66.

[Transliterasi] Surotuttahrim
Surah at-Tahrim
[BM] Pengharaman
[BI] Prohibition
Bilangan ayat: 12

Tajuk: SURAH AL-TAHRIM


Sinopsis: Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat.
Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah alTahrim yang bermaksud:
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa
yang dihalalkan oleh Allah bagimu) [...].
(Surah al-Tahrim 66:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tahrim
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

67.

[Transliterasi] Surotulmulk
Surah al-Mulk
[BM] Kerajaan
[BI] The Dominion
Bilangan ayat: 30

Tajuk: SURAH AL-MULK


Sinopsis: Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat)
dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap[-]tiap sesuatu.
(Surah al-Mulk 67:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mulk
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

68.

[Transliterasi] Surotulqolam
Surah al-Qalam
[BM] Pena
[BI] The Pen
Atau;
Surah Nun
[BI] Bilangan ayat: 52

Tajuk: SURAH AL-QALAM


Sinopsis: Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan alQalam dalam firman-Nya yang bermaksud:
Nun. Demi al-Quran dan sesuatu yang mereka tulis.
(Surah al-Qalam 68:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qalam
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

69.

[Transliterasi] Surotulhaqqoh

Surah al-Haqqah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Sure Reality
Bilangan ayat: 52

Tajuk: SURAH AL-HAQQAH


Sinopsis: Surah al-Haqqah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-69 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.
Surah ini dinamakan al-Haqqah kerana menerangkan tentang kedahsyatan hari kiamat dan golongan
yang mendustakan ajaran Allah S.W.T.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-haqqah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

70.

[Transliterasi] Surotulmaarij
Surah al-Maarij
[BM] Tempat-tempat naik
[BI] The Ways of Ascent
Bilangan ayat: 44

Tajuk: SURAH AL-MAARIJ


Sinopsis: Surah al-Maarij ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 44 ayat.
Surah ini dinamakan al-Maarij (tempat-tempat turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:
Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan
azab yang (dijanjikan) akan berlaku, azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada
sesiapa pun dapat menolak kedatangannya dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik.
(Surah al-Maarij 70:[1-3])

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ma%27arij
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

71.

[Transliterasi] Surotu Nuh


Surah Nuh
[BM] Nabi Nuh a.s.
[BI] Noah
Bilangan ayat: 28

Tajuk: SURAH NUH


Sinopsis: Surah Nuh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-71 mengikut susunan surahsurah al-Quran dan mengandungi 28 ayat.
Surah ini dinamakan Nuh kerana ia membincangkan dengan terperinci kisah Nabi Nuh a.s., semenjak
bermula dakwahnya sehingga berakhir dengan peristiwa taufan. Allah S.W.T. menenggelamkan orangorang yang mendustakan Nuh a.s. dari kalangan kaumnya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+nuh
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

72.

[Transliterasi] Surotuljinn
Surah al-Jin
[BM] Jin
[BI] The Spirits

Bilangan ayat: 28

Tajuk: SURAH AL-JINN


Sinopsis: Surah al-Jinn ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-72 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat.
Surah ini dinamakan al-Jinn kerana perbincangan surah ini berkisar tentang jin.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-jin
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

73.

[Transliterasi] Surotulmuzzammil
Surah al-Muzzammil
[BM] Orang yang berselimut
[BI] The Enfolded One
Bilangan ayat: 20

Tajuk: SURAH AL-MUZZAMMIL


Sinopsis: Surah al-Muzzammil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-73 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat.
Surah ini dinamakan al-Muzzammil (orang yang berselimut) kerana Allah S.W.T. menggunakan
perkataan itu ketika menyeru Rasulullah s.a.w. seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Wahai orang yang berselimut, (Muhammad).
(Surah al-Muzzammil 73:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-muzzammil
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

74.

[Transliterasi] Surotulmuddaththir
Surah al-Muddaththir
[BM] Orang yang berselimut
[BI] The One Wrapped Up
Bilangan ayat: 56

75.

[Transliterasi] Surotulqiyamah
Surah al-Qiyamah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Resurrection
Bilangan ayat: 40

Tajuk: SURAH AL-QIYAMAH


Sinopsis: Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75
mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat.
Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang
berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan
dikumpulkan matahari dan bulan.
(Surah al-Qiyamah 75:7[-]9)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qiyamah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

76.

