Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum sahabat.

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama


60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1
tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan
60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika
kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan


membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka,
bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu
mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang
mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita


meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan
solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita
meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup
nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat
maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat
Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan
nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada
Allah SWT.” 

Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-
dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau
redhai. Amin ya Rabbal Alamin.

Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang
disembahyangkan.

###################
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima
hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul
(seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil
kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan
ianya adalah fardhu kifayah.
Sumbangan: “Pak Syaikh” dari Kluang/Pasir Gudang Johor
Artikel oleh: Hamba Allah yang mengemudi perjalanan web Oh! Islam ini.
Sama-samalah kita.
KISAH NERAKA
Dikisahkan dalam sebuah hadist bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu
adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7
buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu
terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan
tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari
api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000
gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,
pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kalajengking, dan
dikisahkan dalam hadist tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan
setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya
mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadist yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka
penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka,
akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula
sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta
datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan
mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah
dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Rabb kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan


didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu
mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat,
dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh
Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun,
dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul
gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur
gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000
ke dalam neraka Jahannam.

Anda mungkin juga menyukai