Anda di halaman 1dari 20

Topik X Pengenalan

Kesihatan Diri

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti fungsi setiap organ tubuh manusia;
2. Menghuraikan enam aspek pengurusan kesihatan diri yang baik; dan
3. Membandingkan peranan antara lelaki dan perempuan dalam kesihatan
keluarga.

PENGENALAN

Hai dan selamat datang ke modul Kesihatan Diri dan Keluarga. Kita mulakan
modul ini dengan topik pertama yang bertajuk Pengenalan Kesihatan Diri.
Kenapakah kita perlu menjaga kesihatan diri? Kita perlu menjaga kesihatan diri
kita agar sistem tubuh kita mampu berfungsi dengan baik dan sempurna.
Oleh itu, pada permulaan topik ini anda akan diperkenalkan dengan organ
tubuh badan dan fungsinya. Ini adalah kerana kita perlu mengenali tubuh badan
kita dahulu agar dapat menghargainya dengan lebih baik.
Seterusnya, anda akan mempelajari enam aspek dalam pengurusan kesihatan
diri yang baik iaitu (i) kebersihan tubuh badan, (ii) kebersihan pakaian, (iii)
pengurusan tahap kesihatan, (iv) pengurusan pemakanan yang betul, (v)
pengurusan berat badan, dan (vi) pengurusan tekanan. Selain itu, anda akan
turut didedahkan dengan cara untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab
menjaga tubuh serta kepentingan menjaga kebersihan peralatan seharian.
Akhir sekali, anda akan mempelajari peranan gender dalam kesihatan keluarga.
Sudahkah anda bersedia untuk memulakan satu pembelajaran baharu? Mari kita
mulakan topik ini dahulu!

1.1

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

MENGENALI TUBUH BADAN

Kita mulakan topik pertama modul ini dengan mengenali tubuh badan kita.
Tahukah anda tubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel? Sel-sel ini
bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsinya tersendiri.
Tisu-tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian dan organ, misalnya
jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam tubuh kita.
Kemudian, tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala, dada, abdomen, kaki dan
tangan) yang juga mempunyai fungsinya tersendiri. Bahagian dan organ
akhirnya membentuk sistem yang membolehkan tubuh kita berfungsi
sepenuhnya.
Mengenali tubuh badan kita adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghargai tubuh badan kita. Oleh itu, dalam sub-sub topik yang berikutnya,
kita akan mengenali organ dan bahagian tubuh badan kita, peranan dan
fungsinya, dan bagaimana menghargainya.

1.1.1

Mengenali Organ dan Bahagian Tubuh Badan

Mari kita kenal pasti organ dan bahagian tubuh badan kita berdasarkan Rajah 1.1
berikut.

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Rajah 1.1: Organ-organ tubuh manusia

Adakah terdapat organ-organ lain yang tidak dinyatakan? Cuba anda kenal pasti
dan tandakan di tempat yang sesuai.

AKTIVITI 1.1
Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tahap kebersihan diri
mempengaruhi tahap kesihatan.

TOPIK 1

1.1.2

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Fungsi Organ Tubuh Badan

Sekarang mari kita kenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan kita. Ini
adalah penting supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya.
Anda boleh merujuk Jadual 1.1 yang menerangkan secara ringkas fungsi organorgan utama tubuh badan dan kedudukannya.
Jadual 1.1: Fungsi Organ
Organ

Kedudukan

Fungsi

Otak

Terletak di dalam ruang


tengkorak

Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran,


ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal
aktiviti-aktiviti tubuh.

Paruparu

Terletak di dalam ruang


toreks

Membawa masuk udara beroksigen ke


dalam tubuh dan membawa keluar karbon
dioksida serta wap dari darah.

Jantung

Terletak di belakang
tulang dada di dalam
ruang toreks di antara
paru-paru.

Mengepam dan mengalirkan darah ke


seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau
peredaran darah setiap masa.

Perut

Perut bersambung terus


dengan kerongkong. Ia
tergantung bebas di
bahagian atas sebelah kiri
di dalam ruang abdomen.

Perut menerima bahan makanan daripada


kerongkong dan menyimpan buat sementara
waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.

Hati

Terletak di bawah otot


diafragma di dalam ruang
abdomen.

Menghasilkan cecair hempedu dan bahan


yang terdapat di dalam darah seperti serum
untuk perkumuhan serta metabolisme.