[Transliterasi] Surotulinsan
Surah al-Insan
[BM] Manusia
[BI] Man
Atau;
Surah ad-Dahr
[BI] The Time
Bilangan ayat: 31

Tajuk: SURAH AL-INSAN


Sinopsis: Surah al-Insan ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-76 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 31 ayat.
Surah ini dinamakan al-Insan kerana isi kandungannya menerangkan tentang tahap perkembangan
kejadian manusia sebagai makhluk dan garis-garis tanggungjawabnya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-insan
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

77.

[Transliterasi] Surotulmursalat
Surah al-Mursalat
[BM] Sesuatu yang dikirim
[BI] Those Sent Forth
Bilangan ayat: 50

Tajuk: SURAH AL-MURSALAT


Sinopsis: Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 50 ayat.
Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini dengan perkataan
itu sebagaimana berikut Wal Mursalati Urfa yang bermaksud:
Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya).
(Surah al-Mursalat 77:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mursalat
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

78.

[Transliterasi] Surotunnaba
Surah an-Naba
[BM] Berita penting
[BI] The Great News
Bilangan ayat: 40

Tajuk: SURAH AL-NABA'


Sinopsis: Surah al-Naba ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-78 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat.
Surah ini dinamakan al-Naba (khabar yang besar) kerana ia merupakan pokok perbicaraan surah ini.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-naba
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

79.

[Transliterasi] Surotunnaziat
Surah an-Naziat
[BM] Para pencabut
[BI] Those Who Tear Out
Bilangan ayat: 46

Tajuk: SURAH AL-NAZIAT


Sinopsis: Surah al-Naziat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 46 ayat.
Surah ini dinamakan al-Naziat (malaikat-malaikat yang mencabut) kerana lafaz sumpah yang
menggunakan kalimah tersebut terletak pada permulaan surah.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nazi%27at
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

80.

[Transliterasi] Surotu abasa


Surah Abasa
[BM] Dia bermasam muka
[BI] He Frowned
Bilangan ayat: 42

Tajuk: SURAH ABASA


Sinopsis: Surah Abasa ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-80 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 42 ayat.
Surah ini dinamakan Abasa (memasamkan muka) berdasarkan kisah Abdullah ibn Maktum yang
menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan soalan kepada Baginda, tetapi Baginda enggan
melayannya kerana pada masa itu Baginda sedang menerangkan tentang Islam kepada para
bangsawan Quraisy. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat yang berbunyi abasa wa tawalla [rujuk ayat 1].

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+abasa
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

81.

[Transliterasi] Surotuttakwir
Surah at-Takwir
[BM] Penggulung matahari
[BI] The Folding Up
Bilangan ayat: 29

Tajuk: SURAH AL-TAKWIR


Sinopsis: Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 29 ayat.
Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud:
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).
(Surah al-Takwir 81:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-takwir
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

82.

[Transliterasi] Surotulinfitor
Surah al-Infitar
[BM] Terbelah langit

[BI] The Cleaving Asunder


Bilangan ayat: 19

Tajuk: SURAH AL-INFITAR


Sinopsis: Surah al-Infitar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-82 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 1[9] ayat.
Surah ini dinamakan al-Infitar (terbelah) kerana dimulai dengan peristiwa langit terbelah dan keadaan
alam yang akan hancur.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-infitar
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

83.

[Transliterasi] Surotulmutoffifin
Surah al-Mutaffifin
[BM] Orang yang curang
[BI] The Dealers in Fraud
Bilangan ayat: 36

Tajuk: SURAH AL-MUTAFFIFIN


Sinopsis: Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 36 ayat.
Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan sukatan) kerana
pokok perbincangan surah ini ialah tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam perniagaan iaitu
daripada segi timbangan dan sukatan.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mutaffifin
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

84.

[Transliterasi] Surotulinsyiqoq
Surah al-Insyiqaq
[BM] Terbelahnya langit
[BI] The Rending Asunder
Bilangan ayat: 25

Tajuk: SURAH AL-INSHIQAQ


Sinopsis: Surah al-Inshiqaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-84 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 2[5] ayat.
Surah ini dinamakan al-Inshiqaq (terbelah) kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. menggambarkan
sebahagian daripada huru-hara pada hari kiamat dengan keadaan langit yang terbelah.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-inshiqaq
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

85.

[Transliterasi] Surotulburuj
Surah al-Buruj
[BM] Gugusan bintang
[BI] The Constellations
Bilangan ayat: 22

Tajuk: SURAH AL-BURUJ


Sinopsis: Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 2[2] ayat.

Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan
perkataan tersebut.
Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini
ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah
dan iman.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-buruj
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

86.

[Transliterasi] Surotuttoriq
Surah at-Tariq
[BM] Yang dapat dilihat pada malam hari
[BI] The Night Star
Bilangan ayat: 17

Tajuk: SURAH AL-TARIQ


Sinopsis: Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 17 ayat.
Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang menembus sinaran cahayanya) kerana di permulaan surah
ini Allah S.W.T. bersumpah dengan perkataan itu.
Surah ini menangani beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam. Perbahasan surah ini berkaitan
keimanan dengan hari kebangkitan semula manusia di akhirat.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tariq
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

87.

[Transliterasi] Surotulala
Surah al-Ala
[BM] Yang Maha Tinggi
[BI] The Most High
Bilangan ayat: 19

Tajuk: SURAH AL-ALA


Sinopsis: Surah al-Ala ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-87 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi 19 ayat.
Surah ini dinamakan al-Ala (Yang Maha Tinggi) kerana sifat Allah S.W.T. ini disebutkan pada pembukaan
surah ini.

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-a%27la
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

88.

[Transliterasi] Surotulghosyiyah
Surah al-Ghasyiyah
[BM] Hari Pembalasan
[BI] The Overwhelming Event
Bilangan ayat: 26

Tajuk: SURAH AL-GHASHIYAH


Sinopsis: Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 26 ayat.
Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat
yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Sudah[k]ah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
(Surah al-Ghashiyah 88:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ghashiyah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

89.

[Transliterasi] Surotulfajr
Surah al-Fajr
[BM] Fajar
[BI] The Dawn
Bilangan ayat: 30

Tajuk: SURAH AL-FAJR


Sinopsis: Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.
Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia
menyingsing di akhir kegelapan malam.
Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan
Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil.
(Surah al-Fajr 89:1[-]3)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fajr
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

90.

[Transliterasi] Surotulbalad
Surah al-Balad
[BM] Kota
[BI] The City
Bilangan ayat: 20

Tajuk: SURAH AL-BALAD


Sinopsis: Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat.
Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini.
Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada
hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan
orang yang melakukan kejahatan.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-balad
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

91.

[Transliterasi] Surotusysyams
Surah asy-Syams
[BM] Matahari
[BI] The Sun
Bilangan ayat: 15

Tajuk: SURAH AL-SHAMS


Sinopsis: Surah al-Shams ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-91 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 15 ayat.

Surah ini dinamakan al-Shams (matahari) kerana pada awal ayatnya Allah S.W.T. bersumpah dengan
matahari dan cahayanya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-shams
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

92.

[Transliterasi] Surotullail
Surah al-Lail
[BM] Malam
[BI] The Night
Bilangan ayat: 21

Tajuk: SURAH AL-LAYL


Sinopsis: Surah al-Layl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-92 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 21 ayat.
Surah ini dinamakan al-Layl kerana dimulai dengan lafaz sumpah al-Layl(malam) iaitu satu waktu yang
kebiasaannya tenang dan gelap.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-layl
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

93.

[Transliterasi] Surotudduha
Surah ad-Duha
[BM] Waktu duha

[BI] The Glorious Morning Light


Bilangan ayat: 11

Tajuk: SURAH AL-DUHA


Sinopsis: Surah al-Duha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah. Surah ini ialah surah yang ke-93
mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan al-Duha sempena ayat sumpah yang terdapat di dalamnya, iaitu ayat 1 dan 2
bermaksud:
Demi waktu duha dan malam apabila ia sunyi sepi.
(Surah al-Duha 93:1[-]2)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-duha
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

94.

[Transliterasi] Surotusysyarh
Surah asy-Syarh
[BM] Lapang dada
[BI] The Expansion of the Breast
Atau;
Surah al-Inshirah
Bilangan ayat: 8

Tajuk: SURAH AL-INSHIRAH


Sinopsis: Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:

Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan
hidayah petunjuk)?
(Surah al-Inshirah 94:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-inshirah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.

95.

[Transliterasi] Surotuttin
Surah at-Tin
[BM] Buah tin
[BI] The Fig
Bilangan ayat: 8

Tajuk: SURAH AL-TIN


Sinopsis: Surah al-Tin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-95 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Tin berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Demi buah tin dan zaitun.
(Surah al-Tin 95:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tin
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

96.

