Anda di halaman 1dari 3

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.4 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

1.4.1 DASAR PENDIDIKAN DALAM TAMADUN YUNANI, MESIR, HWANG HO

Tamadun Mesopotamia

1.Pendidikan di Mesopotamia/Sumeria bertujuan untuk melatih murid menjadi jurutulis-jurutulis bagi


menjalankan pentadbiran dan ekonomi, ladang-ladang milik rumah berhala dan istana.
2.Sistem pendidikan kemudiannya mengalami perubahan dengan pengenalan subjek sains seperti
teology, botanical dan zoological.
3.Sekolah-sekolah ini didirikan untuk melahirkan warganegara yang mahir tulisan cuneiform.
4.Sistem peperiksaan turut diadakan dan pelajar yang lulus akan dilantik menjadi jurutulis.

Tamadun Mesir

1.Sistem pendidikan pada zaman tradisional mesir merangkumi pendidikan peringkat rendah dan tinggi.
2.Pelajaran peringkat rendah bermula ketika kanak-kanak berusia 6 tahun dan mereka akan bersekolah
selama 6 hari seminggu dan diajar asas membaca, menulis dan mengira.
3.Golongan bangsawan kebanyakannya menyambung pelajaran ke peringkat tinggi dan diajar tulisan
hieroglyph dan demotic, matematik, sejarah, agama dan astronomi.
4.Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik yang berkait dengan bahasa Chadic Berber dan Semitik.
5.Rekod bahasa mesir silam telah didaftarkan sekitar 3200 SM dan para sarjana meletakkan bahasa
mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi :
 Mesir Silam (Archaic Egyptian) sebelum 2600 SM
 Mesir Lama (Old Egyptian) 2600 – 2000 SM
 Mesir Tengah (Middle Egyptian) 2000 – 1300 SM
 Mesir Akhir (Late Egyptian) 1300 – 700 SM
 Mesir Demotik (Demotic Egyptian) abad ke-7 SM hingga abad ke 4
 Mesir Coptik (Coptic Egyptian) abad ke-3 hingga abad ke-12

Tamadun Hwang Ho

Pendidikan dalam tamadun cina bertujuan untuk memungkinkan pelajar lulus peperiksaan dan
memperoleh kerja yang baik.

Tamadun Yunani

1.Di Sparta, pendidikan adalah untuk melahirkan individu yang bertindak.


2.Di Athens pula, pendidikan bertujuan untuk perkembangan tubuh dan minda secara harmoni dengan
menekankan keperluan mempelajari ilmu seni, muzik, sukan dan bidang lain.

AGAMA & KEPERCAYAAN

Tamadun Mesopotamia

1.Raja adalah wakil tuhan mengikut kepercayaan Sumeria dan layak disembah.
2.Pemujaan raja dilakukan di satu tempat yang dinamakan Ziggurat yang merupakan sebuah binaan
kecil berbentuk piramid setinggi 6 hingga 7 tingkat.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

3.Orang Sumeria/Mesopotamia mempercayai kehidupan selepas mati dan mempercayai syurga itu
diduduki ramai tuhan dan tuhan ini mempunyai peranan masing-masing.
4.Terdapat 3 tuhan utama bagi mereka iaitu :
 Tuhan An – tuhan langit
 Tuhan Enlil – tuhan penaung bagi bandar Nippur
 Tuhan Enki – tuhan bumi

Tamadun Mesir

1.Orang mesir percaya bahawa alam ini dikuasai oleh tuhan dan dewi-dewi yang akan menentukan
hidup dan mati kehidupan.
2.Antara tuhan dan dewi yang menjadi kepercayaan mereka ialah :
 Osiris
 Isis
 Horus
 Amon-Re
 Nut
 Khonsu
 Ptah
 Sekhmet
 Nefertem
3.Orang mesir juga memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing dan menganggap kucing
adalah tuhan yang dinamakan Bast.
4.Mereka turut percaya kehidupan selepas mati.
5.Piramid dibina untuk menyimpan mayat yang telah diawet dan turut disimpan khazanah yang
dikatakan akan menjadi bekalan kepada si mati, piramid ini dibina khas untuk firaun dan para
pembesarnya.
6.Beberapa perayaan turut diadakan di mesir antaranya ialah :
 Perayaan Horus di Buto
 Perayaan Min di Esna
 Perayaan Amon-Ra di Thebes

Tamadun Hwang Ho

1.Orang cina percaya tuhan menguasai kehidupan manusia dan boleh menjadikan banjir, kemarau,
serangan belalang dan wabak penyakit.
2.Orang cina juga mengamalkan pemujaan roh nenek moyang mereka dan mempercayai roh itu akan
bangkit dan member kemakmuran kepada mereka.
3.Pada zaman Dinasti Chou, pemujaan sungai, binatang dan bulan diamalkan kerana raja dikatakan
mendapat mandate dari syurga.

Tamadun Yunani

1.Orang yunani menyembah tuhan seperti Zeus, Hera, Apollo, Athena dan sebagainya.
2.Tuhan Zeus dianggap tuhan utama atau tuhan bapa dan menetap di Olympus, sebuah gunung tinggi
yang puncaknya melepasi awan.
3.Tuhan Hera adalah isteri kepada tuhan Zeus.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

4.Tuhan Hestia disembah kerana ia adalah tuhan api.


5.Selain itu orang yunani turut membuat upacara korban untuk meminta pertolongan tuhan mereka.

1.4.2 PERKEMBANGAN & SUMBANGAN KEILMUAN

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai