Anda di halaman 1dari 74

DISEDIAKAN OLEH:

ROHAINI BT ABDUL SATAR

Ulasan 1
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Rudi
Sani
Rudi
Amin
Rudi
Amin
Sani
Amin

: Ha, siapa pula yang koyakkan kertas alas meja


saya ni! Ini tentu kerja kamu, Sani.
: Eh, bukan saya yang koyakkan, Rudi! Tak baik
kamu tuduh begitu, tau.
: Kalau bukan kamu, siapa pula. Tak mungkin
hantu yang koyakkan.
: Oh, kamu di sini rupa-rupanya, Rudi! Sudah
puas saya cari kamu tadi.
: Ha, kamulah yang koyakkan alas meja saya ni,
ya! Baik kamu mengaku.
: Benar, Rudi. Sayalah yang koyakkan tapi bukan
sengaja. Saya minta maaf, Rudi.
: Rudi, Amin sudah mengaku bersalah. Dia juga
meminta maaf daripada kamu. Kamu patut
maafkan dia.
: Tak mengapalah, Sani. Sama ada Rudi mahu
memaafkan atau tidak, saya tetap akan gantikan
dengan alas meja yang baru. Jangan risau, Rudi.

Ulasan 2
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Lina
Zila
Lina
Zila
Lina
Zila

Lina

: Cuba kamu tengok Yati tu, sudah pukul 2.00


petang pun belum balik lagi.
: Yalah, kasihan dia seorang sahaja yang
kemaskan kelas kita. Mana rakan petugas yang
lain?
: Mungkin dah balik agaknya. Curi tulang betul
mereka ni. Apa kata kita tolong bersama-sama.
: Itulah yang sepatutnya kita lakukan, Lina. Kalau
kita sepakat, kerja tu tentu dapat disiapkan
dengan cepat.
: Betul kata kamu itu. Inilah masanya kita
membalas budi kawan. Dia sahabat kita, kan?
Senang susah kita tanggunglah bersama-sama.
: Bagus tu. Kalau bilik tu siap kita susun hari ini,
tidaklah kita kelam-kabut pada pagi esok. Masa
terluang tu boleh kita gunakan untuk membaca
buku.
: Memang pun. Kalau begitu, mari kita tolong
yati sekarang.

Ulasan 3
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Irfan
Ibu
Irfan
Farid
Syila
Irfan
Ibu
Irfan

: Ibu, boleh tak saya ke rumah Karim esok?


Karim ajak saya mandi di sungai.
: Eh, setahu ibu, kamu tidak pandai berenang! Ibu
bimbang, nak.
: Alah, ibu ni. Nak mandi pun tak boleh? Emak
dia tak kisah pun.
: Irfan. Kamu bercakap dengan ibu, kan?
Cakaplah dengan bersopan santun, dik.
: Betul kata abang Farid tu, Irfan. Sebagai anak,
memang tidak patut kita bercakap meninggi
suara dengan ibu.
: Emm, maafkan saya, ibu. Saya tidak sengaja
tadi.
: Baiklah, ibu maafkan.
: Terima kasih abang, kakak, kerana menasihati
saya.

Ulasan 4
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Rosman : Hilmi, balik dari sekolah nanti kita ke kafe
siber, mahu tak?
Hilmi
: Mengapa nak ke situ, Rosman? Membazirkan
duit saja. Kita nak periksa, kan?
Rosman : Kamu ni penakut sangatlah, Hilmi. Jangan risau,
kita boleh lulus punya.
Hilmi
: Bagaimana boleh lulus jika kita malas belajar,
Rosman?
Rosman : Jadi, kamu memang tidak mahu pergilah, ya.
Hilmi
: Maaflah, Rosman. Saya harap, kamu tidak
berkecil hati. Saya fikir lebih baik kita
manfaatkan masa di perpustakaan. Kita boleh
membaca atau siapkan kerja rumah yang diberi
oleh cikgu.
Rosman : Apa boleh buat, orang tak sudi. Kalau begitu,
saya ikut kamulah.
Hilmi
: Ha, baguslah begitu! Tertunailah
tanggungjawab kita sebagai pelajar.

Ulasan 5
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Atiqah
Mak Long
Atiqah
Mak Long
Atiqah
Mak Long
Atiqah
Mak Long
Atiqah
Mak Long

: Assalamualaikum, Mak Long.


: Waalaikumussalam. Siapa tu, jemputlah
masuk.
: Saya Atiqah, Mak Long. Ini ada sedikit
kuih yang emak beri.
: Eh, Atiqah! Buat susah-susah saja. Terima
kasih, nak.
: Sama-sama. Bagaimana dengan demam
Mak Long sekarang?
: Nampaknya kurang sedikit. Cuma Mak
Long rasa tak bermaya nak bergerak.
: Kalau begitu, biar saya tolong Mak Long
kemaskan rumah dan basuh baju.
: Eh, tak mengapalah, Atiqah! Mak Long
boleh buat sendiri.
: Mak Long kan masih demam. Jadi, biar
saya tolong, ya. Lagipun, kerja-kerja di
rumah tu sudah saya selesaikan.
: Kalau begitu, terima kasihlah, Atiqah.
Selalu sangat tolong Mak Long. Bertuah
Mak Long dapat jiran macam keluarga
kamu, nak.

Ulasan 6
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Fahmi
Afiq
Fahmi
Afiq
Fahmi
Afiq
Fahmi
Afiq
Fahmi
Afiq

: Nampaknya kerja kita sudah hampir selesai.


: Inilah pentingnya kerjasama. Kerja cepat siap
dan cantik pula tu.
: Syukur, tidak sia-sialah kerja kita, Afiq.
: Ya, Fahmi. Sekarang, bolehlah kita berehat
sebentar. Saya ada bawa bekalan. Kita makan
bersama-sama.
: Wah, itu sudah cukup baik! Kalau begitu, biar
saya ke kedai beli gula dan kopi. Kita bancuh
air sendiri, tentu lebih jimat, kan?
: Betul tu. Di bilik guru ada cerek elektrik dan
gelas. Lagi mudah kerja kita.
: Tapi, takkan hendak ambil begitu sahaja.
: Kita minta izinlah dulu daripada cikgu dan jaga
peralatan itu baik-baik.
: Kalau begitu, biar saya ke kedai sekarang, ya.
: Ya, kamu pergilah. Biar saya pergi pinjam cerek
tersebut.

Ulasan 7
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Farah
Salim
Farah
Salim
Farah
Salim
Farah
Salim
Farah

: Boleh saya tahu mengapa kamu lewat ke


sekolah pagi ini, Salim?
: Alah, kamu ni. Menyibuk saja. Jangan hendak
berlagaklah, Farah.
: Saya tanya elok-elok, tak baik kamu jawab
begitu. Ini tugas saya, Salim.
: Tapi, takkan sekali lewat dah nak kena tulis
nama.
: Itu betul, tapi saya harus berlaku adil. Sebab
itulah saya minta penjelasan daripada kamu
dahulu.
: Memang kamu ni sombong. Baru jadi pengawas
dah nak tunjuk lagak.
: Maafkan saya, Salim. Saya terpaksa catat nama
kamu. Termasuk hari ini sudah tiga kali kamu
terlewat tanpa memberi sebab pun.
: Ikut suka kamulah, Farah. Tapi ingat, ada ubi
ada batas, ada hari pasti saya balas.
: Terpulanglah kepada kamu. Saya hanya
menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai
rakan, saya tak ambil hati akan apa-apa yang
kamu cakapkan tadi.

Ulasan 8
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Liza
Tina
Liza
Tina
Liza
Tina
Liza
Tina
Liza
Tina

: Tina, bangun. Sudah pukul enam ni. Nanti,


lambat pula bersolat.
: Alah, kakak ni. Hari ni kan cuti. Janganlah
ganggu Tina.
: Adik, kita patut bangun awal. Selepas solat
nanti, boleh tolong ibu di dapur.
: Tapi kak, Tina rasa peninglah. Rasa macam nak
demam saja.
: Betul ke ni? Biar kakak tengok. Eh, tak panas
pun! Ha, Tina tipu, ya!
: Yalah. Tina minta maaf kakak.
: Kakak maafkan. Sekarang pergi mandi cepat.
Kakak tunggu untuk solat sama-sama.
: Boleh tak tunggu sekejap? Tina nak kemaskan
katil dulu.
: Kakak fikir lebih baik Tina mandi dulu. Biar
kakak tolong kemaskan katil Tina.
: Kalau begitu, terima kasihlah, kakak. Kakak
memang baik hati.

