Anda di halaman 1dari 31

Nama

: Sridhar
Kelas
: 5UM
Guru
: Pn.Hani
Sekolah : High School Bukit
Mertajam
Tajuk
: Ambang Remaja
(Remaja&Cabaran)
Kandungan

m/s

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Cabaran Remaja Gen Y


Cabaran Belia Negara
Menjelang Abad ke 21
Cabaran Remaja Hari Ini
Cabaran Remaja Di
Sempadan
Peranan Remaja Dan
Cabarannya
Remaja&Jenayah Siber
Masalah Remaja Kini
Masalah Sosial di Kalangan
Remaja
Remaja Samseng,Kes Buli
makin Membarah
Haramkan Vape di sekolah,
Nur Amirah ditempatkan
sementara di JKM

Usia remaja adalah usia yang penuh cabaran, liku dan kecelaruan.
Dalam usia ini remaja sering mengalami tekanan, kecelaruan
mengenali identiti diri dan mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Remaja dalam bahasa Arab disebut sebagai murahaqah. Murahaqah
berasal daripada perkataan rahaqa yang membawa maksud dari
sudut bahasanya ialah bodoh, ringan, melakukan keburukan dan
kezaliman dan melakukan hal-hal yang diharamkan. Ia satu nama
dari tindakan membuat helah, iaitu membebankan seseorang
dengan sesuatu yang tidak mampu ia lakukan, dusta serta tergesagesa. Manakala perkataan rahiqa pula membawa maksud hampir
kepada usia dewasa dan hampir sempurna kematangannya.
Perkataan al-rahq pula bermaksud menguasai dan bertambah.
Keadaan yang mencerminkan keadaan emosi seorang remaja.
Orang Inggeris menyebut remaja sebagai adolecern. Ia bermaksud
hampir secara berperingkat kepada kematangan. Tanda-tanda
kematangan seorang remaja boleh dilihat daripada kematangan
seksual dan kematangan kelenjar reproduksi. Remaja atau
murahaqah bagi seorang perempuan bermula antara usia 11-13
tahun dan lelaki bermula antara 12-14 tahun. Usia remaja seorang
perempuan berlanjutan sehingga berumur 17 tahun. Mana kala
lelaki pula ialah berlangsung sehingga berumur 18-19 tahun.
Pertembungan antara baik dan buruk
Sebenarnya dalam diri seorang remaja itu terkumpul sifat baik dan
sifat buruk. Sikap bodoh, melakukan kejahatan dan kezaliman,
melakukan perkara yang haram dan merbahaya, memaksa dan
mendesak serta gopoh adalah antara sikap negatif seorang remaja.
Sekiranya tidak dididik dan dibentuk dengan adab yang mulia dan
akhlak Islam remaja ini akan terus hanyut tanpa kawalan.
Dalam waktu yang sama, dalam usia ini juga remaja sudah menuju
kematangan dan bersedia untuk membentuk diri menjadi baik dan
bertanggungjawab. Sebab itu ada setengah ulama menyamakan
fasa remaja sebagai fasa murahaqah. Di mana seseorang menjadi
baligh dan berupaya menerima tanggungjawab seperti menjauhi
yang haram dan melakukan yang halal. Justeru, Islam menegaskan
pendidikan akidah, adab, fekah dan muamalat perlu ditekankan
semenjak zaman kanak-kanak lagi. Perintah ini sebagai persediaan
kepada anak yang meningkat remaja, supaya dia mampu menerima
tanggungjawab dan berkembang untuk menjadi matang dan
bijaksana.

Remaja Gen Y yang ingin bebas


Remaja generasi Y ini dikatakan lahir pada 1977 1997. Antara ciriciri remaja generasi Y pada hari ini ialah keinginan mereka untuk
bebas membuat keputusan dan pilihan, mereka mahu bebas
bersuara dan sangat terbuka terhadap sesuatu perkara. Mereka
sangat menghargai keterbukaan, ketelusan dan kejujuran serta
cenderung kepada membina hubungan antara satu sama lain tanpa
mengira jantina, warna kulit, bangsa dan agama. Dalam waktu yang
sama, mereka sangat interaktif dan inginkan sesuatu dengan cepat
dan pantas.
Keterbukaan yang merbahayakan
Remaja ini dilahirkan ketika dunia dilimpahi dengan segala macam
teknologi maklumat dan informasi. Lahir dalam dunia yang sedang
laju dan kehidupan dihujung jari. Dunia yang terbuka luas tanpa
sempadan yang tidak boleh menyekat mereka untuk berhubungan
antara satu sama lain. Remaja ini lahir dalam era globalisasi yang
sedang mencorak kehidupan manusia.
Globalisasi adalah proses membentuk sebuah dunia tanpa
sempadan dan kedudukan geografi. Proses ini mengakibatkan dunia
sudah tidak mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit
sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai
maklumat yang disalurkan menerusi berbagai-bagai saluran
informasi dan tele komunikasi seperti internet, media eletronik dan
teknologi siber. Keterbukaan ini menjadikan perhubungan antara
manusia sesama manusia menjadi semakin dekat dan tempoh yang
sangat cepat dan singkat.
Secara langsung, remaja Gen Y terdedah dengan berbagai-bagai
ajen globalisasi yang mempengaruhi cara mereka berfikir,
bertindak, bertingkah laku dan membuat keputusan dan pilihan.
TIGA cabaran yang dihadapi oleh remaja generasi Y
i- Cabaran ICT
Remaja hari ini terdedah dengan teknologi maklumat yang cukup
terbuka dan bebas. Para remaja boleh mengakses laman pornografi
dengan begitu mudah tanpa sebarang halangan dan kesukaran.
Begitu juga laman-laman sesawang yang boleh merosakkan akidah
dan mencairkan jatidiri Islam seseorang remaja. Oleh sebab itu,
para ibu bapa perlu mempunyai peraturan dan ketegasan dalam isu
yang berkaitan penggunaan internet seperti penggunaan youtube,