[Transliterasi] Surotulalaq
Surah al-Alaq
[BM] Segumpal darah
[BI] The Clinging Clot
Atau;
Surah Iqra
[BI] Read!
Bilangan ayat: 19

Tajuk: SURAH AL-ALAQ


Sinopsis: Surah al-Alaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-96 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 19 ayat.
Surah ini dinamakan al-Alaq (segumpal darah) sempena firman Allah yang bermaksud:
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
(Surah al-Alaq 96:2)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-alaq&d=8
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

97.

[Transliterasi] Surotulqodr
Surah al-Qadr
[BM] Kemuliaan
[BI] The Night of Power or Honour
Bilangan ayat: 5

Tajuk: SURAH AL-QADR


Sinopsis: Surah al-Qadr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-97 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Qadr kerana perkara yang dibincangkan dalam surah ini ialah Laylatul Qadr,
iaitu malam yang penuh keberkatan kerana al-Quran al-Karim diturunkan pada malam tersebut.
Surah al-Qadr, seperti juga dengan surah-surah lain yang diturunkan di Makkah, menyentuh prinsipprinsip akidah Islam dan aspek yang disentuh dalam surah ini ialah turunnya mukjizat Rasulullah s.a.w.
yang terbesar, iaitu al-Quran al-Karim.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qadr
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

98.

[Transliterasi] Surotulbayyinah
Surah al-Bayyinah
[BM] Bukti yang nyata
[BI] The Clear Evidence
Bilangan ayat: 8

Tajuk: SURAH AL-BAYYINAH


Sinopsis: Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada surah-surahMadaniyyah, surah yang ke-98
mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan al-kitab (kepada mereka) melainkan
sesudah datang kepada mereka keterangan yang nyata.
[Surah al-Bayyinah 98:4]
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-bayyinah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

99.

[Transliterasi] Surotuzzalzalah
Surah az-Zalzalah
[BM] Goncangan
[BI] The Earthquake
Bilangan ayat: 8

Tajuk: SURAH AL-ZALZALAH


Sinopsis: Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Zalzalah (gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang amat dahsyat, yang
akan berlaku pada hari kiamat dan menjadi pembukaan bagi surah ini.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-zalzalah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

100.

[Transliterasi] Surotuladiyat
Surah al-Adiyat
[BM] Kuda perang yang pantas berlari
[BI] Those That Run
Bilangan ayat: 11

Tajuk: SURAH AL-ADIYAT


Sinopsis: Surah al-Adiyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-100 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan al-Adiyat (kuda perang) kerana terdapat sumpah dengan lafaz itu di awal surah ini.
Bidang: UMUM

Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-adiyat


Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

101.

[Transliterasi] Surotulqoriah
Surah al-Qariah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Great Calamity
Bilangan ayat: 11

Tajuk: SURAH AL-QARIAH


Sinopsis: Surah al-Qariah ialah salah satu surah daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-101
mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Qariah (hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara yang
menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini boleh menggoncang hati pendengarnya.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qari%27ah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

102.

[Transliterasi] Surotuttakathur
Surah at-Takathur
[BM] Bermegah-megah
[BI] The Piling Up
Bilangan ayat: 8

Tajuk: SURAH AL-TAKATHUR


Sinopsis: Surah al-Takathur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.
Surah ini dinamakan al-Takathur (memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang bermaksud:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak harta-benda
dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh).
(Surah al-Takathur 102:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-takathur
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

103.

[Transliterasi] Surotulasr

Surah al-Asr
[BM] Masa
[BI] Time Through The Ages
Bilangan ayat: 3

Tajuk: SURAH AL-ASR


Sinopsis: Surah al-Asr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.
Surah ini dinamakan al-Asr (masa) kerana pada awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.
Surah al-Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan dan
kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-asr
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.

104.

[Transliterasi] Surotulhumazah
Surah al-Humazah
[BM] Pengumpat
[BI] The Scandalmonger
Bilangan ayat: 9

Tajuk: SURAH AL-HUMAZAH


Sinopsis: Surah al-Humazah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-104 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi sembilan ayat.
Surah ini dinamakan al-Humazah (pencaci) kerana ia mencela orang yang bersifat dengan sifat yang
membawa kebinasaan.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-humazah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

105.

[Transliterasi] Surotulfil
Surah al-Fil
[BM] Gajah
[BI] The Elephant
Bilangan ayat: 5

Tajuk: SURAH AL-FIL

Sinopsis: Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.
Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati perbincangan utama dalam surah ini adalah berkaitan
dengan gajah yang digunakan untuk meruntuhkan Kaabah.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fil&d=8
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

106.