Ulasan 9
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Nora
Yati
Nora
Tugas
Yati
Nora
tentu

: Kamu hendak ke mana, yati?


: Saja nak jalan-jalan jumpa kawan sekejap.
: Tapi, pagi ini giliran kita bertugas, Yati.
ini tanggungjawab kita.
: Alah, saya dah selalu sapu lantai kelas. Kawankawan lain bukankah sudah ada?
: Itu betul. Tapi, kalau kita bekerjasama

kerja ini cepat siap. Sesudah itu, bolehlah nak


jumpa kawan kamu itu.
Yati
: Kamu memang tak boleh tengok orang senang.
Hah, berikan penyapu itu!
Nora
: Janganlah marah, Yati. Kita kan
bersahabat.
Yati
: Kamu terasa ke, Nora? Saya minta maaf.
Tolong berikan penyapu itu kepada saya.
Nora
: Ha, begitulah cara orang berkawan. Kita
perlu
ada semangat kerjasama dan tidak
mementingkan diri sendiri.
Yati
: Baiklah, tok ketua. Saya menurut perintah.

10

Ulasan 10
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Shri
: Selamat hari raya, pak cik.
Encik Ali : Selamat hari raya. Sila duduk, nak. Jemputlah
minum dan jamah kuih-kuih tu.
Shri
: Terima kasih. Saya ni Shri, rakan sekelas Amin.
Amin ke mana, pak cik?
Encik Ali : Oh, Amin ke rumah Ah Chong, hantar
makanan. Khabarnya Ah Chong demam.
Shri
: Ah Chong demam? Kasihan. Selepas ini,
bolehlah saya ke rumahnya pula.
Encik Ali : Eloklah begitu. Berziarah boleh merapatkan
hubungan sesama kita.
Shri
: Kalau begitu saya minta diri dulu. Maaf zahir
batin, pak cik.
Encik Ali : Eh, nanti dulu, Shri! Ambil duit raya ni. Jangan
tak sudi pula.
Shri
: Terima kasih, pak cik.
Encik Ali : Sama-sama. Jalan hati-hati, ya Shri.

11

Ulasan 11
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sabtu, 7 Julai 2007
8.30 pagi
: Guru besar berucap. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada para ibu bapa yang
hadir untuk bergotong-royong.
8.45 pagi
: Kaum bapa bergerak ke lokasi yang telah
ditentukan. Masing-masing bekerja
dengan tekun tetapi mesra. Kaum ibu sibuk
mengumpul sumbangan dan derma
daripada perserta.
9.00 pagi
: Kaum ibu bekerjasama memasak makanan
untuk jamuan semasa rehat dan jamuan
makan tengah hari. Guru-guru wanita juga
turut membantu. Suasana menjadi cukup
ceria.
10.30 pagi
: Semua peserta menikmati jamuan ringan di
kantin. Setelah itu, mereka ke lokasi
masing-masing untuk meneruskan kerja.
12.30 tengahari
: Gotong-royong selesai dengan
jayanya. Semua peserta ke kantin
untuk makan tengah hari. Guru besar
melahirkan rasa bangga atas sokongan
12

dan kesediaan ibu bapa membantu


pihak sekolah menceriakan kawasan.
Ulasan 12
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Isnin, 9 April 2007
7.30 pagi
: Semua murid dan guru menyanyikan lagu
Negaraku, diikuti lagu negeri dan lagu
sekolah dengan penuh semangat.
7.40 pagi
: Guru petugas mingguan berucap. Antara
lain, beliau meminta murid mengambil
berat akan kebersihan diri dan pakaian.
7.45 pagi
: Guru besar berucap. Beliau mengumumkan
bahawa pasukan hoki sekolah telah muncul
sebagai johan hoki peringkat daerah.
Serentak dengan itu, semua pemain tampil
menerima hadiah. Mereka diberikan
tepukan gemuruh oleh murid dan guru.
8.00 pagi
: Syarahan mingguan bertajuk Cara-cara
Mencapai Kecemerlangan. Antara cara
yang dinyatakan termasuklah ketekunan,
pandai membahagikan masa, dan
mematuhi nasihat.
8.15 pagi
: Majlis berakhir. Setelah selesai bacaan
ikrar dan doa, semua murid masuk ke kelas
dengan teratur dan senyap.
13

Ulasan 13
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahad, 15 April 2007
2.00 petang : Aku sedang bermain-main di taman
permainan. Tiba-tiba, seorang budak lelaki
terjatuh dari buaian. Budak itu menangis
kesakitan.
2.10 petang : Aku segera menghampirinya dan
memujuknya supaya bersabar. Sementara
itu, rakanku mencari ibu bapa budak
tersebut.
2.20 petang : Ibu bapa budak itu tiba. Mereka memarahi
budak itu kerana tidak mendengar nasihat.
Setelah itu, budak itu dibawa ke hospital.
Dalam sibuk-sibuk begitu, dompet ibunya
telah tercicir.
3.00 petang : Aku dan rakanku terus menahan teksi
untuk ke hospital. Kami gembira kerana
dapat berjumpa dan memulangkan dompet
tersebut.
5.00 petang : Kami pulang setelah menelefon ayahku.
Hal ini kerana duit kami sudah habis untuk
14

membayar tambang teksi. Aku terkilan


kerana mereka tidakpun mengucapkan
terima kasih
Ulasan 14
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sabtu, 17 mac 2007
7.30 pagi
: Kami melawat ke rumah kanak-kanak
kurang upaya. Ketibaan kami disambut
mesra oleh para petugas di situ.
9.00 pagi
: Kami ke dewan untuk mendengar taklimat
daripada petugas rumah tersebut.
Kemudian, kami dibawa melawat ke kelas
yang menempatkan anak-anak kurang
upaya. Kami begitu simpati dan insaf
melihat nasib mereka. Begitupun, mereka
tabah dan berdikari.
2.00 petang : Kami menghiburkan mereka dengan lagu
nasyid dan lakonan. Kami juga berbualbual dengan mereka. Ada juga rakan yang
membantu menyuapkan makanan semasa
sesi rehat.
8.00 malam : Kami mengucapkan terima kasih atas
layanan mesra mereka. Sebelum pulang,
kami memberikan cenderamata kepada
semua anak kurang upaya itu. Kami juga
sempat bersalaman dan bergambar dengan
15

mereka.

Ulasan 15
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Rabu, 10 Januari 2007
10.00 pagi
: Aku ke belakang makmal komputer untuk
berehat. Kulihat seorang budak sedang
menangis. Rupa-rupanya, wangnya telah
hilang. Aku kasihan melihat budak itu.
Akhirnya, aku mengajak budak itu makan
bekalan yang kubawa.
10.30 pagi
: Aku menghantar budak itu ke kelasnya.
Akan tetapi, dia tidak mahu masuk.
Katanya, dia takut akan beberapa orang
budak di kelas itu. Mereka selalu
memukulnya. Aku pun memberitahu guru
kelasnya tentang perkara itu.
10.40 pagi
: Guru kelasnya memanggil murid yang suka
memukul budak itu. Mereka diberi amaran
agar tidak berbuat begitu lagi. Mereka juga
disuruh meminta maaf kepada budak itu.
1.15 petang : Waktu pulang tiba. Aku terus ke kelas itu
untuk pulang bersama-samanya. Dia
begitu gembira. Kali ini tidak ada orang
yang berani membulinya lagi.
16

Ulasan 16
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahad, 11 Februari 2007
4.30 petang : Aku dan Salim terjumpa bungkusan berisi
wang di tepi hutan. Kami tidak
mengambilnya kerana syak itu wang curi.
Tiba-tiba, kami terdengar suara orang
semakin menghampiri kami. Kami pun
berundur agar tidak diketahui.
5.00 petang : Kami ke balai polis untuk membuat
laporan sebelum mengikut sepasukan polis
ke lokasi tersebut. Tiba di sana, pasukan
polis mengatur gerakan yang sungguh teliti
dan bijak untuk mengepung kawasan itu.
5.30 petang : Serbuan bermula. Pencuri-pencuri tersebut
bertempiaran lari. Salah seorang
daripadanya menuju ke arahku. Tanpa
berlengah lagi, aku memukul pencuri itu
dengan sebatang kayu. Akhirnya, kesemua
pencuri itu dapat diberkas.
6.30 petang : Pihak polis menghantar kami pulang.
Mereka mengucapkan terima kasih dan
17

akan ke sekolah untuk menghantar sijil


penghargaan. Kami gembira kerana dapat
berbakti kepada masyarakat.
Ulasan 17
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sabtu, 23 Jun 2007
7.30 pagi
: Seramai 30 orang ahli pasukan pengakap
tiba di tapak perkhemahan. Setelah berehat
seketika, mereka membina khemah
bersama-sama.
9.00 pagi
: Pertandingan ikatan dan kawad kaki
bermula. Setiap kumpulan bersaing untuk
memenangi pertandingan. Akhirnya, Petrol
Rusa menjadi juara. Mereka diberi tepukan
gemuruh oleh pasukan yang kalah.
2.00 petang : Sesi kembara bermula. Peserta terpaksa
meredah laluan yang sukar.
Walau bagaimanapun, disiplin dan
semangat setia kawan menjadikan sesi
kembara itu menyeronokkan.
8.00 malam : Sesi ceramah diadakan. Antaranya,
penceramah bercerita tentang pentingnya
sikap positif dalam mengharungi
kehidupan. Setelah ceramah berakhir,
semua peserta ke khemah untuk tidur.