facebook, instalgram, whatsapps dan lain-lain. Kebebasan tanpa had


dan batasan akan merosakkan minda dan otak remaja selain
merosakkan jatidiri muslim seorang remaja. Banyak berita yang
dilaporkan oleh akhbar arus perdana tentang kisah remaja-remaja
lelaki yang merogol adik perempuan dan kawan-kawan perempuan
mereka setelah terangsang akibat melihat video lucah atau aksi
lucah di internet.
ii- Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya
Kesibukan ibu bapa hari ini mengakibatkan pendidikan agama anakanak terabai. Masa anak-anak banyak dihabiskan bersama
pembantu rumah atau berada di hadapan televisyen tanpa batasan.
Secara langsung keadaan mempengaruhi kehidupan anak-anak
sehingga mereka memilih untuk menentukan cara hidup mereka
sendiri. Kesibukan ini sekiranya tidak diimbangi dengan penekanan
soal keagamaan dan kerohanian dalam diri anak-anak
mengakibatkan anak-anak tidak tahu membezakan antara yang
halal dan yang haram. Faktor kesibukan ibu bapa juga menjadi
antara alasan kuat golongan remaja ini untuk keluar mencari
keseronokan sendiri bersama kawan-kawan. Kesilapan dalam
memilih kawan, boleh memberikan akibat yang buruk kepada
kehidupan dan masa depan remaja.
iii- Sistem pendidikan yang diplomasi
Cara mendidik remaja generasi Y hari ini amat berbeza dengan
pendidikan generasi X dan sebelumnya. Remaja hari ini berhadapan
dengan diplomasi pendidikan yang cukup tinggi sehingga
menyebabkan para pendidik dan guru akan berhadapan dengan
tindakan disiplin sekiranya mereka melakukan kekasaran kepada
para pelajar. Berbeza dengan sistem pendidikan dahulu yang
mengiktiraf penggunaan rotan dan hukuman kepada murid. Pada
hari ini, kesalahan dan kenakalan murid hanya perlu diatasi dengan
nasihat dan khidmat kaunseling. Sebahagian daripada kaedah ini
tidak berjaya membentuk murid yang taat kepada perintah agama
dan takut kepada Allah SWT dalam setiap amalan dan tingkah laku.
Ketiga-tiga cabaran ini mendedahkan remaja Gen Y kepada sebuah
kehidupan yang cukup bebas daripada ikatan peraturan agama.
Perkara ini mudah berlaku sekiranya tidak diberikan penekanan
yang sewajarnya oleh ibu bapa dan penjaga. Longgarnya kehidupan
dan penghayatan agama akan mendorong berbagai-bagai jenayah
dan masalah sosial yang bakal membelenggu kehidupan remaja.

Fenomena itu telah berlaku pada hari ini. Statistik penagihan dadah,
jenayah juvana, kelahiran luar nikah, rogol, buang bayi semakin
meningkat tahun demi tahun. Oleh sebab itu, para ibu bapa perlu
mengimbangi antara tugas mencari rezki dan bekerjaya dengan
keperluan anak-anak terhadap kasih sayang dan perhatian ibu bapa.
Yang lebih penting penekanan terhadap pendidikan dan
penghayatan agama dalam rumahtangga. Inilah yang boleh
menyelamatkan kita daripada dibakar oleh api neraka.

Ungkapan yang biasa ditemui, belia dan beliawanis adalah harapan


bangsa dan negara. Pemuda dan pemudi ataupun remaja dan belia
masa kini adalah penyambung warisan kepimpinan dan
kecemerlangan negara di masa akan datang. Mereka haruslah
menyedari kenyataan ini. Sama ada mereka mahu atau tidak,
mereka sewajarnya menyedia atau memperlengkapkan diri dengan
pelbagai kemahiran sebaiknya. Cabaran mereka untuk beberapa
tahun yang akan datang sudah tentu akan menjadi lebih mencabar
lagi sebagaimana suasana kini yang sudah terlalu mencabar daya
ketahanan mereka berbanding dengan suasana 10 tahun yang lalu.
Jangkamasa 10 tahun bukanlah terlalu panjang, tetapi dalam
tempoh tersebut, pelbagai penemuan baru dalam pelbagai bidang
kehidupan, gaya hidup dan pemikiran muncul bertali arus tanpa
dapat disekat lagi. Bagi mengahadapi suasana ini, menjadi
tanggungjawab mereka untuk bersedia dengan langkah-langkah
yang lebih berhati-hati, wajar dan proaktif.
Golongan belia bukanlah satu golongan pinggiran atau golongan
yang kurang penting dalam pembangunan negara. Mereka tidak
disisihkan. Malah mereka adalah satu golongan tersendiri yang
memerlukan pendekatan yang juga tersendiri. Ini memandangkan
kepada tahap perkembangan dan kemampuan mereka dalam
mengharungi kehidupan yang memerlukan pendekatan tertentu.
Lantaran menyedari sumbangan dan kepentingan golongan ini, Hari

Belia disambut pada setiap tanggal 15 Mei setiap tahun. Dan pada
kali ini, temanya adalah Bersama Menghadapi Cabaran Alaf Baru.
Tema Hari Belia pada tahun ini memberikan beberapa konotasi
tersendiri sesuai dengan suasana semasa yang antara lain
mengajak para belia negara ini supaya bersedia menghadapi apa
jua bentuk cabaran alaf baru yang sukar untuk diduga.
Sememangnya kesediaan dari pelbagai aspek, baik mental, emosi,
fizikal, rohani, moral mahupun sosial, amat diperlukan bagi
menghadapi alaf baru yang cabarannya itu memang sukar
dijangkakan. Namun, persediaan yang jitu akan memungkinkan
bahawa masa depan yang mendatang akan dapat dilalui dengan
jayanya. Seterusnya, tema ini juga menyeru para belia negara ini
supaya bersama-sama menghadapi peralihan zaman ini. Bagi
mencapai tujuan ini, mereka dikehendaki bersatu dalam
menghadapinya. Mereka dikehendaki bersatu kerana kesatuan
mewakili satu golongan yang sudah cukup bersedia, bermuafakat,
mempunyai hala tuju yang sama dan matlamat yang kukuh. Para
belia juga harus sedar bahawa kesatuan itu harus diperolehi sama
ada kesatuan dalam aspek pemikiran, kepemimpinan, hala tuju
perjuangan dan matlamat. Para belia yang bersatu padu seperti
inilah yang dimajukan oleh negara untuk mengharungi ranjau yang
tidak tergambar untuk alaf baru.
Belia zaman ini seharusnya menyedari kedudukan, kelemahan dan
kemampuan mereka. Kesemua itu mesti dijadikan iktibar dan
pengajaran untuk mengharungi kehidupan alaf baru ini. Antara
persoalan yang perlu mereka jawab adalah ke arah mana hala tuju
mereka dalam membawa negara di alaf baru ini. Apakah peranan
yang agak signifikan yang mereka mampu sumbangkan kepada
agama, keluarga, bangsa dan negara. Bagaimanakah mereka akan
mencorakkan senario moral dan sosial negara dalam alaf baru ini.
Pencapaian yang bagaimana akan mereka tunjukkan dalam arena
pendidikan negara. Sememangnya pencapaian akademik dan ilmu
itu sentiasa menjadi ukuran dalam mana-mana masyarakat di dunia
ini. Hakikat ini bukan sahaja bertepatan untuk alaf ini yang dikuasai
oleh revolusi teknologi maklumat, tetapi telah dibuktikan pada
zaman sebelum revolusi industri, malahan juga akan memainkan
peranan utama pada masa hadapan nanti. Kecemerlangan ilmu dan
penyelidikan itulah yang akan membawa satu-satu masyarakat ke
arah kehidupan yang semakin sempurna dan lebih cemerlang. Ilmu
dan pengetahuan jugalah yang akan menjadikan satu-satu
masayarakat itu dihormati dan disegani sebagai satu masyarakat
unggul di dunia. Menyedari akan kepentingan ilmu ini, para belia
harus menyedari apakah peranan dan sumbangan mereka dalam
merancakkan lagi arus pembangunan ilmu. Apakah mereka mampu
untuk mengembangkan lagi ilmu dan pengetahuan yang mereka
ada untuk kesejahteraan orang lain atau sekadar menjadi pengguna
pasif dan pemerhati sahaja. Dalam era globalisasi ini, tidakkah para
belia mempunyai keinginan untuk turut sama menyumbang ke arah

