Anda di halaman 1dari 54

Pengenalan Komputer

Peranti input dan output

Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan.  Peralatan
yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan
mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.

Peranti
(device)
input terdiri
daripada
papan
kekunci dan
tetikus di
mana arahan
dan
maklumat
dimasukkan. 
Pergerakan
kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci
dianggap sebagai arahan pada komputer.  Pengimbas dan cam video termasuk
dalam gulungan peranti input.  Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor,
RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring
storan serta keluar output di monitor.  Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin
monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output.
Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin
pencetak.

Perkakasan dan Perisian


Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan. 
Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. 
Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple
Computer).  Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza. 

                                                    

Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). 
Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi
dan sebagainya.  Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk
digunakan bagi melaksanakan berbagaibagai tugas.  Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti
program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya.  Salah satu
program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux. 

Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak
terhad.  Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah
dari hari ke hari.  Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak
lagi.

Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak
dilakukan.  Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada
pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.

Rajah sebuah
cakera keras
dan sekeping
cakera liut
atau disket
sebagai
perkakasan
dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.

Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. 
Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon bagi komputer dibuat
oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia.  Bagi komputer yang bedenama
pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah
komputernya.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini
bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat
berkenaan.  Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang
membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat
ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada
perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. 
Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat
pilihan yang tepat.  Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana
setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.
Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.  Seharusnya diikuti setiap
penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media
massa atau Internet.  Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana
perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika.  Alpa saja seketika, kita akan
ketinggalan jauh.

Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan


bersangkutan  dengan elektrik.  Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. 
Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari
kejutan elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity). 

Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. 
Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan
sepenuhnya.  Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai
guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

Meja kerja (Work bench)


Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan
dan keselamatan.  Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah
memadai. 

Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-kurang empat
soket bekalan elektrik dekat dengannya.  Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan
sebesar meia.  Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk
keselesaan semasa bertugas.
Amaran!!!

Komputer yang
telah dibeli
sebagai satu
unit biasanya
akan disealkan
dengan kertas
keselamatan
tarikh dan logo
kedai. 
Sekiranya seal
dirosakkan, ia
akan
membatalkan
perjanjian
waranti.  Dari
itu elakkan dari
membuka
kotak komputer
atau
perkakasan
yang telah di
sealkan. 
Sekiranya ada
masalah dalam
tempuh
waranti, hantar komputer ke pembekal untuk diperbaiki.

Electrostatik

Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari
di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC
(bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi.  Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak
memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.

Nota:

Electrostatic
discharge (ESD)
bermaksud
pengaliran keluar
statik elektriksiti
(static electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang boleh
menyebabkan kerosakan.

Cara-cara Memegang Kad-kad Litar

Cara memegang kad


dengan betul harus
dipraktikkan setiap masa
bagi mengelakkan kad
menjadi rosak.  Cara
betul yang disyorkan
seperti dalam rajah A.
Jangan sesekali
menyentuh bahagian
litar (anak panah) atau
terkena komponen yang
tidak bersalut di atas
papan litar seperti yang
ditunjukkan dalam rajah
B.

Sepatutnya penjagaan
kad harus diambil kira
dari mula perkakasan
diterima dan
membiarkan kad-kad di
dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.

Komputer Pandangan Depan

Set
komputer
klon pada
rajah akan
dipasang
mengikut
manual ini. 
Berbagai-
bagai jenis,
perkakasan
sama ada
baru atau
terpakai
boleh
didapati
dan dipilih
untuk
memasang sebuah
komputer idaman
hati.

Setelah dikumpul
perkakasan yang
dikehendaki sedikit
demi sedikit, sebuah
komputer klon akan
terbina berkat dari
minat, keazaman,
keberanian dan
sedikit modal. 
Pengetahuan boleh
dilatih dan dipupuk
sehingga diri dapat
melakukan kerja-
kerja pemasangan
dengan konfiden.

Komputer
Pandangan
Belakang

Pandangan dari
belakang sebuah
komputer kion yang
akan dibina
mengikut manual
ini.  Semua
sambungan
perkakasan direka
berbeza mengikut
Perkakasan masing-
masing. 
Pemasangan
perkakasan tidak
akan tersilap dan ini
satu berita baik
kepada pengguna
baru yang mula
hendak bedinak-
jinak dengan
komputer.

Perkenalan
Perkakasan
komputer
Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.

  Komputer Sistem Asas

  Komputer Sistem Multimedia

  Komputer Internet Tersedia

1. Komputer Sistem Asas


Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. 
Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah.  Sebagai panduan senarai perkakasan
Sistem Asas seperti di bawah.

Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.

Prosesor (Microprocessor atau CPU):        Memproses data untuk keseluruhan sistem.

Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh
berfungsi.

Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.

Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.

Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.

Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.

Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.

Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.

Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

CPU - Central Processing Unit

HDD - Harddisk drive

FDD - Floppy Disk drive

RAM - Random Access Memory

2. Komputer Sistem Multimedia


Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan
video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke.  Senarai perkakasan sistem multimedia
yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.    

Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.

Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.
Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.

Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

3.  Komputer Internet Tersedia


Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet.  Senarai perkakasan sistem
Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

  Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.

  Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.

  Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer
dengan ISP.

Papan Induk (Mother Board)


Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. 
Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade.  Di atas papan
induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya.  Ini
bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah
tanpa perlu menukarkan papan induk.  Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang
hendak digunakan.

Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX.  Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian
lama.  Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di
atasnya tidak seperti papan induk AT.  Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer
jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.

Komponen-komponen papan induk


Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis
CPU yang hendak digunakan.  Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem
mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-
peranti perkakasan.  Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah
besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu.  Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula
komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal.  Untuk menyelamatkan
keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun
berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian
atau perkakasan Y2K serasi.

Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan
mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan
sebanyak 512 KB atau lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa.  Dalam papan
induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM
atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lainlain lagi.  Satu papan induk dengan yang lain amat
berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.  Sesetengah pengeluar
meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara
yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian.  Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan
sesetengahnya jenis suis.  Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara
perisian.  Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper
dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan.  Slot SIMM mempunyai 72 pin
dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM.  Pemilihan RAM
harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang
kini banyak perkakasan jenis slot tersebut.  Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari
segi prestasi dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras.  Satu slot FDD boleh menampung
dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1.  Ada
kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya
terdapat pada papan induk jenis lama.  Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX
saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini
kian banyak.  USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12
mbps iaitu 12 megabit sesaat.  Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk
disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran.  Port LPT1
(Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama.  Perkakasan
seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan


seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.  Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu
CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.

Bateri Komputer
Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa
komputer tidak beroperasi.  Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah,

Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini. 
Untuk menukarkannya amat mudah sekali.

NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan
induk dan sesetengahnya bersoket.  Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti.  Jarang
sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus.
Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah
tidak dikeluarkan lagi.  Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan.  Setelah semua
perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan
bantuan peralatan pateri,

Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti
dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan
maklumat komputer semasa tidak beroperasi.  Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya
rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.

Cara-cara
menukar bateri
jenis Lithium

Ada kalanya
bateri terpaksa
ditukar dan untuk
mengeluarkannya
tidaklah susah
sangat.  Dengan
hujung pensil
tekan ikut anak
panah A untuk
melepaskan bateri
dari cangkuk. 
Tekan dengan jari
ikut anak panah B
dan bateri sudah
boleh dikeluarkan
ikut arah C.