18

Ulasan 18
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahad, 11 Februari 2007
8.00 pagi
: Aku sekeluarga berkelah di pantai. Setelah
tiba, kami ke pondok tamu dan makan
bekalan yang dimasak oleh ibu. Hendak
membeli, makanan di situ mahal.
9.00 pagi
: Kami bermandi-manda dengan girangnya.
Aku beranikan diri bermain ombak. Walau
bagaimanapun, aku mandi di pinggiran laut
sahaja demi keselamatan diri.
11.00 pagi
: Kami naik untuk menyalin pakaian. Aku
membasuh pakaian mandiku sebelum
dibawa pulang. Selepas itu, kami
mengemaskan peralatan dan membuang
sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan.
11.30 pagi
: Kami bergerak pulang. Sebelum tiba di
rumah, kami singgah di hospital untuk
melawat rakan ayah. Kami juga sempat
membeli buah tangan untuknya.

19

Ulasan 19
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Selasa, 6 Mac 2007
8.00 pagi
: Aku tiba di pejabat pos. Di situ, terlalu
ramai orang yang menunggu. Nombor
giliranku pula masih jauh. Jadi aku duduk
diam-diam di kerusi yang disediakan di
situ.
9.00 pagi
: Seorang nenek masuk ke pejabat pos. Aku
bangun dan memberikan tempat dudukku
kepadanya. Dia berterima kasih kepadaku.
Aku terus berdiri di satu sudut.
11,00 pagi
: Giliranku masih jauh. Ramai pelanggan
yang sudah bosan dan merungut. Namun
begitu, aku terpaksa menunggu dengan
sabar supaya keadaan terkawal. Akhirnya,
giliranku tiba juga.
11.30 pagi
: Aku bergerak keluar. Seorang lelaki buta
ingin menyeberang jalan. Jadi, aku
memimpinnya ke lampu isyarat pejalan
kaki. Selepas ke seberang jalan, aku pulang
dengan menaiki bas.

20

Ulasan 20
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahad, 15 Julai 2007
10.00 pagi
: Seorang remaja menghampiriku. Dia minta
simpati kerana wangnya hilang. Aku
kasihan lalu menghulurkan Rm 5
kepadanya.
10.30 pagi
: Aku ke kedai runcit untuk membeli
minuman. Tiba di situ, aku terkejut kerana
remaja yang kutemui tadi sedang membeli
rokok. Nampak sahaja wajahku, dia cabut
lari. Aku menyesal kerana tidak berhatihati.
1.00 petang : Aku menunggu bas untuk pulang. Aku
terdengar seorang wanita menjerit. Begnya
telah diragut orang. Peragut itu lari ke
arahku. Tanpa berlengah lagi, aku
menghalang laluannya. Dia terjatuh dan
dapat diberkas. Orang ramai yang berada di
situ terus menangkapnya.
1.30 petang : Anggota polis tiba. Peragut itu diserahkan
kepada pihak polis. Aku terkejut kerana
21

peragut itulah remaja yang menipu aku


pagi tadi.
Ulasan 21
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sudah dua hari Amir tidak hadir ke sekolah kerana
demam. Jadi, aku telah berbincang dengan rakan-rakanku
untuk melawatnya. Petang itu, kami pun pergi ke rumah
Amir dengan menunggang basikal. Kami terpaksa berhatihati kerana jalan raya agak sibuk pada petang itu. Setelah
tiba di rumahnya, kami pun memberi salam. Ibunya muncul
lalu mempersilakan kami masuk. Kami segera ke bilik
Amir dan memberikan buah tangan kepadanya. Di samping
itu, kami juga menghulurkan sumbangan daripada rakan
sekelas sebagai tanda simpati. Amir mengucapkan terima
kasih kepada kami. Dia juga meminta kami sampaikan
penghargaan kepada rakan-rakan yang telah bersusah payah
menghulurkan derma. Sebelum pulang, kami bersalaman
dan menasihati Amir agar bersabar dan mendoakan agar dia
cepat sembuh.

22

Ulasan 22
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Waktu rehat sudahpun tiba. Beberapa orang murid
sedang berebut-rebut hendak membeli makanan di kantin.
Suasana agak riuh seketika. Sebagai pengawas, aku segera
bertindak. Kuarahkan mereka beratur dan membeli
mengikut giliran. Mereka akur akan nasihatku. Kini,
keadaan di kantin menjadi lebih tenteram dan terkawal.
Begitupun, ada juga murid yang tidak membuang sisa
makanan ke dalam tong sampah setelah makan. Bagi yang
berbuat demikian, aku menasihati mereka dengan sopan
walaupun mereka lebih tua atau lebih besar daripada aku.
Sekiranya mereka berdegil juga, barulah nama mereka
kucatatkan dalam buku laporan harian disiplin murid. Ini
merupakan sebahagian tugasku sebagai salah seorang
pengawas sekolah.

23

Ulasan 23
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hari itu, aku sedang menunggu bas untuk pulang ke
rumah. Ketika itu, aku terlihat seorang lelaki buta sedang
tercari-cari arah untuk melintas jalan. Di tangannya pula
terdapat sebuah beg yang besar. Aku kasihan melihatnya.
Jesteru, aku segera bangun dan menghampirinya. Selepas
memberi ucapan salam, aku memimpin tangannya sambil
melihat ke kiri dan ke kanan. Aku juga meminta izin untuk
membawa begnya. Apabila keadaan benar-benar selamat,
barulah aku memimpinnya ke seberang jalan. Dia
mengucapkan terima kasih kepadaku dan menghulurkan
RM 1. Walau bagaimanapun, aku menolak pemberian itu
dengan sopan. Setelah itu, aku bergerak ke perhentian bas
semula untuk pulang ke rumahku.

24

Ulasan 24
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Suasana di padang bola berhampiran rumahku begitu
riuh-rendah. Masing-masing berlarian dan bermain dengan
riangnya. Hatiku memang tergerak untuk bermain bersamasama. Tambahan pula, beberapa orang rakan telah
memanggil namaku. Akan tetapi, aku terpaksa melupakan
hasrat untuk bermain. Dua bulan lagi, aku akan
menghadapi peperiksaan besar. Jadi, aku mesti belajar
bersungguh-sungguh dan gigih. Aku berasa terlalu rugi jika
terlalu banyak membuang masa. Aku kasihan melihat ayah
dan ibuku yang berpenat lelah di kebun. Mereka sentiasa
berkorban untuk membesarkan aku dan adik-adikku.
Sebagai anak, aku perlu melaksanakan tugasku menuntut
ilmu. Aku berjanji untuk menghadiahkan sesuatu kepada
mereka, iaitu 5A UPSR. Lebih daripada itu, aku berazam
akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

25

Ulasan 25
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kadang-kadang, aku malu juga. Mereka ketawakan
aku. Kata mereka silat yang aku pelajari lembik. Silat
mereka tangkas dan terkenal di seluruh dunia. Ah, biarkan
mereka ketawa! Aku tetap bangga dengan silat Melayu.
Silat itu budaya nenek moyangku. Silatnya indah berseni.
Aku bersilat bukan untuk menunjukkan kehebtan diri. Aku
bersilat bukan untuk menjadi jaguh, hanya untuk
mempertahankan diri.
Dalam persilatan ini, aku diajar merendah diri dan
sopan berbudi. Aku juga diajar menghormati guru, ibu bapa
serta sesiapa sahaja. Aku harap, aku dapat bersabar dengan
kerenah kawan-kawan. Mereka sering mengajak aku
berlawan, tetapi aku menolak. Mereka menyatakan aku
pengecut. Tidak mengapa. Aku patuh akan nasihat guru,
Orang berilmu mulia pekerti.