pembinaan satu masyarakat dunia yang canggih dan bertamaddun


tinggi serta unggul. Mereka tidak harus lupa, dalam ajaran agama
Islam juga ada menekankan akan kepentingan ilmu ini. Dalam
sebuah hadis Rasul Allah S.A.W ada menyebut yang bermaksud
sekiranya kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu, jika kamu
inginkan dunia, hendaklah juga dengan ilmu, dan jika kamu inginkan
kedua-duanya, hendaklah juga dengan ilmu.
Di samping itu, para belia juga harus berperanan sebagai agen yang
mampu untuk membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan
kesejahteraan. Sememangnya mereka amat perlukan bimbingan
dari golongan yang lebih dewasa, tetapi pada masa yang sama
mereka juga perlu membimbing diri mereka sendiri. Mereka mesti
mempunyai inspirasi dalaman diri mereka bahawa mereka adalah
sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas diri,
rakan, keluarga dan bangsa, serta agama dan negara sendiri.
Walaupun bukan semua orang itu boleh menjadi pemimpin kerana
batasan masa dan peluang, tetapi dengan latihan dan pendidikan,
mereka boleh menjadi pemimpin yang baik. Untuk para belia,
antaranya mereka boleh menjadi pemimpin kepada rakan-rakan
mereka sebagai pembimbing. Bimbinglah rakan sendiri supaya tidak
terus dibelenggu oleh masalah ketagihan dadah yang sudah terlalu
kronik, supaya meninggalkan perlumbaan motor haram, perjudian,
arak, gangsterism, perlakuan sumbang dan pelbagai lagi. Dalam
agama Islam sendiri, membimbing manusia ke arah kesejahteraan
dan kebaikan adalah satu tuntutan yang wajib dilaksanakan. Ini
bertepatan dalam Al Quran, surah Ali Imran ayat 110 yang
bermaksud:
Kamu adalah sebaik-baik golongan untuk umat manusia kerana
menyeru kepada kebaikan dan menghalang kejahatan, serta
beriman kepada Allah.
Pada umumnya, peranan para belia masa kini dan akan datang
sudah pasti akan menjadi lebih mencabar kemampuan dan
ketahanan mereka. Sebagai pewaris negara di masa hadapan,
mereka mesti memperlengkapkan diri sendiri dengan pelbagai
kelengkapan dan persediaan yang secukupnya umpama para
pejuang yang sentiasa berlatih bagi menghadapi musuh di medan
perjuangan. Seterusnya, bagi menghadapi semua ini, adalah
menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik pemikiran dan
sikap supaya menjadi lebih positif dan proaktif. Untuk menjadi
proaktif, idealisme dan keazaman yang tinggi amatlah perlu.
Begitulah saranan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad sempena perutusan Hari Belia Negara 2000, para belia
harus mempunyai idealisme tinggi untuk mencapai kejayaan kerana
tanpanya, tamaddun dan kehidupan mereka tidak akan maju dan
sukar untuk mencapai kejayaan cemerlang.
Secara rumusannya, antara beberapa cabaran yang akan dihadapi
oleh para belia menjelang alaf baru ini adalah seperti berikut:
1. Cabaran teknologi maklumat

Teknologi maklumat menjadi satu cabaran yang amat ketara kerana


pelbagai bentuk maklumat kini dapat diperolehi dengan amat
mudah. Memang banyak kebaikan seperti menambahkan
pengetahuan dan maklumat awam. Semua ini timbul kerana adanya
sumber maklumat yang terlalu canggih seperti sistem satelit,
internet, telefon bergerak, aplikasi sistem maklumat tanpa wayar
dan sebagainya. Ini memberi kesan amat ketara dalam hubungan
antara individu, kenegaraan, hubungan sosial, kewangan dan
industri serta sebagainya. Mungkin akan timbul keraguan dari segi
ketepatan dan kesahihan maklumat yang disebarkan. Begitu juga
dengan penipuan yang sudah pun wujud melalui sistem internet dan
keruntuhan moral dan sosial masyarakat akibat penyalahgunaan
sistem yang sama.
2. Cabaran pemikiran dan budaya
Pemikiran dan pandangan beberapa individu dan sesetengah negara
terutamanya negara maju yang lebih bersifat menjajah dan
menakluk menjadi lebih dominan dalam alaf ini. Contoh seperti
pemikiran globalisasi, pembelaan alam sekitar dan isu hak asasi
manusia yang lebih subjektif sifatnya sehingga menimbulkan
persengketaan dan perang mulut. Namun, masalah penerimaan
dalam keterpaksaan terus berlaku kerana kesan ancaman politik
dan ekonomi serta ketenteraan yang akan timbul kelak. Sementara
pengaruh budaya lebih bersifat menjajah ekoran kebebasan dan
pengaruh media dan teknologi maklumat.
3. Cabaran mental dan emosi
Cabaran ini adalah terlalu subjektif. Tetapi, dalam apa juga
tamaddun dan kehidupan manusia, individu yang merasakan dirinya
kekurangan, tidak mampu dan kurang upaya atau ketinggalan
daripada individu dan masyarakat lain akan menerima tekanan
mental dan emosi yang lebih hebat lagi. Seterusnya, tekanan
mental dan emosi akan menjadi lebih ketara lagi apabila sesebuah
tamaddun manusia itu semakin maju dalam pelbagai aspek
kehidupan. Ini dapat dilihat dari status gejala sosial, seperti kes
rompakan, peras ugut, pembunuhan dan bunuh diripenyalahgunaan
dadah dan alkohol serta (penyakit mental), dan lain-lain.
4. Cabaran moral dan sosial
Daripada penilaian sejarah tamaddun manusia, daya tahan moral
dan sosial manusia akan menjadi semakin pudar dengan bertambah
majunya kehidupan mereka. Budaya keselesaan (complacency),
individualistik dan materialistik lebih menguasai kehidupan mereka.
Tahap kebergantungan kepada pemahaman moral dan keagamaan
terus lusuh dan longgar. Ini dapat dibuktikan berikutan timbulnya
beberapa gejala yang sememangnya dilarang keras oleh ajaran
agama seperti perzinaan dan bersekedudukan, pembunuhan, arak
dan alkohol, perjudian serta sebagainya.
Lantaran ini, menjadi tanggungjawab para belia kini untuk mendidik
dan mempersediakan diri dengan pelbagai keupayaan yang ada.
Tetapi bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan persediaan yang
benar-benar mantap? Mereka mestilah mengambil peluang yang