Tukar bateri
dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+) seperti sebelum dikeluarkan tadi

Report Abuse      «
 Search: The Web TripodPrevious | Top 100 | Next
»
Select Rating share: del.icio.us
| digg | reddit |
  furl | facebook

Perkakasan Komputer
Aksesori Papan Induk
Semasa mendapatkan     papan induk, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan. Papan induk yang tidak
ada VGA dan audio dibina di dalamnya (built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan
diberi.  Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port permainan yang berasingan seperti gambar (B) di
bawah.  Senarai penuh perkakasan seperti berikut:

         Papan induk dan manual.

         Kabel-kabel reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin

         Kabel reben penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).

         Kabel reben penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port permainan
atau kabel penyambung port permainan sahaja.

         Kabel reben penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).

         Cakera padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad
berkenaan jenis bina dalam).

         Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di
papan induk sekiranya ada kemudahan itu.
Pilihan 'ATX Form Card'

Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared'


(IR), satu port untuk tetikus PS/2 dan 2 port
USB.

Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan


pastikan sambungan ATX ada dipapaninduk.

LAN Network Adapter


Extension
Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN
Network Adapter Extension Bracket) dan harus
dibeli berasingan.  Pastikan juga papan induk
ada sarnbungan berkenaan.
Contoh
papan
induk
ATX
Slot 1
dan
Socket
370
untuk

kebanyakan CPU jenis Intel.  Papan induk Slot 1 sudah agak berkurangan kini.
Kelebihan papan induk ATX

Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci, tetikus dan panggilan masuk dari
modem, yang boleh disetkan di paparan CMOS setup.
Jenis-jenis Papan Induk
Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih
dan dibina menjadi sebuah komputer klon. 
Kebanyakan papan induk kini dalam bentuk ATX
dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai
panduan. Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A
dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun pupus
kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk
dengan huruf  V, S, M dan L menunjukkan pada
komponen dibina di dalam papan induk berkenaan.
Huruf V bererti kad video, S bererti kad bunyi
(sound), M bererti kad modem dan L bererti kad
network (Line) atau kad rangkaian.

Jenama-jenama papan induk klon yang popular


seperti Abit, Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte
dan lain-lain lagi.

CPU
Prosesor atau CPU yang pertama dicipta Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300
transistor dan dipanggil cip 4004. Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah
tiga dekad, kini Intel harus berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih
28 juta transistor dan berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang
popular terdiri dari Intel dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang
dikhaskan untuknya.. CPU Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot
I tetapi ditukar ke Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz.
Pentium II dan III juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini
prosesor Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi
menyokong RAM yang berbeza.
AMD menggunakan Super 7 menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini,
AMD mengeluarkan CPU bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A
untuk menyaingi Intel. Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan
informasi diproses dalam cip tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan
sesebuah komputer tidak bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-
komponen seperti jumlah RAM kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan
memori, jumlah RAM dan jenis sambungan cakera keras harus diambil kira.
Sekiranya salah satu komponen tidak sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk
penghantaran data antara CPU dan RAM, tetapi memori yang digunakan yang
dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan satu suasana 'bottle-neck' dan
sistem sesak.

CPU atau Pemproses (Kotak dan tray)


Apa gunanya CPU?

CPU (central processing unit) adalah sebuah cip yang bertindak sebagai pusat memproses segala data
dalam komputer dan kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT.

Kelebihan CPU masa kini, ia mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju
dengan tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik sesebuah komputer
itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz adalah sebanyak 128Kb.  Biasanya maklumat
cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh syarikat CPU itu dan juga di
laman Web syarikat berkenaan.

Terdapat CPU yang dijual tanpa kotak (tray), biasanya dibekalkan kepada wakil
penjual (dealer) untuk penjimatan kos.  Harga CPU agak murah kerana tiada
bungkusan yang terlibat.
CPU direka dengan jenis socket (papan induk) yang bersesuaian untuknya.  Socket 3 dalam rajah 2
digunakan untuk CPU 486 yang sudah pupus kecuali mungkin masih digunakan di rumah-rumah.

Cara-cara pemasangan CPU Pentium dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar
ganti.  CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan
terakhir Papan induk Socket 478 direka untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan
berprestasi sederhana.  CPU AMD Athlon dan Duron menggunakan papan induk Socket A.

CPU Intel dan AMD


Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU
paling mantap dan canggih.  Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang
mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan
kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.

Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD
dengan 3Dnow.  Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang
optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel.  Begitu juga program-program yang menggunakan
3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik.

Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal.  Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron,
Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat.  Celeron
biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa
(power user).  CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna
kuasa.  Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama
kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat masing-masing.  Dari segi harga, AMD agak rendah
sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel.

Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan
modal yang ada.  Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada
keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi.  Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan
kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.

Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis
RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya.  Pilihan perkakasan harus serasi
dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya.  Senarai papan induk dan CPU
dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau
masih terdapat di pasaran.

Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut
peredaran masa.  Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah,
sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.
* Tanda bintang dan
laman kelabu
rnenunjukkan senari
papan induk dan  CPU
terkini iaitu maklumat
pada Sep200l.

FSB bermaksud Front


Side Bus iaitu sistem bas
untuk CPU dan memori
(RAM) menyimpan dan
rnengambil data sepantas
yang disetkan kepada
CPU oleh pengeluar.

Kotak komputer
(Casing)
Kotak komputer datang
dalam beraneka bentuk
untuk menampung
pelt)agai jenis papan
induk.  Tujuan sebenar
kotak komputer urituk
bagi melindungi
perkakasan dari habuk,
debu, benda-benda asing
dan sebagainya.  Dua

bentuk kotak komputer


yang ketara ialah AT dan
ATX.  Harga sebuah
ketak komputer ATX
lebih mahal berbanding
dengan kotak AT kerana
hentuk penyambung yang
baru serta saiznya agak
lebar.  Dalam bekalan
kuasa jenis baru ini juga
terdapat penambahan
voltan 3V. 

Aksesori Kotak Komputer

Semasa mendapatkan
kotak komputer, pastikan
beberapa perkakasan
dibekalkan seperti senarai
di bawah.
Kotak komputer dengan bekalan kuasa 250 watt atau lebih

 Kabel kuasa

4 lapik getah dan 4 plag kecil

Beberapa skru, penebat (insulator), nat berkaki dan plag plastik

Rajah di atas menunjukkan


pandangan panel depan  kotak
komputer berbagai bentuk.

Ada berbagai-bagai jenis kotak


komputer AT untuk dipilih
mengikut kemahuan dan
keadaan seperti Desktop, Mini
tower, Midi tower dan Midi
tower.  Terdapat satu lagi
rekabentuk kotak komputer
dipanggil ATX yang amat
popular, dikhaskan untuk papan
induk jenis ATX juga.
Bentuknya dalam golongan
Mini, Midi, Maxi dan Desktop. 
Biasanya kotak komputer ATX
agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX.

Diperhatikan tren kini, saiz kotak komputer semakin mengecil bagi menampung papan induk yang kian
padat.  Kebaikan tren berkenaan, ia mengambil ruang yang kecil serta comel apabila dipandang.

Voltan yang digunakan di


Malaysia ialah 240V AC
dan mengiklit peratus
antara +5% dan -10%, ia
boleh berligar dari 216 V
AC hingga 252 V AC.

