Anda di halaman 1dari 9

BAB 2

SKALA PENGUKURAN

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Menerangkan beberapa jenis skala pengukuran.
2.
Menerangkan perbezaan antara satu jenis pengukuran dengan jenis
pengukuran yang lain.
3.
Menjelaskan contoh pemboleh ubah-pemboleh ubah bagi setiap
jenis skala yang dipelajari.
2.1

PENGENALAN

Apabila kita banyak menggunakan pemboleh ubah dalam penyelidikan,


maka akan terdapatlah berbagai-bagai bentuk sistem pengukuran yang
berbeza. Sebagai contoh, pengukuran yang digunakan untuk mengukur
pencapaian akademik pelajar berbeza dengan pengukuran yang digunakan
terhadap tahap penghayatan agama. Membuat pengkelasan pencapaian
akademik pelajar sebagai tinggi, sederhana atau rendah tidaklah setepat
apabila menggunakan pengukuran dengan markat sebenar prestasi
akademik. Begitu juga apabila kita menyatakan tingginya tubuh badan
seseorang sebagai rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat membuat
ukuran ketinggian seseorang dengan menggunakan skala meter, kaki atau
inci. Pengkelasan dan pernyataan kuantitatif kepada keadaan pemboleh ubah
ini melibatkan sistem dan proses pengukuran yang menggunakan skala-skala
tertentu.
2.2

JENIS SKALA PENGUKURAN

Secara dasarnya, ahli statistik dalam bidang sains sosial, pendidikan dan sains
tingkah laku menggunakan angka atau nombor bagi menceritakan dan
memperihalkan keadaan sesuatu pemboleh ubah. Pelajar yang telah diuji
pencapaian akademiknya melalui Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
misalnya diberikan nilai angka seperti 70, 80 atau 95 sebagai markat prestasi
pencapaian dalam mata pelajaran yang diuji. Namun demikian, markah
tersebut boleh dikelaskan sebagai sederhana, baik dan cemerlang atau A, B,
C, D bagi menggambarkan kualiti pencapaian. Keputusan itu pula boleh
menggambarkan perbezaan di antara beberapa kumpulan pelajar seperti
pelajar bandar mencapai kecemerlangan lebih tinggi berbanding dengan
pelajar luar bandar. Pengkategorian seperti lebih baik atau tidak, serta
kedudukan sekolah seperti bandar dan luar bandar pastinya menggunakan
tatacara tertentu.
9

Untuk memperihalkan pemboleh ubah dengan menggunakan pengukuran


yang berbentuk markat dan data, terdapat sekurang-kurangnya empat jenis
skala pengukuran yang boleh digunakan iaitu skala nominal, ordinal, sela
dan nisbah.
2.2.1

Skala Nominal

Skala nominal dikatakan sebagai skala yang paling mudah dan ketepatannya
paling rendah. Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan
kepada ciri-ciri kesamaannya dan seterusnya memberikan nama serta label
kepada pemboleh ubah tersebut. Sebagai contoh, kita ambil bangsa di
Malaysia sebagai satu pemboleh ubah dan dikategorikan serta diberi nama
sebagai Melayu, Cina, India dan bangsa lain. Pemboleh ubah jantina pula
dikategorikan kepada dua, iaitu lelaki dan perempuan. Skala nominal
kebiasaannya digunakan kepada pemboleh ubah kualitatif.
Setiap kategori dalam sesuatu pemboleh ubah boleh diberikan nilai angka
atau nombor yang fungsinya hanya sebagai pengenalan atau kod kepada
kategori. Ia tidak memberi apa-apa makna kuantitatif malah nombor
hanyalah sebagai pengganti kepada nama kategori. Contohnya, nombor atau
kod bagi bangsa Melayu ialah 1, kod 2 bagi bangsa Cina, 3 bagi India dan
nombor 4 bagi bangsa lain. Nombor 1 dalam sistem pengukuran bangsa
tidak bermakna ia lebih kecil jika dibandingkan dengan nombor 2, 3 dan 4.
Kita boleh menukar ganti nombor tersebut kepada kategori yang lain.
Sebagai contoh, nombor 1 bagi bangsa lain, 2 bagi bangsa India, 3 bagi
bangsa Cina dan 4 bagi bangsa Melayu.
Data bagi pemboleh ubah yang menggunakan skala nominal sering juga
dipanggil sebagai data kategori. Rajah 2.1 berikut pernah ditunjukkan oleh
Kiess (1989) untuk menggambarkan bagaimana maklumat asal pemboleh
ubah yang diukur dikategorikan menggunakan skala nominal dan bersifat
kategori.
Rajah 2.1
Maklumat dan Nilai Asal Pemboleh Ubah yang Diukur