26

Ulasan 26
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Dulu, pantai ini sungguh indah, bersih dan sering
dikunjungi ramai orang. Kini, segala-galanya sudah
berubah. Pantainya dipenuhi sampah sarap. Kemudahan
awam seperti pondok rehat dan taman permainan tidak
terurus. Bukan itu sahaja, pondok telefon dan tandas awam
juga turut dirosakkan. Menyedari keadaan itu, pihak
berkuasa tempatan telah menutup pantai tersebut untuk
kerja-kerja pembaikan. Kali ini, mereka telah memasang
papan kenyataan yang besar tentang peraturan pantai
tersebut. Mereka juga telah meletakkan beberapa orang
penguasa keselamatan bagi mengawasi dan menangkap
sesiapa sahaja yang melanggar peraturan. Kini, pantai ini
kembali berseri dan menjadi tarikan pelancong.

27

Ulasan 27
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hari ini Hari Raya Puasa. Reva dan Man Seng baru
sahaja berpakat hendak berziarah ke rumah Ameer. Jadi
mereka memberitahu ibu bapa mereka tentang hasrat
tersebut. Setelah mendapat keizinan, mereka pun pergi ke
rumah Ameer dengan menaiki bas.
Ketika berada di dalam bas, seorang wanita tua
bersama cucunya terpaksa berdiri kerana tiada tempat
duduk. Reva kasihan melihatkan wanita tua itu. Kemudian,
mereka bangun dan mempelawa wanita tua itu duduk
bersama cucunya. Wanita tua itu mengucapkan terima kasih
kepada Reva dan Man Seng.
Apabila tiba di stesen bas, Reva menolong wanita tua
itu membawa begnya. Man Seng pula memimpin cucunya
turun dari bas.

28

Ulasan 28
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Aku berkawan tanpa mengira kaum. Hal ini kerana
aku membesar dalam masyarakat majmuk. Kami juga
saling mempelajari budaya dan agama masing-masing.
Oleh itu, kami mengetahui adat dan cara hidup masingmasing.
Jika ada kelapangan, pasti aku akan menziarahi rakanrakanku itu. Pada hari perayaan, kami mengadakan rumah
terbuka. Mereka pun demikian juga. Mereka menempah
makanan yang dimasak oleh orang Islam.
Ibu bapa kami juga sering mengadakan perjumpaan.
Mereka berpakat untuk bergotong-royong dan menubuhkan
pasukan rukun tetangga. Mereka sanggup berjaga bergilirgilir saban malam. Dengan itu, taman perumahan kami
aman daripada kegiatan yang tidak diingini. Kami
berharap, keadaan seperti ini akan berterusan sampai bilabila.

29

Ulasan 29
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Aku mulai menyimpan wang sejak kecil. Kini,
wangku mencecah ribuan ringgit. Memang tidak rugi aku
menyimpannya di bank. Dengan menyimpan wang di bank,
aku tidak perlu risau. Hal ini kerana pihak bank mempunyai
sistem keselamatan yang canggih.
Aku juga memperoleh beberapa faedah lain.
Simpananku saban waktu bertambah dengan bayaran
dividen dan bonus. Aku juga mendapat cenderamata berupa
beg, payung, dan sebagainya.
Kata ibu, simpanan ini untuk masa hadapanku. Aku
boleh gunakan untuk melanjutkan pelajaran. Maklumlah,
yuran pembelajaran sekarang agak tinggi. Aku juga boleh
membeli harta dengan wang simpanan ini. Aku boleh beli
saham, beli tanah, dan rumah. Kata ibu lagi, wang ini untuk
masa kecemasanku. Manalah tahu kalau-kalau aku sakit
dan memerlukan rawatan. Aku tidak perlu meminjam ke
sana ke mari.

30

Ulasan 30
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Amir memang mudah mesra. Dia sentiasa tersenyum
dan berwajah ceria. Kalau ada orang mengejeknya,
senyuman jugalah yang dibalasnya.
Dalam kalangan rakan, dia amat disanjungi. Hal ini
kerana dia ringan tulang. Pantang melihat rakan bekerja,
dia pasti tumpang bersama. Dia tidak sayang tenaga.
Dia juga sering membelanja rakan-rakannya, terutama
rakan-rakan yang tidak membawa wang belanja. Dia tidak
pernah pula mengungkit-ungkit akan sumbangannya
kepada rakan-rakan.
Amir juga pandai menggunakan masa. Dia jarang
sekali berborak terlalu lama. Setiap kali ada waktu terluang,
pasti ada buku di tangannya. Dia juga sering mengajak
rakan-rakan berbincang. Jadi, tidak hairanlah jika dia dan
rakan-rakannya sering mendapat markah cemerlang dalam
ujian atau peperikaan.

31

Ulasan 31
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Orang Daik turun ke Daik,
Bawa pahat besi keluli,
Buat baik dibalas baik,
Buat jahat jangan sekali.
Dari kota ke lautan teduh,
Bawa ragi dengan kuaci,
Kalau kita suka bergaduh,
Ke mana pergi orang membenci.
Angin mendesah beribu batu,
Anak ikan menari-nari,
Kawan yang susah harus dibantu,
Jangan pentingkan diri sendiri.
Hendak digulung si daun palas,
Bawa ke bendang Bukit Piatu,
Jika menolong biarlah ikhlas,
Jangan berudang di sebalik batu.

32

Anak ungka diperbatasan,


Cuaca redup nyaman terasa,
Berbaik sangka sesama insan,
Barulah hidup aman sentiasa.
Ulasan 32
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kawan
jika kejayaan jadi impian
kejarlah dengan tekun dan cekal
jangan hanya separuh jalan.
Kawan
jika ingin hidup sempurna
bajai ilmu penuh di dada
hormat dan taat ayah bonda
nasihat guru jangan dilupa.
Kawan
jika ingin dipandang mulia
hiasi diri akhlak mulia
jaga pekerti tutur kata
tepati janji bertimbang rasa.
Ingatlah kawan
dalam meniti arus kehidupan
perintah Tuhan jangan diabaikan
33

usah kerana pangkat dan harta


tergadai budi pegangan agama.
Ulasan 33
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ilmu itu umpama pelita,
Jadi penyuluh digelap gelita.
Tanpa ilmu hidup susah,
Jiwa menjadi resah gelisah.
Tuntutlah ilmu walau di mana,
Agar dirimu tidak merana.
Jika kita kaya ilmu,
Hidup di dunia tiada jemu.
Pabila ilmu penuh di dada,
Usah sombong mendabik dada.
Ilmu yang berkat membawa rahmat,
Dunia akhirat kita selamat.

34

Ulasan 34
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di pohonlada,
Pesan datuk nenek,
Hormat ayah bonda.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas tungku,
Pesan datuk nenek,
Jaga tingkah laku.
Burung kenek-kenek,
Terbang di angkasa,
Pesan datuk nenek,
Sopan bertimbang rasa.
Burung kenek-kenek,
Terbang tinggi ke hulu,
Pesan datuk nenek,
Cekal sabar selalu.

35

Burung kenek-kenek,
Terbang bersama helang,
Pesan datuk nenek,
Jadi insan cemerlang.
Ulasan 35
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Wahai ibu sanjungan hati,
Sepanjang usia engkau berbakti,
Mendidik aku sepenuh hati,
Limpahan kasih molek pekerti.
Wahai bapa sanjungan jiwa,
Membanting tenaga senyum ketawa,
Tidak mengenal erti kecewa,
Ke puncak jaya aku dibawa.
Wahai nenek pengubat duka,
Membimbing daku tiada leka,
Penuh dengan pantun seloka,
Demi hidupku di hari muka.
Bersyukur aku kepada yang Esa,
Diri terdidik budi bahasa,
Hormat dan taat sepanjang masa,
Keluarga bahagia aman sentosa.

36

Ulasan 36
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Burung kedidi patah kaki,
Malas mandi badan berdaki.
Letak kajang di atas rakit,
Kuku panjang bawa penyakit.
Pohon selasih pohon cendawan,
Mulut bersih senyuman menawan.
Anak sapi makan berkawan,
Rambut rapi tampak menawan.
Pohon selasih tumbuh bertingkat,
Pakaian bersih imej meningkat.
Dahan mentega redup sentiasa,
Kebersihan terjaga hidup selesa.