Jangan sesekali
menukarkan ketetapan atau
setting di belakang kotak
bekalan kuasa kepada
bacaan 112V AC. 
Kebanyakan unit bekalan
kuasa kini sudah
menghapuskan pilihan ini.
Rajah A menunjukkan 4 lapik bawah kotak komputer.  Rajah B dan C menunjukkan cara-cara pemasangan
lapik getah berkenaan.

Unit Bekalan kuasa AT dan ATX

Apa gunanya bekalan kuasa?

Seperti yang sedia maklum, bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk
menjalankan kenderaan.  Bekalan elektrik dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan
bekalan kuasa bateri.  Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira menyelamatkan keadaan.  Bekalan
kuasa untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka dalam satu kotak yang
berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan pertukaran sekiranya ada kerosakan.  Jangan
sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi.  Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri
kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan memperbaikinya.

Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada
+5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current).  Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu
disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagt mengstabilkan atau
mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini
memerlukan unit bekalan kuasa sekurang-kurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas
kotaknya.  Perhatikan keadaan ini jika hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan.  Ia juga
dipanggil oleh para penjual komputer sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4.

Kelebihan bekalan kuasa ATX

Output bekalan kuasa ATX mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX
berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.
Sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk jenis AT.  Terdapat antara tiga atau empat sambungan
kuasa seperti rajah A dan B dalam sesebuah kotak kornputer.

Sekiranya ingin menambah sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas. 
Sambungkan soket D ke plag B dan dua sambungan kuasa akan bertambah.

Sambungan-sambungan kuasa untuk papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX
dipasang terus ke papan induk

Ada tiga bahagian


operasi dalam unit
bekalan kuasa iaitu
transformer, rectifler
dan filter.

Transformer: Ia
menurunkan voltan
240V AC ke tiga
cabang voltan iaitu 3V,
5V dan 12V AC. 
Voltan output masih
dalam gelombang AC.

Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang
halus sama seperti gelombang AC.

Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga
voltan.

Nota:

Voltan +3.3V dan -3.3V hanya terdapat dalam kotak bekalan kuasa ATX sahaja.

Amaran

Jangan membuka penutup unit bekalan kuasa tanpa pengetahuan yang cukup.  Sekiranya rosak, beri pada
juruteknik komputer yang berpengalaman atau tukar sahaja dengan yang baru.
RAM
Memory
RAM akronim bagi
random access memory
bertindak sebagai satu
jenis memori dinamik
(dynamic) bagi CPU
dapat menyimpan Data
ringkas dan
mengambilnya dengan
cepat tanpa bantuan terus
dari cakera keras. 
Penyimpanan data di kad
RAM bersifat sementara,
bila komputer ditutup,
semua maklumat akan
terpadam.  Penggunaan
ruang RAM dilakukar
oleh sistem dan bukan
pengguna.

SIMM (72 pin) bererti


single in-line memory
module iaitu sebuah kad
litar kecil memori yang
dipanggil SIMM RAM.  RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk,
biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB.

DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM
dan dilekatkan sendirian di slotnya.  SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan
256MB.

RAM
kecil A
dalam
rajah di
atas
digunakan pada papan induk 286, 386 dan Pada sesetengah 486.  Ia mempunyai sebanyak 30 pin dan
sekarang tidak dikeluarkan lagi atau dengan lain perkataan ia telah pupus.

RAM B yang kedua sama ada jenis Normal iaitu FPM (front page mode) atau EDO (extended data out)
mempunyai sebanyak 72 pin.  RAM EDO digunakan untuk papan induk Pentium dan RAM FPM untuk
papan induk 486.

RAM C dipanggil SDRAM mempunyai sebanyak 168 pin, digunakan pada papan induk seperti Socket 370,
Slot 1 dan Pentium III.  SDRAM ada beberapa jenis kelajuan seperti 66MHz, 100MHZ dan 133Mhz
mengikut sistem bas di papan induk.  RAM 66MHz sudah tidak dikeluarkan lagi atau dikira sudah pupus.

RAM  Terkini
Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM.  Pemilihan RAM
harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan.  Kemampuan BIOS dan cipset di papan
induk menentutkan jenis RAM yang serasi.  Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan
semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM
Yang kian canggih kini.  Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut:

SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium
III.  Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi.  Kelajuan
bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133).  Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan
256MB.  Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.

DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM
tetapi dua kali ganda lebih laju.  Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak
1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi
RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz.  Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk
mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari
SDRAM sendiri.

RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari
DDR-DRAM.  Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4)
dengan papan induk Socket 423.  Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong
SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti
di antara 64MB hingga 128MB.

Cakera keras dan cakera liut


Apa pentingnya storan?

Sebuah komputer seharusnya mempunyai satu storan untuk ditempatkan sistem operasi, program-program
aplikasi, utiliti dan sebagainya.  Di sinilah cakera keras memainkan peranannya sebagai satu storan yang
berwibawa.

Cakera keras
Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca,
menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya.  Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap
bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.
Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya.  Pertama, ia tidak
boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat.  Kedua, semasa operasi, penutupan
yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan
'bad sector' atau sektor rosak.  Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir
hayatnya.  Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer
terutama dengan sistem operasi jenis Windows.  Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis
musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini.  Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan
memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi.  Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh
memanjangkan umurnya.  Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras.  Keempat,
pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di
atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.

Cakera liut atau disket


Satu lagi storan yang masih digunakan ialah cakera liut atau disket dan ia harus bekerja dengan pemacu
cakera liut.  Cakera liut atau 'floppy disk' sekarang boleh dianggap kecil storannya jika dibandingkan
dengan storan lain.  Walau bagaimanapun ia masih digunakan lagi untuk menyimpan . beberapa fail kecil
yang penting.  Disket harus dijaga dengan cermat kerana ia mudah rosak.  Perkara-perkara yang harus
diberi perhatian seperti elakkan dari sentuhan besi berani, dedahan tepat sinar matahari, debu, habuk rokok,
air, sentuhan jari di permukaan cakera dan timbunan sesuatu beban.  Jika tidak digunakan, masukkan disket
ke dalam kotak asalnya.

Cakera keras
Apa yang hendak dicari pada cakera keras ialah muatan storan, kelajuan pusingan sesaat (rpm), kelajuan
kadar penghantaran (transfer rate) dan purata waktu cari (average seek time).  Contoh rpm, transfer rate dan
average seek time cakera keras Seagate Medalist 3221 ialah 650 rpm, 3.5MB/s dan 11 millisec mengikut
susunan.  Lagi tinggi bacaan rpm, lagi baik, dan tentunya bertambah mahal harganya. -Pengeluar-pengeluar
cakera keras yang popular ialah Seagate, Quantum, Maxtor, Fujitsu, Western Digital, Samsung dan lain-
lain lagi.  Ada berbagai-bagai lagi jenis storan seperti pemacu LS-120, pita, Iomega 100MB dan 250MB
tetapi tidak akan dibincangkan di sini.

Pemacu cakera
keras di atas
dibuka untuk
melihat
komponen-
komponen yang
ada di
dalamnya
sebagai demo
sahaja.  Ia tidak
harus dibuka
sama sekali.