Buah
Pinggang

Terletak di dinding
belakang abdomen

x Membuang air yang berlebihan di dalam


tubuh.
x Membuang hasil perkumuhan seperti urea
dan asid urik.
x Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan
yang terkandung dalam darah.

Kulit

Seluruh badan

Kulit merupakan organ terbesar manusia


dan ia melindungi otot-otot, tulang-tulang,
ligamen-ligamen dan organ dalaman.

Pankreas

Terletak di belakang
perut.

Merembeskan hormon insulin dan glukagon


bagi mengawal keseimbangan paras glukosa
dalam darah.

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Lidah

Terletak di lantai mulut.

Merupakan organ yang mempunyai deria


rasa serta membantu dalam mengunyah dan
menelan sesuatu. Selain itu, lidah juga
penting untuk percakapan.

Hidung

Terletak di bahagian
depan muka.

Mempunyai deria bau dan membantu sistem


pernafasan.

Otot

Melekat pada tulang.

Membolehkan pergerakan berlaku.

Telinga

Terdapat di kedua-dua
belah sisi muka.

Mempunyai deria mendengar serta


mengawal keseimbangan badan.

Mata

Terdapat di bahagian
depan muka.

Akan memerangkap cahaya dan imej lalu


menghantarnya ke otak untuk ditafsirkan.

SEMAK KENDIRI 1.1


Senaraikan fungsi organ-organ berikut:
(a)

Jantung

(b)

Paru-paru

(c)

Perut

1.1.3

Menghargai Anggota Tubuh Badan

Tahukah anda bagaimana caranya menghargai tubuh badan kita? Caranya


mudah sahaja iaitu dengan mengenali setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap
bahagian anggota tubuh kita memerlukan cara penjagaan dan pemuliharaan
yang berbeza. Umumnya terdapat dua cara penjagaan iaitu penjagaan dalaman
dan penjagaan luaran seperti yang diterangkan dalam Rajah 1.2 berikut.

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Rajah 1.2: Dua cara umum penjagaan tubuh badan

Selain itu, kita juga harus sedar bahawa kita perlu menjaga anggota tubuh badan
kita daripada tercedera. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kempen Cara
Hidup Sihat 1999: Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan menyeru
kita mengambil langkah keselamatan di dalam dan luar rumah. Oleh itu, kita
perlu memastikan peralatan dalam rumah disimpan di tempat yang selamat.
Begitu juga dengan taman permainan. Kita memerlukan taman permainan yang
selamat untuk mengelakkan kemalangan berlaku terhadap anak-anak kita.
Bagi yang menggemari aktiviti berisiko seperti aktiviti berbasikal, memanjat
gunung dan sebagainya, mereka perlu memakai alat atau pakaian keselamatan
dan mempraktikkan cara yang selamat ketika melakukan aktiviti tersebut. Ini
adalah kerana aktiviti tersebut adalah agak merbahaya dan boleh mendedahkan
mereka kepada kecederaan. Jadi, jika kita menghargai anggota tubuh badan, kita
akan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri kita dan juga orang
sekeliling. Apatah lagi jika aktiviti tersebut berbahaya, adalah lebih wajar untuk
dijauhi dan dielakkan.

1.2

PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

Anda tentu sedar bahawa sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya
memerlukan penjagaan yang betul. Oleh itu, pengetahuan dan amalan berkaitan
dengan asas penjagaan kesihatan adalah amat penting.
Tahukah anda bahawa pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah
kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu? Kemahiran asas ini perlu

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

diperkembangkan dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah


ke peringkat warga emas.
Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, kebersihan
pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang betul,
pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan.
Kita akan mempelajari keenam-enam pengurusan kesihatan diri ini dengan
lebih lanjut dalam sub-sub topik berikut. Teruskan membaca!

1.2.1

Pengurusan Kesihatan Diri

Anda tentu setuju bahawa pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin
tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus
kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk kita hidup sihat sepanjang hayat.
Masihkah anda ingat apakah aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang harus
diberi perhatian? Mari kita rujuk Rajah 1.3 berikut untuk mengetahui
jawapannya.