[Transliterasi] Surotu Quraisy


Surah Quraisy
[BM] Bangsa Quraisy
[BI] The Tribe of Quraysh
Bilangan ayat: 4

Tajuk: SURAH QURAYSH


Sinopsis: Surah Quraysh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-106 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi empat ayat.
Surah ini dinamakan Quraysh kerana ia menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang Allah S.W.T.
kurniakan kepada orang-orang Quraisy.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+quraysh
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

107.

[Transliterasi] Surotulmaun

Surah al-Maun
[BM] Kebajikan atau Bantuan
[BI] The Neighbourly Assistance
Bilangan ayat: 7

Tajuk: SURAH AL-MAUN


Sinopsis: Surah al-Maun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut
susunan susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tujuh ayat.
Surah ini dinamakan al-Maun berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkannya.
(Surah al-Maun 107:7)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ma%27un
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

108.

[Transliterasi] Surotulkauthar
Surah al-Kauthar
[BM] Nikmat yang banyak
[BI] The Abundance
Bilangan ayat: 3

Tajuk: SURAH AL-KAWTHAR


Sinopsis: Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.
Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah
tersebut yang bermaksud:
Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar).
(Surah al-Kawthar 108:1)

Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-kawthar
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

109.

[Transliterasi] Surotulkafirun
Surah al-Kafirun
[BM] Orang kafir
[BI] Those Who Reject Faith
Bilangan ayat: 6

Tajuk: SURAH AL-KAFIRUN


Sinopsis: Surah al-Kafirun ialah salah satu surah Makkiyyah, surah yang ke-109 mengikut susunan
surah-surah al-Quran dan mengandungi enam ayat.
Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi:
Ya Ayyuha al-Kafirun.
(Surah al-Kafirun 109:1)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-kafirun
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

110.

[Transliterasi] Surotunnasr
Surah an-Nasr
[BM] Pertolongan

[BI] The Help


Bilangan ayat: 3

Tajuk: SURAH AL-NASR


Sinopsis: Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.
Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana isi kandungannya menceritakan mengenai
kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu kemenangan besar ketika pembukaan kota Makkah.
Pada hari kemenangan ini jugalah Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda kesempurnaan risalahnya,
maka dengan sebab itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi (selamat tinggal).
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nasr
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

111.

[Transliterasi] Surotulmasad
Surah al-Masad
[BM] Bernyala-nyala
[BI] The Plaited Rope
Atau;
Surah al-Lahab
[BI] The Flame
Bilangan ayat: 5

Tajuk: SURAH AL-MASAD


Sinopsis: Surah al-Masad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-111 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.
Surah ini dinamakan al-Masad (tali yang dipintal) berdasarkan lafaznya yang terdapat pada surah ini
dalam ayat kelima yang bermaksud:

Yang lehernya ada tali dari sabut.


Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-masad
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

112.

[Transliterasi] Surotulikhlas

Surah al-Ikhlas
[BM] Kemurniaan Keesaan Allah
[BI] The Purity of Faith
Bilangan ayat: 4

Tajuk: SURAH AL-IKHLAS


Sinopsis: Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi empat ayat.
Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang
tidak diselit oleh sifat riya.
Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: Wahai
Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak,
atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung.
(Surah al-Ikhlas 112:1[-]2)
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ikhlas&d=8
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

113.

[Transliterasi] Surotulfalaq
Surah al-Falaq
[BM] Waktu Subuh
[BI] The Daybreak
Bilangan ayat: 5

Tajuk: SURAH AL-FALAQ


Sinopsis: Surah al-Falaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-113 mengikut
susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.
Surah ini dinamakan al-Falaq (waktu subuh), sepertimana ungkapan kata orang Arab; ia lebih terang
dari falaq subuh.
Permohonan perlindungan dari Tuhan, pencipta waktu subuh di awal surah ini menjadikannya sebab
penamaan surah ini dengan al-Falaq.
Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-falaq
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

114.

[Transliterasi] Surotunnas
Surah an-Nas
[BM] Manusia
[BI] Mankind
Bilangan ayat: 6

Tajuk: SURAH AL-NAS


Sinopsis: Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut
susunan surah-surah al-Quran, iaitu surah terakhir dan mengandungi enam ayat.
Surah ini dinamakan al-Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana perkataan Rabb yang

bermakna Tuhan disandarkan kepada kalimah tersebut.


Bidang: UMUM
Klasifikasi: [Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nas
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.

Anda mungkin juga menyukai