sedia ada ini agar tidak menyesal di kemudian hari kerana menyesal
dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.
Remaja hari ini berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin
rencam dan menakutkan berbanding kehidupan yang dilalui oleh
ibubapa mereka. Peredaran dan perubahan zaman yang semakin
cepat menjadikan trend dan kehendak remaja masa kini berbezabeza serta pelbagai. Apa yang berlaku di Barat umpamanya dengan
mudah merebak ke seluruh dunia dengan kecanggihan dan
teknologi yang ada hari ini seperti internet, kemudahan ICT dan
sebagainya. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada banyak
pihak kerana globalisasi menjadikan dunia semakin kecil dan segala
kemungkinan boleh berlaku jika tidak dipantau dan dikawal
sebaiknya.
Di Britain umpamanya ramai gadis muda di sana mengakui mereka
mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan supaya
membesar lebih cepat daripada masanya. Kajian dilakukan oleh
Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya
pengaruh majalah, laman web dan rakan-rakan yang memberitahu
supaya mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan
mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya
mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan.
Dua daripada lima gadis yang ditemui berasa diri mereka teruk
selepas melihat gambar model atau bintang pop seperti Kate Moss
dan Cheryl Cole, dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang
membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat
badan, mengenakan mekap malah mempertimbangkan untuk
menjalani pembedahan plastik. Sementara yang lain berkata,
mereka tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru
dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit. Senario seperti ini
sama ada sedar ataupun tidak sudahpun menular dan berakar di
kalangan anak muda sebagai budaya popular dan gerakan
liberalisasi Barat di negara kita sejak sekian lama.
Lambakan iklan dan promosi barangan keperluan di TV, internet,
majalah dan sebagainya khusus untuk kanak-kanak seperti alat
mekap, pakaian dan lain-lain dengan jenama serta harga yang
mahal sangat membimbangkan. Ketika ini terdapat iklan di stesen
TV tempatan yang menunjukkan bagaimana model kanak-kanak
bangga menunjuk dan mempromosikan alat solekan serta pakaian
mahalnya. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak seolah-olah diajar
dan digalakkan menggunakan produk yang tidak perlu ini dan
perkara ini sudah tentu akan membebankan ibu bapa dalam
keadaan harga barang yang semakin meningkat. Ini adalah kerana
pengaruh iklan dan kawan-kawan sangat kuat dan ibu bapa perlu
lebih proaktif menerangkan perkara sebenar kepada anak-anak
berkenaan keperluan tersebut.

Masalah tekanan emosi yang kian melanda kanak-kanak juga


semakin menular dan tidak terkawal. Apa yang berlaku kepada
keluarga Sufiah Yusof di United Kingdom (UK) sehingga
mengemparkan seluruh dunia umpamanya wajar menjadi iktibar
dan membuktikan bagaimana situasi ini boleh berlaku diluar
kehendak apabila seorang kanak-kanak terpaksa bersaingan di
universiti dalam usia terlalu muda dengan kelompok bukan sebaya
yang sudah tentu cukup tertekan dan diluar kemampuan walaupun
pada hakikatnya Sufiah adalah seorang manusia yang sangat genius
tetapi mungkin tidak matang menempuh kehidupan sebenar
sehinggakan membawa beliau ke lembah pelacuran.
Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Mental Dr Andrew McCulloch,
yang menjalankan kajian berkaitan berpendapat gadis dan wanita
muda dipaksa membesar pada tahap tidak normal dalam
masyarakat dan merosakkan emosi mereka. Semua pihak
bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini dan perlu
menangani punca kesukaran yang dihadapi remaja sekarang. Ini
adalah realiti yang sedang berlaku di seluruh dunia termasuklah di
negara kita apabila anak-anak kecil terpaksa bersaing sama sendiri
seawal usia empat tahun dan mereka sudah diajar untuk mencipta
kejayaan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan dan ujian yang
disediakan kepada mereka ketika di taman asuhan dan pusat jagaan
lagi.
Keadaan ini sudah tentu ada baik dan buruknya kepada
perkembangan anak-anak dan dalam hal ini kita perlu melihatnya
secara yang lebih positif. Jika 20 tahun dahulu seorang kanak-kanak
boleh membaca seawal usia empat tahun, sudah tentu beliau akan
dianggap cerdik dan akan dikerumuni oleh orang ramai, namun hari
ini kebolehan membaca, mengira, mengeja, menggunakan
komputer dan bertutur dalam pelbagai bahasa ketika usia tersebut
adalah perkara biasa dan lumrah. Kanak-kanak hari ini menjadi
semakin bijak dengan kemudahan dan sistem pembelajaran
berkesan yang disediakan.
Biarpun begitu, dalam sebuah laporan antarabangsa menyatakan
kebergantungan kepada komputer dan terlalu sedikit membuat kerja
menggunakan tangan boleh menyebabkan kehilangan skil
kraftangan dan pakar dalam hal ini memberi amaran keadaan itu
mengancam perkembangan intelektual kanak-kanak. Bukti
perubatan menegaskan aktiviti praktikal bukan saja berkesan
merangsang bahagian otak, ia juga sejenis 'senaman' untuk
mengukuhkan kaitan saraf. Untuk itu, ibu bapa dan penjaga dalam
hal ini perlu lebih kreatif dan inovatif membantu dan membimbing
kanak-kanak menjalani latihan praktikal seperti pertukangan,
pemasangan, DIY, berkebun dan sebagainya serta tidak
membiarkan anak-anak leka bermain komputer di rumah.

Laporan berkenaan meningkatkan kebimbangan berhubung


keghairahan sekolah mengurangkan aktiviti praktikal seperti skil
menggunakan kayu, logam, kraftangan dan mekanik. Di rumah pula,
kanak-kanak lebih berkemungkinan menekan butang pada papan
kekunci atau tetikus daripada menggunakan kotak peralatan kerja.
Ada alasan saraf dan kognitif mengapa kanak-kanak perlu
berpengalaman menggunakan tangan dalam elemen kehidupan
seharian mereka.
Menggunakan tangan didapati menjadikan kanak-kanak lebih pintar
menurut pakar psikologi, Dr Aric Sigman yang mendakwa Britain
misalnya semakin menjadi 'masyarakat program komputer
berbanding pemutar skru' dengan implikasi serius pada ekonomi.
Generasi sekarang tidak mampu menangani masalah biasa
mekanikal dan mereka nampaknya terlepas beberapa bahagian
tertentu perkembangan kognitif kerana tidak pernah memegang
sepanar atau memperbaiki enjin yang.
Dalam perkembangan berkaitan di mana dalam satu penyelidikan
mendapati kanak-kanak hari ini ketinggalan dalam bahagian penting
perkembangan kognitif menjelang usia 11 tahun, manakala kajian
selama 30 tahun yang diterbitkan dua tahun lalu mendapati
pemahaman kanak-kanak mengenai konsep saintifik utama seperti
isi padu, kepadatan, kuantiti dan berat jatuh 'secara drastik' sejak
dekad lalu. Profesor Michael Shayer berpandangan persembahan
budak berusia 11 tahun pada 1975 dalam pertengahan 1990-an
adalah sama, tetapi jatuh menjelang 2004.
Satu kajian lain yang memperincikan bagaimana golongan remaja
menghabiskan masa melayari internet dan menggunakan telefon
bimbit mendapati lebih seorang daripada setiap 10 kanak-kanak di
Britain berbual lucah secara online. Ia menunjukkan bagaimana
remaja Britain yang semakin celik teknologi berbanding rakan
sebaya mereka di Amerika Syarikat dikatakan selalu berbohong
kepada ibu bapa untuk memasuki laman web yang tidak sesuai
dengan mereka dan berbual dengan orang asing. Hakikat ini jika
tidak dipantau oleh pihak berwajib boleh meracuni pemikiran
mereka serta memberi impak negatif kepada proses perkembangan
semulajadi kanak-kanak termasuklah di negara kita.
Laporan Mobile Life, menyatakan 11 peratus remaja berusia 11
hingga 18 tahun berbual lucah secara online, manakala 28 peratus
mengaku melayari laman web lucah. Ramai berpura-pura
melakukan kerja rumah sedangkan mereka melayari internet,
dengan 49 peratus mengaku mereka menipu ibu bapa masingmasing mengenai apa yang dilakukan secara online. Laporan yang
dikumpulkan hasil tinjauan ke atas 6,000 penduduk, juga