37

Ulasan 37
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Wahai anak mari dengarkan,
Titipan nasihat ayah khabarkan.
Menuntut ilmu usahlah leka,
Sengsara kelak di hari muka.
Hiasi dirimu akhlak terpuji,
Tidaklah dirimu dicaci dikeji.
Kalau bekerja hendaklah muafakat,
Kelak pasti mendapat berkat.
Berbudi baik sesama rakan,
Perkara mungkar usah lakukan.
Berhati-hati memilih kawan,
Tersalah pilih dirimu rawan.
Dengan kawan bertimbang rasa,
Pasti hidup aman sentosa.
38

Ulasan 38
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kawan
Apalah ertinya persahabatan
Jika tidak saling percaya
Saling curiga.
Kawan
Apalah ertinya kemesraan
Jika manis di bibir sahaja
Di hati racun berbisa.
Justeru
Berhati-hatilah memilih rakan
Bukan kerana pangkat dan kedudukan
Bukan kerana harta kekayaan.
Pilihlah yang sederhana
Ringan tulang mudah mesra
Bertimbang rasa berbudi bahasa
Bertanggungjawab lagi setia.

39

Ulasan 39
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Aku anak Malaysia
berjiwa merdeka
bersatu bersetia
berpadu tenaga
menjulang negara
di mata dunia.
Aku anak Malaysia
berjiwa pendekar
jika musuh melanggar
musuhlah yang kutentang
biar jiwa terkorban
berundur aku pantang.
Aku anak Malaysia
berhemah tinggi
hormat mesra
sopan berbudi.
Aku anak Malaysia
40

cintai damai
jauhi sengketa
kebanggaan pertiwi.
Ulasan 40
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Bunga keladi buah markisa,
Orang berbudi kita berbahasa.
Bunga raya bunga serombong,
Kalau kaya usah sombong.
Bunga raya bunga kasturi,
Orang berjaya jangan beriri.
Tumbuh melata pohon angsana,
Jangan kita suka menghina.
Subur di taman si pohon ceri,
Orang budiman merendah diri.
Daun palas tepi perigi,
Orang malas selalu rugi.
Bunga kesidang si bunga pinang,
Hati meradang bawa bertenang.
41

Ulasan 41
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Labu sayong memang terkenal sejak dahulu lagi.
Penghasilan labu sayong amat memerlukan kesabaran,
cermat dan teliti. Hal ini kerana proses penghasilannya
agak rumit. Kini, kraf tempatan ini mulai diminati ramai.
Selain air yang disimpan di dalamnya dingin dan segar,
membeli kraf Labu Sayong bererti membantu pengusaha
tempatan.
Membuat labu sayong memerlukan kemahiran yang
tinggi. Oleh itu, orang-orang yang berminat dengannya
perlu belajar secara berterusan tanpa jemu. Kita perlu
menumpukan sepenuh perhatian dan membentuknya
dengan berhati-hati.
Penghasilan kraf yang bermutu sahaja tidak cukup
untuk
menarik
minat
pelanggan
membelinya.
Pengusahanya perlu sopan dan mudah mesra semasa
melayan tetamu. Selain itu, ruang pameran barangan harus
selesa dan memikat hati untuk menarik pelanggan.

42

Ulasan 42
Tuliskan beberapa perkara menarik yang boleh kamu dapati
daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah
tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Tahukah anda bahawa buluh sebenarnya sejenis
rumput? Benar buluh tergolong dalam spesies rumput,
rumput gergasi. Pokok ini juga hampir menyamai pokok
kelapa dari segi kegunaannya. Rebung buluh boleh dibuat
sayur. Batangnya pula boleh dibuat kraftangan. Ada juga
yang menggunakan batang buluh sebagai joran untuk
memancing. Daun buluh pula boleh dibuat pembalut
ketupat. Sesetengah masyarakat percaya bahawa daun
buluh boleh menakutkan hantu. Oleh itu, mereka
menggantungkan daun itu pada muka pintu rumah mereka.
Suatu kepercayaan lagi menyatakan bahawa buluh tumpat
berkhasiat untuk tujuan perubatan. Ada juga pendapat
menyatakan bahawa buluh perindu menjadi azimat untuk
kemerduan suara. Namun begitu, kebenaran kepercayaan
ini tidak pernah dibuktikan secara saintifik.

43

Ulasan 43
Tuliskan beberapa faedah yang boleh kamu dapati daripada
petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Pelajar amat digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum, iaitu kegiatan luar bilik darjah. Sebenarnya,
kegiatan ini menjadi pengimbang kepada pembelajaran
akademik di sekolah. Melaluinya, pelajar mendapat banyak
ilmu dan pengetahuan di luar bilik darjah. Mereka boleh
mendapatkannya dengan menyertai kegiatan persatuan.
Dengan menyertai unit beruniform pula pelajar dapat
meningkatkan disiplin dan memupuk semangat kerjasama
serta semangat sepasukan. Selain itu, kegiatan sukan pula
menjadikan pelajar lebih cergas dan cerdas. Sukan juga
mampu memupuk kerjasama antara pelbagai kaum di
negara kita. Dengan itu akan terbentuklah keharmonian dan
perpaduan antara kaum di negara kita. Dengan bersukan
juga, pelajar dapat mencungkil bakat untuk mengharumkan
nama sekolah mahupun negara.

44

Ulasan 44
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Benarlah kata orang tua-tua, banyak orang banyak
ragamnya. Demikian juga halnya dengan pelajar sekolah,
ada yang sedar, ada juga yang lalai. Mereka yang lalai
seperti biasa, membuang masa dengan sia-sia. Belajar tidak
seberapa, riuh dan bisingnya berganda. Kadang-kadang,
mereka menjadi pembuli pula. Bagi yang sedar, mereka
terus bersiap sedia. Mereka tidak akan bermain-main lagi
ketika guru mengajar. Mereka juga pasti akan menyiapkan
segala kerja yang diberi. Jika dimarahi, mereka tidak
berkecil hati. Mereka lebih tulus dan mengharapkan
keberkatan untuk mencapai kecemerlangan. Bagi yang
lalai, sedarlah bahawa anda sedang memusnahkan diri
secara diam-diam. Anda juga telah menidakkan
pengorbanan ibu bapa yang ingin melihat anda berjaya.
Kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keyakinan.

45

Ulasan 45
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Saban hari ada sahaja masalah alam sekitar yang
dipaparkan dalam akhbar. Kisah pencemaran sungai,
kemusnahan hutan, dan pembuangan sampah sarap seolaholah tiada penghujungnya. Keadaan itu belum termasuk
penerokaan tanah tinggi untuk kawasan kediaman. Pelbagai
usaha telah pun dilaksanakan. Penubuhan Jabatan Alam
Sekitar dan Penguat Kuasa Alam Sekitar digerakkan seiring
dengan penguatkuasaan undang-undang. Namun begitu,
keadaan tidak banyak berubah. Akibatnya, sumber air
tercemar, banjir sering melanda dan kita terpaksa berdepan
dengan korban jiwa serta harta benda akibat tanah runtuh.
Sampai bilakah keadaan ini harus berlaku? Sampai bilakah
masyarakat akan sedar? Sampai bilakah alam sekitar akan
kembali ceria. Segala-galanya ada di tangan kita, seluruh
rakyat Malaysia.

46

Ulasan 46
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ibu bapa memang mengharapkan anak-anak mereka
cemerlang. Jika demikian, berilah perhatian sepenuhnya
kepada anak-anak. Belailah mereka sepenuh hati tetapi
usah terlalu dimanjakan. Pupuk diri anak-anak agar
berlemah lembut dengan sesiapa sahaja. Berikan sokongan
agar anak-anak mampu melakukan sesuatu dengan yakin
tanpa bergantung kepada orang lain. Di samping itu, bantu
anak-anak menguruskan aktiviti hariannya dengan
sempurna. Anak-anak juga harus dilatih supaya tidak terlalu
mewah dan menerima sesuatu tanpa banyak kerenah.
Mereka juga harus dididik agar tidak mudah kecewa
apabila gagal dan sentiasa mendengar nasihat. Lebih-lebih
lagi, anak-anak orang Islam hendaklah diasuh agar patuh
perintah Allah.

47

Ulasan 47
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ada orang lebih gemar membeli buah-buahan yang
diimport. Mereka berpendapat bahawa buah-buahan
tersebut lebih baik berbanding dengan buah-buahan
tempatan. Sebenarnya, buah-buahan tempatan juga
mempunyai khasiat yang lebih baik daripada buah-buahan
luar negara. Buah-buahan tempatan lebih segar kerana tidak
memerlukan masa yang lama untuk sampai kepada
penggunanya. Lagipun, tenyata harga buah-buahan
tempatan lebih murah. Hal ini kerana buah-buahan luar
negara dikenakan duti import sebelum dibawa masuk ke
negara kita. Buah-buahan yang diimport juga agak
berbahaya kerana disalut dengan bahan kimia supaya tahan
lama. Lebih daripada itu, membeli buah-buahan tempatan
bererti menyokong usaha masyarakat sendiri.