Makna jargon ciri-ciri cakera keras seperti berikut:

RPM bermaksud pusingan seminit atau revolution per minute.  Kelajuan cakera keras kini sama ada 5400
atau 7200 pusingan seminit (rpm).  Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan cakera keras lebih cepat
informasi dapat dicari.
Seek time bererti waktu diambil oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam
mencari balapan (track) tepat di mana data disimpan.

Transfer rate bermaksud ukuran kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.

IDE atau SCSI?


Ada dua IDE slot yang terdapat di atas papan induk untuk diletakkan perkakasan storan dan pemacu cakera
optik.  Kabel reben 40 pin diperlukan untuk tugas itu.  Ada dua jenis kelajuan cakera keras yang beraskan
IDE, iaitu UltraATA/66 dan UltraATA/100.  Pemilihan cakera keras UltraATA/l00 disyorkan untuk
permainan komputer dan sebagainya, Kebanyakan papan induk sekarang sudah dilengkapi BIOS
menyokong antaramuka itu.  Satu kabel reben khas yang dibekalkan bersama papan induk harus digunakan
untuk sambungan tersebut.

SCSI pula memerlukan satu kad antaramuka slot PCI untuk berfungsi dan keseluruhan sistemnya agak
mahal untuk pengguna rumah.

1 G (giga) bererti 1,000,000,000 (seribu juta) dan dalam kiraan komputer iaitu digit penduaan (binary
digit), I GB (gigabytes), ianya jadi 2 ganda 30 (2 X 2 sebanyak 30 kali) bersamaan 1,073,741,824 bait
(bytes) Satu bait

terdiri dari 8 bit.  Satu bit pula bererti sama ada 0 atau I. Satu 'bait’ ialah satu huruf, angka atau aksara
(character).

Apa yang mengelirukan?


Kekeliruan bacaan jumlah bait cakera keras menjadi satu perkara yang selalu dibangkitkan.  Contohnya,
sebuah cakera keras bermuatan 10.2GB oleh pengilang, hanya 9.54GB apabila dikesan oleh Windows. 
Apa yang sebenarnya teriadi?  Pengilang mendifinasikan 1MB sebagai 1,000,000 bait dan bagi fdisk pula
yang menggunakan sistem binary, jumlah bait sebanyak 1,048,576 tepat.  Bila dibahagi 10.2GB iaitu
10,200,000,000 bait dengan 1,048,576 bait, akan menunjukkan 9.727GB saja.  Apa yang dikesan oleh
Windows dianggap betul bila kehilangan bait selebihnya telah diambil oleh sektor but dan fail-fail sistem
FAT.

Pemacu cakera liut

Pemacu cakera liut


Pemacu cakera liut 1.44Mb memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan
memadam.  Kerosakan perkakasan berkenaan biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci
dengan cecair kimia khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer.  Kalau tidak berjaya,
sambungan kabel reben antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan
kemas.  Periksa di Menu CMOS untuk memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi. 
Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru.

Penjagaan pemacu cakera liut


Cara #1

Satu atau dua titik cecair


kimia seperti rajah di atas
memadai untuk mencuci
pemacu disket.  Dapatkan
prom DOS, pilih pemacu
A dan setelah masukkan
disket pencuci, tekan
Enter.

Cara # 2

Sekiranya sudah dalam


Windows, klik ikon My
Computer untuk dapatkan
paparan senarai komponen
dalam sistem operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia beroperasi.

Dua perkakasan yang boleh dikaitkan dengan storan dalam komputer ialah  cakera keras dan pemacu
disket.  Muatan cakera keras kini antara 10GB hingga 30GB. Pemacu cakera liut masih setia dengan disket
tradisinya iaitu disket 1.44MB.

Cakera keras

Cakera keras dianggap sebagai sebuah storan yang mampu menyimpan sistem operasi dan seribu satu
perisian. la diukur dalam kiraan bait (byte) dan sebagai contoh 20GB bererti cakera keras berkenaan boleh
memuatkan sebanyak lebih kurang 20 ribu juta huruf, angka dan aksara.

Pemacu cakera liut atau pemacu cakera layut

Perkakasan kedua ialah pemacu cakera liut yang beroperasi bila ada cakera liut atau disket di dalamnya. la
sebenarnya bertindak sebagai satu Perkakasan untuk membaca dan menulis ke satu storan iaitu disket
1.44MB. Untuk keselamatan kandungan disket, penutup seak B dibuka bagi disket boleh dibaca tetapi tidak
boleh ditulis.

Bahasa komputer: Apa itu bit dan apa itu bait?


Komputer akan berkomunikasi dengan bahasa yang difahaminya iaitu bahasa digital.  Litar logik yang
mengandungi kumpulan transistor akan mengeluarkan output 'On' dan 'Off seperti mentol yang menyala
dan padam.  Keadaan 'On' atau 'Off ini dikira satu bit (binary digit) dalam bahasa komputer.  Lapan bit
akan menjadi satu bait (byte) yang bererti satu huruf, angka dan aksara.  Jumlah kombinasi lapan bit ini
mencapai sehingga 256 (2 ganda 8) dan dirujukkan kepada nilai ASCII akronim bagi American Standard
Code for Information Interchange.

Bit dan bait

Terdapat berbagai-bagai nama bait seperti KB (Kilobyte), MB (Megabyte), GB (Gigabyte) dan sebagainya,
1KB bererti 1024 bait, bukan 1000 bait mengikut kiraan biasa.  Dalam binary, 1KB bila dikira 2 ganda 10
(2 X 2 sebanyak 10 kaii) akan menjadi 1024 bait.  Dalam rajah di bawah, ditunjukkan senarai 1 bit
sehingga 1GB dan jumlah bait sebenar.

Memahami binary
penting kerana
kebanyakan
perkakasan dalam
komputer sedikit
sebanyak akan
menyentuh
mengenainya.  Perkakasan seperti memori (RAM), RAM di kad video, storan cakera keras, cakera padat
(CD) dan cache di papan induk semuanya ada kaitan dengan bait dan harus diberi perhatian mengenai
kebaikannya.  Contohnya, sebuah buku yang mempunyai 600,000,000 huruf, dengan mudah diisikan ke
dalam sebuah CD-R (cakera padat yang boleh merakam data) yang bermuatan 650 MB.  Untuk
pengetahuan, kapasiti CD-R 650MB ialah 681,984,000 baits apabila ia direkodkan dalam format Mod-1
ISO 9660.

Kad video dan kad grafik


Apa pentingnya kad video?

Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi.  Kad video
memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor.  Kad video slot tambahan
mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut.  Ada
berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini.  Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan
lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk.  Cara ini menjimatkan kos kepada
pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan.  Permainan
komputer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik
yang menampakkan emej secara blok dan seperti hidup.  Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan
slot AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan
penghantaran data graflk.  Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. 
Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2
Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.

Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D.  Ciri-ciri kad yang
dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan
tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula
berkaitan permainan komputer 3 dimensi.  Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut
tugasan yang hendak dilakukan.  Kad graflk dengan RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati
permintaan program yang memerlukan kepantasan beroperasi.  Kini setengah kad graflk diletakkan
sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk melaksanakan tugas berat itu.
Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP

Kad video slot ISA sudah pupus.  Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama.  Kini kad grafik
slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap
pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM
atau disket.

Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis
bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh,
sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan
yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup
semasa komputer dihidupkan.
Kad VGA bersepadu

Semasa membuat pembelian kad video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual
dan fail driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Papan induk yang mempunyai kad video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti
dalam rajah .

Akhir sekaii, pastikan jenama kad seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-
ROM untuk pemasangan yang betul dan tepat nanti.

Monitor
Monitor dan radiasi

Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan.  Pertama sekali harus
difikirkan tentang sinar radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh
merosakkan mata          si pengguna.  Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit atau sekadarnya untuk
kebaikan diri. Guna filter monitor yang baik boleh meringankan sedikit keletihan mata.  Monitor keluaran
baru kini kebanyakannya telah lulus ujian radiasi.

Apa itu sindrom carpel tunnel?

Bila tangan dan pergelangan tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan
komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel syndrome).  Elakkan dari
berlakunya perkara ini          dengan mengambil masa untuk rehat dan sekaligus boleh meredakan
ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor
juga terlibat secara langsung.  Bebanan teknologi yang berterusan harus dikurangkan secara realistik.  E-
mel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat.  Latihkan diri berhati-hati dengan aliran teknologi
yang boleh memakan diri.

CRT dan LCD


Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD. 
Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih
dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih.  Monitor LCD atau paparan kristal cecair
(liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya.  Ada beberapa kelebihan monitor
LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak
memakan ruang yang besar dan amat comel sekali.  Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan
monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave). 
Monitor CRT memerlukan keadaan ini.  Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu
cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital.  Di sinilah timbulnya masalah bila
pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur. 
Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej
yang tajam.

Ukuran monitor
Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan 21".  Saiz monitor
untuk penggl-na rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk
bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet.  Monitor yang bersaiz besar, baik dari
segi resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar.  Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768
piksel atau lebih tanpa masalah.

Resolusi dan kedalaman warna

Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan.  Juga selain resolusi, jumlah
kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa
warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor
boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna.  Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color
memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor
untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di Internet dan
untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640
X 480 piksel (pixel) diperlukan.

Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced

Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira. 
Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua non-interlaced.  Monitor interlaced menembakkan
elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris.  Kadar refresh (vertical
frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya
75Hz.  'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini.  Kenapa sukatan Hz? 
Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second).  Sebagai contoh,
apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus
elektrik turun naik.  Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata
tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard.  Ukuran khas untuk mentol ini
jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa.

Dot pitch

Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah dot pitch pada monitor.  Dot pitch bermaksud ukuran emej
tajam dalam kiraan mm (millimeter). Biasanya bacaan kecil bermakna emej yang halus dan tajam.  Dot
pitch pada setiap monitor tidak boleh diubah kerana la disetkan semasa dalam proses pembuatan. Dot pitch
0.28mm boleh diterima sebagai yang terbaik, walaupun ada monitor dengan bacaan yang lebih rendah lagi
dan tentunya mahal.  Contoh spesifikasi teknikal monitor dari manual yang dibekalkan.

Monitor mana pilihan


hati?

Akhir sekali untuk


memilih monitor, cari
yang berukuran 17" ke
atas serta panel leper
(flat), pastinya tidak
akan menyesal nanti.
Kalau. Mampu monitor
LCD pilihan paling
tepat.
Yang aneh pada monitor,
ukurannya dikekalkan dalam
sukatan inci tidak mm
(millimeter). Monitor
berukuran 17 inci sudah mula
menjadi pilihan pengguna
rumah kerana harga yang berpatutan dan prestasi yang tinggi. Ukuran monitor dikira dari sudut kanan atas
skrin ke sudut kiri bawah skrin seperti dalam rajah 1.

Untuk resolusi sebuah


komputer pula dikira dari
tepi skrin kiri hingga ke
tepi skrin kanan seperti
dalam rajah 2 iaitu 640
piksel (pixels).  Untuk
melengkapkan ukuran
resolusi dikira pula dari
atas skrin hingga ke
bawah Iskrin iaitu 480
piksel.  Skrin berkenaan
dikatakan mempunyai
resolusi 640 kali 480
piksel (640X480) dan ini
boleh ditukar mengikut
kemampuan monitor
serta kad video yang
digunakan.  Kedalaman
warna (color depth) pada
monitor adalah
ketajaman gambar dan
antaranya 16 colors, 256
colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color seperti dalam rajah 3.

Tetikus dan papan kekunci


Tetikus

Tetikus dan papan kekunci masing-masing ada dua jenis iaitu tetikus dan papan kekunci bersiri (serial
mouse dan serial keyboard) dan jenis PS/2, PS/2 bermaksud personal system dan biasanya terdapat pada
komputer yang berjenama.  Walaupun disediakan pada komputer klon AT, kabel penyambung tetikus PS/2
tidak diberi bersama papan induk dan harus dibeli berasingan sekiranya diperlukan.  Papan induk klon
bentuk ATX sememangnya disediakan sambungan PS/2 untuk kedua-dua perkakasan berkenaan,

Kursor (cursor) di skrin monitor digerakkan oleh tetikus atas arahan pengguna.  Untuk memahirkan diri
dengan penggunaan tetikus, biasanya disyorkan bermain permainan Solitare atau Freecell yang dibekalkan
percuma bersama sistem operasi Windows.  Tekan butang kiri bermaksud tekan sebelah kiri tetikus seperti
dalam rajah di bawah.  Begitu juga dengan arahan menekan butang kanan tetikus, bererti tekan sebelah
kanan tetikus.

Papan
kekunci
kini
banyak
disediakan
kekunci
tambahan
seperti
kekunci
berlogo
Windows
bagi

mempersingkatkan sesuatu kerja.  Pemilihan papan kekunci, biarlah yang dapat memberi keselesaan
sekiranya ingin mencapai mutu kerja yang memuaskan.  Aksesori pad tangan di papan kekunci, satu
pelaburan yang tidak merugikan.
Report Abuse      «
 Search: The Web TripodPrevious | Top 100 | Next
»
Select Rating share: del.icio.us
| digg | reddit |
  furl | facebook

Menguji papan induk


CPU yang hendak diuji dalam manual ini ialah Pentium 233 MHz (MMX) dengan voltan 2.8V untuk
operasi.  Papan induk pula jenis Socket 7 dengan kad VGA (built-in) dibina di dalamnya.  Sebenarnya cara
menguji semua papan induk dan CPU sama sahaja dan ujian ini boleh dibuat sebagai panduan.

Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan, langkah keselamatan harus diambil ke atas setiap perkakasan
dengan membuang elektrostatik.  Ini dilakukan sekali sahaja setiap kali bila hendak memulakan kerja bagi
mengelakkan dari kad-kad litar rosak tanpa di sedari.

Perkakasan yang diperlukan untuk ujian seperti berikut:

 Pemproses atau CPU


 Papan induk dan manual
 RAM secukupnya (16MB) dan sesuai
 Bekalan kuasa AT dan kabel kuasa
 Kad VGA slot tambahan (tidak perlu sekiranya papan induk ada built-in VGA)
 Monitor

Ujian dilakukan di luar kotak komputer dan dikira sebagai titik permulaan kepada pembinaan sebuah
komputer.

  Nota:

Sebelum itu penerangan akan meliputi berbagai-bagai jenis jumper, CPU, bekalan kuasa
dan sebagainya mengikut di mana yang sesuai.  Peralatan yang digunakan diperingkat ini
seperti playar muncung tirus, thermal compound untuk CPU dan pemandu skru.