menganalisis perbezaan antara remaja Amerika dan Britain, dengan


golongan itu di Britain kelihatan lebih sofistikated. Sebagai contoh,
53 peratus remaja Britain berkomunikasi menerusi kamera web,
sesuatu yang cuma dilakukan oleh 18 peratus rakan mereka di
Amerika.
Realiti seperti ini berkemungkinan besar turut berlaku di kalangan
kanak-kanak di Malaysia memandangkan mereka hari ini juga celik
dan mesra komputer sejak awal lagi di samping pusat kafe siber
yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara
memudahkan mereka mengakses kepada benda-benda yang negatif
jika tiada sebarang bentuk kawalan dan pemantauan terhadap
aktiviti harian mereka dilaksanakan. Oleh demikian, dalam perkara
ini aspek etika, akhlak dan didikan agama secara menyeluruh
sangat penting yang perlu diberikan penekanan yang sewajarnya
sebagai benteng dan bekalan kepada mereka dalam menjalani
kehidupan seharian mereka.

Sering kali minda kita disuapkan dengan maklumat yang berkaitan dengan
fenomena dunia tanpa sempadan yang lebih bersifat maya yang membawa
kesan globalisasi yang dapat mencorakkan kehidupan masyarakat dunia
mengikut acuan yang diterima. Selain sempadan abstrak sebegini, sempadan
sebenar, sama ada yang merangkum ruang daratan, udara ataupun maritim,
yang menjadi lingkaran pengasingan di antara Malaysia dengan negara jiran
rapatnya turut perlu diberi perhatian, terutama dari segi impaknya kepada
kehidupan komuniti di daerah berkenaan.
Menurut Meor Ahmad Noor Mior Hamzah, penulis rencana Konsep
Sempadan Negeri dalam Masyarakat, istilah sempadan merujuk batas
(negeri, kampung dan lain-lain) selain dapat didefinisikan sebagai had atau
takat yang menjadi perenggan pemisah di antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Meor Ahmad Noor berpendapat, masyarakat Melayu
tradisional melihat sempadan sebagai sesuatu yang kabur, iaitu sesuatu
yang wujud tetapi tidak kelihatan pada mata mereka.
Sempadan Malaysia dengan Thailand, antaranya, termasuklah Bukit
Kayu Hitam, Kedah; Padang Besar, Perlis; dan Rantau Panjang serta
Pengkalan Kubur, Kelantan. Jelaslah, sempadan merupakan garisan pemisah
di antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain yang membezakan keduadua kawasan tersebut dari segi geografinya dan mungkin juga aspek politik
dan sosiologi masyarakat di lokasi berkenaan. Oleh yang demikian, golongan
remaja yang tinggal berdekatan dengan sempadan negara, seperti di

kawasan Sungai Golok, lebih terdedah kepada pelbagai anasir luar yang
dapat mempengaruhi perkembangan mental dan kehidupan sosial mereka.
Dari segi budaya hidup, kebanyakan remaja yang tinggal di sempadan
negara lebih cenderung untuk mengamalkan budaya campuran yang diadun
sebati yang berasal dari kawasan tempatan di negara kelahiran dan yang
diserap dari luar negara. Hal ini, terutamanya, terjadi kepada remaja yang
lahir daripada perkahwinan campuran antara rakyat Malaysia dengan rakyat
negara yang bersempadan dengannya. Di samping itu, kekerapan
mengunjungi negara yang bersempadan dengan Malaysia, seperti Thailand,
atas faktor jarak yang dekat dapat mendorong remaja untuk mengamalkan
budaya masyarakat negara tersebut.
Kewujudan rakyat dari luar negara yang memasuki sempadan
Malaysia bagi aktiviti ekonomi dan sebagainya juga sedikit banyak
mempengaruhi budaya remaja tempatan dalam pelbagai aspek sosiologi,
seperti linguistik dan penampilan diri sertapsikologi. Integrasi berterusan
dengan warga dari negara bersempadan dapat membentuk persepsi tentang
pemilikan dwikerakyatan dalam kalangan remaja.
Hal ini dapat mencetuskan krisis identiti, seperti kecelaruan jati diri,
yang membuatkan remaja sukar mengenal pasti kewarganegaraannya yang
sebenar. Semangat nasionalisme dan patriotisme kepada Malaysia mungkin
terhakis jika remaja tidak benar-benar menghargai taraf kewarganegaraan
Malaysia yang dimiliki lantaran pengaruh kuat dari negara batasan sempadan
yang sekian lama menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin


hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian
ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.Ia
merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh
golongan
remaja,
baik
lelaki
mahupun
perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk
kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan,
tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua
keluarga apabila sudah berumah tangga.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap
daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab
terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin
negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah
pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita
adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang
hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu
semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas
mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)
Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab
termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya

dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak


dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau
mungkin lebih.
Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak
yang terpengaruh dengan rakan-rakan, saudara mara, jiran
tetangga dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan
berlakunya perubahan terhadap diri mereka terutamanya
sikap.
Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang
tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi
oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh
merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga
akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.Nasihat demi
nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya
untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya
bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Apakah
generasi
kita
benar-benar
faham
akan
tanggungjawab mereka untuk mendambakan masa depan
dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik
dan hebat?
Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan
berlaku?Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan
kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik,
termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai
sasarannya.Apakah remaja hari ini menyedari bahawa
mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin
menjadikan
mereka
lupa
kepada
siapa
mereka
menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?Sedarkah
kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai
penyambung warisan kita turut terkeliru dalam pengertian
sebenar kehidupannya?
Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang
betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja
berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama,
bangsa dan juga negara.Oleh hal yang demikian, remaja
seharusnya bersedia menyertai apa-apa program yang
berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah
ataupun oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan
dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi.
Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu

mengiringi
arus
globalisasi
yang
mendominasikan nilai kemanusiaan.

kian

rancak

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang


boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu,
didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur
yang dipanggil remaja.
Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari
daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa
jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab
mereka untuk belajar.
Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap
kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran
dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul
oleh seorang remaja.
Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai
tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul
dengan sebaik-baiknya.Remaja memainkan peranan penting
dalam
menentukan
maju
atau
mundurnya
suatu
bangsa.Malah remaja menjadi tunggak harapan negara.
Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang
berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara.
Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang
penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.
Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan
mencorakkan landskap negara masa depan. Jikalau rosak
akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang
akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti
dan tidak bermoral.Disebabkan inilah remaja hari ini mesti
diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup
sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin
negara yang berwibawa.Persediaan awal ke atas remaja
mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama
iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan
remaja sebagai ahli masyarakat.

Jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala


aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan,

peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran


undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan
komputer atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan
internet di ruangan siber. Istilah dunia siber atau cyberworld
pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains
fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer 4 (1984), yang
mana beliau gambarkan sebagai suatu istilah tekno dan
menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang
berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya. Kini,
istilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan
dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan
dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai
budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas
talian, iaitu suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun
sebagai media komunikasi berbanding suatu galaksi lain. Atau
dengan kata lain, jenayah siber adalah mana-mana aktiviti yang
tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi siber digunakan
untuk merealisasikannya. Walaubagaimanapun, takrifan jenayah
siber bergantung kepada takrifan jenayah di sesebuah negara.
Sebagai contoh di Malaysia, perjudian, pornografi, pengiklanan seks
adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah negara lain. Masalah
keselamatan komputer dan sistem rangkaian mula dikesan sejak
awal 1950an, apabila komputer digunakan untuk menyimpan
maklumat-maklumat berperingkat sulit. Kerahsiaan adalah aspek
yang penting yang perlu ditekankan dalam keselamatan komputer.
Ancaman utama yang wujud pada ketika itu adalah dari aktiviti
pengintipan (espionage) dan pencerobohan peribadi (invasion of
privacy). Menjelang penghujung 1960an masalah komputer
semangkin meningkat ekoran perkongsian maklumat dan sumber
komputer secara jauh. Garfinkel dan Spafford (1997) menyatakan
bahawa sistem komputer yang digunakan telah dilengkapi dengan
sistem pengendalian yang boleh mengelakkan pengguna daripada
memasuki rangkaian sistem pihak lain sama ada secara sengaja
ataupun tidak sengaja. Pada masa tersebut, sumber komputer dapat
dicapai dan disediakan tanpa mengira kedudukan geografi dunia.
Tidak terdapat definisi yang tepat yang boleh mengambarkan
jenayah siber. Sesetengah pihak menarifkan jenayah siber adalah
merujuk kepada jenayah komputer. Ini berdasarkan keupayaan
komputer mampu melaksanakan aktiviti-aktiviti jenayah
konvensional seperti penipuan, pencurian, peras ugut, dan
pencerobohan yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap
harta benda individu atau organisasi. Menurut Donn B. Parker,
seorang penyelidik di dalam jenayah computer dan keselematan
untuk dari SRI International California, jenayah komputer boleh
ditakrifkan sebagai sebarang perlakuan yang mempunyai niat dan
dikaitkan dengan komputer melalui sebarang cara dan
menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan
penderitaan, kerugian dan berterusan. Kenyataan ini disokong oleh
Jabatan Kehakiman US yang mengatakan bahawa jenayah komputer

adalah sebarang aktiviti yang tidak sah menggunakan pengetahuan


teknologi komputer sebagai alat untuk merealisasikan. Sejajar
dengan ancaman jenayah siber yang semakin bertambah, pada
tahun 1996 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan tiga undangundang baru yang kemudiannya dikenali sebagai undang siber, iaitu
Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digitial 1997, dan
Akta Teleperubatan 1997. Dengan penggubalan undang-undang
siber 5 ini, diharap dapat membantu menahan seterusnya
mengurangkan masalah terutama aktiviti yang berkaitan dengan
jenayah siber terutamanya di Malaysia. Disebabkan generasi muda
masa kini terutama para remaja banyak menghabiskan masa dalam
dunia siber, tidak mustahil pelbagai bentuk jenayah yang
melibatkan remaja boleh berlaku. Antara jenis jenayah siber yang
biasa berlaku yang melibatkan golongan remaja adalah seperti
berikut penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program
atau data computer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah
keatas system, menyalin perisian secara tidah sah, pengintipan, judi
siber, skim cepat kaya, penggodam atau "hacker", penyebaran
virus, pencerobohan, pornografi, pedofilia, gangguan berulang
(harassment), gangguan seks, ancaman atau fitnah melalui email
dan sebagainya. Umumnya remaja ini memang pintar tetapi mereka
kurang matang dalam memahami implikasi daripada aktiviti-aktiviti
dalam talian mereka. Akibatnya, ramai remaja yang pintar dalam
komputer terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti
jenayah dan juga masalah sosial berkaitan dunia siber. Dalam satu
laporan akhbar, seorang remaja perempuan telah membunuh diri
apabila beliau dibuli oleh rakan sekelasnya dalam talian. Ramai
remaja juga yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah secara
talian, seperti berjudi dalam talian, melawat laman-laman web yang
menyiarkan pornografi serta memecah masuk ke rangkaian lain
secara tidak sah (hacking), melakukan penipuan, mencuri
maklumat, mencipta dan menyebarkan virus sematamata
disebabkan perasaan ingin tahu dan mahu mencuba! Cabaran dan
Realiti Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja
terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang
melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan
perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja
menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti
menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi
yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang
menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat
para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat
dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak
kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta
membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu
juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan.
Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah
yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga
para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga

maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi


mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan
sekaligus menjadi mangsa penjenayahpenjenayah dunia siber
seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas,
penculikan dan pemerdagangan manusia! 6 Sikap manusia memang
sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan
seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber
sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang
negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka
ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Tidak dinafikan
bahawa golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal.
Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah
yang mereka lakukan. Lebih malang lagi, disebabkan kecanggihan
teknologi, pihak berkuasa gagal mengenal pasti penceroboh.
Misalnya, pada bulan Februari dan Mac 2000, suatu pencerobohan
telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera,
kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika
itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi
ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan
sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq,
tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua
orang juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang
penduduk Israel. Soalannya dari mana remaja atau mereka yang
gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya
mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk
menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak
lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau
cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT
berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah
dilakukan.

Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang


dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Gejala membuang
masa dengan melepak pastinya merupakan suatu penyakit di dalam
masyarakat. Kegiatan ini bukan sahajadilakukan oleh remaja lelaki
tetapi juga remaja perempuan. Tingkah laku ini dilakukan oleh
golongan remaja yang menjadi golongan terbesar penduduk negara.
Rentetan daripada gejala melepak ini, wujud banyak permasalahan
lain dalam kalangan remaja kita yang menarik perhatian banyak
pihak.
Media sering melaporkan tentang penagihan dadah, bohsia,
lumba motor, lari dari rumah, mengandung sebelum kahwin,
ponteng sekolah, hubungan seks sebelum kahwin dan sebagainya
ekoran daripada perbuatan melepak pada peringkat awalnya. Begitu
juga media mempopularkan 'budaya' hippies, punks, rokers, heavy
metals dan lain-lain. Penonjolan berita tersebut yang ada ciri-ciri
kontroversi sudah tentu mencetuskan perbincangan di kalangan
orang ramai.
Persoalannya sekarang, mengapakah budaya lepak ini
diamalkan oleh sebilangan remaja Malaysia hari ini ? Banyak kajian
telah dibuat oleh para penyelidik sama ada tempatan mahupun luar
negeri berhubung dengan sikap kecenderungan budaya lepak ini
berleluasa. Yang membimbangkan adalah kita adalah peningkatan
kes-kes
devian
yang
melibatkan
golongan
ini.
Menurut
kajian Samsudin et. al., (1994) tingkah laku lepak dalam kalangan
remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa
sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan
berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat-tempat awam.
Tambah beliau, kadar ini lebih menonjol di kawasan luar bandar iaitu
di kawasan pembangunan tanah FELDA (28.4 jam) dan kampung