1
2
Skala nominal/kategori yang digunakan

Tiga ciri utama data nominal ialah


(i)

Setiap data hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. Contohnya


individu dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi individu dalam
kategori bangsa lain. Ciri ini dikatakan sebagai saling eksklusif.
10

(ii)

(iii)
2.2.2

Kategori atau nombor yang mewakili data tidak mempunyai susunan


pemeringkatan tetapi dianggap sebagai setara. Ini bermakna nombor
1= 2 = 3 = 4. Ia juga tidak membawa erti lebih kecil seperti 1 < 2 <
3 < 4 ; ataupun lebih besar seperti 4 > 3 > 2 > 1.
Transformasi data asal kepada data nominal atau kategori bersifat
satu sama satu.
Skala Ordinal

Skala ordinal digunakan bagi menggambarkan susunan nilai sesuatu kualiti


pemboleh ubah. la boleh bermula daripada peringkat atau pangkat yang
paling rendah hinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi. Nilai yang
digunakan menggambarkan maklumat asal pemboleh ubah dan
menunjukkan susunan daripada yang kecil kepada yang besar ataupun
daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. Sebagai contoh,
kedudukan pelajar di dalam sesuatu kelas ialah 1, 2, 3 dan seterusnya. Pelajar
yang mempunyai markat keseluruhan paling tinggi diberi kedudukan
nombor 1 di dalam kelas dan diikuti dengan nombor 2, 3, 4 dan seterusnya.
Namun demikian, kita masih belum boleh menyatakan perbezaan prestasi
antara pelajar nombor 1 dengan nombor 2 dan nombor 3. Skala ordinal
hanya mampu membezakan kategori dan nilai susunan secara
pemeringkatan sahaja. Rajah 2.2 berikut menunjukkan bagaimana
transformasi maklumat asal pemboleh ubah yang diukur dijadikan sebagai
skala ordinal.
Rajah 2.2
Maklumat dan Markat Asal Pemboleh Ubah yang Diukur
70

72

74

76 78 80 82 84

86 88 90 Peratus

5
4
3
2
Skala ordinal yang ditentukan

Ciri-ciri yang terdapat pada skala ordinal ialah


(i)
(ii)
(iii)

Pengkategorian yang digunakan bagi mengkelaskan data bersifat


saling eksklusif.
Data kategori yang digunakan menggambarkan susunan
pemeringkatan secara logik.
Data ordinal mempunyai pemberat. Satu kategori mempunyai
pemberat yang lebih berbanding dengan kategori yang lain.
Cuba fikirkan apakah perbezaan utama antara skala nominal
dengan skala ordinal.

11

SOALAN DALAM TEKS

1.
2.
3.

Senaraikan
empat
pemboleh
ubah
yang
menggunakan skala jenis nominal.
Senaraikan tiga pemboleh ubah yang menggunakan
skala jenis ordinal.
Terangkan ciri-ciri yang terdapat pada data nominal
dan data ordinal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.2.3

Skala Sela

Skala ini mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam skala nominal dan ordinal.
Di samping itu, skala sela mampu menunjukkan perbezaan di antara
beberapa kategori dan boleh menunjukkan kesamaan dalam unit
pengukuran yang digunakan. Ciri perbezaan kesamaan yang terdapat pada
skala sela menyebabkan skala ini dipanggil sebagai skala persamaan unit atau
perbezaannya yang sama. Pemboleh ubah suhu adalah contoh yang paling
klasik bagi menggambarkan pengukuran sela. Perbezaan suhu antara 200C
dengan 300C adalah sama dengan perbezaan antara 350C dengan 450C.
Perbezaannya ialah 100C.
Di dalam skala sela, nilai sifar atau kosong (0) merupakan suatu nilai. Nilai
ini tidak menggambarkan bahawa ciri kuantiti kepada pemboleh ubah itu
sebagai kosong atau tidak ada nilai secara mutlak. Sifat nilai 0 adalah arbitrari.
Sebagai contoh, suhu 0C merupakan nilai permulaan sistem pengukuran
suhu yang menggunakan skala celcius dan tidak bererti tidak ada kepanasan
suhu. Malahan suhu boleh turun lebih rendah daripada 0C.
Data sela boleh dicampur dan ditolak untuk menghasilkan angka atau
statistik lain seperti purata atau min. Ia tidak boleh dibahagi untuk
menggambarkan nisbah perbandingan. Sebagai contoh, meskipun perbezaan
kepanasan suhu di antara 20F dengan 40F adalah sama dengan perbezaan
kepanasan suhu di antara 40F dengan 60F, tetapi kenyataan yang
mengatakan kepanasan 40F sebagai dua kali kepanasan 20F dianggap
tidak benar. Di samping mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada data
nominal dan ordinal, skala sela mempunyai dua kelebihan lain. Ciri-cirinya
ialah
(i)
(ii)

Pengkategorian yang digunakan bersifat saling eksklusif.