Jumper papan induk


1.  Jumper fizikal

Sebelum pergi jauh dan membuat perkara-perkara yang tidak difahami atau berasa sangsi,
akan diterangkan secara ringkas mengenai subjek di atas. Apa itu jumper? Jumper
sebenarnya satu ' pautan atau link yang menyambungkan dua litar yang terpisah. 
Ibaratkan satu sirkit (circuit) yang mengandungi mentol, suis dan bateri, suis akan
mewakili sebagai jumper iaitu bila ditutup (close), lampu E dalam rajah C akan menyala. 
Bila suis dibuka (open), lampu D akan terpadam seperti dalam rajah C di bawah.
Untuk mengubah jumper, alihkan sambungan pautan (link) P ke pin 1A dan 1B untuk voltan 2.8V seperti
yang dikehendaki. Guna playar yang sesuai untuk memudahkar tugas. Kebelakangan ini papan induk
mempunyai daya mengesan voltan CPU secara automatik tanpa sebarang tindakan dari pengguna.

2. Jumper jenis Suis


Sesetengah papan induk dibekalkan dengan jumper jenis suis untuk membuat konfigurasi.  Suis (warna
hitam) ditolak ke ON atau OFF untuk menentukan setting.  Ikut arahan manual untuk setting yang betul.

Jumper jenis ini sudah agak berkurangan dan kemungkinan tidak dikeluarkan lagi.  Apa yang dirisaukan
dengan jumper jenis ini, ia mudah tertolak semasa kita sedang kalut membuat kerja-kerja baik pulih dalam
kotak komputer.  Konfigurasinya tentu akan berubah dan kalau kita tidak berhati-hati boleh mengakibatkan
kerosakan komputer.  Bila bertemu suis begini, sila catatkan setting dan periksa sebelum komputer
dihidupkan sem ula nanti.

contoh konfigurasi suis digunakan untuk memilih setting atau ketetapan ratio kelajuan CPU.  Cara
mendapatkan ketetapan dengan mendarab salah satu multiplier x3.5 sehingga x8 dan sistem bas 66MHZ
atau 100MHz mengikut keupayaan CPU.

Contoh
setting ratio
x3.5, x5.0 dan
x8.0 untuk
menentukan
kelajuan
CPU.

3. Jumper
dibuat di
CMOS
setup
Cara pemasangan dan ujian bagi papan induk Socket 7 boleh juga digunapakai untuk papan induk Socket
Super 7, Socket 370 atau Socket A. Untuk ujian papan induk Slot I bagi CPU Intel dan Slot A bagi CPU
AMD, caranya juga sama.  Kebanyakan setting jumper papan induk kini dibuat melalui menu CMOS setup
atau apa yang dikatakan 'jumperless' iaitu tidak ada pertukaran jumper secara fizikal.  Tekan kekunci Del
berulang kali semasa menghidupkan komputer dan di skrin CMOS pilih CPU PnP Setup.  Dalam skrin
CPU PnP setup, pilih setting yang sesuai dengan jenis CPU yang digunakan.
Nota:

Cara di atas hanya boleh dilakukan setelah papan induk diuji dan didapati baik.

Panduan

pemasangan jumper CMOS untuk CPU yang digunakan seperti berikut:


 Bila komputer dihidupkan, tekan kekunci Del untuk kebanyakan komputer klon bagi mendapatkan
paparan CMOS.

 Kelajuan CPU boleh dipilih dengan menukar Multiple Factor dan Base frequency seperti di atas.
Untuk CPU Pentium III 600MHz, X6 dan 100MHZ dipilih dalam CMOS berkenaan (6X100 =
600).

Untuk tujuan upgrade, maklumat dalam kandungan CMOS dari papan induk berkenaan seperti di bawah.
Ada dua pilihan kelajuan bas frekuensi iaitu 66MHz dan 100MHz.  Antara CPU yang sesuai ialah Celeron
dan Pentium III.

 66MHz - Kelajuan CPU yang boleh digunakan di antara 233MHz 533MHz dari clock multiplier
X3.5 - X8.

 100MHZ - Kelajuan CPU yang sesuai di antara 350MHz - 800MHz dengan clock multiplier X3.5
- X8.

Jumper Di Papan Induk AT

Contoh kedudukan jumper yang terdapat di atas


papan induk Socket 7. Ketetapan jumper untuk
semua papan induk tidak jauh bezanya. Rujuk
manual untuk dapatkan setting yang betul
bersesuaian dengan CPU yang hendak
digunakan.
Setting Jumper fizikal

Dengan penerangan ringkas mengenai jumper


telah selesai, bolehlah dimulakan pemeriksaan
jumper sebenar dan pertukaran yang harus
dilakukan.  Kesilapan jumper boleh merosakan
cip CPU dan sistem beroperasi tidak menentu. 
Rujuk manual untuk mendapatkan setting yang
betul.  Manual harus disimpan dengan baik
untuk tujuan rujukan dan upgrade nanti.

JP2 - Padam memori CMOS

Jumper JP2 mesti diubah ke Mode Biasa


untuk aktifkan papan  induk. jumper
setting Clear CMOS, yang direka oleh
pengeluar, amat berguna sekiranya
hendak menghapuskan data CMOS dan
mendapatkan balik CMOS yang asal.

JP3 – Pilihan VGA dalam


Sekiranya VGA jenis bersepadu di papan induk
tidak hendak digunakan dan lngin menukarkan
dengan kad video slot tambahan, disablekan
jumper JP3.
Seterusnya disediakan rajah-rajah setting jumper
untuk Pemasangan kad VGA bina dalam atau
yang berasingan sekiranya ingin lakukan.

Dalam rajah A, jumper dienablekan untuk VGA


jenis bersepadu berfungsi. Jumper dalam rajah B
diubah untuk aktifkan kad VGA slot PCI dan
litar terputus ke arah VGA jenis bina dalam.

JP4-Pilihan RAM 3.3V atau 5V

Untuk SDRAM yang beraperasi dengan voltan


3.3V, pastikan jumper JP4 disetkan pada valtan
tersebut. Walau bagaimanapun kebanyakan
papan induk tidak ada lagi pilihan ini kerana
SDRAM keluaran kini cuma beroperasi dengan
satu voltan standard. Jumper

JP5, JP6, JP7 dan JP8


Setting-setting untuk kelajuan CPU serta voltan
operasi seperti dalam rajah B di sebelah.
 Jumper JP5 = 66MHz: Setting external
clock bagi CPU.
 Jumper JP6 = 2.8V : Voltan operasi
bagi CPU.
 Jumper JP7 = 3.5: Bacaan anggaran
‘bus clock & multiplier’ untuk
Pemproses 233MHz (66 X 3.5
bersamaan 231).
 Jumper JP8 = P55C : Pilihan untuk
CPU jenis berkemampuan MMX.

Contoh-contoh setting jumper dalam rajah A diambil dari beberapa menual papan induk.

Contoh pemasangan
jumper internal clock
untuk 1.5X/3.5X
secara grafik seperti
rajah A dan B.
Pastikan di mana pin 1
sebelum membuat
pertukaran jumper. 
Biasanya pin 1 ada
dicetak dengan warna
perak di tepi in-pin
jumper berkenaan atau
boleh didapati dalam
manual yang
dibekalkan. Susunan
petak jumper di atas
dijarakkan untuk
pandangan lebih jelas.

