Anda di halaman 1dari 2

Aku Sekaki Payung

Pendahuluan - sejenis alat - melindungi manusia daripada kepanasan atau kehujanan.

Isi 1. di sebuah kilang - siap dipasang aku diperiksa - bermutu tinggi.

2. dihantar ke sebuah pasar raya - sebuah lori – dipamerkan - almari kaca - .


dijual

3. Banyak orang - membelek-belek aku - tiada sesiapa pun yang membeli aku. –
dibeli oleh seorang perempuan yang jelita - sering membawaku - meletakkan
aku di dalam keretanya.

4. hujan turun dengan lebat - angin yang sangat kuat . menggunakan - balik ke
rumahnya - memegang aku dengan kuat – menerbangkan - genggaman
tangannya - di atas pokok - tubuhku kesakitan - aku telah patah - tidak boleh
digunakan lagi.

Penutup –sedih dengan nasib yang menimpa diriku - , bangga - berjasa dengan
tuan - melindungi dia

Aku sekaki payung. Aku ialah sejenis alat yang dicipta untuk melindungi manusia
daripada kepanasan atau kehujanan.

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Petaling Jaya. Selepas siap
dipasang aku diperiksa untuk memastikan aku bermutu tinggi.

Beberapa hari kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pasar raya
dengan menggunakan sebuah lori. Kami dipamerkan di dalam sebuah almari kaca. Aku
dijual dengan harga RM 25.00.

Banyak orang yang yang masuk ke pasar raya dan membelek-belek aku, tetapi
tiada sesiapa pun yang membeli aku. Kehidupan bermula apabila aku dibeli oleh seorang
perempuan yang jelita. Tuanku sering membawaku kemana sahaja dan dia meletakkan
aku di dalam keretanya.

Pada suatu hari hujan turun dengan lebat beserta angin yang sangat kuat. Tuan
aku telah menggunakan aku untuk balik ke rumahnya dan dia memegang aku dengan
kuat. Angin yang kuat tadi telah menerbangkan aku dari genggaman tangannya dan aku
telah tersangkut di atas pokok. Tubuhku kesakitan kerana koyak dan besi yang meliputi
badan aku telah patah. Aku sudah tidak boleh digunakan lagi.
Walau pun sedih dengan nasib yang menimpa diriku, aku berasa bangga kerana
telah berjasa dengan tuan aku dengan melindungi dia dari panas terik dan hujan.

Anda mungkin juga menyukai