tradisional (22.4 jam). Dalam masa setahun dianggarkan remaja


akan menghabiskan 847.6 jam melepak iaitu bersamaan dengan 35
hari.
Jika dikaji dari segi sudut positif dan negatif budaya melepak
ini, adakah adakah aktiviti yang dilakukan oleh remaja sewaktu
melepak menunjukkan kecenderungan melakukan aktiviti devian?
Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa
kawan, bersiar-siar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa
bosan melihat gelagat orang lain atau mendapatkan hiburan.
Kenyataan tersebut menunjukkan secara terbuka remaja tidak
melakukan apa-apa aktiviti yang dianggap devian atau sumbang
(Samsudin, et.al., 1994). Keadaan ini memperlihatkan golongan
remaja yang melepak ini dengan hasrat yang murni dan tujuan yang
baik.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kes yang berlaku
disebabkan masalah seperti kelemahan dan keruntuhan institusi
keluarga. Kekurangan kasih sayang, perhatian, asuhan dan didikan
akhlak daripada ibu bapa kepada anak- anak. Ibu bapa yang dibuai
kebendaan dan mementingkan karier serta wang selalu
mengabaikan tanggungjawab mereka keatas anak-anak di rumah.
Anak-anak dibiarkan hanyut dalam dunia khayalan yang
menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Mereka mudah
meyimpang daripada lunas yang murni dan berakhlak, kini mereka
hidup bebas tanpa segan silu dan tidak menghiraukan masyarakat
apabila melakukan pelbagai gejala sosial. Kebebasan tanpa
pedoman, batasan dan didikan agama akan berakhir dengan
kehancuran.
Faktor kedua ialah faktor rakan sebaya, persekitaran
masyarakat,
media
massa
dan
kelemahan undang-undang
memburukkan lagi keadaan. Hal ini juga menjadi pemangkin kepada
meluasnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Bagi remaja yang
tercicir dalam persekolahan, kewujudan peluang-peluang pekerjaan
di kawasan bandar ekoran pertumbuhan aktiviti perindustrian
mengakibatkan penghijrahan meluas ke kawasan bandar.
Penghijrahan remaja dari kampung bagi mencari pekerjaan di
bandar-bandar mendatangkan pelbagai kesan langsung dan tidak
langsung seperti masalah sosial, keluarga serta perubahan nilai dan
sikap.
Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui
media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan
lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan
wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan
gejala sosial remaja berlaku selepas menonton filem berunsur
ganas. Mereka seolah-olah terpengaruh dengan apa yang mereka
lihat. Desakan keluarga dan kuasa sivik membantu menghalang
remaja daripada terlibat dengan aliran muzik rock yang negatif dan
kesan umum daripada rakaman video. Permainan video dan
pengaruh televisyen cukup sinonim dengan pelbagai masalah sosial
yang berlaku dalam kalangan remaja.

Antara lain tidak dapat mengawal nafsu diri, tidak mendengar


nasihat orang tua,ingin mencuba dan ingin meniru. Nafsu yang
paling jahat menghantui jiwa remaja ialah terdorong kepada
kegiatan jahat dan hidup berfoya-foya yang hanya dikejar ialah
keseronokan dan kemewahan tanpa memikirkan masa depan.
Mereka melakukan perkara-perkara yamg melampaui batas dan
boleh menggelapkan naluri mereka, sehinggakan terjebak dalam
lembah
maksiat
semata-mata
nengejar
keseronokan
dan
kemewahan. Pengabaian bimbingan, asuhan dan pendidikan remaja
mengakibatkan kelahiran pelbagai gejala sosial seperti samseng
sekolah, budaya lepak, tidak minat belajar, vandalisme, berjudi, lari
dari rumah, penyalahgunaan dadah dan pil khayal, bohjan,
pengguguran
dan
pembuangan
anak,
budaya
punk, skinhead, black metal, lumba haram dan sebagainya.

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan


dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai
andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi
menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial
yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya
merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta
agama.
Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai


perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa
sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat
ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi
mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan
Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14
tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952,
kanak-kanak
didefinisikan
mereka
yang
berumur
21
tahun
ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat
umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan
adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian
besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh
keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai,
maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak.
Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di
kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius.
Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian,
22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja,
seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta
benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450
atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang
diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan
kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang
selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan,
pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri
basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di
kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah
di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh,
di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku
sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes
membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum,
seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina
dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat
antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657
kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes
pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau
hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991
(1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah


psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah
22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%)
adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang
amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu
perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri
Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk
Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan
remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988,
sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,
3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga
bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk
menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran
mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini
adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah
pangsa
di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90%
remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah,
sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan
hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas
sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti
keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang
tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai
sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan
akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah.
Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja
datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga
keluarga berada, malah segelintir daripada mereka
berasal daripada keluarga yang mempunyai latar
belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca
keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan
dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh
ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap
mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti
sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang
mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah
ada
yang
jarang
bersua
muka.
Keadaan
ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri
tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga
menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai
contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak
kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak.

Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi


oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan
bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya
yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan.
Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
tentang kelakukan dan pergaulan anak
remaja
mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang
terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang
mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan
mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah
satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang
berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam
rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah
tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak
keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anakanaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat
yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan
kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti
masalah
anak,
memberi
nasihat,
pedoman,
memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal
selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga
sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih
mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai
dorongan yang kurang sihat dipaparkan
melalui
persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka
terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk
memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di
pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan
secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan
akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di
sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam
akademik serta guru yang kurang profesional dalam
menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk
keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong
oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja
adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi
mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada
golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam


memberikan perhatian yang serius terhadap anakanak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan
setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
anak mereka serta sanggup meluangkan masa
untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka
dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu
ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka
dengan
memberikan
keyakinan,
keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi
dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih
anak
cara
bersopan,
prinsip-prinsip
akauntabiliti,
tepati
janji,
berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role
modelkepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan
menambahkan
aktiviti-aktiviti
berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan
ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran
seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah.
Peruntukan
undang-undang
di
peringkat
sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban
dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan
Undang-Undang
oleh
pihak
berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang
sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan
dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian
hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah
penting dalam membantu remaja mengatasi

masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna


sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan
dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan
dan
keberkesanan
kaunseling
tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah
memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima
teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK
BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI

Gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan banyak


pihak terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai kebejatan
sosial remaja termasuk gejala buli dibahaskan dalam media massa
disebabkan kejadian buli yang membahayakan keselamatan pelajar
sekolah khususnya sekolah berasrama. Tidak cukup dengan wacana
sahaja, masyarakat menantikan penyelesaian berkesan untuk gejala
buli yang tiada petanda reda dalam kalangan remaja bermasalah di
sekolah. Hari ini sekolah seolah-olah menjadi pusat menghasilkan
virus schoolafobia kerana pelajar baru takut tinggal di asrama.
Institusi sekolah terutama sekolah berasrama sering menjadi medan
sebilangan pelajar menunjukkan dominasi dan senioriti sehingga
sanggup mencederakan pelajar lebih bawah daripada mereka. Aksi
tendang terajang serta ala ahli gusti dipertontonkan untuk
menunjukkan kekuatan dan pelajar baru menjadi mangsa.
Perbuatan salah laku itu menyebabkan kecederaan, koma, patah
tulang sehingga ada yang meninggal dunia disebabkan perlakuan
buli di asrama dan sekolah. Ironinya, kejadian buli juga turut
dilaporkan membabitkan sekolah yang telah diberi gred berprestasi
tinggi. Lebih menyedihkan lagi, laporan kejadian buli turut berlaku
dalam kalangan pelajar Melayu-Islam di sekolah aliran agama yang
sepatutnya menjadi teladan kepada pelajar lain. Gejala samseng
membarah Sebaliknya, saban tahun gejala samseng dalam
kalangan pelajar makin membarah walaupun pelbagai tindakan
telah diambil. Peraturan sekolah tidak mampu menanam rasa takut
golongan pembuli di asrama meskipun telah banyak amaran dan
tindakan disiplin dikenakan kepada pembuli sebelum ini. Walaupun
buli adalah perbuatan segelintir pelajar, namun jika tiada tindakan

segera dan proaktif, ia akan terus berleluasa serta mendatangkan


implikasi negatif yang lebih teruk kepada pelajar sama ada pembuli
atau pelajar yang dibuli. Perbuatan buli akan mencemarkan nama
sekolah kerana disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Peraturan dan undang-undang boleh pengawal pelajar supaya lebih
berdisiplin serta tidak melakukan kesalahan mencabuli hak orang
lain sewenang-wenangnya. Perbuatan buli atau gengster dalam
kalangan pelajar sekolah ini adalah kesalahan Juvana yang boleh
dikenakan tindakan mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta
90). Pesalah bawah umur adalah pesalah juvana kerana undangundang juvana akan dikenakan ke atas mereka berumur 18 tahun
dan ke bawah. Undang-undang Juvana dalam Akta Mahkamah
Juvana 1947 (Akta 90) terbahagi kepada beberapa segmen
penguatkuasaan undang-undang. Antara undang-undang bakal
dikenakan terhadap pesalah juvana termasuk pemantauan oleh
pegawai khas, denda atau kos, dimasukkan ke asrama akhlak
Sekolah Henry Gurney dan hukuman penjara jika kesalahan itu
serius. Perkenal model Undang-Undang Juvana Syariah Justeru,
dicadangkan supaya satu model Undang-Undang Juvana Syariah
diperkenalkan kerajaan demi kebaikan umat Islam di Malaysia.
Orientasi undang-undang syariah akan mengambil pendekatan
harmoni dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Undangundang itu juga terpakai kepada remaja Islam yang melakukan
kesalahan juvana. Jika cadangan ini mahu dilaksanakan, suatu
jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk membentuk Enakmen
Kesalahan Juvana Syariah Negeri. Biarpun berada dalam bidang
kuasa negeri, undang-undang syariah boleh diseragamkan di
peringkat nasional atas dasar persetujuan semua negeri. Pihak
berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh
mengeluarkan lebih banyak bahan ilmiah untuk pelajar bagi
memantapkan sahsiah dan jati diri mereka. Sistem nilai setiap
individu dapat dibangunkan untuk membentuk aset modal insan
yang akan mewarisi Malaysia melalui usaha berterusan dan
bersungguh-sungguh. Cabaran remaja hari ini semakin kompleks
dan pihak berwajib mesti menggunakan pendekatan pelbagai demi
mencari penyelesaian terbaik. Sikap dan emosi pelajar perlu
ditangani dengan penuh hikmah serta istiqamah. Gejala buli akan
menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika
semua pihak hanya bersikap endah tak endah. Usaha yang tidak
sedikit harus digembleng supaya perlakuan buli tidak berulang lagi.
Ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan mesti bekerjasama demi
memastikan lahirnya generasi cemerlang, gemilang dan terbilang
bagi mencapai status negara maju yang berteraskan pembangunan
seimbang, lahiriah serta rohaniah dalam kalangan rakyatnya.

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan


Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Tyhe menggesa
Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling
mengenai garis panduan larangan penggunaan vape dengan
segera kepada semua sekolah dan institusi pendidikan. "Saya
sokong sepenuhnya keputusan Kementerian Pendidikan untuk
mengharamkan penggunaan vape di kalangan pelajar dan guru
di sekolah serta institusi pendidikan di atas keprihatinan
terhadap kesihatan pelajar. "Sehingga kini, tiada kajian yang
dapat merumuskan bahawa penggunaan vape adalah selamat
dan tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan," kata beliau
dalam kenyataannya, hari ini. Beliau berkata, penyelidikan oleh
Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) pula
mendapat cecair vape mempunyai kandungan nikotin yang tidak

terkawal dan boleh memberi kesan kepada pengguna


terutamanya pelajar sekolah. "Bagi saya larangan penggunaan
vape harus diperluaskan ke sekolah persendirian serta institusi
pengajian swasta. Guru serta pensyarah juga tidak sepatut
menggunakan vape di kawasan sekolah dan institusi pengajian.
"Ramai di kalangan masyarakat negara kita yang kini mengikut
trend semasa menghisap vape termasuk di kalangan belia dan
remaja. "Kita tentunya tidak mahu pelajar memulakan tabiat
buruk vaping sejak di bangku sekolah," katanya.

PUTRAJAYA: Gadis berusia 14 tahun yang sebelum ini dilaporkan


'hilang' di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor akan
ditempatkan secara sementara di bawah jagaan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata keputusan itu
adalah atas permintaan ibu bapa Nur Amirah Atirah Abdul Majid.
"Kanak-kanak ini akan ditempatkan secara sementara di bawah
jagaan JKM selepas dibenarkan keluar dari hospital atas permintaan
ibu bapanya setelah mengambil kira faktor keselamatan," katanya
dalam satu kenyataan di sini hari ini. Rohani berkata, pihaknya
memandang serius perbuatan remaja itu yang mendakwa diculik

sebelum ditemui pihak polis dalam keadaan selamat bersama


seorang pemuda dipercayai teman lelakinya yang berusia 19 tahun,
Khamis lalu. "Perbuatan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan oleh
kanak-kanak ini sehingga menimbulkan kebimbangan banyak pihak
terutamanya ibu bapa. "Kementerian menyarankan kepada ibu bapa
dan penjaga supaya memberi perhatian yang serius kepada anak
masing-masing terutama memberi lebih masa bersama mereka dan
mendengar masalah yang mungkin boleh dikongsi bersama. "Jangan
biarkan anak-anak menjadikan pihak ketiga untuk meluahkan
masalah dan mendapat nasihat yang kurang tepat. Kementerian
ingin sarankan kepada ibu bapa yang berdepan masalah seperti ini
mendapatkan khidmat nasihat kaunselor di JKM atau Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)," katanya.
Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor pada jam 7.45
malam Khamis lalu menemui remaja terbabit di hadapan sebuah
stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Selangor, dalam sebuah
kereta dipandu pemuda berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai