Tanggang Anak Derhaka

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

Tanggang Anak Derhaka

Di hujung sebuah kampung tinggal seorang wanita tua yang miskin. Dia
mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan
mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk
menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari seorang kawannya datang,
ketika dia sedang membelah kayu api di depan rumahnya. Ada kapal
kapal datang, marilah kita pegi tengok! Mendengar sahaja kapal,
Tanggang begitu teruja. Dia segera berlari bersama kawannya ke muara
sungai tidak jauh dari rumahnya itu.
Bila tiba sahaja di tepi sungai, Si Tanggang terlihat sebuah kapal
besar berlabuh di muara sungai berhampiran. Si Tanggang pergi
berjumpa dengan Nakhoda kapal dan meminta untuk bekerja sebagai
anak

kapalnya.

Nakhoda

kapal

itu

bersetuju

kerana

melihat

kesungguhan Tanggang. Saya berjanji akan bekerja bersungguhsungguh tanpa mengira waktu, siang atau malam, begitulah janji
Tanggang kepada nakhoda itu. Nakhoda itu tersenyum sahaja melihat
gelagat tanggang yang begitu seronok mendapat kerja itu.
Walaupun ibu tanggang amat keberatan untuk melepaskan Si
Tanggang belajar mengikut kapal nakhoda itu, dia terpaksa mengalah.si

Tanggang berjanji akan kembali ke kampong setelah menjadi kaya.


Tanggang berjanji akan sentiasa ingat pada ibu. Bila sudah kaya nanti,
Tanggang aka kembali dengan harta dan ibu tidak akn susah lagi. Kita
tidak akan dihina lagi, janji Tanggang. Dengan linangan air mata,
akhirnya ibu Tanggang melepaskannya pergi.
Si Tanggang pun berlari ke kapal dengn perasaan gembira.
Akhirnya dia berjaya keluar dari kampong itu dan bekerja di atas kapal
besar dan berlayar ke segenap benua. Dia berazam untuk bekerja
dengan tekun dan aka memilki kapal sendiri suatu hari nanti. Si
Tanggang melakukan apa sahja kerja yang diperintahkan oleh nakhoda.
Nakhoda amat suka dengan Si tanggang kerana dia begitu rajin bekerja.
Tidak lama kemudian Nakhoda itu mengambil Tanggang sebagai anak
angkat. Memandangkan dia tidak mempunyai anak, dia menganggap Si
Tanggang seperti anaknya sendiri. Dia mengajar Tanggang seperti selokbelok ilmu pelayaran. Tanggang yang begitu tekun dengan mudah
menerima pelajaran yang diajar.
Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi
nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap dan
pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Sultan negeri itu tertarik
dengan Tanggang lalu baginda pun menjemputnya ke istana. Tidak lama
kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri sultan. Si

Tanggang membawa isterinya belayar ke banyak tempat di merata


negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai
kampung asalnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapl itu adalah
si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. Anak aku
sudah pulang. Tanggang sudah pulang,kata ibu Tanggang begitu
gembira. Ya, aku rindukan si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya
sekarang, katanya lagi.
Dengan pertolongan seorang pemuda ibu Tanggang pergilah
berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Ibu
membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila
tiba di kapal, seorang pekerja kapal melarang mereka naik. Seketika
kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Siapakah orang tua
ini? Tanya Si Tanggang kepada anak kapalnyanya. dia mengaku sebagi
ibu tuan, jawab anak kapal itu. betulkah dia ini ibu kanda? Tanya isteri
Si Tanggang. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu
ibunya. Kesusahan dan kemiskinan membuat ibu Tanggang kelihatan
begitu uzur dan naf sekali. Ibu kanda? Oh, tidak! Kanda tidak
mempunyai ibu bapa lagi. Dia bukan ibu kanda. Jangan benarkan
pengemis ini naik ke kapal! herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam
kerana malu dan marah. Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada
bawakan pisang salai kesukaan kamu, rayu Si Ibu. Pergi! tengking Si

Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang berpegang pada bahagian tepi
kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya jatuh ke laut. Ibunya berasa
terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak sangka anaknya telah berubah.
Mereka pun berdayung semula ke tepi sungai. Apabila tiba di daratan, Si
Ibu memendang ke langit. Sambil mengangkat tangan dia berseru, Oh,
Tuhan! Tunjukkkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu
kandungnya. Tiba-tiba petir berdentum. Angina bertiup kencang. Kapal
yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang
berasa takut dan kesal. Dia akan menerima balasannya kerana telah
menderhaka dengan ibunya. Oh,ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang
mengaku, Tanggang anak ibu! teriak Si Tangang. Akan tetapi, segalanya
sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila
rebut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juaga
bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Anda mungkin juga menyukai