48

Ulasan 48
Tuliskan beberapa perkara menarik yang boleh kamu dapati
daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah
tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pantai Cherating telah menempa nama sejak dahulu
lagi. Saban tahun, puluhan ribu pelancong terutamanya dari
luar negara berkunjung ke pantai ini. Sebenarnya, keaslian
panorama inilah yang menjadi daya penarik utamanya.
Walaupun banyak kemudahan awam disediakan, keaslian
panoramanya tetap tidak tercemar. Selain itu, lokasinya
begitu bersih. Pantainya terbentang luas manakala pentas
lautnya begitu cetek dan landai. Di pantai ini tersedia caletcalet serta penginapan yang pelbagai, sesuai dengan
kemampuan pengunjungnya. Majoriti makanannya pula
benar-benar rasa tempatan, unik serta menyelerakan.
Tambahan pula, kebanyakan pengusaha rumah tumpangan
di situ menyediakan persembahan kebudayaan tempatan
serta permainan tradisional untuk tontonan para pelancong.

49

Ulasan 49
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sahabat merupakan orang yang paling hampir dengan
kita. Mereka seumpama sebahagian daripada ahli keluarga
kita. Untuk menjadi sahabat yang baik, kita memerlukan
beberapa syarat. Antaranya, kita tidak harus bersikap
curang atau curiga akan dirinya. Jika perasaan ini wujud,
akan terhakislah kemesraan antara sahabat. Kita juga harus
mengetahui tentang perkara-perkara yang digemari atau
sebaliknya. Selain itu, kita haruslah ambil tahu akan
masalah yang dihadapinya dan cuba menolong mengatasi
masalah tersebut. Jangan pula kita menolong kerana
mengharapkan sesuatu balasan. Di samping itu, kita harus
berlebih kurang dalam sesuatu hal dan sanggup susah
senang bersama. Dengan cara itu, persahabatan akan
berkekalan untuk selama-lamanya.

50

Ulasan 50
Tuliskan beberapa faedah memiliki peribadi mulia yang
boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Alangkah beruntungnya jika kita berperibadi mulia.
Yang pasti, orang yang berperibadi mulia lebih tenang dan
ceria. Mereka sabar dan reda dalam menghadapi cabaran.
Selain itu, orang yang berperibadi mulia pasti disenangi.
Hal ini kerana mereka terdidik dengan keramahan dan
kesopanan. Tutur katanya tentu lunak dan tidak
menyakitkan hati. Justeru, mereka pasti dihormati. Di
samping itu, orang yang berperibadi mulia akan
mempunyai ramai kawan. Sifat pengasih, pemurah dan
sedia membantu menjadikan mereka senang didekati.
Mereka juga mudah dibantu lantaran memiliki sifat terpuji.
Sifat-sifat ini menjadikan diri mereka contoh ikutan terbaik
masyarakatnya. Oleh itu, berusahalah membentuk diri
dengan peribadi mulia. Nescaya, kita akan bahagia selamalamanya.

51

Ulasan 51
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Ahad, 13 Julai 2008
8.00 pagi Aku ke dapur membantu ibu menyediakan
makanan untuk dibawa semasa berkelah nanti. Kemudian aku
memasukkan pinggan, cawan dan botol minuman ke dalam
bakul. Adikku, Razmi menolongku memasukkan barangbarang ke dalam kerata ayah. Setelah semuanya selesai, ibuku
mengunci pintu dan berpesan kepada Mak Cik Timaj, jiranku
supaya melihat-lihat rumah kami semasa ketiadaan kami.
9.00 pagi Kami bertolak ke pantai Desaru. Ayah memandu
dengan berhati-hati. Kata ayah, biar lambat asalkan selamat.
Dalam perjalanan aku tidak melepaskan peluang untuk
menyaksikan pemandangan yang indah di sepanjang jalan. Aku
tertarik apabila meliaht sebuah perkampungan nelayan yang
cantik dan bersih di sepanjang jalan di kampung itu. Agaknya,
para penduduk di sini bersepakat untuk menghias dan menjaga
kebersihan kampung mereka.
11.00 pagi Sampi di pantai Desaru. Aku membantu ayah
menurunkan barang-barang. Kami membentangkan tikar di
bawah sepohon pokok ru yang rendang. Sungguh cantik pantai
di sini. Air laut yang membiru, pasir yang memutih serta
kawasan yang bersih. Aku percaya bahawa para pengunjung
52

tidak membuang sampah sesuka hati di pantai ini. Selepas itu,


aku dan adik mandi-manda dengan gembira.

Ulasan 52
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Rabu, 27 Ogos 2008
Aku ke sekolah lebih awal kerana hari ini diadakan
acara sambutan Bulan Kemerdekaan Negara. Antara acara
tersebut ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik,
persembahan sketsa, pertandingan sajak dan diakhiri
dengan menghitung detik ketibaan 31 Ogos. Aku
mengambil bahagian dalam pertandingan mendeklamasikan
sajak yang akan berlangsung pada malam nanti. Aku
memilih sajak yang bertajuk Sumpah Anak Watan. Sudah
seminggu aku berlatih mendeklamasikan sajak ini di bawah
tunjuk ajar Cikgu Razak. Aku berharap agar dapat
membuat persembahan yang terbaik pada malam nanti.
Tiba giliranku. Aku melangkah ke atas pentas dengan
semangat yang berkobar-kobar. Aku mendeklamsikan sajak
itu dengan bersemangat sekali. Keputusan pertandingan
diumumkan, aku tidak menyangka bahawa aku bergelar
juara pada malam itu. Aku tidak lupa mengucapkan terima
kasih kepada Cikgu Razak. Tiba acara yang dinantinantikan, iaitu kami melaungkanMerdeka! Merdeka!
sebanyak tujuh kali apabila jam menunjukkan 12.01 pagi.
Laungan ini sebagai tanda mengingati kejayaan negara
53

mencapai kemerdekaan. Aku berbangga menjadi rakyat


Malaysia.
Ulasan 53
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahad, 16 November 2008
5.00 petang Aku dan beberapa orang anggota
sukarelawan menyusuri ke hujung Kampung Lembah yang
ditenggelami air sedalam satu meter dengan bot. Kami
ditugaskan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke
pusat pemindahan sementara di balai raya yang berdekatan.
Cuma tinggal satu keluarga yang masih belum dipindahkan
kerana rumah mereka terletak agak jauh. Setibanya di
rumah itu, aku dan rakan-rakan penyelamat mengangkat
barang-barang ke dalam bot.
8.00 malam Aku membantu pasukan sukarelawan
mengagihkan makanan yang telah siap dimasak secara
bergotong-royong kepada mangsa-mangsa banjir. Aku amat
bersimpati akan keadaan mereka kerana terpaksa
berhimpit-himpit di balai raya itu. Hampir semua penduduk
kampung ditempatkan di balai raya ini. Sebahagian kecil
penduduk kampung tidak berpindah kerana rumah mereka
berada di kawasan berbukit.

54

10.00 malam Sepasukan anggota tambahan tiba di pusat


pemindahan ini. Mereka membawa barang-barang
makanan, pakaian, ubat-ubatan dan minuman untuk diagihagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Aku turut
membantu mengedarkannya kepada setiap keluarga. Malam
itu, aku dan para sukarelawan bertugas untuk menyediakan
keperluan kepada mangsa-mangsa banjir Kampung
Lembah.