*Uvtgu+

Rajah 1.3: Enam aspek pengurusan kesihatan diri

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Sekarang mari kita pelajari dengan lebih lanjut setiap aspek ini.
(a)

Pengurusan Kebersihan Tubuh


Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang
perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurangkurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan
sabun dan air bersih untuk membuang kotoran dan
kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada
badan berbau dan dijangkiti penyakit kulit seperti
kudis.
Tahukah anda bahawa tangan kita adalah antara
anggota badan yang paling banyak mengumpul
kuman? Ini adalah kerana setiap kali kita
memegang tombol pintu atau duit kertas,
pelbagai kuman orang lain boleh dipindahkan
kepada tangan kita.
Oleh itu, kita perlu membersihkan tangan dengan sabun dan air bersih
setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum
makan.
Kuku yang panjang akan menyediakan ruang untuk kuman menghuni di
tangan kita. Apabila kita makan, kuman akan berpindah dari tangan ke
mulut dan seterusnya ke makanan kita. Oleh kerana itu, pastikan kuku
anda sentiasa dipotong pendek dan bersih.
Bagaimana pula dengan rambut? Rambut perlu dibersihkan dengan
menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala kita.
Tahukah anda secara umumnya terdapat dua jenis kulit kepala? Dua jenis
kulit kepala tersebut ialah berminyak dan kering. Jadi, anda perlu memilih
syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut anda walau pun
terdapat banyak jenis dan jenama syampu di pasaran.
Selain itu, terdapat juga masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan
rambut iaitu masalah kutu rambut dan masalah kulit kepala. Jika anda
menghadapi masalah-masalah ini, anda boleh mendapatkan rawatan dan
nasihat di klinik yang berhampiran dengan anda.

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Pengurusan kebersihan tubuh yang berikutnya ialah


penjagaan mulut. Penjagaan mulut yang utama
adalah melibatkan penjagaan gigi. Kita perlu
menggosok gigi menggunakan berus gigi dan ubat
gigi yang sesuai. Selain itu, pastikan mulut dan gigi
anda dibersihkan setiap kali selepas makan dan
sebelum tidur malam. Anda boleh menggunakan
floss untuk membuang sisa makanan pada celah
gigi. Pemeriksaan gigi sebanyak dua kali setahun
juga perlu dilakukan. Jika terlibat dalam sukan
lasak, gunakanlah alat pelindung gigi sebagai
langkah keselamatan.
Akhir sekali, tubuh badan kita memerlukan masa rehat
yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda.
Bagaimana? Caranya ialah dengan mendapatkan tidur
yang cukup dan berkualiti.

Tahukah anda, kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih
berbanding dengan orang dewasa? Ini adalah kerana mereka membesar
ketika tidur. Sebelum tidur, anda perlu memastikan tubuh anda dan anakanak anda dibersihkan dahulu seperti mandi dan memberus gigi.
(b)

Pengurusan Kebersihan Pakaian


Seterusnya mari kita bincangkan tentang pengurusan kebersihan pakaian.
Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai kadar kelembapan yang
tinggi? Oleh kerana itu tubuh kita cepat berpeluh. Maka adalah penting
untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan juga pakaian yang sudah
dipakai dicuci dahulu sebelum dipakai semula. Ini dapat membersihkan
baju tersebut daripada kekotoran, kuman, bau dan peluh.
Selain itu, kita perlu membersih dan menjemur bantal, selimut, tilam dan
cadar untuk mengelakkan pembiakan hama dan kuman.

(c)

Pengurusan Tahap Kesihatan


Tahukah anda bahawa sesetengah penyakit adalah
pembunuh senyap? Ini adalah kerana ada antara
kita tidak mengetahui bahawa kita sedang
diancam penyakit walaupun secara zahirnya kita
nampak sihat. Misalnya penyakit kardiovaskular
seperti penyakit jantung dan strok. Penyakit ini
dikenal pasti sebagai salah satu "pembunuh

10 X

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

senyap" dan merupakan salah satu daripada 10 penyebab kematian di


Malaysia.
Bagaimanakah kita boleh mengurus tahap kesihatan kita? Ia boleh
dilakukan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital di mana
kita boleh mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Misalnya
melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui
sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis atau tidak.
Apakah jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan di klinik atau
hospital? Terdapat tujuh jenis pemeriksaan iaitu:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

(d)

Pemeriksaan tekanan darah;


Saringan paras glukosa darah;
Saringan paras kolesterol;
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index atau BMI);
Pemeriksaan kanser serviks dan payudara;
Ujian kadar lemak; dan
Saringan minda sihat.

Pengurusan Pemakanan yang Sihat


Adakah kita hidup untuk makan
atau
makan
untuk
hidup?
Jawapannya mudah: kita makan
untuk hidup! Ini adalah kerana kita
memerlukan
makanan
untuk
menghidupkan fungsi organ dalam
tubuh kita. Makanan memberi
segala zat yang diperlukan oleh
tubuh kita. Oleh itu adalah amat
penting untuk kita memakan sajian
yang seimbang bagi mendapat
semua jenis zat yang diperlukan.
Masihkah anda ingat tentang makanan seimbang? Apakah maksudnya?
Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri
komponen karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain.

daripada

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

11

Apakah faedah mengambil makanan yang seimbang? Secara umumnya,


pengambilan makanan seimbang daripada setiap komponen dapat
memberikan kita tenaga, membina badan dan mencegah daripada
penyakit.
Bagaimana pula dengan pengurusan pemakanan yang sihat? Apakah
maksudnya?
Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan
seseorang.

Terdapat tiga waktu makan utama dalam kehidupan seharian kita iaitu
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kita dinasihatkan
supaya makan sarapan pagi setiap hari. Kenapakah sarapan pagi ini begitu
penting? Pengambilan sarapan pagi mustahak kerana ia mampu
memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini
perlu ditambah untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan
minda kita setiap hari.
Tahukah anda bahawa makan mengikut keperluan adalah salah satu
daripada pengurusan amalan makan yang sihat? Pengambilan jumlah
makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan
tenaga kita.
Bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar, mereka banyak
bergerak aktif secara fizikal. Oleh itu, mereka memerlukan jumlah
makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai
petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka juga adalah tinggi.
Bagaimana pula dengan orang lain? Bagi mereka yang bekerja tanpa
memerlukan banyak tenaga seperti bekerja di pejabat, mereka perlu
menjaga dan mengawal pemakanan mereka. Ini adalah kerana amalan
makan secara berlebihan akan menyebabkan badan mereka menyimpan
lebih tenaga dalam bentuk lemak. Oleh kerana kerja mereka tidak banyak
menggunakan tenaga, lemak berlebihan ini hanya disimpan dan
berkumpul dalam badan. Akibatnya, mereka yang tidak aktif ini akan
menjadi gemuk.

12 X

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Terdapat beberapa amalan pemakanan tidak sihat yang perlu kita elakkan.
Antaranya ialah:

(e)

Tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama


terutamanya sarapan pagi dan makan tengah hari. Amalan ini
akan menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan makan dengan
lebih banyak lagi pada waktu yang tidak sesuai.

Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang. Amalan ini


akan menyebabkan tubuh badan tidak mendapat pelbagai zat
yang diperlukan.

Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan kek.

Mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai


kandungan gula yang tinggi. Amalan ini akan mendedahkan
seseorang kepada risiko mendapat penyakit diabetis.

Mengambil secara berlebihan makanan yang tinggi kadar lemak


dan minyak. Amalan ini akan menyebabkan terkumpulnya
lebihan lemak di dalam tubuh badan jika tidak digunakan.

Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan


masin. Amalan ini dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk
mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Pengurusan Berat Badan


Tahukah anda, obesiti merupakan salah satu
penyebab
penyakit diabetis, jantung, darah
tinggi dan kanser? Oleh kerana itu, anda perlu
mengurangkan berat badan anda untuk
mengelakkan obesiti.
Diabetis seringkali dikaitkan dengan obesiti. Di
Malaysia, bilangan pesakit yang menghidapi
diabetis telah meningkat hampir dua kali ganda
dari 6.3% pada tahun 1986 kepada 11.6% pada
tahun 2010. Ini merupakan satu perangkaan yang
membimbangkan dan sekiranya tiada tindakan
yang diambil, dijangkakan bahawa populasi ini
akan terus meningkat (Mafauzy, 2006).
Tahukah anda bahawa kecerdasan fizikal adalah satu indikator kesihatan
tubuh badan? Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman
yang tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

