Anda di halaman 1dari 4

Tips Belajar Secara Berkumpulan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM

(Tips khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR,
PMR, SPM)

Tidak dapat dinafikan apa saja aktiviti jika dilakukan secara berkumpulan atau jemaah
akan membuahkan hasil yang lebih baik. Hinggakan solat jika dilakukan secara
berjemaah akan mendapat ganjaran 27 kali lebih daripada solat yang dilakukan sendirian.
Begitu juga dengan cara kita belajar untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR
ataupun SPM. Jika dilakukan secara berkumpulan dengan cara yang betul, ia sedikit
sebanyak mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Di dalam artikel kali ini,
saya akan menerangkan serba sedikit kaedah- kaedah dan faedah-faedah belajar secara
berkumpulan.
Semoga tips-tips yang diberikan ini dapat membantu memantapkan persediaan adik-adik
untuk menduduki peperiksaan.

Kaedah

- Pilih rakan/ahli yang sesuai


- Bilangan antara 2 hingga 5 orang
- Lantik seorang ketua dan seorang pencatat
- Set matlamat pertemuan/perbincangan
- Tetapkan masa dan tempat yang sesuai
- Setiap ahli hendaklah membuat persiapan awal sebelum perjumpaan
- Perbincangan boleh dilakukan secara percambahan fikiran (brain storming),
pembahagian tajuk kecil, pembentangan, membuat ulasan/rumusan & sebagainya
- Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif

Kebaikan / Faedah

- Dapat berkongsi idea dan perasaan


- Suasana belajar lebih menyeronokkan
- Percambahan fikiran
- Belajar secara "output learning"
- Wujud semangat kerjasama & saling membantu
- Dapat mengurankan tekanan
- Wujud konsep mesyuarah

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

SAYA TIDAK LAGI BELAJAR HINGGA LEWAT MALAM


ATAU BANGUN PAGI TERLALU AWAL

SAYA PERLUKAN MASA REEHAT YANG CUKUP


BAGI MEMASTIKAN MENTAL DAN FIZIKAL SAYA
SEGAR SEPENUHNYA PADA KEESOKAN HARI

Apa yang perlu saya lakukan ialah:

1. Menyemak kembali nota-nota yang berkaitan dengan kertas peperiksaan yang


akan di hadapi pada keesokan harinya.
2. Menyemak atau menguji daya ingatan sendiri dengan tajuk-tajuk tertentu
3. Memastikan alat tulis, dokumen peperiksaan, kad pengenalan dan pakaian telah
siap sedia.
4. Jangan berbual kosong atau menonton tv. Jika perlu dengarlah alunan muzik
instrumental yang lembut.
5. Tidur awal sedikit. Pastikan mendapat rehat yang secukupnya untuk
menghadapi peperiksaan.
PADA PAGI HARI PEPERIKSAAN

SAYA BERSEDIA SEPENUHNYA


UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Saya perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Bangun awal sedikit untuk memastikan persediaan diri telah sempurna.


2. Pastikan sarapan yang mencukupi. Pilih makanan yang rendah kandungan
lemak dan karbohidrat serta kurang pedas. Makan tidak terlalu banyak.
3. Sekirany perlu, selesaikan urusan ke tandas samada di rumah atau di sekolah
sebelum ke dewan peperiksaan.
4. Pastikan keluar rumah atau asrama awal sedikit.
5. Pastikan dokumen peperiksaan termasuk kad pengenalan dan alat tulis serta
peralatan-peralatan lain perlu dibawa bersama.
6. Yakin pada diri sendiri, lafazkan lafaz-lafaz positif seperti saya boleh dan
sebagainya atau saranan diri positif.
7. Sementara menunggu untuk masuk ke dewan peperiksaan, rujuk nota sepintas
lalu untuk sekadar menenangkan fikiran. Jangan adakan perbincangan dengan
sesiapa pun.

BEBERAPA MINIT AWAL SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN

SAYA BUAT AKTIVITI PRA-JAWAB SOALAN


UNTUK BINA KEYAKINAN DIRI DAN TENANGKAN FIKIRAN
Amalkan perkara-perkara berikut:

1. Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang dan senyum. Mulakan dengan


langkah kanan dan baca doa serta Bismillah
2. Setelah duduk di kerusi, lakukan perkara-perkara berikut dalam tempoh masa
satu atau dua minit sahaja:
# Doa yang ringkas
# Tarik nafas panjang beberapa kali untuk menenangkan fikiran
# Berkata kepada diri sendiri dengan penuh emosi beberapa lafaz positif

KEMUDIAN BARULAH SAYA TUNGGU ARAHAN DARI


PENGAWAS PEPERIKSAAN UNTUK MEMULAKAN PEPERIKSAAN.
SAYA BACA, RANCANG DAN JAWAB KERTAS SOALAN
DENGAN TENANG DAN YAKIN SEKALI.
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Anda mungkin juga menyukai