CPU Pentium 233MHz


yang digunakan
mempunyai
kemampuan MMX, ini
bererti jumper JP8
harus disetkan ke 'Dual
voltage' seperti dalam
rajah di bawah.

Gambar graflk jumper


JP8 sebenar di besarkan
untuk pandangan yang
lebih jelas.  Bahan yang
digunakan di dalarn
jumper dari jenis logam
yang boleh mengalirkan arus elektrik seperti kepingan tembaga dalam rajah (i) untuk menyambungkan dua
litar yang berasingan.

Cara-cara pemasangan perkakasan

untuk menguji papan induk


CPU

Panduan pemasangan CPU (prosesor)

 Tarik tuil (lever) melepasi cangkuk dan angkat arah ke atas sehingga tegak berdiri.
 Letakkan CPU di atas soket, pastikan pin 1 CPU dan soket selari.  Sekiranya CPU tidak masuk
dengan kemas, kemungkinan ada pin-pin yang bengkuk.  Dengan hati-hati betulkan pin-pin
berkenaan menggunakan playar muncung tirus dan cuba masukkan sekali lagi.
 Turunkan tuil dan pastikan ia kemas di tempat asalnya.

Soket jenis ini dinamakan soket ZIF (Zero Insertion Force) yang bererti semasa memasang atau
mengeluarkan CPU, tidak perlu tenaga yang kuat.  Tujuan lain bagi memudahkan membuat upgrade. 
Untuk mengelakkan dari CPU kepanasan, gris khas diletakkan di antara CPU dan sink haba. Setelah CPU
dipasang, jangan lupa menyambungkan kipas CPU dengan salah satu wayar sambungan kuasa.

Panduan pemasangan cip CPU secara graflk

Mula sekali, tarik tuil (lever) L ke arah A untuk


keluar dari cangkuk B. Angkat tuil ke atas
mengikut arah C dan plat (plate) atas F akan
bergerak ke arah E. Letakkan CPU di soket
papan induk dan pastikan pin 1 keduadua
perkakasan selari.  CPU dengan mudah masuk di
soket, turunkan tuil ke arah D dan lekatkan di
cangkuk B. CPU akan dicengkam oleh plat atas
F yang bergerak ke arah G (asal) dan CPU sukar
dikeluarkan lagi.  Letakkan kipas dan sink haba
atas CPU sekiranya datang berasingan. 
Sangkutkan klip kipas di pemegang H di depan
dan belakan soket.

Panduan Mengeluarkan CPU dari Socket 7

Keluarkan sink haba dan kipas dengan


melepaskan klip C dari sekatan D di depan dan
belakang soket.  Sambil itu putuskan sambungan
kuasa dari kipas penyejuk CPU.  Tarik tuil ke
arah A sedikit dan naikkan tuil ke arah B,CPU
dengan rnudah dapat dikeluarkan.  Tolak tuil
dengan cermat ke arah E dan letakkan di sisi
soket untuk mengelakkan tuil dari patah atau
rosak

.
Thermal grease untuk kawal haba
CPU

Kepanasan CPU semasa operasi kadang-kadang


sukar dibendung akibat dari bilik yang tidak
berhawa dingin atau kurangnya laluan udara
dalam kotak komputer.  Tambahan pula
sesetengah pengguna menaikkan kelajuan CPU
atau overclocking tanpa menukarkan kipas yang
lebih kuat dan mantap.  Antara CPU dan sink
haba terdapat rongga yang mungkin tidak dapat
dilihat mata seperti dalam rajah A di bawah. 
Gris terma (thermal grease) dimasukkan di
antara CPU dan sink haba (rajah B) dapat
membantu menyerapkan haba pada tahap
maksimum.  Haba akan dipindahkan dari CPU
ke sink haba seperti dalam rajah C. Elak
menggunakan terlalu banyak bahan itu yang
boleh memberi kesan lain pula (Rajah D). 
Thermal grease boleh didapati di kedai-kedai
servis komputer dalam bentuk seperti di atas. 
Blasanya ia boleh digunakan sebanyak dua
aplikasi.
Kipas yang menggunakan sambungan kuasa
dalam bulatan C sudah berkurangan. Kebanyakan
kipas CPU jenis baru kini mengambil bekalan
kuasa dari punca atas papan induk seperti dalam
bulatan D. Sambungansambungan kuasa A dalam
keadaan belum dipasang dan B sesudah dipasang.

Pastikan kipas CPU dan kipas dalam unit bekalar


kuasa berfungsi semasa komputer beroperasi. 
Sekiranya kipas-kipas berkenaan tidak berpusing,
cari dan betulkan kerosakan dengan segera.

Pemasangan RAM
Masukkan RAM (SIMM atau DIMM) di slotnya serta pastikan ia kemas dan tidak longgar. Biasanya
SIMM atau DIMM tidak boleh digunakan dalam satu papan induk.  Walau bagaimanapun, rujuk manual
papan induk sekiranya ini dibenarkan.

Nota:
Pemasangan RAM tidak memerlukan apa-apa
konfigurasi, sistem akan mengesan jumlah RAM secara automatik.

Serongkan RAM seperti arah anak panah A dan


selitkan di slot SIMM 1. Tekan dengan kedua-
dua ibu jari ikut anak panah B dan RAM akan
masuk di slot dengan ditahan oleh klip C. RAM
akan hanya masuk satu arah sahaja disebabkar
huiung kiri dan kanan RAM berlainan bentuk
(D).

Untuk mengeluarkan RAM, tekan kedua-dua


klip C ke arah luar dan RAM akan keluar dari
slotnya dalam keadaan serong seperti rajah 1.

Pemasangan SDRAM, DDR RAM dan RDRAM


tidak jauh bezanya. Antara ketiga-tiga RAM
tidak boleh ditukar ganti, ia memeriukan
penyokongan cipset papan induk.
Pegang RAM dengan cermat iaitu di hujung kiri
dan di hujung kanan kad dan bukan di tempat
yang ada litar atau komponen yang terdedah. 
Masukkan SDRAM di slotnya dan tekan ke
bawah mengikut arah anak panah A. Cangkuk B
akan masuk di kedua-dua belah RAM dan akan
menguncinya.  Untuk mengeluarkan RAM,
tekan cangkuk C dengan keduadua ibu jari,
RAM akan keluar dari slot seperti dalam rajah .

Nota:

Pemilihan voltan DIMM:

Hanya terdapat pada papan induk lama yang ada


pilihan ini, Sekiranya ada, pastikan voltan
DIMM disetkan ke 3.3V untuk SDRAM
(synchronous DRAM).

Bekalan kuasa P8 dan P9 atau jenis ATX


Sambungkan penyambung P8 dan P9 ke papan induk, pastikan wayar-wayar hitam bertemu atau kelihatan
berada di tengah-tengah.  Bagi bekalan kuasa jenis ATX, sambungan ke papan induk agak mudah kerana
hanya satu arah sahaja dilekatkan dan tidak mungkin membuat kesilapan. 
Dua jenis
sarnbungan
iaitu AT dan
ATX
dipaparkan
dengan jelas. 
Suis ATX

disambungkan terus ke papan induk seperti dalam rajah ATX.  Suis AT pula dilekatkan terus ke unit
bekalan kuasa.

