Anda di halaman 1dari 4

Tips-tips Menghadapi Peperiksaan

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM HARI


PEPERIKSAAN
Belajar secara bersistem. Tetapkan berapa jam untuk belajar
setiap hari.

Ia sangat penting untuk memahami topik baru dan mengulangkaji


topik yang lama secara tersusun. Tentukan satu hari dalam seminggu
untuk mengulangkaji topik minggu tersebut.

Tumpuan yang berterusan. FOKUS!

Mereka yang selalu terkedepan adalah mereka yang fokus ketika


pengajian, ketika belajar dan mengulangkaji.

Mengenalpasti perkara-perkara yang tidak difahami.

Mereka yang mengenalpasti apa yang tidak difahami dan


membincangkannya dengan tenaga pengajar samada ketika sesi
pengajian ataupun diluar waktu pengajian mempunyai ciri-ciri
pelajar cemerlang.

Menetapkan objektif-objektif yang hendak dicapai dan sentiasa


berusaha untuk mencapai objektif tersebut.

Menyelesaikan tugasan dan tidak bertangguh serta mereka


alasan.

Persediaan peperiksaan bukanlah dibuat seminggu sebelum


peperiksaan atau sehari sebelumnya tetapi ia merupakan proses yang
berterusan bermula dari hari pertama pembelajaran.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
Dapatkan tidur yang mencukupi pada malam peperiksaan. Tidur
tidak kurang 6-7 jam agar mudah untuk bangun solat subuh.

Jangan tidur selepas subuh dan gunakan masa itu untuk


mengulangkaji. 1 jam pada waktu pagi menyamai 3 jam atau lebih
berbanding waktu malam. Sebaiknya jauhi bahan-bahan perangsang
seperti teh atau kopi.

Sediakan alat tulis yang diperlukan ketika peperiksaan.

Pastikan anda tahu subjek yang akan diambil, waktu dan tempat
peperiksaan mengikut jadual yang disediakan.

Berusaha untuk bersarapan pagi dan menikmatinya dengan


tenang.

Seboleh mungkin elakkan makanan berkarbohidrat, sebaliknya


makanlah makanan berprotein tinggi.

Sewaktu dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, jangan cuba


berbincang dengan rakan-rakan tentang tahap ulangkaji mereka.

Ini akan membawa kepada perasaan rendah diri dan risau. Ia akan
menimbulkan gangguan ketika peperiksaan.

Bertawakal kepada Allah s.w.t dan yakin dengan diri anda.

Mungkin kita akan rasa bahawa kita lupa sebahagian topik-topik, ini
merupakan perkara biasa namun kita akan mengingati setiap perkara
apabila bermula proses menjawab nanti inshaAllah. Firman Allah
s.w.t.: “Kami tidak akan menghilangkan pahala orang yang berusaha
memperbaiki amalnya.” (Surah Al-Kahfi : 30)
Duduk di tempat anda. Cubalah berfikiran positif dan optimis.
Ucaplah bismillah dan diikuti oleh doa.

Jangan pedulikan dengan sedikit perasaan risau tetapi yakinlah


dengan diri dan kemampuan sendiri. Ingatkan diri bahawa kita telah
mengulangkaji, mengerahkan seluruh usaha dan telah bersedia untuk
saat ini.

Sewaktu mendapat kertas jawapan, pastikan setiap maklumat


peribadi ditulis dengan jelas di tempat yang sepatutnya.

Baca taklimat atau penerangan dengan baik, dan pastikan anda


mengikutinya. Dengar penerangan daripada pengawas peperiksaan
dan cuba patuhi arahan yang diberikan.

Setelah menerima kertas soalan, sila pastikan bilangan kertas


soalan dengan tepat dan peruntukkan masa yang sesuai untuk
menjawabnya.

Berikan perhatian yang lebih kepada soalan-soalan yang tinggi nilai


markahnya. Bahagikan masa yang ada dengan bilangan soalan yang
perlu dijawab serta sediakan masa untuk semakan semula jawapan.

Serahkan kertas jawapan kepada pengawas peperiksaan setelah


segalanya selesai disemak.

Pastikan nombor kepada soalan yang dijawab ditulis dengan jelas.


SETIAP SELESAI MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
Ambillah pengajaran dari pengalaman peperiksaan kali ini buat
masa yang akan datang.

Ini adalah kerana perjuangan untuk mencapai kejayaan masih belum


selesai walaupun peperiksaan sudah berakhir.

Berjanjilah untuk membuat yang lebih baik pada masa hadapan.

Mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t dan jangan berasa lemah.


Bermujahadahlah (berjuanglah dengan sepenuh usaha dan tenaga)
dan susun waktu untuk belajar dari awal.

SELAMAT BERJAYA
MOGA, KEJAYAAN HARI INI PEMANGKIN
KEYAKINAN DIRI UNTUK LEBIH BERJAYA DI
MASA HADAPAN.

Anda mungkin juga menyukai