13

anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan


kawasan rumah. Dalam erti kata lain, aktiviti fizikal merujuk kepada
sebarang aktiviti yang memerlukan tenaga dalam bentuk pembakaran
lemak dalam tubuh kita.
Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang
disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak ini dapat mengelakkan badan
kita daripada menyimpan lemak yang berlebihan. Aktiviti fizikal akan
meningkatkan high density lipoprotein (HDL) atau lemak darah
berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. HDL dikenali
sebagai "kolesterol baik" kerana fungsinya yang baik iaitu memungut
kolesterol di dalam darah dan membantu membuangnya dari badan
melalui hati.
(f)

Pengurusan Tekanan (Stres)


Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana menguruskan stres atau tekanan.
Pertama sekali, apakah maksud tekanan?
Tekanan atau stres adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental
terhadap perubahan dan cabaran.
Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stres
yang sedikit adalah baik kerana ia boleh menjadi faktor motivasi kepada
kita. Namun, stres yang serius mungkin mendorong seseorang untuk
terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia adalah sebahagian daripada
kehidupan. Di sinilah penting untuk kita mempelajari bagaimana
mengurus stres dengan bijak agar dapat menjauhkan kerunsingan dan
kemurungan.
Salah satu caranya ialah dengan menguruskan masa dan kerja secara bijak.
Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pemikiran dan komunikasi yang
positif. Jika rasa tidak lagi mampu, janganlah berputus asa. Anda boleh
mendapatkan bantuan rakan dan ahli keluarga untuk meluahkan perasaan.
Malah, bantuan profesional juga boleh didapati daripada badan kerajaan
dan agensi bukan kerajaan.

14 X

1.2.2

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh

Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan tubuh dapat dididik?


Kita dapat menyemai kesedaran dan amalan penjagaan tubuh melalui empat
institusi yang diterangkan dalam Jadual 1.2 berikut.
Jadual 1.2: Empat Institusi untuk Menyemai Kesedaran dan Amalan Penjagaan Tubuh
Institusi

Peranan

Keluarga

Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga


semenjak di peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan
peranan yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan
amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa adalah model terbaik dalam
penjagaan kesihatan. Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh
sesuatu masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu
masyarakat melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka
amalan ini akan menjadi budaya ahli-ahlinya. Seseorang individu
diharap akan dapat bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka
sendiri apabila meningkat dewasa.

Klinik
Kesihatan
atau Hospital

Selain daripada keluarga, staf klinik kesihatan ibu dan anak juga turut
memainkan peranan. Ibu-ibu akan diberi nasihat dan tunjuk ajar
tentang bagaimana penjagaan asas kesihatan yang baik. Misalnya,
dalam penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.

Sekolah

Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi melalui subjek


Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah
rendah.
Di samping itu, pasukan kesihatan dari pejabat kesihatan daerah yang
berdekatan dengan sekolah akan turut menjalankan lawatan secara
berkala ke sekolah. Pasukan ini akan menjalankan pemeriksaan
kesihatan kepada pelajar-pelajar.
Malah terdapat satu program yang dikenali sebagai 'Program Doktor
Muda' telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah rendah. Tujuan
program ini ialah mempromosikan amalan penjagaan kesihatan di
kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah.

Kementerian
Kesihatan
Malaysia

Kerajaan juga telah melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat


melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk
penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, mental dan sosial seseorang.

TOPIK 1

1.2.3

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

15

Penjagaan dan Kebersihan Peralatan

Akhir sekali, mari kita lihat penjagaan dan kebersihan peralatan. Anda tentu
sedar bahawa dalam penjagaan kesihatan, kebersihan alatan seharian juga perlu
diberi perhatian. Amalan penjagaan kebersihan ini amat penting untuk
mengelakkan peralatan yang kita gunakan menjadi tempat pembiakan kuman
yang boleh menyebabkan penyakit. Dalam erti kata lain, kita perlu memastikan
peralatan yang kita gunakan untuk memasak, mengemas, mencuci dan
sebagainya bersih dan yang paling penting, bebas kuman.
Kebersihan peralatan ini adalah penting dalam mencegah penyakit berjangkit
seperti penyakit tangan, kaki dan mulut. Oleh sebab itulah peralatan mainan
kanak-kanak perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman, apatah lagi di taska
dan tadika.

1.3

PERANAN GENDER

Sedarkah anda bahawa kesihatan diri yang baik akan dapat memastikan setiap
individu berupaya menjalankan fungsi sosial masing-masing dengan berkesan?
Pada masa kini, kesamarataan dari segi gender sudah semakin ketara. Oleh itu,
semua individu tidak kira lelaki atau perempuan perlu memainkan peranan
masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Apakah peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan diri? Mari
kita ikuti penjelasannya dalam sub-sub topik berikut.

1.3.1

Peranan Lelaki
Mari kita lihat dahulu peranan lelaki. Tahukah anda
bahawa negara kita mengamalkan sistem patriak?
Apakah maksud sistem ini?
Sistem patriak ialah sistem keluarga yang diketuai
oleh lelaki.

Secara tidak langsung sistem ini memberi kuasa kepada lelaki untuk memimpin
keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan
asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga.

16 X

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Namun begitu, amalan ini semakin terhakis akibat tuntutan semasa seperti
peningkatan kos hidup dan bertambahnya bilangan perempuan yang
berpendidikan tinggi. Pada masa kini, tanggungjawab sebagai ketua keluarga
dan mencari rezeki dikongsi bersama dengan isteri.
Selain itu, seorang bapa juga perlu menjadi model peranan (role model) yang
baik untuk anak-anak lelakinya. Tauladan yang baik yang ditunjukkan oleh
seorang bapa akan membantu anak lelakinya membesar sebagai individu, bapa,
suami dan pekerja yang sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga ialah dalam
aspek perancangan keluarga. Secara umumnya, peranan merancang keluarga
dilihat lebih memfokus kepada perempuan. Namun, untuk membentuk sebuah
keluarga yang sejahtera dan bahagia, pihak lelaki juga perlu mengambil
bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan
sebuah keluarga memerlukan peranan dua pihak iaitu suami dan isteri. Pendek
kata, tanggungjawab membina keluarga sihat, sejahtera dan bahagia harus
dipikul secara bersama, adil dan saksama.

1.3.2

Peranan Perempuan

Bagaimana pula dengan peranan perempuan? Salah satu peranan biologi yang
menjadi keistimewaan perempuan ialah hamil dan melahirkan anak. Pada masa
kini, peranan biologi ini tidak lagi menghadkan kemampuan dan keupayaan
golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada keluarga. Golongan
perempuan juga mendapat kebebasan untuk belajar sehingga peringkat tertinggi.
Ini membolehkan mereka menjawat pelbagai jawatan di sektor awam atau
swasta dengan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki. Peningkatan bilangan
pekerja wanita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Begitu juga dengan penglibatan mereka dalam industri kecil-kecilan di rumah
secara separuh masa atau sambilan seperti membuat kuih, keropok dan
sebagainya. Pada masa yang sama juga, mereka mampu menjalankan
tanggungjawab mereka dalam menjaga rumah tangga dan anak-anak. Kegigihan
mereka memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan
pendapatan dan menjana ekonomi keluarga.

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

17

Dalam konteks amalan kesihatan keluarga, peranan perempuan termasuklah:


x

Menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain berkaitan dengan


amalan cara hidup sihat.

Mempunyai hak yang sama dengan suami dalam menentukan isu yang
berkaitan dengan kesihatan dan keluarga.

Merancang dan menyediakan pemakanan dan makanan yang sihat


kepada keluarga.

Mengurus kebersihan di dalam dan luar rumah.

Memastikan ahli keluarga yang sakit mendapat rawatan dan penjagaan


yang sebaik-baiknya.

Mendidik anak berkaitan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak


berjangkit.

Walau bagaimanapun, peranan perempuan seperti yang disebutkan tadi perlu


juga dipikul bersama suami dan anak-anak. Walaupun dalam masyarakat kita
seorang suami dianggap sebagai ketua keluarga tetapi ini tidak bermakna
tanggungjawab mengurus rumah tangga dan keluarga perlu diserah bulat-bulat
kepada isteri sahaja. Pada masa kini, terdapat ramai suami yang ringan tulang
dan tidak lokek membantu isteri dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga;
bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

1.3.3

Stereotaip Gender

Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita bincangkan satu isu yang berkaitan
dengan gender iaitu stereotaip gender. Sedarkah anda bahawa stereotaip gender
selalu diperkatakan dalam masyarakat terutamanya dari aspek peranan?
Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa, stereotaip
gender ini masih ketara diamalkan. Lazimnya, sejak usia muda lagi anak lelaki
dididik untuk berperwatakan, budaya berpakaian, komunikasi serta bersosial
seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat. Apabila mereka
dewasa, mereka diharapkan agar mampu mencari rezeki dan mengetuai
keluarga sendiri.
Oleh kerana itu, perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang
terkeluar atau lari daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu
masalah dalam gender, misalnya, lelaki pondan. Ini akan menimbulkan
masalah kecelaruan gender. Selain itu, golongan lelaki seperti ini juga sering

18 X

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

dipandang serong oleh masyarakat kerana pembawaan diri mereka yang agak
mengelirukan dan tidak diterima di sisi agama.
Bagi anak perempuan pula, mereka akan dididik dengan nilai, peranan serta
perwatakan sebagai seorang perempuan yang diterima secara lazim oleh
masyarakat. Mereka dididik untuk bersifat lemah-lembut, bersopan-santun dan
tahu serta mahir dalam menguruskan rumah tangga. Perempuan yang lebih
menonjolkan ciri-ciri seorang lelaki pula akan dilabel sebagai tomboy.
Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan kerjaya
setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih juga diperlukan untuk
melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun perempuan
tersebut belum berkahwin atau memilih untuk hidup membujang, namun ibu
bapa atau masyarakat masih mengharapkan agar perempuan tersebut mampu
melaksanakan tugas-tugas biasa seorang suri rumah seperti memasak dan
mengemas rumah.
Dalam dunia pekerjaan pula, stereotaip gender sudah semakin berkurangan.
Ramai perempuan yang mampu melaksanakan kerjaya yang sebelum ini
dikuasai oleh lelaki. Misalnya bekerja sebagai anggota polis dan tentera.

SEMAK KENDIRI 1.2


1.
2.
3.
4.

Huraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik.


Bincangkan bagaimana peranan amalan pengurusan pemakanan
dan kecergasan fizikal membantu mengurangkan berat badan.
Jelaskan peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan
kesihatan diri.
Kecelaruan gender menjadi satu isu sosial yang penting pada masa
kini. Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini?

Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan


yang betul.

Sistem tubuh manusia terdiri daripada beberapa organ; contohnya otak,


jantung, paru-paru dan lain-lain.

Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk
menghargai dan menjaganya. Contohnya, paru-paru yang berfungsi

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

19

membawa masuk udara beroksigen dan membawa keluar karbon dioksida


dan wap dari darah.


Cara penjagaan badan meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran.

Pengurusan kesihatan diri meliputi:


(i)

Pengurusan kebersihan tubuh;

(ii)

Pengurusan kebersihan pakaian;

(iii) Pengurusan tahap kesihatan;


(iv) Pengurusan pemakanan yang sihat;
(v)

Pengurusan berat badan; dan

(vi) Pengurusan tekanan.




Untuk menyemai kesedaran dan amalan penjagaan tubuh, keluarga, klinik


kesihatan atau hospital, sekolah dan Kementerian Kesihatan perlu
memainkan peranan masing-masing.

Peranan jantina atau gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam
menjaga kesihatan kita.

Antara peranan lelaki ialah sebagai model peranan yang baik untuk anakanak lelaki membesar sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Antara peranan perempuan pula ialah mengurus kebersihan di dalam dan


luar rumah, merawat ahli keluarga yang sakit, merancang dan menyediakan
makanan yang sihat dan seimbang dan sebagainya.

Fungsi organ
Kecergasan fizikal
Kesedaran dan tanggungjawab
Pengurusan berat badan
Pengurusan kebersihan pakaian
Pengurusan kebersihan tubuh
Pengurusan pemakanan sihat

Pengurusan tahap kesihatan


Pengurusan tekanan (stres)
Penjagaan kesihatan diri
Peranan gender
Stereotaip gender
Tubuh badan

20 X

TOPIK 1

PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1997). Modul kempen cara hidup sihat:


Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Modul kempen cara hidup sihat:
Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul kempen cara hidup sihat:
Promosi mental sihat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masood Abdul Rashid, & Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi dan fisiologi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mafauzy, M. (2006). Diabetes control and complications in public hospitals in
Malaysia. Medical Journal Malaysia. 61:477-483.
VanPutte, C., Regan, J., & Russo, A. (2010). Seeleys essentials of anatomy and
physiology (7th ed.). New York: McGraw Hill.

Anda mungkin juga menyukai