55

Ulasan 54
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
6.40 pagi
Setelah siap berpakaian sekolah, aku bersarapan bersamasama ibu bapaku. Seperti biasa, aku makan dua keping roti
dan minum segelas susu. Aku bersalaman dan mencium
tangan ibu bapaku sebelum menaiki bas sekolah.
7.10 pagi
Sampai di sekolah, aku bergegas ke kelas untuk membantu
rakan-rakanku membersihkan kelas. Aku dan Ismail
menyusun kerusi dan meja, manakala Fatimah dan Mastura
menyapu sampah. Zakaria pula membersihkan papan
hitam. Setelah semua kerja selesai, kami beratur di dataran
perhimpunan sekolah.
7.40 pagi
Ustazah Noraini masuk ke kelasku. Dia mengajar kami
mata pelajaran Pendidikan Islam. Aku tertarik akan sebuah
cerita yang disampaikan oleh Ustazah Noraini kepada
kami. Intipati ceritanya ialah betapa pentingnya anak
menghormati ibu bapanya. Kata Ustazah, Kita perlu
membalas jasa ibu bapa dengan belajar bersungguh56

sungguh. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka


kerana perbuatan itu berdosa besar dan Tuhan akan
membalas setiap perbuatan yang kita lakukan. Aku cukup
insaf mendengar cerita ustazah itu.
10.00 pagi
Aku ke kantin sekolah. Ketika sedang makan, aku
terpandang akan seorang murid perempuan yang tercaricari akan sesuatu. Aku segera mendapatkannya lalu
bertanya tentang masalahnya. Murid itu mengatakan
bahawa duitnya hilang. Aku berasa kasihan akan murid itu
lalu membelikannya makanan. Dia mengucapkan terima
kasih kepadaku.

57

Ulasan 55
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sungaiku,
dahulu air mu mengalir jernih berkilauan,
tumbuhan merimbun memayungimu,
Sang Ikan melompat riang,
Si Burung berkicau keseronokan,
Si Katak dan Si Kura, engkau jadikan teman.
Kini,
tiada lagi mereka hendak menemanimu,
mereka lari jauh darimu,
yang tinggal si pohon yang sudah kecundang,
di perutmu kini penuh racun berbisa,
sampah, minyak, racun, sisa toksik dan bangkai binatang,
memenuhi dasar setiap ruang.
Mungkin, gembira itu tidak akan kembali lagi,
jika manusia rakus mengejar kepentingan sendiri,
belum sedar dan insaf untuk memeliharamu,
tetapi belum terlambat,
mudah-mudahan kegembiraan dahulu akan kembali.
58

Ulasan 56
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Wahai rakan-rakan sekalian,
Dengarlah syair yang ku dendangkan,
Nasihatku ini jadikan pedoman,
Buat bekalan pada hari kemudian.
Tuntutlah ilmu walau di mana,
Ilmu bagaikan sebuah pelita,
Menyuluh kita sepanjang masa,
Agar menjadi insan berjaya.
Kita menuntut ilmu usah alpa,
Beri tumpuan sepanjang masa,
Tekun dan rajin belajar baca,
Sentiasa bersedia ilmu di dada.
Apabila berilmu jangan meninggi diri,
Ajari orang yang ingin mempelajari,
Luangkan masa menabur budi,
Untuk membantu anak-anak pertiwi.

59

Ulasan 57
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Malaysia negara indah permai,
Rakyat majmuk pelbagai budaya,
Hidup bersepadu sentiasa disemai,
Mengekalkan perpaduan itulah agenda.
31 Ogos tarikh merdeka,
Disambut meriah seluruh negeri,
Hormat-menghormati budaya kita,
Menjadikan bangsa yang dikagumi.
Dari Perlis hinggalah selatan,
Pemandangan indah di sepanjang jalan,
Menjalin muhibah ialah pegangan,
Supaya negara aman sepanjang zaman.
Wawasan 2020 matlamat kita,
Mahu hidup maju dan berjaya,
Taatkan pemimpin sayang akan negara,
Pertahankan kedaulatan sampai bila-bila.

60

Ulasan 58
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sebelum fajar menyingsing engkau sudah melangkah,
Berbekal semangat cekal dan tabah,
Bersampan usang dan berpukat rabak,
Berhujan panas adalah kebiasaan,
Dilambung ombak adalah mainan,
Keringat mengalir belum sempat kering,
Untuk mencari sesuap nasi di lautan luas,
Bagi menyara anak-anak yang belum kenal erti susah,
Menjelang petang membawa tangkapan,
Rezeki hari ini sekadar makan,
Namun engkau mensyukuri nikmat Tuhan,
Kerana pemberianNya cukup untuk menampung keperluan,
Kepulanganmu disambut isteri setia dan anak-anak
kesayangan,
Kepada anak-anakmu,
Engkau sentiasa semaikan azam,
Berharap mereka menjadi orang berpelajaran,
Biarlah engkau sahaja meneruskan perjuangan,
Membelah lautan mencari khazanah alam.

61

Ulasan 59
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Selepas menyiapkan kerja sekolahnya, Amira
membantu ibunya menyiram pokok bunga. Ibu Amira
gemar menanam pokok bunga, terutama pada waktu
lapang. Ketika mereka asyik menyiram pokok bunga,
kedengaran sebuah lori memasuki perkarangan rumah
kosong di sebelah rumah mereka. Rupa-rupanya, ada jiran
baru yang menyewa di sebelah rumah Amira.
Amira dan ibunya meninggalkan pekerjaan mereka
lantas berjalan ke rumah jiran barunya. Amira dan ibunya
berkenalan dengan jiran baru mereka. Jiran baru mereka
berbangsa India. Amira mengambil kesempatan berkenalan
dengan anak jiran barunya yang hampir sebaya dengannya.
Nama budak perempuan itu Devi. Sekarang, Amira sudah
mendapat kawan baru. Nanti bolehlah mereka belajar dan
bermain bersama-sama.
Amira dan ibunya membantu keluarga Encik Muthu
dan Puan Gowry mengangkat barang-barang ke dalam
rumah mereka. Puan gowry mengucapkan terima kasih
kepada Amira dan ibunya.

62

Ulasan 60
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Bunga melati kembang setaman,
Dipetik orang buat jambangan,
Amalkan budaya bersalam-salaman,
Sebagai tanda mengeratkan persahabatan.
Bunga kekwa sungguh menawan,
Terdapat banyak di sepanjang jalan,
Kunjung-mengunjungi jadikan amalan,
Bermaaf-maafan elakkan persengketaan.
Bunga raya di atas para,
Diambil pula oleh adik manja,
Berbuat baik kepada sesiapa,
Berbudi janganlah diminta.
Bunga kobis dan bunga kantan,
Dibuat sayur dan ulam-ulaman,
Bersikap jujur dalam pergaulan
Kepercayaan orang jangan persiakan.

63

Ulasan 61
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Faizal bukanlah anak orang yang berada. Dia hanya
anak seorang pekebun sayur. Tahun ini, Faizal akan
menduduki peperiksaan UPSR. Dia tidak mampu membeli
buku-buku rujukan untuk mengulangkaji pelajaran seperti
murid-murid yang lain, namun dia tidak menjadikan faktor
ini sebagai alasan. Faizal ada cara untuk mendapatkan
buku-buku yang diperlukannya.
Pada hari cuti sekolah, selepas membantu ayah dan
ibunya di kebun sayur, Faizal akan ke perpustakaan desa
yang jauhnya hampir dua kilometer dari rumahnya. Dia
hanya berjalan kaki ke sana. Kesukaran ini tidak
melemahkan semangat Faizal untuk belajar, sebaliknya
dijadikan peransang untuk berjaya.
Ketika berada di perpustakaan, Faizal akan membaca
buku, mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan
menjawab soalan. Jika ada kesempatan, dia akan
menggunakan komputer yang disediakan di perpustakaan
itu untuk melayari internet, tempat dia mendapatkan bahan
dan maklumat tambahan untuk pelajarannya.

64

Berkat hasil usahanya, Faizal memperoleh kejayaan


cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapanya berasa
sangat gembira dan bangga akan kejayaannya. Faizal
kemudian ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh.
Ulasan 62
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Azhar bangun lewat lagi pada hari itu. Dia tergesagesa mandi dan memakai baju sekolah. Dia tidak sempat
menggosok gigi dan bersarapan.
Azhar bergegas ke perhentian bas. Setiba di sana, dia
mendapati bas yang sepatutnya dinaikinya untuk ke sekolah
sudah berlalu. Oleh itu, terpaksalah dia menunggu bas yang
lain.
Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 7.20
pagi. Azhar berasa gelisah apabila bas yang ditunggu tidak
kunjung tiba. Azhar berasa menyesal kerana tidur lewat
semalam. Dia menonton televisyen hingga larut malam.
Walaupun telah berulang kali ibunya menasihatinya supaya
tidur awal, namun Azhar tidak mengendahkan nasihat ibuya
itu.
Sepuluh minit kemudian, bas yang ditunggu akhirnya
tiba. Azhar bergegas menaiki bas itu tanpa mempedulikan
penumpang yang lain. Ketika masuk ke kawasan sekolah,
Azhar ditahan oleh guru disiplin. Tergagap-gagap Azhar
memberitahu guru disiplin sebab dia lewat. Azhar
65

kemudian berjanji kepada guru disiplin bahawa dia tidak


akan mengulangi perbuatannya itu.