Data kategori yang digunakan menggambarkan
pemeringkatan secara logik.
12

susunan

(iii)
(iv)
(v)

Nilai atau markat yang digunakan mempunyai pemberat. Satu nilai


dikatakan lebih besar atau lebih kecil daripada yang lainnya.
Nilai di dalam skala sela adalah arbitrari. Nilai sifar merupakan satu
daripada nilai dalam sistem pengukuran.
Kesamaan perbezaan digambarkan oleh nilai nombor yang
digunakan untuk menggambarkan perbezaan. Sebagai contoh,
perbezaan 75 dengan 80 adalah sama dengan perbezaan 20 dengan
25.

Keiss (1989) menunjukkan transformasi data asal sesuatu pemboleh ubah


kepada data sela dengan menggunakan nilai sifar sebagai suatu nilai dalam
pengukuran melalui Rajah 2.3.
Rajah 2.3
Data Asal Pemboleh Ubah yang Diukur
10

20

30

-30

-20 -10

40

50

60

70

80

90

0
10 20
Nilai arbitrari 0

30

40

50

Skala sela yang digunakan

Cuba senaraikan beberapa


menggunakan skala sela.
2.2.4

pemboleh

ubah

yang

Skala Nisbah

Skala nisbah mempunyai hierarki kedudukan yang paling tinggi dan


mempunyai semua ciri yang terdapat di dalam skala norminal, ordinal dan
sela di samping mempunyai satu lagi sifat berhubung dengan nilai sifar. Nilai
sifar tidak lagi bersifat arbitrari, tetapi merupakan satu nilai yang sifatnya
secara mutlak adalah kosong. Dengan keadaan ini, skala nisbah mampu
untuk membuat pernyataan mengikut kadar, peratusan dan nisbah
kedudukan dua nilai dalam skala pengukuran. Sebagai contoh, perbezaan di
antara 40 dengan 50 adalah sama dengan perbezaan di antara 10 dengan 20.
Kita juga boleh menyatakan bahawa 40 ialah 2 kali ganda 20. Keadaan ini
berlaku dalam kedua-dua pengukuran asal pemboleh ubah dan juga data
nisbah.
Transformasi data asal kepada data nisbah adalah secara linear. Rajah 2.4
berikut menunjukkan sifar sebagai satu nilai permulaan bagi dua pemboleh
ubah. Penyelidikan sains sosial, pendidikan dan sains tingkah laku banyak
menggunakan skala nisbah. Pemboleh ubah yang biasanya mempunyai nilai
13

sifar secara mutlak ialah berat badan, masa mengingat, kelajuan dan lain-lain.
Manipulasi statistik seperti purata, peratusan dan pengkadaran boleh
dilakukan kepada data nisbah.
Rajah 2.4
Data Asal Pemboleh Ubah yang Diukur
0

