Anda di halaman 1dari 2

Si Putih dan Si Hitam

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang bernama


Kampung Sentosa. Kampung Sentosa mempunyai sebatang sungai.
Haiwan-haiwan yang tinggal di situ dikehendaki menggunakan titi
tersebut untuk menyeberang sungai. Titi itu hanya boleh dilalui oleh
seekor haiwan sahaja.

Di kampung itu tinggal dua ekor kambing yang bernama Si Putih


dan Si Hitam. Kedua-dua ekor kambing itu selalu bertengkar dan tidak
pernah bertolak ansur antara satu sama lain. Nasihat yang diberi oleh
kawan-kawannya tidak pernah dihiraukan.

Pada suatu petang, Si Putih mencari makanan di seberang sungai.


Selepas puas makan, Si Putih pulang ke kampung. Ketika Si Putih
menyeberang sungai melalui titi itu, kebetulan terserempak dengan Si
Hitam yang hendak ke bandar.

Apabila Si Putih dan Si Hitam bertembung di tengah titi, mereka


berebut-rebut untuk melintas titi itu.

Si Hitam berkata, ”Hei, Si Putih, saya yang sampai di titi dahulu.


Engkau mesti beri laluan untuk aku !”

“Hei, Si Hitam, undurlah engkau. Biarlah aku yang melintas titi


dahulu !”

“Cis, Si Pitih, berani engkau kata demikian !”


Si Putih dan Si Hitam tidak ingin menarik diri untuk berundur,
maka kedua-dua ekor kambing pun meluru ke hadapan.

Apabila kedua-dua ekor kambing itu bertembung di tengah titi,


mereka terjatuh ke dalam sungai pada masa yang sama.

“Tolong! Tolong! Matilah aku kali ini!” jerit kedua-dua ekor kambing
yang pantang kalah itu.

Akhirnya, kedua-dua ekor kambing tersebut dihanyutkan oleh arus


yang deras.

Murid-murid, apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh


daripada cerita ini?

Anda mungkin juga menyukai