Pemasangan VGA
Pasangkan kad video di slot AGP atau PCI mengikut jenis kad yang ada.  Sengetkan sedikit kad video
tersebut, masukkan sebelah dahulu dan tekan mengikut arah anak panah A. Semasa meletakkan kad di slot,
hati-hati agar papan induk tidak bengkuk oleh tekanan yang boleh mengakibatkan ia rosak.  Pastikan ada
sokongan yang kemas di bawah papan induk sebelum memulakan pemasangan kad.

Kad video berasingan tidak perlu sekiranya papan induk ada VGA bersepadu.  Pastikan kabel sambungan
VGA bina dalam dan jumper untuk pilihan VGA diletakkan dengan betul di tempat masing-masing.

Kabel signal dari monitor dilekatkan di kad video dan satu (kabel bekalan) lagi ke bekalan kuasa atau ke
bekalan elektrik mengikut jenis monitor.
Cara-cara memasukkan
kad ke dalam slot PCI
seperti rajah di atas.  Cara
ini juga boleh digunakan
pada mana-mana
pemasangan kad.

Pemasangan
pembesar suara dalam kotak komputer
Akhir sekaii, pasang pembesar suara yang
dibekalkan dalam kotak komputer ke papan
induk seperti di atas.  Walaupun ia bukan satu
perkara Yang diwajibkan, tapi dapat membantu
semasa ujian.  Tujuan pembesar suara
disambungkan ke papan induk untuk memberi
bunyi 'beep' sekiranya ada kerosakan

Ujian papan induk dimulakan


Setelah selesai menyambungkan semua perkakasan, ujian boleblah dimulakan.
Sebelum itu, pastikan papan induk diletakkan di atas lapik plastik atau kotak bekas
papan induk bagi mengelakkan litar pintas atau , shorting' semasa membuat ujian. 
Hati-hati dengan keadaan ini dan kalau cermat pasti kerosakan papan induk dapat
dihindarkan. Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya ujian dilakukan di dalam
kotak komputer, cuma tidak perlu mengeluarkannya pula bila papan induk didapati
rosak atau bermasalah.

Sebelum memulakan ujian pertama, paling bijak kalau sambungan diulang periksa secara pantas.  Ini
sangat baik dilakukan setiap kali hendak memulakan ujian.  Amat baik juga diamalkan menulis senarai
yang hendak diperiksa.

Sebagai contoh, senarai pemeriksaan atau check list untuk ujian papan induk seperti di bawah.

         Periksa jumper, terutama kelajuan dan voltan CPU.

         Periksa kedudukan pin 1 CPU dan pin 1 di soket papan induk adalah selari.  Biasanya cip
CPU masuk satu arah saja untuk mengelakkan kesilapan.

         RAM kemas kedudukannya dan dari jenis yang sesuai.

         Pemasangan plug P8 dan P9 betul susunannya.  Bagi plag bekalan kuasa ATX, ia masuk satu
arah saja.

         Set jumper 'enable' sekiranya guna VGA bersepadu.

         Jumper'Clear CMOS' diaktifkan.

         Kipas CPU disambung ke salah satu sambungan kuasa.

         Pastikan sambungan kabel signal dan kabel kuasa monitor. kemas dan tidak longgar di
tempat masing-masing.

         Periksa pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer sudah dipasangkan di papan
induk.

         Di belakang katak bekalan kuasa pastikan voltan diset pada 230V AC setkan bekalan kuasa
dan bukan 115V AC.  Kesilapan ini boleh mengakib rosak. Kebanyakan bekalan kuasa kini
sudah dihapuskan pilihan ini.
Kedudukan semua perkakasan atas papan induk
akan dilihat seperti dalam rajah.  Papan kekunci
dan tetikus tidak perlu dipasang setakat ini,
walaupun tidak salah jika dilakukan.  Yang
penting sekarang papan induk boleh diuji dan
disahkan baik.

Ujian papan induk yang dijalankan sebelum


dimasukkan ke dalam kotak komputer.    
Perkakasan asas yang digunakan ialah papan
induk, CPU, RAM, monitor, kad video dan
bekalan kuasa.

Ujian papan induk dimulakan


Setelah semua perkakasan didapati betul
dan kemas, hidupkan suis kuasa. 
Monitor akan memaparkan jenis kad
video dan permulaan CMOS.  Jumlah
RAM juga akan ditunjukkan untuk
menepati jumlah RAM sebenar. 
Sekiranya tidak ada apa-apa di monitor,
periksa RAM dan sambungan monitor
bagi memastikan kedua-dua perkakasan
bukan punca masalah.  Panduan mencari
kerosakan dibentangkan dalam bentuk
jadual untuk memudahkan tugasan. 
Paparan CMOS semasa ujian

Dengan terpaparnya skrin di atas, maka


telah lulus ujian peringkat pertama.. Ini
bererti semua perkakasan yang diuji
berfungsi.
Peringkat seterusnya untuk menentukan
baki perkakasan seperti tetikus dan dan
papan  kekunci boleh berfungsi.

Nota:

Keterangan ralat HDD (Harddisk) primary


master serta  ATAPI tidak serasi bagi secondary
master disebabkan pemacu cakera keras belum
dipasang.

Kod Beep komputer


Komputer kion serasi IBM mengadakan beberapa diagnosis sendiri untuk membantu
memberi keadaan perkakasan komputer semasa ia dimulakan Isyarat audio kod beep, satu
cara yang mudah bagi panduan segera akan kerosakan perkakasan.  Untuk mendapatkan
kesan bunyi, pembesar suara dalam kotak komputer harus dilekatkan di papan induk di
petak jumper yang dikhaskan.

Ada dua jenis indikasi iaitu kod beep dan kod angka.  Sebagai panduan, untuk manual ini hanya satu atau
dua kod beep yang kerap berlaku ditunjukkan.  Rujuk buku-buku komputer atau laman web untuk
keterangan yang lebih mendalam.

Jadual senarai kod beep

-------------------------------------------------------------------------
Kod beep                                                       Makna

Kod Award BIOS

-------------------------------------------------------------------------

Beep pendek semasa logo                        Bunyi biasa semasa POST

Beep panjang tidak                                Tiada RAM dikesan atau

putus-putus                                         RAM rosak

Satu beep panjang dan                           Kad video tiada atau rosak

diikuti 3 beep pendek

Beep panjang kuat semasa                      CPU kepanasan atau sistem

komputer beroperasi                               beroperasi dengan memori rendah

Sekuen beep (sequence)                          Kemungkinan kerosakan RAM CMOS rosak

1-1-3

------------------------------------------------------------------------------

                                                         

Sesetengah komputer menggunakan kod beep yang berlainan dari senarai di atas.

Siasatan dan Tindakan


Sernasa membuat ujian papan induk, tidak selalunya akan menemui kejayaan buat
pertama kali.  Bila ada yang tidak kena, carta Ujian boleh dijadikan sebagai
panduan.

Taktik yang paling berkesan mencari kerosakan adalah dengan menukar perkakasan satu demi satu hingg di
kepung kerosakan pada satu sudut atau kawasan sasaran. Perkakasan yang disahkan rosak sudah boleh
ditukar dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai