Anda di halaman 1dari 9

SINOPSIS

Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya


itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain
catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia
berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak
meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan
bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu
kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor
nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan
didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.
Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal
sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal
daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur
berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai
menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda
dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas
menakluki semenanjung Liberia.
Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia
untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam
pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi
dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada
permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia
meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet
dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang
pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah
permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari
nanti.
Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar
syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal
sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain
dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj
kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat”
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada
Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.
Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal
tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang
pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur.
Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang
Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan
pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj
meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya
(abang Uj).
Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um
mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya.
Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka
berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat
tipis disebelah Um.
Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya
walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai
buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam
kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi
Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah
caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana
bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.
Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja
perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-
tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan
kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih
dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau
bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya
bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula
mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata
makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan
penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam
perbalahan tersebut.
TEMA
1. Perpecahan ahli keluarga akibat perbalahan yang berpunca daripada permainan catur.

contoh : Uj dan Um berselisih faham dan saling mengalahkan antara satu sama lain dalam
permainan catur sehingga mengeruhkan persaudaraan mereka yang selama ini baik.

2. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.

contoh :salah seorang ahli keluarga meletakkan asid di bawah meja catur untuk
mengenakan Uj ataupun Um .

PERSOALAN
1. Sangkaan buruk yang menjadi punca perbalahan keluarga .

contoh : Uj menyangka Um mahu mengalahkannya dalam permainan catur


bukti : Abang tahu sekarang , Um sedang bersungguh-sungguh berlatih untuk
mengalahkan abang (hal.144)

2. Perabaian terhadap ibu.

Conoth :Uj menyerahkan tanggungjawab untuk merawat ibunya kepada doktor .


bukti : Itu tugas doktor untuk memikirkan . Kita sudah ada dua orang doktor keluarga.
(hal. 144)
PLOT
Permulaan :
Uj mengajak adik bongsunya Um untuk berlawan catur .
Um menolak ajakan itu kerana tidak berminat .
Um menyatakan bahawa dia sedang berfikir mengenai kesihatan ibu mereka .

Perkembangan :
Uj menuduh Um berlatih dengan adik beradik yang lain untuk mengalahkannya dalam
perlawanan catur – Uj memberitahu Um bahawa keluarga mereka adalah jaguh catur
dunia .
Uj mengajar Um bermain catur dan Um tertarik dengan permainan ini setelah sering kali
mendengar sejarah permainan ini .

Konflik :
Uk berbisik kepada Uj bahawa kononnya Um sedang tekun menelaah buku besar dan
tebal tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj .
Uj berasa benhan terhadap Um setelah mendengar dakwaan itu .

Klimaks :
Uj memaksa Um mengadakan pertandingan catur di hadapan keluarga mereka untuk
memperlihatkan Um terlalu mentah untuk berlawan dengannya .
Ketika Um mengalihkan pandangan , buah caturnya dialih . Um cuba mengembalikan
kedudukan buah caturnya ke tempat asal tetapi Uj telah menuduh Um melakukan
penipuan .
Um terkuis asid yang terletak di bawah meja .
Berlaku tuduh menuduh esama ahli keluarga tentang asid tersebut .
Ibu yang berada dalam kesakitan berasa sangat sedih melihat kejadian tersebut .

Peleraian :
Tiada yang mengaku bertanggungjawab meletakkan asid tersebut .
Keluarga itu akhirnya berpecah belah .
WATAK DAN PERWATAKAN
Uj
Seorang ahli keluarga .
Pandai bermain catur dan penyandang IGM
Sangat menyayangi Um
Sungguh berbangga dengan keturunan mereka.
Bersemangat tinggi dalam meningkatkan imej dan nama keluarga mereka .
Taksub dengan anugerah catur yang di sandangnya .
Tidak dapat menerima kekalahan.
Mementingkan diri kerana tidak peduli akan kesihhatan ibunya .

Um
Adik bongsu kepada Uj.
Merupakan adik kesayangan Uj .
Mempunyai semangat juang yang tinggi kerana sanggup menerima cabaran Uj.
Berani kerana tidak gentar untuk berlawan catur dengan Uj yang mempunyai banyak
pengalaman .
Juga seorang yang mementingkan diri sama seperti Uj.

Uk
Merupakan adik kepada Uj dan abang kepada Um.
Seorang yang memiliki sikap batu api.
LATAR
latar tempat .

Rumah keluarga Uj .
( tempat Uj dan Um berlawan catur)
(tempat dimana kaki Um terkena asid)

Bilik air
(tempat Um mencuci muka)

latar masa
Masa pertandingan catur .
(tiga hari tiga malam )

Latar masyarakat
Keluarga besar dan ternama .
Masyarakat yang mahir dalam permainan catur .
(Al-Hakam , Boris Spassky , Anatoly Karpov )

Masyarakat yang tidak dapat menerima kekalahan


(Uj tidak dapat menerima keadaan di mana Um hampir mengalahkan nya)

masyarakat yang mementingkan gelaran


(Uj berusaha sedaya upaya demi mengembalikan kegemilangan keluaarga mereka dalam
permainan catur)
TEKNIK PLOT
Pemerian :
Um terkejut . Khayalan bercempera . Buah-buah catur yang sedang dihadap terkuis
jari .Ada yang rebah bertindih-tindih , ada pula yang terjatuh ke bawah meja . (hal.143)

Dialog :
“untuk apa?” Uj mengerutkan dahi . Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan itu.
“Khabarnya mahu mengatasi kehandalan Uj” (hal.147)

Imbas kembali .
“moyang kepada moyang kepada moyang kita dahulu daripada keturunan Al-Hakam ,
rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya As-Suli ……………..” (hal. 144)

Saspens :
-Uj pula semakin cemas . Segala-galanya tdak kena . Strateginya tidak menjadi . Tembok
kecundang kian sendeng ke arahnya ……….. (hal.150)
GAYA BAHASA
Perlambangan .
Um tetap di seretnya ke meja percaturan(hal.149)
(meja percaturan melambangkan pertandingan catur)

Peribahasa
Perjalanan seribu batu kata peribahasa can , bermula dari langkah pertama (hal.147)

Hiperbola .
…….Um ditatang dalam dulan emas (hal.144)

Simile
Um , bagi abang Uj Cuma seperti David the Gnome .. (hal. 144)

sinkope
“…… Takkan kita hendak mengharap Boris Spassky pula?.. (hal. 146)

Personafikasi
…suaranya melibas telinga Um.. (hal. 144)

metafora
- …cahaya kepintaran.. (hal. 145)
Nilai Murni
sifat berani .
Um berani menyahut cabaran abangnya Um untuk berlawan catur.

kegigihan
Uj gigih mengajar Um agar menjadi pemain catur yang hebat .

Keprihatinan.
Um risau cara untuk mengubati ibunya yang sakit.

Bercita-cita tinggi.
- Uj bercita-cita tinggi untu mengembalikan kegemilangan nenek moyang mereka semula
dalam permainan catur .

Pengajaran
setiap orang hendaklah berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan .
(Uj berusaha sehingga mendapat gelaran IGM)

Perasaan sayang menyayangi sesama ahli keluarga hendaklah di semai .


(Uj sangat menyayangi Um dan mengajarkan Um segala ilmu catur yang diketahuinya)

Sika berani hendaklah ada pada setiap orang


(Um berani menyahut cabaran Uj untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dalam
permainan catur).

Anda mungkin juga menyukai