10 20 30 40
Nilai sifar
sebenar

50

60

70

0
10 20 30 40 50 60 70
Nilai sifar sebenar
Skala nisbah yang digunakan

80 90

80

90

Apakah perbezaan utama antara skala sela dengan skala


nisbah.
2.3

KESIMPULAN

Empat jenis skala yang telah dibincangkan mempunyai hierarki yang jelas.
Skala nominal menghasilkan data yang bersifat kategori. Pengkategoriannya
paling mudah, primitif dan maklumatnya terhad. Skala ordinal pula, di
samping mempunyai ciri nominal, dapat menggambarkan susunan dan
pemeringkatan data. Kedua-dua skala nominal dan ordinal mengandungi
data kategori yang sifatnya diskrit dan selalu digunakan bagi
menggambarkan pemboleh ubah kualitatif.
Skala sela dan nisbah mempunyai hierarki yang tinggi. Perbezaan yang jelas
di antara data sela dan nisbah berhubung dengan nilai sifar. Bagi skala sela,
sifar merupakan nilai arbitrari yang wujud sebagai suatu nilai dalam sistem
pengukuran sementara dalam skala nisbah pula, sifar adalah mutlak dan
menunjukkan kosong. Pemboleh ubah kuantitatif menggunakan data sela
dan nisbah.
Kita boleh menggunakan beberapa analisis statistik yang kompleks terhadap
data. Malahan, manipulasi data boleh dibuat untuk menjadikannya sebagai
data ordinal atau nominal. Sebagai contoh, markat prestasi dalam sesuatu
peperiksaan ialah jenis data sela atau nisbah dan boleh ditukarkan kepada
data ordinal dengan meletakkan nombor kedudukan pelajar dalam
peperiksaan tersebut ataupun sebagai data kategori dengan menyatakan
prestasi pelajar sebagai tinggi, sederhana dan rendah. Data yang diturunkan
hierarkinya akan hilang banyak maklumat. Metode analisis statistik juga
terhad dan kadangkala tidak sesuai. Contohnya, markat peperiksaan boleh
dikira min atau purata di samping menunjukkan kepelbagaian markah
tersebut. Apabila kita dijadikan sebagai kategori seperti tinggi, sederhana dan
14

rendah, maka min atau purata tidak boleh dikira dan dilaporkan. Oleh sebab
itulah dalam penyelidikan sains sosial dan tingkah laku manusia, data sela
dan nisbah mempunyai nilai yang amat berharga untuk menggambarkan
darjah kepelbagaian sifat dan tingkah laku manusia.
SOALAN DALAM TEKS

4.
5.

Senaraikan pemboleh ubah yang menggunakan skala


nisbah.
Dengan menunjukkan contoh yang sesuai terangkan
perbezaan antara data sela dengan data nisbah.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.

Terangkan apakah skala yang mempunyai ciri-ciri yang paling baik


jika di bandingkan dengan skala-skala yang lain.

2.

Dengan menunjukkan contoh yang sesuai, terangkan dengan ringkas


skala-kla berikut:
A.
B.
C.
D.

3.

Berikut ialah pemboleh ubah kualitatif, KECUALI


A.
B.
C.
D.

4.

Skala nominal
Skala ordinal
Skala sela
Skala nisbah

Jenis kereta: Kelisa, Kancil, Kembara, Kenari


Warna baju: Merah, Kuning, Biru, Hitam
Berat badan: 48 kg, 54 kg, 55 kg, 56 kg
Kelas sosial: Kelas tinggi, Kelas menengah, Kelas bawahan

Pemboleh ubah umur mempunyai data jenis


A.
B.
C.
D.

Nominal
Ordinal
Sela
Nisbah

15

5.

Pemboleh ubah tempat tinggal mempunyai data jenis


A.
B.
C.
D.

6.

Nominal
Ordinal
Sela
Nisbah

Ciri-ciri berikut
KECUALI
A.
B.
C.
D.

menggambarkan

skala

pengukuran

ordinal,

Setiap data hanya memiliki satu kategori sahaja dan bersifat


saling eksklusif.
Pengkategorian digunakan sebagai pengkelasan data yang
bersifat saling eksklusif.
Data kategori yang digunakan menggambarkan susunan
pemeringkatan secara logik.
Mempunyai pemberat sebagai perbandingan dengan kategori
yang lain.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


1.

Senarai empat pemboleh ubah yang menggunakan skala jenis


nominal ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

2.

Tempat tinggal.
Agama.
Warna.
Bangsa.

Senarai tiga pemboleh ubah yang menggunakan skala jenis ordinal


ialah
(i) Kedudukan anak dalam keluarga.
(ii) Kedudukan dalam kelas.
(iii) Kedudukan kelas sosial.

3.

Ciri-ciri yang terdapat pada data nominal dan ordinal ialah skala
nominal menggunakan label untuk menerangkan kategori pemboleh
ubah yang mempunyai ciri-ciri yang sama contohnya pemboleh
ubah jantina yang dikategorikan kepada dua, iaitu lelaki dan
perempuan. Tidak ada gambaran lebih besar atau lebih kecil.
Sifatnya saling eksklusif. Data ordinal pula menggambarkan susunan
pemeringkatan secara logik dan mempunyai pemberat.
16

4.

Contoh pemboleh ubah yang menggunakan skala nisbah nisbah


ialah
(i)
(ii)

5.

Suhu.
Prestasi.

Perbezaan utama antara data sela dengan data nisbah adalah


berhubung dengan nilai sifar. Dalam pengukuran sela, nilai sifar
tidak menggambarkan kosong tetapi ia dianggap sebagai suatu nilai.
Dalam pengukuran nisbah pula, nilai sifar ialah sebagai mutlak
kosong.

17

Anda mungkin juga menyukai