Ulasan 63
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Walaupun telah dinasihati oleh Hazlan supaya
memakai kasut, Zamani tidak mengendahkannya. Dia lebih
selesa berkaki ayam.
Bahaya bermain dengan berkaki ayam. Macammacam ada di padang ini yang boleh mencederakan kaki
kamu, kata Hazlan.
Main sahajalah. Aku selalu bermain bola dengan
berkaki ayam di padang ini.
Suka hati kamulah.
Sedang mereka seronok bermain, tiba-tiba Zamani
mengerang kesakitan. Zamani duduk di tanah sambil
memegang kakinya yang berdarah. Hazlan dan rakan-rakan
yang lain datang membantu. Mereka membawa Zamani ke
klinik.

66

Ulasan 64
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Cikgu Khalid baharu ditugaskan di sebuah sekolah
yang terletak di kawasan pedalaman. Walaupun kawasan
itu kurang kemudahan asas, namun dia berazam untuk
mengubah minda murid-muridnya.
Di sekolah, Cikgu Khalid amat disenangi oleh guruguru dan murid-muridnya. Dia sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kecemerlangan muridnya. Guru besar
sentiasa memberi sokongan kepada Cikgu Khalid dalam
membantu murid-murid di kawasan itu. Dia juga seorang
yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Dia memupuk
minat belia tempatan supaya berdaya maju.
Segala pengorbanan dan jasanya dihargai oleh
masyarakat setempat. Mereka menghargai jasa Cikgu
Khalid dengan anugerah Belia Wawasan. Begitu juga di
sekolah, prestasi murid-murid meningkat dalam keputusan
UPSR. Cikgu Khalid berazam untuk meningkatkan lagi
prestasi belia dan murid-murid kawasan itu.

67

Ulasan 65
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Mei Ling, Gayathri dan Wawa melawat Lina di hospital.
Mei Ling : Apa khabar, Lina?
Lina
: Baik sedikit, terima kasih kerana sudi melawat
saya.
Gayathri : Sejak bilakah kamu menghidap demam panas
ini?
Lina
: Dua hari yang lalu, mungkin cuaca terlalu
panas.
Wawa
: Sekarang ini cuaca tidak menentu, jadi kita
perlu menjaga kesihatan kita. Lina, kamu perlu
banyak berehat dan banyakkan minum air suam.
Lina
: Terima kasih atas peringatan kamu. Macam
mana dengan belajar? Saya sudah ketinggalan
banyak.
Mei Ling : Masalah tu kamu tidak perlu risau. Kami akan
membantu kamu nanti. Selepas sembuh kita
sambung perbincangan kita.
Lina
: Terima kasih banyak-banyak. Kalianlah sahabat
68

sejati saya.

Ulasan 66
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Encik Shahrul dan Puan Adawiyah mempunyai dua
orang anak perempuan iaitu Nurul dan Nadia. Sikap keduadua orang anaknya amat berbeza.
Walaupun Nurul berusia 12 tahun, tetapi dia amat
memahami sikap adiknya, Nadia. Nurul lebih banyak
beralah dan bersabar dengan sikap adiknya. Puan Adawiyah
pula selalu memanjakan Nadia sehingga dalam banyak
perkara, Nadia akan dibela. Nadia terlalu mementingkan
diri sendiri dan segala kemahuannya mesti dituruti. Encik
Shahrul pula memahami keadaan Nurul, dia selalu
menasihatinya agar tidak berkecil hati.
Encik Shahrul berbincang dengan Puan Adawiyah.
Dia menyarankan Puan Adawiyah agar tidak memanjakan
sangat Nadia. Dia takut Nadia tidak akan mendengar
nasihat orang tua jika perkara ini berterusan. Puan
Adawiyah faham akan perasaan suaminya. Mereka
bersama-sama membentuk sikap Nadia agar tidak
keterlaluan. Akhirnya, Nadia insaf dan mendengar segala

69

nasihat kedua-dua orang tuanya. Nurul amat gembira


dengan perubahan sikap adiknya.

Ulasan 67
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sekolah Kebangsaan Kedawang memang terkenal
sebagai sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid
yang berbakat dalam bidang sukan. Pada tahun ini, Sekolah
Kebangsaan Kedawang memasuki perlawanan akhir
pertandingan bola sepak peringkat daerah. Pasukan bola
sepak itu mendapat bimbingan daripada Cikgu Othman.
Pada perlawanan akhir, pasukan mereka berlawan
dengan pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Kelibang.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan kedudukan
seri tanpa jaringan. Semasa waktu rehat, Cikgu Othman
memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya. Selaku
ketua pasukan, Ahmad merancang beberapa strategi untuk
menewaskan lawan. Ramai penyokong yang terdiri
daripada ibu bapa, guru dan rakan mereka datang memberi
sokongan.
Pada masa separuh masa kedua, mereka bermain
dengan penuh semangat. Akhirnya pada minit ke-85, ayam
tambatan mereka, Atan telah menjaringkan gol. Pasukan
70

mereka telah memenangi perlawanan itu. Guru besar


sungguh berbangga di atas semangat yang ditunjukkan oleh
pasukan bola sepak. Satu majlis jamuan diadakan untuk
meraikan pasukan bola sepak.
Ulasan 68
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Cabaran Anak Merdeka
2007 tahun kegemilangan
semua generasi berasa bangga
50 tahun kemerdekaan kita kecapi
kekalkan perpaduan sepanjang zaman.
Usah kita nodai keamanan ini
bersatulah bangsaku
menuju wawasan gemilang
sematkan dijiwa anak-anak merdeka
erti pengorbanan dan kesengsaraan.
Usah kita terpedaya dengan
anasir-anasir yang tidak sihat
tangkis segala cabaran
demi masa depan negara.

71

Kini segala-galanya
ditangan kita
buang sifat lalai dan leka
kerahkan tenaga dan
usaha untuk membangunkan negara
Malaysia negara tercinta.
Ulasan 69
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Keputusan peperiksaan Hidayah agak teruk jika
dibandingkan sebelum ini. Hal ini merisaukan kakaknya
Farah dan keluarganya. Hidayah adalah harapan
keluarganya untuk mencapai keputusan UPSR yang
cemerlang.
Hidayah berfikir apa akan terjadi jika dia gagal dalam
pelajaran. Dia berazam untuk mengubah nasib dirinya. Dia
belajar dengan tekun dan bertanya kepada kakaknya jika
tidak mengetahui sesuatu. Ibu dan ayahnya sentiasa
memberi nasihat dan sokongan. Dia tidak mahu kegagalan
lalu berulang.
Akhirnya apabila keputusan peperiksaan diumumkan,
dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Keluarganya berasa gembira. Ibu dan ayahnya mengadakan
kenduri kesyukuran kerana dia mendapat 5A dalam UPSR.
Dia berasa terharu dan berjanji akan membalas jasa
keluarganya.

72

Ulasan 70
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Membaca Amalan Mulia
Membaca amalan mulia
sikap ini perlu dididik sejak kecil
tidak kira walau di mana
kita berada
jadikan membaca satu budaya.
Contohilah ilmuwan dan cendiakawan terulung
mereka membaca untuk mendapat ilmu baharu
ambillah iktibar untuk panduan kita
Bangkitlah generasi baharu
tingkatkan ilmu dengan membaca
ibu bapa terapkan ilmu kepada anak-anak
di rumah sediakan gedung ilmu
agar anak-anak tidak terbiar

73

Membaca
melahirkan tokoh terbilang
meneraju negara ke puncak dunia
bersama cita-cita dan impian
kejayaan dalam genggaman.
Ulasan 71
Tuliskan beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh
kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Suhada merupakan seorang murid yang pintar di
sekolahnya. Dia selalu mengamalkan pemakanan yang
seimbang. Ibunya Aisyah, akan memantau segala tindakan
Suhada.
Suhada juga seorang murid yang aktif, sama ada
dalam persatuan mahupun bersukan. Dalam persatuan
Pandu Puteri, Suhada dilantik sebagai pengerusi. Manakala
dalam bidang sukan, dia aktif bermain bola jaring. Dia
amat disukai oleh guru-guru dan rakan-rakannya.
Ibu dan ayah Suhada bangga kerana mempunyai anak
sepertinya. Suhada bercita-cita ingin menjadi seorang
pensyarah. Dia ingin membalas jasa ibu dan ayahnya.

74

Anda mungkin juga menyukai