Anda di halaman 1dari 5

Projek litar elektronik

Sistem Pembersih Tangan Otomatik (SPTO)

Projek SPTO adalah satu lingkaran sistem untuk kemudahan pembersihan tangan secara mudah atau
otomatik. Sistem ini merangkumi empat litar gabungan dan menjadi satu sistem litar lengkap yang
boleh beroperasi secara sistematik. Secara asasnya ditunjukkan blok seperti di bawah:

Antara litar penting yang menjadikan keseluruhan litar ini berfungsi adalah:

1. litar pemancar infra merah sebagai pemancar isyarat


2. litar penerima inframerah sebagai penerima isyarat inframerah dari litar pemancar
3. litar pemasa sebagai pemasa untuk litar lanjutan
4. litar lanjutan seperti litar motor pam dan litar pengering.

Keempat-empat litar di atas digabungkan menjadi satu sistem lengkap dan menghasilkan SPTO.
SPTO ini mengandungi sistem air paip otomatik, sistem sabun tangan otomatik dan sistem pengering
tangan otomatik. Ketiga-tiga sistem rangkaian ini digabungkan ke dalam satu sistem SPTO.

Di bawah ini adalah senarai litar asas sebelum digabungkan:

Litar ini ditunjukkan satu persatu dan dibuat analisa sebelum digabungkan menjadi satu litar lengkap.
Penggunaan litar bekalan kuasa yang mengagihkan voltan yang berbeza bagi setiap litar walaupun
kesemua litar ini telah digabungkan. Bekalan kuasa diambil dari punca AC dari transformer 12 volt
yang mempunyai penyambungan ke bumi bagi menjamin keselamatan litar pintas.
Litar Pemancar Inframerah

Litar pemancar inframerah ini menggunakan lapan komponen elektronik dan IC 555 adalah komponen
utama intuk litar ini. IC 555 adalah IC pemasa di mana ia menghasilkan satu denyutan frekuensi pada
kaki 3 pin IC tersebut. Keluaran frekuensi yang terhasil akan dipancarkan melalui LED IR ini. C1 dan
R2 adalah penentu nilai frekuensi yang terhasil. D1 adalah diod yang berfungsi sebagai penerus voltan
masuk dan mengelakkan berlakunya voltan pincang semasa penyambungan bekalan kuasa.

Litar Penerima Inframerah


Litar penerima inframerah ini boleh mengesan kehadiran mana-mana pancaran inframerah termasuk
alat kawalan jauh untuk tv. Komponen utama adalah IC 741 iaitu IC OP-AMP. Isyarat yang diterima
oleh diod foto akan di bawa masuk melalui pin 2 IC 741. Kepekaan penerimaan oleh diodfoto boleh
dikawal melalui perintang bolehubah 100K. Isyarat yang diterima dibesarkan dan keluar melalui pin 6
untuk melalui transistor C945 seterusnya menghidupkan geganti atau relay. Transistor berfungsi
sebagai penguat voltan untuk menghidupkan geganti. LED digunakan sebagai penunjuk kepada litar
ini sedang beroperasi.

Litar Pemasa

Litar pemasa ini menggunakan IC timer 555. Apabila suis ditekan sekali, relay akan ON selama masa
yang ditetapkan dan ditentukan dengan mengubah VR 1M. VR digunakan untuk mengubah masa
untuk relay ON. Jika tidak memerlukan VR, perintang R1 dan kapasitor C perlu nilai tertentu untuk
menentukan nilai yang dikehendaki. Semakin bertambah nilai Farad kapasitor C dan Ohm perintang
R1, semakin lama masa geganti tersebut ON. LED akan menyala sekiranya geganti ON dan padam
sekiranya geganti OFF. Suis yang digunakan adalah jenis tekan hidup (push-on-button).

Kesemua litar di atas digabungkan beserta dengan litar bekalan kuasa. Litar-litar tersebut menjadi satu
litar lengkap dan sistematik.
Litar-litar setelah digabungkan.

Litar gabungan ini digunakan untuk sistem air basuhan otomatik, sistem sabun otomatik dan sistem
pengering tangan otomatik. Bermakna untuk keseluruhan sistem ini, memerlukan tiga litar gabungan
yang sama. Perbezaan adalah set masa yang tertentu bagi setiap sistem berasingan. Bermakna jumlah
masa untuk air mengalir mungkin 10 saat. Lain pula untuk sistem sabun mengambil masa 2 saat dan
15 saat untuk sistem pengering tangan.

Ikut aturannya, kita memulakan dengan mengambil sedikit sabun dan kemudian membasuh dengan
air. Setelah itu tangan dikeringkan dengan dryer automatic. Kesemua proses ini berjalan dengan lancar
tanpa sebarang sentuhan. Alat berfungsi dengan mengesan kehadiran tangan manusia sebagai objek
dan target utama. Penggunaan air dan arus elektrik tidak menyebabkan penggunaan ini satu sistem
yang merbahaya kerana ciri-ciri keselamatan diutamakan.

Komponen sensitif bagi projek ini adalah sensor yang terdiri dari dua peranti aktif iaitu diodfoto dan
LED IR. LED IR akan memancarkan pancaran inframerah pada kadar yang rendah selari dengan
kedudukan diodfoto. Satu objek atau tangan melalui garisan hampir selari diodfoto dan LED IR
menghasilkan satu pantulan sehingga mengenai diodfoto. Litar penerima akan menerima isyarat dan
bermulalah pengoperasian litar. Didofoto dan LED IR perlu disalut dengan tiub hitam untuk mengelak
sebarang gangguan cahaya atau pancaran inframerah terus. Keadaan ini ditunjukkan seperti
gambarajah di bawah ini:

Kedudukan kedua-dua peranti ini adalah selari bagi memudahkan diodfoto menerima pantulan
pancaran dari LED IR.

Litar Mekanikal
Untuk melengkapkan sistem ini, litar pelengkap memerlukan persediaan yang sempurna. Persediaan
komponen seperti dua motor pam air mini dan alat pengering rambut mini diperlukan. Penyambungan
komponen-komponen ini disambung kepada litar yang tersedia.

Anda mungkin juga menyukai